SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Sunday, August 30, 2009

Perhimpunan Aman tanpa kepala lembu

Perhimpunan aman mendesak ADUN BEBAS LUNAS meletakkan jawatan sebagai Adun

Tarikh:31 ogos 2009

Hari:Isnin

Waktu:9 pagi

Tempat:Di hadapan pusat khidmat Adun Lunas (Paya Besar)

POLIS DAN FRU DIJEMPUT SAMA BERAMAI-RAMAI...


KAMI TAK BAWA KEPALA LEMBU..



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, August 29, 2009

Khairy dan Shamsul dan Lembu

Lembu bagi orang Melayu dan Lembu bagi orang beragama Hindu jauh maknanya. Bagi orang Melayu peribahasa 'BODOH MACAM LEMBU' menggambarkan betapa bodohnya lembu kerana boleh dicucuk hidung dan dibawa ke sana ke sini.


Tapi bagi penganut Hindu mereka mengganggap lembu itu seperti ibu sebab susu lembu diminum oleh manusia. Sebab itu ramai penganut Hindu tidak memakan daging lembu.


Semalam Khairy mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.

"Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara," kata Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN, dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.

"Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dih
antar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada ADUN Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan kerajaan Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan menteri besar.

"Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun. Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan," katanya.

Yang menyedihkan, kata Khairy, ialah demonstrasi itu diadakan atas nama NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan al-Mubarak.

"Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain," tambahnya.

Sebaliknya, tegas Khairy, tindakan tersebut sudah tentu akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu dan rakyat Malaysia amnya.

"Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu - yang memang pun berlaku - membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak al-Quran?

"Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara?

"Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina? Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

"Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.

"Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain. Salah tetap salah. Benar tetap benar," tegas Khairy.


Manakala Shamsul Iskandar dan rakan-rakan amk pernah membawa seekor lembu di hadapan pejabat SPRM. Mereka membawa seekor lembu yang masih hidup untuk menggambarkan bahawa SPRM sekarang seolah-olah seperti seekor lembu yang boleh dicucuk hidung oleh umno.




SPRM bertindak memilih kes-kes tertentu. Sudah banyak laporan yang dibuat kepada SPRM terhadap pemimpin umno dan b-end, tetapi tiada tindakan oleh SPRM. Kalau ada pun sekadar melepas 'batuk di tangga'.

Pandangan Khairy dan Shamsul dalam bab lembu ini memang ada kebenarannya. Saya setuju dengan pandangan kedua-duanya dalam bab lembu ini. Cumanya jangan jadi seperti peribahasa Melayu 'BODOH MACAM LEMBU' sudahlah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hasad yang digalakkan

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada kehasadan yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan guna menafkahkannya itu untuk apa-apa yang hak dan seseorang yang dikurnia oleh Allah akan ilmu pengetahuan, kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu serta mengajarkannya pula."

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Tidak boleh hasad melainkan dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniai oleh Allah kepandaian dalam al-Quran, mengertikan dan lain-lain, kemudian ia suka bersembahyang dengan membaca al-Quran itu pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada waktu malam dan siang."


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tazkirah Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)




Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka."

(Muttafaq 'alaih)



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah 'Azzawajalla berfirman - dalam Hadis qudsi: "Semua amal perbuatan anak Adam - yakni manusia - itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan saya akan memberikan balasan dengannya.

Puasa adalah sebagai perisai - dari kemaksiatan serta dari neraka. Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya adalah berpuasa." Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah bau busuk dari mulut seseorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.

Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan kesenangannya, iaitu apabila ia berbuka, ia pun bergembiralah dan apabila telah bertemu dengan Tuhannya, ia pun gembira dengan adanya amalan puasanya."

(Muttafaq 'alaih)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dr Hatta Menang Polis kena bayar gantirugi.

KUANTAN – Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan bahawa tindakan polis membuat tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah menyalahi undang-undang.

Serentak dengan itu mahkamah juga mengarahkan pihak polis membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerana itu.

Keputusan telah dibacakan pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini oleh Yang Arif Hakim Dato’ Mariana Yahaya.

Keputusan ini dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan selepas menerima saman yang dibuat oleh Dr Hatta Ramli yang ketika itu ialah AJK Pas Pusat, bersama Mazlan Mohd Yasin (Timbalan YDP Pas Rompin) dan Nazri Ahmad (Ketua Pemuda Pas Rompin) terhadap Ketua Polis Daerah Rompin.

Ketiga-tiga mereka telah ditangkap oleh polis dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Markas PAS di Bandar Muadzam Shah pada 10 Jun 2004 dan ditahan di lokap polis Rompin selama 12 jam.

Hakim Yang Arif, Datuk Mariana Yahya memutuskan bahawa ceramah yang diadakan oleh PAS Kawasan Rompin di sebuah rumah yang dijadikan Markaz PAS Bandar Muadzam Shah adalah sah walaupun tidak memperolehi permit polis.

Beliau memutuskan bahawa premis sedemikian bukan kawasan awam yang memerlukan permit polis untuk mengadakan ceramah. Oleh yang demikian beliau mendapati polis telah melakukan pencerobohan premis persendirian tersebut dan penangkapan terhadap Dr Hatta dan dua yang lain adalah salah.

Hakim juga memutuskan bahawa yang dikatakan premis persendirian adalah bangunan dan kawasan sekitarnya. Oleh yang demikian pihak polis tidak boleh mengganggu aktiviti yang dilakukan di premis tersebut melainkan ianya menimbulkan masalah kepada keselamatan negara.

Mahkamah juga memutuskan Dr. Hatta dan dua yang lain dibayar gantirugi yang jumlahnya akan dinilai dan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Dengan keputusan Mahkamah ini PAS berpendapat sebarang bentuk ceramah di mana premis parti atau premis persendirian yang lain adalah sah dan tidak memerlukan permit polis





oleh Zukri Aksah

Mantan AMK Pusat


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, August 28, 2009

Adun UMNO Terengganu nak lompat

Meneliti beberapa perkembangan mutakahir ini dalam senario politik Terengganu yang tak kesudahan khususnya melibatkan pertembungan kem Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu.

Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan.

Dua hari lepas sebuah laman portal berita internet telah menyiarkan kemungkinan ada ADUN Terengganu (kem bekas MB) akan 'bertukar' parti. Serentak dengan itu Hishamuddin sendiri telah menghubungi kesemua ADUN yang disyaki dan setelah memujuk ugut semuanya, wartawan diarahkan menghubungi kesemua mereka untuk penafian.

Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. Mereka mendesak tukar MB atau mereka akan keluar parti.

Cuma mereka ADUN - ADUN ini tak berapa berani apabila Menteri Dalam Negeri yang menjadi pemangku Pengerusi Perhubungan Terengganu membuat pujuk ugut ke atas mereka.

Apapun kemelut politik di Terengganu terus memangsakan rakyat.Perkembangan terbaru dalam sidang DUN Terengganu yang bermula 26 Ogos lepas membuktikan betapa ADUN Bn tidak serius dan kurang keberanian khususnya bila berdepan dengan isu ugut dan wang.

Menteri Besar sedia ada melalui usul oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman telah 'memberikan' buget tambahan sebanyak RM361, 267, 300.00

Ramai pemerhati politik menyifatkan ini usaha Menteri Besar sedia ada untuk mengikat semua ADUN - ADUN Bn terus setia dibawahnya. Tentunya RM361 juta akan dicairkan melalui projek kroni Bn akan menyebabkan ADUNJ - ADUN Bn terliur.

Dari RM361, 27,300.00 itu, sebanyak RM80, 453, 300.00 adalah tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan selebihnya sebanyak RM280, 814,000.00, adalah untuk perbelanjaan pembangunan.

Sokongan penuh dalam meluluskan baget tambahan ini telah digunakan oleh Menteri Besar sedia ada sebagai gambaran semua setia padanya padahal ADUN - ADUN bersetuju meluluskan kerana nilai wang tersebut bukan nilai sokongan.

Melalui buget tambahan ini juag jumlah yang besar turut di perolehi oleh Syarikat yang punya kaitan dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar, sebagai ’upah’ tindakan berdiam diri, apabila tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya itu.

Chegu Bard
MPP
PKR

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

KDN Macam Kartun Rampas Majalah Kartun

Angkatan Muda Keadilan (AMK) prihatin dengan tindakan terkini pihak Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang merampas 408 naskah majalah Gedung Kartun hasil usaha kartunis politik terkenal negara Zunar dan rakan-rakanya, hari ini.

Bagi kami perkembangan terbaru ini menunjukkan situasi kebebasan media dan kreativiti di Malaysia berada di dalam keadaan yang cukup parah dan membimbangkan. Kami percaya usaha ini adalah bertujuan politik dengan arahan politik pihak yang kurang senang dengan kritikan jujur Zunar dan beberapa rakan dalam pada politik nasional.

Mengenali susuk Zunar, kami tidak merasakan beliau hanya mengkritik sebelah pihak sahaja, tetapi teguran, idea dan komentar beliau melalui karikaturnya adalah dengan hasrat membina bangsa dan masyarakat yang lebih adil, jujur dan telus. Kami cukup yakin kritikannya adalah bersifat inklusif dan merentasi wajah dan tubuh politik.

Langkah terbaru KDN ini juga tanpa disedari menutup ruang kreativiti rakyat dan cuba menakut-nakutkan rakyat agar jangan bersuara dengan jujur atas sanubari mereka. Ruang kreatif adalah salah satu sendi tamadun yang perlu dipertahankan. Menyekat ruangan ini hanyalah menjadikan masyarakat hilang jiwa dan semangat pada diri negara dan tamadun.

Justeru kami dengan tegas mengeji rampasan ini dan akan berbincang untuk menyediakan platform di negeri-negeri pakatan terutamanya kepada Zunar dan rakan-rakannya menyampaikan sudut pandang mereka kepada rakyat Malaysia.

YB Amirudin shari
Naib Ketua AMK



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Amk : Tangani dengan rasa hormat

Kenyataan Media
28 Ogos 2009

Pentadbiran Undang-undang Syariah: Tangani dengan rasa hormat.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat polemik yang dicetuskan daripada keputusan Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno.

Adalah amat malang apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada isu ini untuk mempamerkan imej mereka sebagai kononnya mempertahankan hak wanita sedangkan pada masa yang sama menunjukkan kedangkalan dalam memahami pentadbiran undang-undang syariah dan tujuan sebenar hukum.

Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.

Di dalam ayat 38, Surah al-Maaidah diterangkan bahawa hukuman bukan sekadar balasan terhadap perbuatan jenayah tetapi juga adalah “...suatu pencegahan daripada Allah”. Meski ayat ini merujuk secara khusus kepada kesalahan curi, ia memberi gambaran tujuan hukuman terhadap kesalahan di bawah Hudud.

Meskipun undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah.

Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.

Pada masa yang sama, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa agar pentadbiran syariah di Malaysia diperkemaskan. Konflik seperti yang berlaku apabila hukuman terhadap Kartika diperintah dilaksanakan di Penjara Kajang, di mana hanya banduan boleh disebat sedangkan Kartika tidak dijatuhi hukuman penjara, boleh dan perlu dielakkan.

Usaha penambahbaikan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan pentadbiran syariah di Malaysia sentiasa kemas dan sebarang kelemahan yang wujud diperbaiki dan masalah diatasi.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia berpandangan kelemahan-kelemahan pentadbiran tidak seharusnya menjadi alasan untuk menolak pelaksanaan atau menjadi alasan untuk mengkritik tanpa asas undang-undang syariah. Lebih parah apabila ada yang mengambil kesempatan menghina dan memfitnah Islam itu sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

MCA lebih berani dari UMNO

Kemelut yang melanda MCA kali ini nampaknya amat parah. Isu pemecatan Dato' Chua Soi Lek menjadi panas. Ia menjadi lebih panas apabila banyak Bahagian MCA terutama di Johor dan hari ini MCA di Kedah juga bangun menyatakan bantahan secara terbuka.

Mereka bukan sahaja mahukan pemecatan tersebut ditarik balik, tetapi juga kuasa Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden dilucutkan sementara. Mereka juga menuntut Mesyuarat Agong Khas diadakan segera.

Najib pula meminta agar kemelut dalaman MCA ini diselesaikan segera. Katanya "Penyelesaian pada krisis MCA ini adalah penting untuk BN dan lebih cepat diselesaikan lebih baik." "Kepentingan BN perlu diambil kira, maknanya kita perlu kepada MCA yang kuat dan yang boleh mewakili aspirasi masyarakat Cina dan Malaysia."

Presiden MCA Datuk Seri Ong juga sedang berdepan dengan skandal PKFZ berjumlah RM10 juta yang akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengheret kes itu ke mahkamah.

Secara jujurnya saya akui setiap parti politik mempunyai masalah baik BN mahupun Pakatan Rakyat. UMNO sedang berdepan dengan krisis Adun di Terengganu yang masih belum selesai. Begitu juga dengan MIC, PPP dan Gerakan dalam Barisan Nasional. Tak perlu rasanya saya ulas panjang dalam MIC, PPP dan gerakan.

Dalam Pakatan Rakyat pula PAS, PKR dan DAP juga tidak boleh lari dari masalah dalaman parti. Cuma bezanya samada masalah dalaman ini dapat dibendung dan diselesaikan atau ianya tidak dapat dikawal hingga terpaksa membuka pekung di dada kepada media arus perdana.

Apa yang lebih parah seperti berlaku dalam PKR hingga 2 adun keluar parti di Perak hingga tumbangnya Perak, di Kedah Adun Lunas keluar parti, Adun Bukit Selambau meletak jawatan (asalnya Bebas) dan di P.Pinang Adun Penanti meletak jawatan. Perkara ini menjejaskan imej PKR. Hingga ada rakyat berkata calon PKR tangkap muat saja sebab itu masalah demi masalah timbul dari wakil rakyat PKR.

Masalah dalaman PAS pula bergolak dalam isu 'Kerajaan Perpaduan' . Kemuncaknya Tuan Guru Nik Aziz mendesak Ustaz Nasa meletak jawatan. Krisis ini berlarutan selepas muktamar hingga menyebabkan PAS hampir kalah di prk Manek Urai.

Pimpinan DAP pula lebih gemar menggunakan media arus perdana untuk menghentam PAS dan PKR. Tetapi Alhamdulillah semuanya dapat diredakan walaupun sebenarnya bukanlah semua isu selesai secara total. Mudah-mudahan segala permasalahan dalam Pakatan Rakyat, menjadi iktibar dan kita wajib bermuhasabah.

MCA lebih berani dari UMNO untuk mengambil tindakan terhadap pemimpinnya. Tetapi UMNO hingga sekarang tidak berani memecat Khairy dan Ali Rustam walaupun UMNO sendiri yang mendakwa dan mendapati mereka terlibat dengan RASUAH. Kalau dulu Rafidah dan Rahim Tamby Chik. Ramai lagi kalau nak sebut.

Terbaru calon Permatang Pasir di mana Rohaizat terlibat dengan skandal menggelapkan wang Koperasi Pekebun Kecil berjumlah RM161 ribu. Itupun bermati matian pemimpin umno mempertahankannya umpama menegak benang yang basah.

Kesimpulannya rakyat hari ini mahukan pemimpin yang bersih. Rakyat mahu melihat parti politik berani mengambil tindakan terhadap pemimpinnya yang bermasalah. Tidak kira parti manapun samada dalam BN atau Pakatan Rakyat, tindakan berani mestilah diambil jika terbukti pemimpinnya bermasalah.

Inilah sebenarnya harapan rakyat. Inilah sebenarnya rakyat mahukan. Inilah sebenarnya dambaan rakyat yang bukan sahaja mahu melihat parti dan pemimpin itu bersih, tetapi rakyat mahu melihat ianya benar-benar bersih.

Rakyat juga bukan sahaja mahu melihat keadilan, tetapi rakyat mahu melihat keadilan itu terlaksana.

Semoga di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Pakatan Rakyat dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah. Jangan sampai rakyat tolak rebah baru nak berubah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, August 27, 2009

Tazkirah Ramadhan - Kisah Burung Pipit

Spesis: Burung pipit



Nama saintifik: Passer (true sparrow)

Zaman Nabi Ibrahim

Sejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.


Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.



Iktibar dan Pengajaran:

1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa...

3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.

4) Jadilah insan yang benar-benar berjiwa merdeka, apa makna merdeka? maknanya kita bebas dan tidak takut dan tidak memperhambakan diri kepada manusia. Jadilah insan berjiwa merdeka yang tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yang benar tanpa rasa gementar dengan ancaman dan ugutan manusia.

5) Niat kita mesti betul, dalam perjuangan niat kita wajib diperbetulkan. Kita berjuang kerana Allah. Parti politik hanya sebagai wadah atau platform untuk berjuang. Kalau kita puja bunga, bunga kan layu. Kalau kita berjuang dan memuja pemimpin, pemimpin juga akan mati.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


Tazkirah Ramadhan - Kisah Burung Hud-Hud

Spesis: Hud-hud/belatuk

Nama saintifik: Upupa epops

Zaman Nabi Sulaiman

Sejarah: Allah telah kurniakan kepada nabi Sulaiman sebuah kerajaan yang sangat unik.

Nabi Sulaiman bukan sahaja berkuasa ke atas manusia, tetapi juga kepada burung-burung, haiwan dan juga jin.

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.

Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan uzur yang nyata.

Berkata burung Hud-hud yang hinggap di depan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan:: "Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu.


Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan laknatullah dari jalan yang lurus dan benar."

Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: "Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."

Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.


Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.


Berkatalah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: "Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi pertimbangan atau nasihat kepadamu.

Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu."

Ratu Balqis menjawab: "Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahawa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian.


Menurut pertimbanganku, lebih bijaksana bila kita menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kita menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kita berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka nescaya akan berakibat kerosakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan.

Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kita. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa.

Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan cuba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.

Sementara Ratu Balgis bersiap sedia mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Nabi Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawapan atas surat beliau kepadanya.


Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata perutusan Balqis bila mereka tiba.

Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Nabi Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: "Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah s.w.t. telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang daripada makhluk-Nya.

Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dipujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini?

Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu.

Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikutnya dari negerinya sebagai orang-orang yang hina dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku."

Perutusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya.

Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahawa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.

Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: "Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai."

Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah pula berkata: "Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu."

Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: "Ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah s.w.t., ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya: "Serupa inikah tahtamu?" Balqis menjawab: "Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri," seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.

Ratu Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Nabi Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih.

Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya. Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: "Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini."

"Oh, Tuhanku," Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurnia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang."

Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tazkirah Ramadhan - Sejarah Burung Gagak

Spesis: Burung Gagak

Nama saintifik: Corvus corax (Common raven)

Zaman Nabi Adam a.s.

Sejarah: Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Habil dibunuh oleh Qabil, Allah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil cara untuk menanam mayat Habil).

Menurut sesetengah ulamak, Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak ramai. Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri. Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah, putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain.

Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina. Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya.

Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa, Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah. Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli.

Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya.

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama denganku ” . Qabil membantah kerana cemburu terhadap adiknya, Habil.

Setelah abangnya diam, Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” . Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah.

Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”.

Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masalah menjodohkan anaknya. Setelah berfikir panjang, Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing.

Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dialah yang benar ”Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah. Qabil membawa sehidang buah-buahan sesuai pekerjaannya sebagai seorang petani.

Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan.

Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya.

Ini bererti Habillah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima.Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya.

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini. Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya.

Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama dalam sejarah hidup dan tamadun manusia di bumi Allah ini. Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama pula ialah Habil, adik Qabil sendiri.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, August 26, 2009

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

Umno dan b-end tidak pernah belajar dari kesilapan. Melihat reaksi Najib, Muhyidin dan Hishamudin serta beberapa pemimpin umno tentang kekalahan di Permatang Pasir, ternyata mereka tidak pernah belajar dari kesilapan.

Apabila mereka meletakkan kekalahan mereka kepada kesalahan PAS, tidak mahu mengaku kelemahan, membuktikan betapa egonya mereka dan mereka tidak dapat menerima kekalahan demi kekalahan dalam semua prk di Semenanjung.

Dalam soal kredibiliti calon hinggalah tuntutan untuk calon b-end bela diri tidak diurus dengan baik. Malah ada pula yang cuba menegakkan benang yang basah.

Dari situ rakyat sudah nampak kekalutan pengurusan jentera pilihanraya b-end dalam menangani krisis secara mengejut hasil daripada pemilihan calon yang bermasalah.

Saya amat yakin ini adalah sabotaj oleh pemimpin umno p.pinang sendiri yang mahu Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai pengerusi perhubungan umno p.pinang.

Bila b-end sudah tewas mereka salahkan pula rakyat kerana tidak mahu pembangunan kononnya. Kenapa diungkit lagi soal pembangunan itu

Tidakkah pihak b-end sedar yang rakyat inginkan pembangunan integriti pemimpin yang ingin memimpin mereka bukannya pembangunan semata-mata.

Media arus perdana juga tidak berubah. Berita arus perdana ternyata berat sebelah. Mereka tidak mahu belajar dari kesilapan.

Biarkan..biarkan..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, August 25, 2009

Rafizah (isteri kedua Rohaizat) kena berhenti belajar.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa kepada Rafizah. Ibu saudara Rafizah memaklumkan kepada saya, Rafizah menghantar sms " Fiza kena bdhenti belajar" . Sms ringkas ini menimbulkan berbagai persoalan.

Adakah Rafizah terpaksa berhenti belajar atau diberhentikan belajar. Saya pernah bercakap sendiri dengan Rafizah selepas penamaan calon, ketika itu beliau masih belajar di UKM Bangi dan sedang mengambil ujian.

Rofizah mengaku beliau begitu tertekan kerana menerima ugutan dan rayuan dari Rohaizat supaya mendiamkan diri. Beliau juga diburu oleh sb, polis dan orang umno hingga terpaksa balik ke Pahang.

Bagaimanapun saya gagal untuk menghubungi Rafizah hari ini, beliau tidak mahu menjawab sebarang panggilan termasuk ibu saudaranya serta bapa saudaranya yang cuba menghubungi beliau.

Sementara itu bapa Rafizah, Mohd Ali memberitahu, YB Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjumpa dengannya (bapa Rafizah) dan sedia membantu menyediakan khidmat guaman jika benar Rafizah telah diberhentikan belajar.
Sehingga sekarang Rafizah gagal dikesan di mana beliau berada termasuk bapanya sendiri.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Analisa awal prk Permatang Pasir

Pada pendapat saya, peratusan keluar mengundi yang kurang (73.1%) daripada PRU (82.7%) mungkin kerana ianya diadakan pada hari bekerja ataupun mungkin ada juga rakyat yang sudah bosan dengan situasi politik hari ini.

Sejarah tercipta selepas PRU 12 di mana pilihanraya kecil sebanyak 8 kali telah diadakan. Mungkinkah rakyat sudah bosan dengan pilihanraya kecil yang terlalu kerap berlaku sepanjang setahun.

Alhamdulillah PAS berjaya mengekalkan kemenangan biarpun majoritinya menurun tetapi tidaklah seteruk di Manek Urai. Apa yang berlaku di Manek Urai tentang masalah dalaman PAS terlalu ketara hingga hampir kalah. PAS sudah ambil iktibar tentang apa yang berlaku di Manek Urai.

Malangnya ada juga sebahagian ajk PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak komited dengan prk Permatang Pasir seolah-olah memboikot. Keegoan melampaui kepentingan parti disaat kita berdepan dengan pilihanraya amatlah mengecewakan.


Kita tidak nafikan faktor calon terlalu penting dalam politik sekarang. Jika di Manek Urai, b-end cuba merendahkan atau membunuh karektor calon dengan memperlekehkan calon PAS hanya seorang taukeh ikan.

Di Permatang Pasir pula, b-end terpaksa menangkis serangan isu 'pecah amanah' calon b-end hinggakan orang umno sendiri membuat kritikan secara terbuka seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Kegagalan umno menjawab isu ini memberi kesan yang besar terhadap keputusan Permatang Pasir.

Ini menunjukkan sebahagian besar rakyat hari ini ada yang mengundi berdasarkan calon bukan parti. Hakikat ini adalah sesuatu yang positif dalam arena politik tanahair.

Parti-parti politik selepas ini akan berhati-hati dalam soal memilih calon, tidak boleh tangkap muat sahaja kerana faktor calon begitu penting untuk mempengaruhi keputusan mengundi.


Isu pembangunan, perkauman yang dimainkan oleh umno dan b-end ternyata tidak banyak mempengaruhi pengundi.

Isu Anwar Ibrahim juga yang dimainkan oleh umno dan b-end pada saat akhir ternyata langsung tidak mempengaruhi penggundi malah apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu pengundi Permatang Pasir tahu bahawa umno dan b-end sebenarnya ketandusan isu untuk diketengahkan. Terbukti semua isu ini memakan diri sendiri.

Saya berpeluang 2 kali berbincang panjang lebar dengan Saifudin Nasution Pengarah Pilihanraya PKR. Ada banyak juga kelemahan jentera PAS yang perlu diperbaiki. PAS mungkin terlepas pandang perkara ini.

Pengalaman saya menemani Chegu Bard dan YB Amirudin Shaari, memperlihatkan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku oleh petugas PAS namun saya percaya perkara ini akan dibincang dan diatasi dalam bedah siasat prk Permatang Pasir nanti.


Isu adun Lunas juga tidak mempengaruhi Permatang Pasir, tetapi yang pasti imej PKR tercalar. Rakyat akan mengatakan calon PKR hanya tangkap muat dan mereka mengkhianati amanah rakyat.

Di Perak 2 ekor calon PKR keluar PKR, di P.Pinang isu Fairus, manakala di Selangor juga isu adun PKR disebut-sebut termasuk isu Menteri Besar Selangor hinggakan wujud sebuah blog http://airmataselangor.blogspot.com/

yang dipercayai dibuat oleh ahli PKR sendiri. UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH..

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man dan juga kepada petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus memenangkan YB Ustaz Salleh Man. TAKBIR...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hishamudin dan Muhyidin pembohong besar

Muhyidin berkata beliau kesal kerana petugas PAS telah menghalang pengundi b-end dari keluar mengundi.

Manakala Hishamudin pula berkata beliau kecewa kerana PAS tidak akur dengan arahan SPR supaya tiada perayu undi pada hari mengundi. Kemudian beliau mengarahkan SPRM untuk menyiasat.

Kenapa nak arah SPRM untuk menyiasat pula? SPRM ke SPR? he..he.. dengan wajah yang amat kecewa beliau muncul di TV3 suku.

Manakala Pengerusi SPR pula beliau amat berpuuas hati dengan perjalanan mengundi hari ini.


Benarkah petugas PAS telah menghalang pengundi b-end keluar mengundi? Kalau betul, di mana? bila? jam berapa? siapakah pengundi itu? siapakah petugas PAS yang telah menghalang pengundi itu?

Sebenarnya inilah sikap Muhyidin yang tidak dapat menerima kekalahan lalu melemparkan fitnah kepada PAS. Saya cabar beliau untuk buktikan jika ianya benar-benar berlaku.

Kepada Hishamudin pula, nak bohong tu agak-agak la...mungkin 1 Malaysia orang umno dan b-end percaya dengan kata-kata seorang pak menteri seperti kamu. Tapi bagi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat ianya merupakan satu lawak Ramadhan. he.he..
Gambar di atas tu siapa? perayu umno palsukah? habis yang riuh 1 malaya kononnya pemuda umno kepala batas kena baling batu itu palsukah?
Lu fikirlah sendiri...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

SAH USTAZ SALLEH MAN MENANG

PAS 9618

B-END 5067

UNDI ROSAK 83

MAJORITI 4551

TAKBIR...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

keputusan tidak rasmi PAS MENANG MAJORITI 4551 UNDI

PAS 9618

B-END 5067

UNDI ROSAK 83

MAJORITI 4551

TAKBIR...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sekitar suasana hari mengundi Permatang Pasir

Pemuda umno perlis berkumpul di stesen minyak shell Kubang Semang, mungkin nak bagi duit, ambil duit jangan tak ambil.


Anak Emas? adakah bermakna dun umno lain anak tiri atau anak buloh betong? Permatang Pasir mahu anak soleh dan anak solehah bukan anak emas..


Benarkah rakyat didahulukan.... atau pemimpin yang didahulukan..

Ek..eleh..apahal nak malu pula... dah tahu nak kalah ke...

Hebat..hebat...muslimat PAS begitu semangat...takbir...

InsaAllah Ustaz Salleh Man akan menang.

Rayuan terakhir buat pengundi Permatang Pasir.

PAS cukup kreatif menggunakan penutup mulut dan hidung logo PAS, b-end pakai yg free saja..

Suasana berhampiran Sekolah Permatang Pasir.. Petugas PAS menguasai..

Laa... belum mengundi lagi dah tumbang..petanda b-end nak kalah ka...


Siapa punya angkara ni...macam lanun la pula Rohaizat nie...

Ek..eh.. Sian najib 1 Malaya dah tengok najib lanun.. Siapa punya angkara tak pasti..mungkinkah ini strategi terakhir b-end...mereka b-end buat supaya rakyat tuduh PAS yang punya angkara?...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

75 % keluar mengundi

Saya dimaklumkan oleh pegawai penerangan PAS bahawa peratusan keluar mengundi 75%. Difahamkan juga pak-pak menteri umno dan b-end sudah balik. Mungkin meraka sudah tahu kalah agaknya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Terkini - peratusan keluar mengundi

Menurut Saifudin Nasution Pengarah Pilihanraya PKR, peratusan keluar mengundi pada jam 4.30 ptg tadi sekitar 70.3 %.

Pengundi agak kurang keluar mengundi berbanding PRU sebanyak 82%. Bagaimanapun petugas-petugas PAS sedang bertungkus lumus untuk memastikan pengundi keluar mengundi.
Sepanjang tinjauan saya tadi, berlaku sedikit kekecohan di Penanti dan Bukit Indera Muda. Polis dan FRU mengawal keadaan. Walaupun berpuasa petugas PAS dan Pakatan Rakyat bertambah semangat.
InsyaAllah PAS menang...Takbir

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, August 24, 2009

ROHAIZAT SANGGUP MENIPU UNTUK MENANG PILIHANRAYA

Pada 18 Ogos, saya dihubungi oleh seseorang yang memperkenalkan diri sebagai keluarga Rafizah yang punya 'hubungan' dengan calon b-end, Rohaizat. Individu tersebut menyatakan beliau menghubungi bagi pihak Rafizah yang meminta tolong untuk bersempena Pilihanraya Permatang Pasir untuk menyelesaikan masalah gantung tak bertalinya.

Malam itu saya ke Tanjung Berembang bertemu dengan ibu dan bapa saudara Rafizah.


Menurut ibu saudaranya, siapa Rafizah ?


Rafizah ialah bekas kakitangan pejabat guaman Rohaizat. Ketika itu Rohaizat sudah beristeri, namun dia cakap dengan Rafizah yang dia cintakan Rafizah tetapi tidak boleh hebahkan kerana isterinya yang seorang pensyarah USM lah yang menjadi 'penanggung keluarga'.


Setelah menjalinkan hubungan, akhirnya hubungan itu sampai ke pengetahuan keluarga Rafizah. Keluarga Rafizah mendesak agar Rohaizat menikahi Rafizah. Oleh kerana 'perkara tidak boleh elak' maka Rohaizat terpaksa bersetuju menikahi Rafizah 'secara sulit' pada Mei 2005.

Perkahwinan dilakukan di Pekan, Pahang tanpa daftar di pejabat agama dan menyalahi undang undang syariah negeri Pahang.


Rafizah mengandung, malangnya Rohaizat tak mengaku ia anaknya. Rohaizat telah menghantar Rafizah untuk menggugurkan kandungan di sebuah Klinik di Nibong Tebal.


Akibat desakan Rafizah dan ugutan maka pernikahan tersebut menurut maklumat keluarganya telah didaftarkan di Mahkamah Syariah Pekan Pahang dengan membayar denda. Namun semua masih 'disulitkan'. Rafizah 'dimasukkan ke sebuah IPTA untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Rafizah sendiri, dia sudah amat - amat tertekan dijadikan 'boneka mainan'. Dia digantung tidak bertali. Bila berjumpa Rohaizat akan hamburkan macam - macam janji manis tetapi akhirnya dia masih seperti digantung tidak bertali.


Apabila saya tanya sendiri apa yang Rafizah mahukan. Dia menjawab dia tak nak satu sen pun...dia cuma mahu keadilan untuk dirinya....dia mahu diceraikan....


Rayuan dengan titisan air mata untuk katanya minta tolong untuk buat Rohaizat sedar.


Di mana Rafizah sekarang ?


Rafizah kali terakhir dihubungi dia dalam keadaan tertekan dan ketakutan. Dia beritahu dia dihubungi perbagai orang termasuk pemimpin Umno, Sb dan polis....Rohaizat juga ada telefon 'ugut dan rayu' agar jangan dedahkan apa - apa masa kempen pilihanraya. Rohaizat janji akan selesai selepas pilihanraya.....


Persoalannya selesai macam mana ? Bukan sekali janji manis Rohaizat hamburkan akhirnya hancur macam tu saja... adakah janji manis Rohaizat kepada Rafizah sama seperti janji manis b-end kepada pengundi....


Di bawah ini klip rakaman percakapan bapa Rafizah yang menyatakan beliau sendiri yang menikahkan Rafizah.






Klip rakaman Ibu saudara Rafizah mengenai perkahwinan Rohaizat.




Rupanya ada alasan 'besar' kenapa semua nya dirahsiakan.... Klinik Lim, Nibong Tebal menjadi saksi...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sumbangan Fakir Miskin & Anak Yatim

Selepas seharian bersama Chegu Bard pada hari Jumaat, YB Amiruddin Shaari Adun Batu Cave bersama 2 sahabatnya pula sampai Penang jam 2.30 pagi. Beliau terus bermalam dan bersahur di rumah saya.

Pada tengaharinya kami berjumpa dengan YB Saifudin Nasution di Yayasan Aman. Banyak perkara dan strategi dibincangkan.

Kemudian pada sebelah petangnya kami pergi ke Masjid Jamek Al-Falak Pengkalan Tambang untuk Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Kepada Fakir Miskin dan Anak Yatim anjuran Yayasan Aman.


YB Hj Malik memulakan ucapan alu-aluan selaku Exco Agama Islam P.Pinang. Beliau berkata tahun ini peruntukan untuk untuk program agama Islam telah bertambah dan beliau akan berusaha untuk menambahkan lagi peruntukkan pada tahun hadapan.


TKM 1 P.Pinang YB Dr Mansur Othman kemudian memberi ucapan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada 150 fakir miskin dan anak yatim.


YB Saifudin Nasution turut memberi tazkirah pada petang tersebut. Beliau berkata pemimpin mestilah adil dan berani buat perubahan. Keprihatinan terhadap permasalahan rakyat mesti diutamakan. Pemimpin adalah hamba rakyat. Rakyat juga bukan sahaja mahu melihat pemimpin itu bersih, tetapi rakyat juga mahu melihat pemimpin itu benar-benar bersih.


Yb Amirudin Shaari bersama Hj Ibrahim dan teman teman seperjuangan dari Selangor.


Lim Guan Eng, Dr Xavier turut hadir. Inilah kelebihan Pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang sanggup hadir ke majlis keagamaan. Ini tidak pernah kita lihat kepada pemimpin B-end yang bukan Islam untuk hadir ke majlis seperti ini.



Presiden GMI Syed Ibrahim, Yb Saifudin Nasution, Hj Razali (Ahli Majllis MPPP), YB Senator ir Zamri dan YB Amirudin Shaari khusyuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim.


Anwar dalam ucapannya menyentuh tentang betapa pentingnya memberi kemenangan kepada Ustaz Salleh Man. Beliau cukup yakin pengundi Permatang Pasir tidak akan terpengaruh dengan dakyah b-end. Mereka juga tidak dapat menyembunyikan dan menangkis isu calon mereka yang pecah amanah.



Antara tamu awal yang hadir.


Lim Guan Eng memberi sumbangan kurma kepada Masjid Al-Falak Pengkalan Tambang.


Berbuka puasa bersama. Kemesraan jelas terbayang. Lim Guan Eng pernah berkata 'anak emas' tidak diperlukan tetapi yang lebih penting adalah anak soleh dan anak solehah.


Pada sebelah malamnya kami ke Sama Gagah program AMK, selepas ceramah Shamsul Iskandar bersama kami minum jap untuk bincangkan strategi terakhir yang amk boleh buat.
YB Amirudin kemudian bermalam semalam lagi dan bersahur dirumah saya dan pada keesokkan tengaharinya baru beliau pulang kerana ada program di kawasannya. Beliau bersama Abang Din dan Abang Man sempat bergambar bersama ayah saya yang uzur.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

MB Kedah mengadap Sultan Kedah hari ini

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini untuk memaklumkan permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.

"Atas kuasa Tuanku untuk melantik dan juga menggugurkan mana mana Exco. Saya akan sembahkan permintaan daripada PKR supaya dia digugurkan. Kerusi itu kekal kuota PKR kecuali PKR kata berilah pada sesiapa sahaja," kata Azizan.

Bercakap di satu sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman, Azizan berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil.

Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Mohd Radzhi berkata dia tidak akan melepaskan jawatan Exco.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Radzhi bertindak keluar dari PKR setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Radzhi sebelum ini telah dinasihatkan supaya meletakkan jawatan kerana beliau mempunyai masalah disiplin serta masalah dengan isteri keempatnya.

Ketua Pembangkang juga menambah bekas Adun PKR bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Radzhi juga dilaporkan telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid dalam cubaan UMNO Barisan Nasional membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar juga mendedahkan sebilangan adun sejak beberapa bulan lalu mengadu dipujuk Radzhi untuk lompat parti dengan tawaran yang lumayan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ADUN LUNAS KHIANATI AMANAH RAKYAT

Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri.

Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan.

Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya.

Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir.

Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing.

Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?

ANWAR IBRAHIM

video


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nik Aziz akan saman TV3, Utusan Melayu dan Berita Hairan

Laporan serangan yang dikira fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak, saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."

"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.

Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/