SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Friday, July 31, 2009

Polis yang patut dipuji. Bayan Lepas ada yang tidak terlepas


Pulau Pinang - Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.

Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan
11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan
20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Tindakan polis seperti ini harus dipuji. Yang baik saya kata baik, saya bukan fanatik membuta tuli. Kita mahu polis kembalikan kredibilitinya.
Tapi esok saya tidak pasti... Tinjauan dalam blog sharpshooter, 60% mengatakan polis FRU akan mengganas. 50% mengatakan pimpinan Pakatan rakyat akan ditangkap. Adakah ini akan menjadi kenyataan? Pastikan anda adalah seorang yang melakar sejarah besar Negara esok. Jumpa di sana.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kenyataan Media Unit Ehsan

UNIT EHSAN PULAU PINANG
Kenyataan Media


1) Pertamanya Unit Ehsan P.Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga YB Ustaz Hamdan Abdul Rahman atas pemergiannya ke Rahmatullah untuk selamanya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para-para shuhada dan orang-orang beriman. Semoga keluarganya tabah menghadapi takdir Ilahi.

2) Unit Ehsan P.Pinang amat kesal dengan tindakan polis yang menangkap dan melokap En Che Amat bin Hashim selaku Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh (Ahli Majlis MPSP) atas 7 dakwaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita biasa mendengar penganjur didakwa kerana menganjurkan ceramah tanpa permit tetapi kali ini didakwa kerana penceramah kononnya tiada dalam senarai permit semasa pilihanraya kecil Penanti. Bukankah ini sesuatu yang luar biasa?

Kemudian beliau pula terpaksa membayar wang ikat jamin maksima sebanyak RM14,000.00. Ini bermakna setiap dakwaan RM2,000.00. Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

Unit Ehsan P.Pinang menyumbang sedikit wang sebanyak RM300 kepada En Che Amat Hashim dan berharap PKR dan Pakatan Rakyat akan turut membantu Che Amat.

Unit Ehsan P.Pinang menyeru kepada semua pendokong dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat, supaya hadir beramai-ramai pada 27 Ogos di Mahkamah Bukit Mertajam Jalan Betik untuk memberi sokongan moral kepada beliau yang tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.



3) Unit Ehsan P.Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan menghantar 1000 petugas untuk membantu Unit Amal mengawal penyokong Gerakan Mansuhkan ISA pada esok hari 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Unit Ehsan menyokong sepenuhnya agar ISA dimansuhkan.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Allahyarham YB Dato' Ustaz Hamdan selamat dikebumikan. Gambar2 penghormatan terakhir










Allahyarham selamat dikebumikan selepas Asar hari ini. Ribuan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham...






Yb Michael Tan dan YB Ng Wei Aik turut hadir.



YB Ustaz Azizan menyatakan kehilangan Allahyarham sukar dicari ganti.

Anwar Ibrahim menyatakan Allahyarham merupakan seorang yang mudah didekati dan beliau adalah Adun contoh terbaik Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dari segi keakrabannya dengan akar umbi. Anwar kenal cukup lama dengan beliau dan ini merupakan satu kehilangan besar buat Pakatan Rakyat.

































Begitu semangat sempat kempen GMI untuk esok. Turun jangan tak turun. Lawan tetap lawan
Saya bertolak ke KL malam ini. Mudah-mudahan perjuangan rakyat berhasil

























Mat Sabu turut hadir. Siapakah bakal calon PAS di Dun Permatang Pasir? Adakah Mat Sabu calonnya. Sudah pasti PAS akan kemukakan calon terbaik untuk Pakatan Rakyat. umno dah geleng kepala.. nak lawan ke tidak? Kalau lawan kemungkinan kalah dalam tangan. Nak menang amat sukar.. Mungkin umno tak lawan kot macam Penanti. Luka Manek Urai pun tak kering lagi.




Lim Guan Eng turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.













Ketua polis Pulau Pinang pun turut hadir.













































Yb law Choo Kiang Exco Pertanian turut hadir.


















Jenazah diusung keluar. Suasana pilu menyelubungi pemergian Allahyarham buat selamanya.











Ustaz Elias Zakaria mewakili keluarga Allahyarham menyampaikan tazkirah ringkas mengingati kematian yang pasti datang kepada setiap insan. Halalkanlah makan minumnya. Ampunilah dosanya sekiranya ada beliau terkasar bahasa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman....amin..


Al-Fatihah.
























































Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Lebih 50 ribu akan sertai GMI esok

Berdasarkan maklum balas yang kita terima, sekurang-kurangnya 50,000 orang," kata ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman.

Norlaila, yang juga isteri tahanan ISA Mat Sah Mohamad Satray, berkata perhimpunan anti-ISA dijangka mendapat lonjakan sokongan ekoran kematian misteri Teoh Beng Hock baru-baru ini.

"Setakat ini kita dapat sambutan baik, antaranya melalui maklum balas daripada ceramah-ceramah," kata Norlaila lagi.

Tambahnya, pihaknya kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan kemungkinan cubaan pihak berwajib mengambil tindakan awal bagi menggagalkan perhimpunan anti-ISA, Sabtu ini."Kita berjaga-jaga sekarang. Kita tidak tolak kemungkinan itu," tambahnya.

Mengenai "Deklarasi Rakyat" menentang akta itu - yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong - beliau berkata, ia akan diedarkan kepada media pada pagi 1 Ogos ini.

Kumpulan anti-ISA merancang bergerak mulai jam 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Istana Negara.Pada masa yang sama, kumpulan pro-ISA pimpinan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dengan berpakaian putih pula berkumpul di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Di sana, mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta ISA di ibu negara Sabtu ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan negara."Jika mereka melanggar undang-undang sedia ada, tidak kira sama ada mereka pro-ISA atau anti-ISA, tindakan tegas akan tetap diambil".

Khairy juga sebelum ini meminta pemuda umno tidak masuk campur dalam himpunan ini samada pro atau anti ISA. Pemuda umno memang umpama ayam daging hari ini, menunggu makan dan menanti hari untuk disembelih.

Biar apa pun ugutan dan amaran atau ops pukat atau halangan atau rintangan yang pasti datang. Jangan patah semangat..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH. LAWAN TETAP LAWAN.


Saksikan video khas ini apa yang akan terjadi esok.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB Dato' Ustaz Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia- PRK di Permatang Pasir

31 Julai 2009 - Al-Fatihah - Dato' Ustaz Mohd Hamdan Abdul Rahman Adun Permatang Pasir telah kembali ke Rahmatullah pagi ini jam 6.10. Jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dikebumikan jam 5 petang di Permatang Pasir.

Beliau baru saja dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran ‘Dato’ sempena ulangtahun Tun Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang ke-71 di Dewan Sri Pinang pagi pada 11 Julai 2009.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun selepas Tuan Guru Haji Zabidi Ali meninggal dunia merupakan tokoh PAS pertama negeri ini yang mendapat gelaran sedemikian.

Beliau merupakan Adun Permatang Pasir selama 3 penggal berturut-turut. Beliau meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Beliau juga pernah berkhimat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 - 1966.
Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977.
Berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.


Beliau juga adalah aktivis NGO. Beliau pernah menjadi AJK Majlis Belia Malaysia peringkat negeri (MBN) dalam tahun 1973.
Pernah menjadi Pengerusi ABIM Bahagian Alor Setar bandar serta Setiausaha ABIM Negeri Kedah dari tahun 1973 hingga 1976.
Pernah menjadi AJK PEMADAM Negeri Pulau Pinang, mewakili PAS negeri dari tahun 1989 - 1999.
Menjadi AJK PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah mulai 2008.


Penglibatan beliau dalam Politik:
Pengarah Bilik Gerakan PAS Negeri dari Tahun 1983 - 1986.
Bendahari badan perhubungan PAS negeri Pulau Pinang 1985 - 1989.
Ketua Lujnah Penerangan PAS Kawasan Tasek Gelugor dari Tahun 1984 - 1986.
AJK Lujnah Ekonomi Dewan pemuda PAS Pusat 1985 - 1986.
Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas 1989 - 1997.
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang 1990 - 1998.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang 1989 - 2003.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang 2007 - 2008.
Ahli Dewan negeri Pulau Pinang. 1999 - sekarang.


Satu kehilangan besar bagi PAS dan juga Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ini juga bermakna dalam tempoh 60 hari, pilihanraya kecil akan diadakan di Dun Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, July 30, 2009

Wawasan Dr Mansor TKM 1 P.Pinang

Dr Mansor TKM 1 memulakan siri perjumpaan dengan Cabang-Cabang di P.Pinang. Semalam giliran Cabang Kepala Batas. Saya hadir selaku ketua AMK Kepala Batas.

Dr Mansor menyampaikan 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian dan tumpuan.

1) Kes Anwar Ibrahim sekarang, terbukti bahawa umno menggunakan modus operandi yang sama ketika kes Anwar 1998. Tujuannya hanyalah untuk memastikan dengan apa cara jua, Anwar wajib dipenjarakan.

Selagi Anwar dibiarkan bebas, umno dan b-end mungkin terkubur pada pilihanraya akan datang.

umno dan b-end juga melihat PKR sedang subur berkembang dan melebarkan sayap. Tokoh-tokoh ternama juga kini telah menyertai PKR contoh terbaru Zaid Ibrahim dari umno, Dato' Chua Jui Meng dari MCA dan S.Subramaniam dari MIC.

Mereka juga tahu kekuatan dan kredibiliti Anwar menyatukan Pakatan Rakyat. Walaupun berbagai serangan dan cubaan umno buat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, namun ianya masih tidak berjaya.

Contoh terbaru Pak Tam Timbalan Ketua Permatang Pauh dilokap kerana kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Permit polis lulus tetapi kena tangkap dan dilokap juga. Ini semua untuk menghancurkan PKR.

Sehubungan dengan itu PKR akan perhebatkan penerangan dan strategi telah disusun.

2) Dr Mansor mahu memperkasakan JKKK. Kursus JKKK akan turut disertai kakitangan kerajaan. JKKK kawasan Seberang Perai Utara (SPU) akan berkursus pada 8 hingga 9 Ogos. Kursus ini bertujuan untuk menyelaraskan matlamat kerajaan dan JKKK.

Koperasi juga akan diwujudkan di setiap JKKK. Pengarah Angkasa akan memberi penerangan tentang koperasi dan terus menubuhkan Koperasi peringkat Daerah pada kursus tersebut. Selepas itu Koperasi JKKK akan ditubuhkan selepas kursus.

Sebagai pemantauan dan galakkan untuk koperasi, hadiah terbaik serta insentif istimewa juga akan diberi kepada Koperasi JKKK terbaik.

Dr Mansor juga memaklumkan selepas Koperasi JKKK ditubuhkan, Koperasi Qhariah pula akan ditubuhkan.

Tekun adalah contoh terbaik hasil kerja dan cetusan Dr Mansor tetapi malangnya hari ini pinjaman Tekun disalah gunakan dan peminjam mesti ahli umno. Semasa beliau melancarkan Program Tekun, dana sebanyak 6 juta diberi kepada 1300 peniaga kecil dan kerajaan dapat mengutip kembali pinjaman sebanyak 98% dan dalam masa tempoh 3 tahun saja dana Tekun meningkat 13 juta. Ini satu kejayaan program Dr Mansur.

3) Dr Mansor juga mahukan Cabang Kepala Batas menyusun program hingga akhir tahun. Khabar angin Pak Lah akan mengosongkan kerusi Kepala Batas juga bertiup kencang. Borang pemantauan prestasi Cabang-Cabang juga akan dikeluarkan. Ini untuk memastikan setiap Cabang akan memperkasakan parti.

Dr Mansur juga memaklumkan sempena bulan Ramadhan yang akan datang, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 ribu untuk Masjid Daerah dan RM2 ribu untuk setiap Masjid Qhariah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 6

Tahukah anda Ketua Polis Tilam Negara - Musa Hassan akan disambung tugasnya lagi 2 tahun.

Rakyat tidak pernah lupa siapa Musa Hassan sewaktu kes Anwar tahun 1998. Beliau adalah pencacai najis angkat tilam budak suruhan Dr Mahathir.

Rakyat juga tahu beliau diangkat menjadi Ketua Polis Tilam Negara kerana jasanya menjadi pencacai najis mengangkat tilam kes Anwar.

Sekarang kes Anwar yang terbaru dengan Sialful, jelas modus operandinya sama dengan kes Anwar tahun 1998.

4 doktor melaporkan 'ekzos' sialful masih 'TARUNA' bermakna tiada objek tumpul masuk ke dalam 'ekzos' sialful.

Sialful kata dia diliwat tanpa kerelaan 8 kali.... laaa...kata ahli silat.. takkan Anwar yang sakit belakang pun hang tak boleh terajang dan penendang... kalau betoi la hang kata Anwar liwat hang tanpa kerelaan.

Kali ini rakyat jangan terkejut... bukan tilam yang akan diusong ke mahkamah tetapi karpet yang akan diusung ke mahkamah...

Maknanya depa nak bagi malu dan nak bagitau Anwar punya gelojoh... sampai atas karpet pun jadi...he..he.. haram jadah betoi..

Sebab itu Najib mahu sambung dan kekalkan Musa Hassan Ketua Polis Tilam Negara dua tahun lagi.

Sebab apa? jawabnya mudah... sebab mereka mahu Anwar masuk penjara dan kalau boleh biar Anwar mati dalam penjara. Sebab mereka tahu jika Anwar masih bebas, Pakatan Rakyat akan dapat menawan Malaysia...InsyaAllah..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 5




6 Mei 2009. Nak hantar kek kepada Perdana Menteri pun kena tangkap? Tiga pemuda ditahan polis kerana cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaaribuu ke-31" di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Yasir Sheikh Abdul Rahman, Saufi Mihat dan Sani Md Shah ditangkap dan dilokap selama 24 jam.

Selain tiga orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, turut disiasat pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin yang mengepalai perkumpulan tersebut dan temannya Nor Azizi Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Jika masih hidup, Altantuya yang dibunuh pada 2006 kini berusia 31 tahun.

Kumpulan kira-kira 30 aktivis SAMM juga merancang menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Saya sedih tengok cara polis yang ikut arahan 'atasan' membuta tuli, kenapa mereka tak pernah ambil iktibar apa yang berlaku pada 2 anggota polis Sirul dan Azilah yang membunuh Altantuya.

Yang akhirnya kena hukuman bukan pemimpin umno tetapi polis yang bangang yang ikut arahan 'atasan' membuta tuli.

Hantar kek pun salah? Undang-undang mana yang polis pakai?

Sebut Altantuya pun salah? Undang-undang mana yang polis pakai?

Jawabnya mudah... sebab polis tak dak akai.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 4

Rakyat tidak lupa pada 22 Februari 2009 sebanyak 36 laporan polis telah dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya mengenai hasil siasatan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri besar Selangor itu berkaitan dakwaan sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya menggunakan dana kerajaan negeri.

Sehingga ini, kata Shamsul, 36 laporan polis telah dibuat oleh AMK negeri dan bahagian di seluruh negara.

Dalam laporan tersebut, Zabidie mendakwa Ahmad Said menyalahgunakan kuasa beliau dengan melanggar Akta SPRM yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa tindakan Ahmad Said itu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Selangor, di samping mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan kes-kes rasuah.

Persoalannya sekarang adakah polis mengambil tindakan terhadap Ahmad Said? Jangan katakan nak tangkap dan soal siasat, yang pasti laporan polis yang di buat oleh Pakatan Rakyat, laporan polis tersebut akan dimasukkan ke bilik mayat atau buang ke longkang saja.

Kenapa jadi begitu?...jawapannya mudah.. sebab POLIS dan SPRM adalah cawangan UMNO.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, July 29, 2009

1 OGOS - LAWAN TETAP LAWAN



LAWAN TETAP LAWAN


Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya tidak akan menghadiri perjumpaan dengan pihak polis petang ini berhubung arahan supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA anjurannya, Sabtu ini.


Beliau berkata, tidak bermakna bagi GMI menghadiri perjumpaan tersebut, "kerana pihak polis pun sudah memberi amaran".Lagi pula, kata beliau, pihaknya sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.


Sebaliknya, kata Syed Ibrahim, GMI akan menghantar surat rasmi untuk memaklumkan matlamat dan tujuan perhimpunan itu diadakan Sabtu ini.Beliau mengesahkan pihaknya dihubungi oleh pihak polis supaya hadir di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini.


Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan GMI dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan ISA Sabtu ini.Muhammad Sabtu berkata, polis telah memaklumkan perkara itu kepada Pewaris kelmarin dan akan menemui GMI hari in



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


Utusan Meloya minta maaf pada Tuan Guru Nik Aziz


Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 3

12 Julai 2003. Anda boleh saksikan sendiri bukti rakaman video melalui telefon bimbit bahawa betapa hapraknya polis sanggup terima rasuah RM50.00 saja.

Kesalahan RM300 tapi boleh lepas dengan bayar RM50 sahaja. Sebab itu jangan marah rakyat bila rakyat kata "POLIS PERASUAH BERLESEN" dan yang lagi teruk sampai ada rakyat yang sanggup kata "POLIS MACAM ANJING"...

Jangan salahkan rakyat bila rakyat tidak hormat polis. Masalahnya bukan semua polis yang perangai macam tu. Cuma sebahagiannya saja.

Dalam kes video tadi, mujur polis tu tak kata "hai taukeh...anggap ini duit derma ikhlas na..." pastu duit tu pi tikam nombor ekor...jangan lupa baca bismillah...

Ada juga yang kata..mujur polis tu ambik duit RM50.00 kalau tidak kena bayar RM300.00 bukankah sudah jimat RM250.00.

Nak salahkan polis 100% pun tak boleh juga. Polis nanti kata "ooo...tang aku ambik duit RM50.00 hangpa nampak...tu yang Bapak Menteri ambik RM500 juta tu..tak nampak pulak..."

Bapak Menteri nanti jawab..."RM50 tu corruption...RM500 juta tu commission...faham tak?"....

Kata Nabil...Lu fikir la sendiri..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 2

27 Mei 2008. Masih ingatkah lagi bagaimana polis membelasah Chang Jiun Haur hingga berlumuran darah selepas dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang.

Chang, 21, bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki, sedang memandu keluar dari tapak Bandar Mahkota Cheras kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta yang mereka naiki dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.

Seorang pegawai tinggi yang berada di situ, mendakwa Chang melanggar seorang anggota FRU dengan keretanya.

Apabila diminta menunjukkan anggota yang kena langgar itu, pegawai berkenaan pada mulanya menghadapi kesukaran meminta anggota berkenaan tampil ke hadapan. Anggota berkenaan yang nampak tidak ada apa-apa mendakwa: "Dia cuba langgar saya...lihat cota patah. Nak bukti apa lagi?"

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorang pun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.

Ketika ditemui di hospital pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, Chang juga menafikan yang dia telah melanggar anggota polis.

Bajunya telah dikoyak oleh polis manakala seluarnya berlumuran darah. Difahamkan Chang ditempatkan di unit rawatan rapi.Adik perempuan dan dua rakan lelakinya turut ditahan malam tadi, tetapi menurut pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa, mereka dibebaskan hari ini.

Ahli exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu, yang melawat Chang malam tadi berkata, polis telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan."Polis sepatutnya menjaga undang-undang dan ketenteraman awam dan bukannya memukul orang. Saya amat kecewa. Parti saya (DAP) akan menyediakan peguam untuk Chang dan yang lain-lainnya," kata Liu. Memang sah POLIS RAJA DI MALAYSIA.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis - Mengapa rakyat tidak hormat - siri 1

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menunjukkan peralatan memproses dadah yang ditemui di sebuah rumah di Taman Johor Jaya, pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru

Rakyat masih tidak lupa bagaimana kejadian yang tidak sepatutnya berlaku pada 31 Julai 2008, sejumlah dadah jenis syabu yang merupakan sebahagian daripada dadah rampasan bernilai kira-kira RM48 juta hasil operasi polis negeri pada Mac lalu, tiba-tiba hilang dari bilik bahan bukti di IPK Johor.

Yang menjadi persoalan besar ialah kenapa Mohd. Mokhtar enggan mengulas mengenai jumlah sebenar dadah jenis syabu yang hilang dari IPK Johor pada 31 Julai lalu dan jumlah dadah tersebut yang telah ditemui kononnya.

"Saya tidak boleh memberi komen tentang jumlah dadah yang hilang kerana ia adalah bahan bukti dalam perbicaraan kes mahkamah yang masih berjalan justeru kenyataan saya dikhuatiri mengganggu perbicaraan.

"Berkenaan jumlah dadah syabu yang berjaya ditemui, kita masih menunggu laporan dan analisis daripada Jabatan Kimia," katanya yang juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran terperinci dua suspek terbaru itu.

Dengan penangkapan itu, seramai 18 suspek iaitu tujuh anggota serta pegawai polis dan 11 orang awam telah ditahan bagi membantu siasatan.

Apa sudah jadi dengan kes tersebut. Adakah ia telah ditutup serapat-rapatnya. Rakyat masih tidak lupa tentang kejadian itu. Rakyat nak tahu dan berhak tahu. Adakah polis sudah bergelumang dengan najis dadah. Adakah polis sudah menjadi taukeh dadah. Inilah persoalan yang bermain di fikiran rakyat.

"Harapkan pagar, pagar makan padi". Jangan salahkan rakyat dan hendak ugut rakyat. Kredibiliti polis sudah teruk tercalar. Sebab itu rakyat sekarang menganggap polis bukan lagi Polis Diraja Malaysia tetapi POLIS RAJA DI MALAYSIA.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, July 28, 2009

Perjuangan yang belum selesai

Wakil penduduk Kampung Buah Pala, K Murugan (gambar kanan), tiba di London semalam untuk membawa isu yang melanda kampung tersebut ke peringkat antarabangsa.

Esok, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy akan menemani Murugan untuk membawa isu Kampung Buah Pala kepada pejabat warisan Unesco di Paris.

Langkah itu diharap akan meningkatkan lagi tekanan masyarakat antarabangsa ke atas pihak berkuasa berkenaan di Pulau Pinang, terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengekalkan kampung tradisional India itu. Berita penuh di sini.

Untuk berlaku adil, saya melihat Pihak Koperasi, Pihak Kerajaan Negeri dan penduduk Kg Buah Pala masing-masing memperjuangkan hak masing-masing. Semuanya cuba sedaya upaya mencari dan menggunakan semua saluran yang ada dan boleh diguna pakai untuk memperjuangkan hak masing-masing. MIC sekadar menangguk di air yang keruh.

Bagi saya semangat juang penduduk Buah Pala harus menjadi contoh. Mereka tidak pernah patah semangat walaupun ada juga yang telah mengalah. Bagi mereka apa nak jadi pun jadilah... jangan mati sebelum ajal sampai.

Saya teringat video yang pernah saya ambil pada 8 September 2007. Di mana penduduk Kg Sg Nibong terpaksa pindah hanya dengan pampasan RM30 ribu sahaja semasa B-End perintah. Begitu juga pada tahun 2006 di mana penduduk Kg Nelayan Sg Batu terpaksa pindah semasa bulan Ramadhan.

Cuma oleh kerana B-End yang perintah ketika itu, maka isu ini ditutup dan tidak menjadi isu besar di media arus perdana.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Amaran Polis 1 Ogos, pemimpin PR akan ditangkap


Sudah ku jangka amaran ini akan keluar. Bukannya luar biasa tapi sudah memang biasa dah....
Alah bisa tegal biasa..

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa peserta ke perhimpunan itu.

Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya.


Telah ku duga inilah amaran yang akan keluar dari POLIS RAJA DI MALAYSIA. Malaysia negara polis sebenarnya. Sepatutnya polis kena patuh pada perlembagaan negara yang jelas mengatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.


Amaran ini hanya sesuai untuk PRO ISA saja... Puak-puak ni jangankan kata amaran FRU, tengok FRU pun dah tak cukup tanah lari.

Saya menjangkakan ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan ditangkap sebelum 1 Ogos 2009. Sekilas lintah di air ku tahu dah jantan ke pondan UMNO dan B-end. Asyik menyorok belakang punggong polis saja.

Mana hilangnya slogan 1 Malaysia. Kata rakyat diutamakan. Najib kena dengar ini suara rakyat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pulau Pinang dilanda H1N1

PULAU PINANG 28 Julai - Tiga lagi institusi di negeri ini diarah tutup selama seminggu mulai semalam akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1).


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, institusi terbabit ialah Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Institut Latihan Jururawat Kementerian Kesihatan Bukit Mertajam dan Pusat Latihan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAB).



Beliau berkata, ujian dijalankan dalam kes kluster itu dan disahkan positif.
“Pihak berkuasa kesihatan perlu menutup institusi itu untuk mengelakkan penularan,” katanya.



Phee meminta mereka yang dijangkiti supaya berdisplin dalam menjalani kuarantin dan perlu mendapatkan rawatan jika suhu badan mereka melebihi 38 darjah celsius.



Sebelum ini, masing-masing sebuah sekolah rendah, politeknik dan institusi pengajian tinggi di negeri ini diarah tutup selepas beberapa penuntut mereka disahkan positif H1N1.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Program Perdana 3 Serentak di Pulau Pinang

Ahad 26 Julai 2009. Pulau Pinang - 3 Program Perdana melibatkan pimpinan besar telah diadakan serentak.

1) Di Kepala Batas Program Perhimpunan Pekerja 2009 yang dihadiri YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang, YB Mat Sabu, Anuar Tahir (Pengarah Program) dan Syed Shahir (Presiden MTUC). Program dirasmikan oleh YB Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang.

Kurangnya kesedaran di kalangan rakyat tentang undang-undang pekerjaan di negara ini mendorong pihak majikan melakukan apa sahaja tindakan termasuk membuang pekerja sesuka hati kata, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mahamud. Berita lanjut di sini.



2) Manakala di Permatang Pauh pula bertempat di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang hampir 10 ribu orang menghadiri Ceramah Perdana yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Dato' Chua Jui Meng.


Anwar Ibrahim menyelar tindakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan mengalihkan isu penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock kepada isu penghurmatan terakhir yang diberikannya kepada mendiang baru-baru ini. Berita penuh di sini.


3) Sementara itu di Taman Ilmu, Nibong Tebal pula kehadiran kaum Cina luar biasa. Jalan penuh sesak dianggarkan kehadiran hampir 10 ribu orang.



Saudara Rizal Hamid selaku Pengarah Program Ceramah Perdana memaklumkan sabatoj oleh pihak UMNO sedikit pun tidak melemahkan semangatnya. Malah beliau dan anak buahnya makin bersemangat. Duit RM200 telah dibayar, permit polis lulus tapi malangnya ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah mengunci pintu pagar dan telah memotong bekalan elektrik.


Ceramah yang sepatutnya di dalam dewan terpaksa dibuat di luar dewan. YB Tan Tee Beng selaku Ahli Parlimen Nibong Tebal dan YB Ustaz Makhtar turut berucap sebagai tuan rumah. Mereka menyeru supaya kaum Cina lebih ramai menyertai PKR Cabang Nibong Tebal.

Malam ini bagi saya adalah ceramah terbaik dan mantap dari Chegu Bard. Beliau begitu semangat dan sentiasa mendapat tepukan yang gemuruh.

Beliau menyentuh tentang isu Chin Peng yang telah tua dan berhasrat untuk pulang ke tanah air. Siapakah Henry Gurney yang sebenarnya? Masih ingatkah kes peristiwa berdarah di Memali, Baling Kedah? Beliau membuat 3 perbandingan itu supaya rakyat faham apa yang sebenarnya telah berlaku. Maklumat lanjut di sini.




Dato' Chua Jui Meng mantan Menteri Kesihatan begitu semangat menyampaikan ceramahnya. Beliau berkata selaku mantan Menteri Kesihatan apa yang telah terjadi kepada mendiang Teoh Beng Hock banyak menimbulkan keraguan dan beliau percaya Teoh telah dibunuh dan bukannya bunuh diri.


Anwar Ibrahim yang hadir lewat kerana jalan sesak teruk di Permatang Pauh. Beliau tiba jam 11.45 dan terus ceramah hingga FRU datang sekitar jam 12.20 untuk hentikan ceramah. Beliau kecewa kerana UMNO terus memfitnahnya. "Apa lagi yang mereka mahu..tangkap sudah..lebam sudah..telanjang sudah..penjara sudah..sudahlah..mahu apa lagi.." ujarnya. namun ini semua tidak sedikitpun mematahkan semangatnya.



Anwar juga mengajak rakyat supaya turun beramai-ramai pada 1 Ogos untuk menghapuskan Akta Zalim ISA.




Petugas-petugas menjamu selera di rumah Rizal Hamid selepas ceramah. Macamana tak gemuk Azrizal dan Bob..tengah malam pun 3 pinggan nasi.



Rizal Hamid (berbaju Melayu), Anwar Ibrahim, Dato' Chua Jui Meng dan YB Tan Tee Beng menjamu juadah istimewa di rumah Rizal Hamid.



Chegu Bard, Zulkifli Ibrahim dan Zainol makan sampai tak panggung kepala. Mertua lalu belakang sure tak nampak... tapi kalau lalu depan mungkin nampak...tak gitu..he..he..



Keluarga Rizal tidak lepaskan peluang bergambar kenangan bersama Anwar Ibrahim.



Sebahagian dari 85 orang petugas AMK yang bertungkus lumus menjayakan progam ini. Syabas dan tahniah..Bergambar bersama Anwar.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/