SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, December 31, 2009

Atasi masalah banjir di Permatang Batu

BUKIT TENGAH – Masalah parit yang tersumbat menyebabkan bajir seringkali berlaku di kawasan Permatang Batu, dekat sini, yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum India.

Salah seorang penduduk, R Santha, 47, berkata, parit yang terletak berhadapan kawasan perumahannya kerap dipenuhi air setiap kali hujan lebat hingga menyebabkan ia melimpah ke dalam rumahnya dan jiran-jiran yang lain.

Menurutnya, kedudukan rumah mereka yang rendah juga menjadi punca air mudah untuk memasuki ruang dalam rumah.

“Setiap kali hujan lebat rumah mesti banjir. Setahun lebih kurang dua kali mesti banjir. Susah kalau banjir sebab semua barang akan rosak. Kami semua bukanlah orang yang berada.

“Paling teruk pernah air masuk sampai paras lutut. Waktu tu memang kelam-kabut. Semua barang kena angkat letak di tempat yang tinggi.

“Bukan itu, saja, banjir juga menyebabkan dinding rumah yang diperbuat daripada ‘plainwood’ menjadi kembang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Manakala, bagi seorang lagi penduduk, S Candra,50, pula berkata, banjir yang berlaku menyebabkan kira-kira 24 rumah digenangi air.

Katanya, parit yang menjadi punca banjir itu tidak pernah dikorek menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna ekoran terdapat banyak sampah-sarap di dalamnya.

“Banjir ni dah lama, sejak kira-kira 20 tahun lalu. Parit ni baru pertama kali dikorek dua tahun lalu, tapi banjir juga.

“Ramai penduduk yang merungut kerana perlu menanggung kerugian setiap kali banjir berlaku kerana kebanyakan penduduk di sini bukanlah orang yang berada,” katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tengah, Jordan Kee Yu Wah dan Amizudin Ahmat yang mengadakan lawatan ke tapak parit berkenaan berkata, pihak Adun telah pun mengupah kontraktor untuk membersihkan kawasan parit sepanjang kira-kira lima kilometer itu bagi kemudahan penduduk serta melancarkan perjalanan air.

Menurut Jordan Kee Yu Wah, kerja-kerja pengorekan telah dimulakan pada 24 Disember lalu dan siap ssepenuhnya pada 27 Disember lalu.

“Saya berharap agar kerja-kerja pengorekan yang telah dilakukan ini akan dapat mengurangkan masalah banjir di kawasan Permatang Batu ini.

“Justeru, penduduk juga disarankan agar tidak membuang sampah dengan sesuka hati ke dalam parit ini bagi mengekalkan kebersihannya serta melancarkan perjalanan air demi kepentingan semua penduduk,” katanya.

Sementara itu, Amizudin Ahmat pula berkata, parit akan tersumbat jika ada orang membuang sampah ke dalamnya.

Katanya, kesedaran sivik dalam diri setiap individu perlu ada dengan tidak membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam parit, sebaliknya mengambil inisiatif dengan membuangkannya ke dalam tong sampah.

“Jika penduduk dapat mendisiplinkan diri, saya percaya, masalah banjir ini dapat dikurangkan. Ia sekali gus dapat memberi satu gambaran yang indah terhadap kawasan sekitar Permatang Batu ini.

“Jika masih ada lagi yang berdegil, sudah semestinya masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Malah, akan bertambah lagi, kerana ia bukan saja akan menyebabkan banjir, malah akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang seterusnya membawa kepada penyakit demam Denggi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kesemua penduduk bersatu hati dengan menjaga kebersihan parit berkenaan sebaik mungkin agar mereka dapat mengekalkan keindahan alam seterusnya mengurangkan bebanan mereka selama ini dalam mengharungi banjir.

Azila - Sinar Harian


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cadangan SPR buang masa..

Parti pembangkang menyifatkan cadangan meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (SPR) (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 dengan memberi tempoh bertenang selama 24 jam dan penamaan calon selama tiga hari hanya membuang masa.

Malah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menganggap, cadangan yang masih dalam penelitian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak masuk akal dan menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh-temeh.

Beliau turut menempelak SPR dengan meminta agar ditunjukkan padanya kekecohan dan bentuk keganasan yang didakwa suruhanjaya itu sehingga perlunya meminda akta berkenaan.

"Apa yang ganasnya? Cadangan itu tidak masuk akal dan buang masa. Apa yang lebih penting adalah peraturan untuk memberi ruang lebih selesa kepada penyokong parti bertanding.

"Banyak lagi isu besar yang perlu diberi perhatian seperti undi pos, wang deposit dan ketelusan dalam perlembagaan pilihan raya.

"Tempoh bertenang 24 jam atau 12 jam juga bukan isu besar yang patut diberi perhatian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

Cadangan itu dikemukakan bertujuan membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika diluluskan, mereka yang melanggar peraturan itu boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw turut bersependapat dengan Salahuddin dan meminta SPR supaya meneliti sedalam-dalamnya keberkesanan cadangan itu sebelum dikemukakan ke Parlimen.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tempoh tiga hari dan 24 jam itu akan terus dipanjangkan sekiranya ia masih gagal mencapai objektif untuk membendung kekecohan dan keganasan penyokong.

"Ini bukan soal masa tetapi ia tentang keadaan politik semasa. Soalnya adakah rakyat faham atau tidak erti sebenar demokrasi dan keamanan?

"Semua itu perlu diterapkan melalui pendidikan. Kalau setiap rakyat mempunyai kesedaran dan cintakan keamanan, mereka pasti tidak akan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku keganasan.

"Semuanya bergantung kepada kesedaran individu dan saya percaya pendidikan adalah cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. Tetapi janganlah sampai mahu meluahkan emosi secara sederhana pun kita disekat," katanya.

Pengarah Pilihan Raya Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun menganggap cadangan SPR itu sebagai 'percubaan baik' bagi meredakan bahang semasa penamaan calon yang seringkali mengundang rasa tegang antara penyokong parti bertanding.

Namun katanya, cadangan itu bukanlah satu reformasi menyeluruh seperti diharapkan pembangkang kerana ia tidak menyentuh hal-hal fundamental dalam pilihan raya.

"Antaranya adalah pembersihan daftar pemilih, mencari jalan agar 4.3 juta rakyat yang layak tetapi masih belum mendaftar, mendaftar segera untuk mengundi selain akses media yang lebih adil.

"Tetapi tidak saya nafikan, cadangan ini percubaan yang baik. Diharapkan agar SPR dapat meneruskan lagi penambahbaikan dalam perkara yang membabitkan dasar-dasar pilihan raya," katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Penasihat PKR Nibong Tebal kemalangan


30 Disember 2009 - Penasihat KeADILan Cabang Nibong Tebal, Hj. Othman Jusoh terlibat dalam kemalangan jalanraya malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang dari kedainya, apabila kenderaan yang dipandu beliau bertembung dengan sebuah lori yang keluar dari sebuah kilang secara tiba-tiba.

Walaubagaimanapun Pak Njang yang juga Pengerusi JKKK Sg. Duri, dan isterinya hanya mengalami cedera ringan.


sumber-media NT

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Terima kasih datuk


13840_102916519726654_100000249186723_80988_2131939_n.jpg


13840_102916523059987_100000249186723_80989_7088562_n.jpg

13840_102916526393320_100000249186723_80990_1167644_n.jpg

13840_102916529726653_100000249186723_80991_2153875_n.jpg

Wednesday, December 30, 2009

Program Anwar 1 Jan 2010

Program Anwar di Permatang Pauh pada 1hb Jan 2010 setelah bermasyuarat dengan Biro Politik

1) Jam 11.30 pg Majlis sumbangan bag sekolah di DUN Permatang Pasir (di mulakan oleh YB Mansur / YB Salleh Man)

jam 12.00 tgh ketibaan DSAI

2) Jam 1.00tgh Masjid Batu -tazkirah oleh DSAI
-Solat jumaat khutbah oleh Ust Sidek
-solat hajat
-prog sumbangan bag sekolah DUN Sbrg Jaya


3) Jam 3.00 ptg prog dgn masyarakat Cina /India Sbrg Jaya (di-Thai Restoran Bandar Sunway

4) Jam 3.45ptg prog sumbangan DUN Penanti di Masjid Taman Guar Perahu

5) Jam 4.30ptg Yayasan Aman

6) Jam 5.00ptg bertolak balik KL

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ada orang nak penjarakan saya

Kerajaan Pulau Pinang semalam, membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur jahat dan fitnah di dalam laman blognya.

Laporan itu dibuat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik yang mewakili kerajaan negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Laporan itu merujuk artikel bertajuk 'Ada Orang Nak Penjarakan Saya' dipaparkan di dalam blog http://duniatiger.blogspot.com mulai Sabtu lalu.

Ng juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, berkata artikel disiarkan dalam laman blog itu berunsur jahat dan berniat memburukkan imej kerajaan negeri.

"Artikel terbabit sengaja direka untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan ia pembohongan yang tidak berasas.

"Kami dapati tiada pekerja di Pejabat Ketua Menteri mengenali beliau (Ibrahim) selepas siasatan dilakukan dan perkara ini dipandang serius Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya.

Mengikut artikel itu, Ibrahim diugut seorang lelaki yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Inilah artikal "ADA ORANG NAK PENJARAKAN SAYA"

Ini pandangan seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng

Awak ingat RTM tu awak punya, atau UMNO yg punya ke, atau BN punya ker. RTM rakyat punya. Awak perlu berlaku adil. Jawatan awak untuk rakyat seluruh Malaysia, bukan untuk orang UMNO sahaja. Awak perlu jadi pengarah untuk orang umno, bn, pas, dap, pkr dll.

Awak ingat senang2 nak tuduh orang main bontotawak ingat senang2 nak tuduh orang cari publisitiawak ingat senang2 nak main isu perkauman dengan tanamkan kebencian pembaca awak terhadap orang Cina.Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini.

Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.

Lim Guan Eng kata dia amat kenal awak. Sama belajar di High School Melaka, tingakatan 5. Dia aliran sains awak aliran sastera. Awak bernasib baik sebab anak bumiputera masuk ITM, Mass Communication. Tetapi pelajaran awak di ITM pun tak ler hebat.Awak tu takder ler pandai mana pun. laporan mengenai diri awak sudah pun disiapkan untuk didedahkan kepada umum di dalam satu sidang media nanti di komtar, penang.

Sikap biadab dan prejudis seorang Ketua Pengarah RTM terhadap rakyat berbangsa Cina.-

dari kawan sekelas awak semasa di High School jugak. Saya kini di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

(Renungan Rimau : Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, saya juga bukan seorang yang rasis. Saya sayangkan negara ini. Saya tidak mahu negara ini huru-hara kerana angkara pihak yang ada kepentingan peribadi atau tertentu. Bagi saya, keamanan dan keharmonian adalah perkara utama tidak kira siapa yang menjadi pemimpin. Jika ada pemimpin yang suka menghuru-harakan negara ini dengan menabur pelbagai perasaan perkauman atau menyakitkan hati orang Melayu, saya akan menyuarakannya. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan bangsa Melayu ada maruah dan tidak dikotak-katikkan. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan negara ini sentiasa selamat dan aman. Biarlah saya hanya seorang saja yang akan menentang pihak yang kurang ajar tetapi saya sanggup demi maruah bangsa dan negara. Saya bukan peguam tetapi saya seorang wartawan yang cintakan bangsa dan negaranya. Seorang wartawan yang akan bersuara dan tidak takut dengan ugutan atau ancaman untuk memenjarakan saya. Apakah ahli politik saja yang boleh bersuara? Apakah wartawan tidak boleh menyatakan pandangan peribadi untuk memastikan negara ini sentiasa aman dan harmoni. Tidak payahlah membuat ugutan kerana saya juga pernah tidak ada kerja dan kehilangan kerja.Ia adalah satu proses dalam kehidupan. Seperti juga ahli politik yang adakalanya menang dalam pilihanraya. Kemudian kalah dan kemudian pegang jawatan. Ada yang naik dan ada yang turun. Biarlah kita bodoh tetapi kita adalah falsafah hidup. Bukan kerana jawatan kita sanggup menghalalkan matlamat. Rezeki ditentukan oleh tuhan. Percayalah. Jika tiada rezeki, nak buat apa. Saya sanggup menjadi satu-satunya orang Melayu yang berani bersuara. Yakinlah, saya tidak pernah rugi untuk menyatakan kebenaran. Orang lain, tidak tahulah.)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wajarkah Penamaan Calon selama 3 hari

Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

Jika cadangan itu diluluskan, maka mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

“Kita dapati sepanjang sembilan kali Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac tahun lalu, para penyokong parti bertanding masih berdegil dengan terus menjalankan kerja meraih undi semasa hari pengundian.

"Padahal SPR sudah tetapkan mulai 12 tengah malam menjelang pengundian sehinggalah malam keputusan pilihan raya itu tidak dibenarkan langsung berbuat demikian.

“Justeru, menerusi pindaan ini nanti, selepas kempen, keesokannya belum ada pengundian lagi dan urusan itu (pembuangan undi) hanya akan dilaksanakan hari berikutnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Berhubung pindaan dalam memanjangkan proses penamaan calon, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan mengelakkan kekecohan ekoran pertembungan ribuan penyokong parti-parti bertanding yang datang serentak dan saling menunjukkan kekuatan.

“SPR sedang meneliti kemungkinan membenarkan calon sebuah parti berserta para penyokong mereka menyerahkan borang pencalonan pada sebelah pagi, satu lagi calon pada petangnya pula, manakala kalau ada lagi calon-calon lain, mereka akan berbuat demikian keesokannya dan begitulah seterusnya,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis serah semula siasatan enjin hilang F-5E

Polis telah hantar semula kertas siasatan berhubung kes kehilangan dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Jabatan Peguam Negara semalam setelah diminta membuat siasatan lebih terperinci, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kita hantar semula selepas ia siap dan dikemaskini. Kita perlu menunggu mereka untuk tindakan seterusnya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Musa mengesahkan hanya dua enjin sahaja yang hilang dan bukan empat seperti yang dilaporkan sesetengah media berdasarkan sumber.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai perkara itu.

Musa berkata, tiada lagi tangkapan akan dilakukan ketika ini dan segala-galanya bergantung kepada jawapan daripada Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, empat orang termasuk tiga pegawai rendah Tentera Udara Diraja Malaysia ditahan dan dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Minggu lalu, Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut dan mendapatkan dokumen yang penting yang berkaitan, di samping mengenal pasti bagaimana enjin ini boleh dibawa ke luar negara.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menyifatkan kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E itu sebagai "perkara serius", dan memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes tersebut.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Najib tak mahu siasat Che Det

KOTA KINABALU, Dis 29 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata suruhanjaya diraja tidak perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.

“Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja... tetapi dalam hal ini, tak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.

“Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar.

“Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-14 di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ditanya cadangan penubuhan suruhanjaya itu yang dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” tulisan Barry Wain baru-baru ini menghangatkan polemik dengan dua personaliti, Dr Mahathir dan Lim masing-masing berbalas kenyataan menerusi blog masing-masing hari ini.

Dr Mahathir mahu kerajaan memberi kerjasama dengan menubuhkan suruhanjaya diraja dengan membuka “semua buku” yang berkaitan.

“Saya mempunyai hak untuk membersihkan nama saya. Tun Abdullah (Ahmad Badawi) juga mempunyai hak untuk membersihkan nama beliau. Kerajaan seharusnya bekerjasama dan membuka semua buku (dokumen).

“Tidak harus ada sebarang langkah menutup (kes). Kerajaan telah menyatakan komitmen untuk amalkan ketelusan. Ia harus bertindak untuk menunaikan janji-janjinya,” kata bekas presiden Umno itu dalam tulisan blognya.

Dr Mahathir menafikan jumlah kerugian akibat kes-kes yang disenaraikan oleh Wain dalam bukunya boleh mencecah RM100 bilion.

“Kesemuanya sekali, saya ingat jumlah kerugian jika dijumlahkan kemungkinan mencecah RM10 bilion. Jika kita rugi RM100 bilion, kerajaan sudah tentu berada dalam masalah yang teruk.

“Walaupun kita pernah alami pertumbuhan buruk dalam beberapa tahun tetapi kerajaan tidak pernah gagal untuk memenuhi komitmen kewangan termasuk membayar balik pinjaman.

“Sebaliknya kita telah memiliki wang secukupnya untuk membayar balik hutang. Projek-projek (yang dijalankan semasa era Dr Mahathir) sudah tentu menelan banyak wang,” kata beliau merujuk kepada antaranya jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang, Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar Petronas.

Lim pula memberitahu oleh kerana Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau ada hak untuk menyamannya termasuk Wain dan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu wajarnya mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sekarang.

“Mengapa tidak Mahathir menyaman saya sekarang jika saya telah memfitnah beliau,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Dr. Mahathir bahawa jika suruhanjaya diraja ditubuhkan nanti mendapati dakwaan Wain tidak benar, beliau akan mengambil tindakan perundangan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, December 29, 2009

Masalah Kg Tok Panjang selesai

BUKIT TENGAH – Masalah yang timbul di Kampung Tok Panjang sebelum ini akibat dari tiadanya longkang yang sempurna hingga menyebabkan pergaduhan tercetus dalam kalangan jiran tetangga dianggap selesai.

Pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Jordan Kee Yu Wah berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama penduduk dan mereka bersetuju untuk membina longkang di hadapan rumah masing-masing bagi memudahkan pengaliran air serta tidak mengganggu lagi kawasan jiran yang tinggal berhadapan rumah mereka.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM10,000 digunakan untuk membina longkang sepanjang 224 meter serta melibatkan 10 buah rumah.

“Saya berharap agar penduduk di kampung ini tidak lagi bertikam lidah serta menyalahkan jiran tetangga yang menyebabkan banjir berlaku selain mengalirkan air yang kotor ke dalam parit mereka.

“Selain itu, saya juga meminta agar penduduk menjaga kebersihan longkang bagi mengelakkan ia dicemari dan tersumbat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pembantu Adun, Amizudin Ahmat berkata, perkara penting yang perlu diberi perhatian penduduk adalah kerjasama dalam menjaga kebersihan longkang agar ia sentiasa bersih.

Katanya, sebelum ini longkang sedia ada di kampung itu juga tidak pernah dibersihkan dan beliau telahpun mengaturkan gotong-royong bersama penduduk baru-baru ini untuk membersihkan longkang berkenaan.

“Penduduk seharusnya mempunyai sikap tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar terutama longkang. Jika tidak dijaga, maka kemungkinan untuk berlakunya banjir itu pasti ada. Selain itu, ia turut mengundang masalah kesihatan seperti demam Denggi,” katanya.

Justeru, beliau berkata, gotong-royong secara berterusan akan diaturkan bersama penduduk untuk membersihkan longkang di sekitar kawasan kampung. Katanya, ia seharusnya dilakukan sekali dalam tiga bulan agar kebersihan sentiasa terjamin.

Sementara itu, bagi salah seorang penduduk, Ramzan Ali Azid Ahmad, 37, berkata, pembinaan longkang tersebut amat melegakan hati penduduk.

Menurutnya, longkang tersebut mula dibina sejak seminggu lalu oleh beliau dan beberapa pekerja yang diupah, dan dijangka siap dalam masa dua minggu lagi.

“Saya berharap agar selepas ini penduduk tidak lagi bergaduh dan dapat hidup dalam keadaan aman.

“Saya amat kesal dengan apa yang terjadi beberapa minggu lalu, yang mana sepatutnya ia tidak perlu terjadi kerana ia hanya mencemarkan keadaan,” katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian dalam laporannya bertarikh 4 Disember lalu menyiarkan tentang pergaduhan yang berlaku antara tuan tanah dan juga penyewa tapak yang bergaduh gara-gara parit yang dikorek pihak tuan tanah digunakan sewenang-wenangnya oleh penyewa tapak dengan mengalirkan air dari rumah mereka.

Parit yang pada asalnya dibina untuk menampung air hujan akhirnya menjadi air acar apabila penyewa tapak yang tinggal berhadapan rumah tuan tanah memasang saluran bagi mengalirkan air dari rumah mereka hingga berlakunya banjir.

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan tuan tanah hingga berlakunya pertelingkahan antara kedua belah pihak.

Azila
Sinar Harian


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, December 26, 2009

YB Law Choo Kiang berhijrah...

Semalam tercipta sejarah di Dewan Chong Kuang Sg Bakap di mana buat julung kalinya program Forum Perdana Ma'al Hijrah telah diadakan bertajuk HIJRAH MEMBENTUK PERIBADI UMMAH.


Ahli Panel:
1. Ustaz Ismail bin Kamus (digantikan dengan Ustaz Dr Jamnul Azhar)
2. Ustaz Dr Badrul Amin bin Baharom
3. Ustaz Mahizam bin Md Lazim
Pengerusi Forum: Ustaz Anuar bin Hussain (turut digantikan kerana terima amaran dari Kementerian Pelajaran)

Anjuran:
Surau Tmn Murai Jaya, Simpang Ampat, SPS
JKKK Simpang Ampat, SPS
dengan kerjasama:
MMK Pembangunan Luar Bandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Kehadiran muslimin dan muslimat dalam dewan dan ramai lagi di luar dewan.

Kaum berketurunan Cina juga turut hadir. Mereka juga berminat untuk mengetahui tentang peristiwa serta pengajaran Hijrah.

YB Law Choo Kiang (4 dari kanan gambar) selaku Adun Bukit Tambun merangkap Exco Kerajaan Negeri turut hadir dari awal hingga akhir. Inilah bezanya YB Pakatan Rakyat berketurunan Cina dengan YB BN.

YB Law Choo Kiang bukan sahaja hadir mengikuti Forum Perdana malah beliau turut menyumbang RM5,000 untuk menjayakan program ini.

Ustaz Badrul Amin berpesan agar peristiwa Hijrah ini bukan hanya untuk mendengar satu cerita tetapi yang lebih penting pengajaran dari peristiwa Hijrah. Mengapa Allah tidak permudahkan sahaja Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menghantar borak seperti peristiwa Israq dan Mikraj?

Di antara pengajarannya adalah :-
1) Dalam perjuangan strategi perlu ada memerlukan pengorbanan.
2) Dalam perjuangan orang muda amat diperlukan seperti Saidina Ali yang baru berusia 12 tahun sanggup menggantikan tempat tidur nabi diketika Nabi mahu dibunuh.
3) Dalam perjuangan orang bukan Islam juga diperlukan seperti Abdullah Uraiqit yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi dari Mekah ke Madinah.
4) Dalam perjuangan wanita juga diperlukan seperti Asma' Abu Bakar yang sanggup menyedia dan menghantar makanan ketika nabi di gua Thur selama 3 hari.

Sewajarnya umat Islam di semua peringkat pada hari ini menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat banyak bergantung kepada potensi anak muda.

Dengan sokongan dan pengorbanan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah mengubah perjalanan masa depan dunia dan tamadun kemanusiaan. Itulah hasilnya jika anak muda dididik dengan akidah dan akhlak yang mantap bukan dengan hiburan yang terlampau.


Semalam saya tercari-cari juga di mana 2 orang anak muda Pembantu Khas YB Law Choo Kiang. Tak nampak pun mereka atau mungkin kerana ramai saya tidak berkesempatan bertemu dengan mereka.

Saya bimbang juga bila tengok YB Law Choo Kiang tanpa 2 Pembantu Khasnya seolah-olah macam kehilangan 2 enjit pesawat F-5E..he..he..

Semoga Hijrah tahun ini lebih bererti...kepada perokok...bila nak berhenti merokok?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Berminat bela kambing atau senyum kambing


Berminat bela kambing atau sekadar suka senyum kambing dan senyum sumbing...he..he..

Kalau berminat bela kambing layari di sini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BBQ anak muda


BBQ Anda semua dijemput bersama dengan dikenakan RM 5 sahaja
tempat:Pantai Rubina telok ayer tawar butterworth
jam:8.30 malam
31 dec 2009 (Sempena sambut tahun baru)
hubungi :Zulkarnain 0195082933
tarikh tutup:29hb dec 2009

Menu
Satu Ekor kambing
ayam
udang
kerang
daging
sosej
ikan

Pat pat siapa cepat dia dapat


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, December 25, 2009

Enjin pesawat hilang..berdosa pada Tuhan dan rakyat 1 Malaysia

Pihak-pihak terlibat dalam insiden kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk dipercayai didalangi warga kerjanya telah berdosa kepada setiap rakyat negara ini, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Orang yang terlibat bukan saja berdosa dengan Tuhan, tapi berdosa juga dengan rakyat. Kalau rakyat Malaysia ini ada seramai 30 juta, maka orang itu berdosa dengan 30 juta rakyat.

“Sebab enjin itu adalah hak kerajaan dan bila sebut kerajaan ia termasuk lah semua rakyat,” kata Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Dengan nada yang sinis Nik Aziz berkata mustahil enjin itu boleh hilang dengan begitu mudah jika tidak ada dalang atau pengatur skrip di sebalik tragedi itu memandangkan prosedur kawalan ketat di pangkalan TUDM.

Berita penuh di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dua AMK ditangkap lagi...

Dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan pula ditahan hari ini kerana mengedarkan risalah tanpa permit meminta Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan di pekarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan selepas solat Jumaat tadi.

Jumaat lalu, dua pemimpin kanan AMK ditahan polis atas kesalaham yang sama di pekarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

Daripada dua pemimpin AMK yang ditahan hari ini, seorang merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan iaitu Ariffin Berham (berdiri dalam gambar)

“Mereka ditahan ketika mengedarkan risalah berkaitan dengan kes Datuk Seri Anwar dan mereka sedang diambil keterangan, kami dimaklumkan polis bahawa kemungkinan mereka akan dibebaskan hari ini,” kata ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin, dari Negeri Sembilan ketika dihubungi.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

AMK kini sedang mengadakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara berhubung isu semasa termasuk kes liwat Anwar.

Ia mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Anwar, serentak dengan kes di mahkamah sivil.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hukum Hudud bagi Non Muslim - Ustaz Asri

video

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

2x5 = 2 Mantan PM

Harakahdaily - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tud
uh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja. Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, buka
n SPRM," katanya.

Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dan laporan siasatan berkenaan diletakkan di bawah bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimen untuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.


Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun. Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih. Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewenagn dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, December 24, 2009

Enjin Pesawat F-5E hilang dipercayai berada di Argentina


Pelik tapi benar....tentu 1 Malaysia nak tahu bagaimana enjin pesawat F-5E yang hilang kini dipercayai berada di Argentina? Ketua Polis Tilam 1 Malaysia, Musa Hassan berkata beliau akan menyiasat perkara ini dengan serius dan akan melaporkan hasil siasatan dengan segera.

Satu persoalan yang bermain di kepala kita rakyat 1 Malaysia kini ialah kenapa perkara yang telah berlaku pada tahun 2007 ini hanyalah baru diketahui sehari dua apatah lagi menjelang sambutan tahun baru 2010 kira-kira 9 hari lagi? Apakah rahsia yang cuba ditutup daripada diketahui oleh awam kini sudah tidak mampu untuk ditutup lagi?

Adakah ini bermakna ianya adalah bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditutup lagi?


Apakah selama dua tahun lebih ini sejak ianya berlaku pada tahun 2007 langsung tidak diambil peduli untuk mencari atau menjalankan siasatan atau berusaha menjejaki siapa dalangnya serta kepada siapa ianya dijual dan ke manakah hasil jualan tersebut telah pergi?

Saya berfikiran positif dan memandang perkara ini sebagai suatu ‘kecuaian’ yang amat besar kerana ianya boleh berlaku didepan mata kita dalam keadaan ‘sedar’ dan secara tidak langsung menunjukkan kepada negara luar kehebatan slogan “Malaysia Boleh!” itu benar-benar te
lah menjiwai rakyat Malaysia kini sejak slogan tersebut diperkenalkan dan dipopularkan pada awal 90an dahulu.

1 Malaysia tahu pada tahun 2007, Najib adalah Menteri Pertahanan? Adakah Najib terlibat atau dia pura-pura tidak tahu seperti mana kes Altantuya?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Malaysiakini - UMNO P.Pinang akur arahan Najib...sah bukan ayam sabung tapi ayam piru..

Pemimpin Umno Pulau Pinang akur dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak dibangkitkan lagi desakan kepada Gerakan supaya menyerahkan jawatan pengerusi BN.

"Tidak ada lagi kenyataan, kami akur dengan arahan bos kami," katanya Setiausaha Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga.

Ditanya adakah pihaknya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi parti, ekoran cadangan tersebut adalah keputusan sebulat suara dalam permukiman Umno negeri itu, Azhar berkata:

"Apa yang bersangkut paut dengan perkara itu, saya tidak mahu komen."

Azhar yang juga ketua
pembangkang diminta mengulas tindakan susulan Umno Pulau Pinang berhubung desakan agar Gerakan menyerahkan jawatan pengerusi BN negeri kepada Umno.

Ahad lalu Najib dilaporkan berkata bahawa berkata cadangan Umno Pulau Pinang itu hanya merupakan pandangan dan tidak lebih daripada itu dan sebarang keputusan akan dibuat atas semangat pemuafakatan BN.

Sehari sebelum itu, pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata permintaan tersebut munasabah kerana wakil Umno memenangi semua 11 kerusi DUN dan dua kerusi parlimen di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno sejak 35 tahun lalu dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sebelum ini dilaporkan juga bahawa keputusan meminta jawatan pengerusi BN negeri itu diputuskan secara sebulat suara dalam sesi permukiman Umno negeri itu di Janda Baik, Pahang sebulan lalu.

Menurut satu sumber sesi permukiman tersebut dihadiri oleh 299 pemimpin dari kesemua 13 bahagian, termasuk tiga sayap parti di negeri 'Pulau Mutiara' itu.

Bagaimanapun dilapork
an Dr Koh enggan melepaskan jawatan tersebut kerana ia adalah jawatan itu disandang oleh Gerakan sejak lebih tiga dekad lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Umno memenangi 13 kerusi termasuk dua kerusi parlimen di Pulau Pinang
. Negeri itu mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen.

Manakala semua komponen BN - Gerakan, MIC dan MCA - tewas semua kerusi yang mereka tandingi. Pulau Pinang kini ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Isu Kg Tok Panjang....YB Ong Chin Wen turun padang

YB Ong Chin Wen turun padang untuk selesaikan masalah Kg Tok Panjang yang hampir menimbulkan pergaduhan kerana isu parit. Isu ini pernah saya siarkan di sini.

Kemudian saya aturkan segera program gotong royong untuk atasi masalah ini bersama MPSP dengan Penduduk Kg Tok Panjang. Beritanya di sini.

Semasa YB Ong Chin Wen turun padang untuk meninjau sendiri masalah tersebut, ada penduduk yang telah membuat laporan polis tentang masalah parit ini kerana rumah mereka telah dinaiki air akibat saluran keluar air dari rumah mereka telah ditutup oleh tuan tanah.



Polis hadir dengan membawa senjata, sebagai langkah awal mengelak pergaduhan.
Akhirnya setelah rundingan, tuan tanah bersetuju untuk memberi tempoh satu hari lagi untuk kerja membuat longkang disegerakan esok. Saya bagi jaminan kepada tuan tanah, jika esok saya tidak turun dan kerja tidak berjalan, tuan tanah boleh terus menutup parit tersebut.

Keesokkan paginya, saya pergi ke Kg Tok Panjang seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan... Kerja membuat longkang baru telah dijalankan...


Saya memberi sumbangan dari YB Ong Chin Wen kepada Penduduk Kg Tok Panjang.

Sebahagian longkang baru telah siap dibuat.

Empat hari kemudian saya turun lagi ke Kg Tok Panjang untuk sampaikan sedikit lagi sumbangan YB Ong Chin Wen untuk longkang baru di Kg Tok Panjang...
Mudah-mudahan masalah di Kg Tok Panjang tidak lagi berpanjangan....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Memorandum AMK Malaysia

Memorandum : Mahkamah Syariah Perlu Adil, Telus Dan Bebas Daripada Campurtangan Mana-Mana Pihak.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa terhina dan terkejut terhadap jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom, pada 27 Oktober 2009 di Parlimen.

Soalan adalah berkenaan kenapa pendakwaan aduan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Qazaf yang dibuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan masih belum dimulakan. Menteri tersebut telah menjawab bahawa untuk menelakkan konflik maka kes Qazaf di Mahkamah Syariah tidak boleh dibicarakan kerana kes dakwaan liwat terhadap DSAI sedang berjalan di Mahkamah Sivil.

Kenyataan Menteri tersebut amat tidak tepat dan mengelirukan kerana Mahkamah Persekutuan telahpun memutuskan bahawa apabila terdapat dua kesalahan yang sama di hadapan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, maka kes yang dimulakan terlebih dahulu hendaklah dijalankan. Dakwaan Liwat (persetubuhan di luar tabie) adalah berlainan sekali dengan dakwaan Qazaf (dakwaan palsu) dengan demikian tiada terdapat sebarang halangan untuk perbicaraan di Mahkamah Syariah. Qazaf adalah suatu kesalahan yang tidak diperuntukkan dalam sistem Sivil.

Juga adalah dikesali Menteri tersebut yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama di Malaysia, tidak yakin dengan sistem keadilan perundangan Islam di Negara ini malahan memandang rendah kewibawaan Mahkamah Syariah. Menteri tersebut cuba menggambarkan seolah-olah Mahkamah Sivil mengatasi dan mempunyai kuasa serta status yang lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah walhal Perlembagaan Persekutuan telah memberi bidangkuasa dan kuasa yang secukupnya kepada Mahkamah Syariah untuk membicarakan kesalahan-kesalahan jenayah Syariah.

AMK Malaysia juga menganggap jawapan Menteri terbabit telah menjatuhkan maruah dan martabat Mahkamah Syariah seolah-olah statusnya berada di kelas kedua atau ketiga. Ini jelas satu penghinaan besar terhadap Mahkamah Syariah yang sepatutnya dihormati dan mempunyai peranan, hak dan kuasa tersendiri.

AMK Malaysia dalam Memorandum ini menyatakan pendirian dan membuat desakan :

Pertama : Mahkamah Syariah Kuala Lumpur perlu segera memulakan prosiding kes Qazaf yang difailkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tanpa menunggu mahkamah sivil memulakan kes berkenaan satu kes dakwaan liwat oleh Saiful Bahari dibicarakan atau selesai. Melambatkan kes Qazaf ini adalah satu bentuk usaha menghalang keadilan terlaksana kerana melambatkan perlaksanaan keadilan adalah penafian hak kepada keadilan.

Kedua : Mahkamah Syariah di seluruh Negara digesa bersikap berani, adil dan telus serta tidak terpengaruh dengan sebarang campurtangan politik. Seluruh anggota dan kakitangan Bahagian Pendakwaan serta Mahkamah Syariah perlu amanah dalam menegakkan keadilan dan kesaksamaan selaras dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

Ketiga : Martabat Mahkamah Syariah di negara ini perlu diperkasakan serta dipertahankan dan tidak dibenar dipermainkan oleh mana-mana pihak. Jangan sesekali sesiapapun menghina dan memandang rendah status Mahkamah Syariah.

Keempat : Menggesa seluruh anggota badan pendakwaan dan kehakiman Mahkamah Syariah supaya tidak tunduk kepada campurtangan politik. Mereka perlu menjunjung tinggi prinsip bahawa Mahkamah Syariah adalah penegak keadilan yang melaksanakan semua tuntutan yang termaktub di dalam perundangan seperti digariskan oleh Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma dan Qias.

Maka, dengan ini Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa dan menuntut Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan supaya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanah kepada beliau dengan memulakan prosiding di Mahkamah Syariah berkenaan kes Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari yang difailkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, December 22, 2009

Terengganu Darul Runtuh

HULU TERENGGANU: Tiga buruh warga Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.

Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki serta tangan akibat terkena serpihan kaca itu.

Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Zaman keruntuhan umno agaknya.....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis akan siasat 50 juta lesap

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan mengenai kehilangan sebuah lagi enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Malah beliau berkata, pihaknya sememangnya menjalankan siasatan berhubung kehilangan kedua-dua enjin tersebut yang masing-masing berharga RM50 juta.

"Ia bukan perkara baru, memang selama ini kita siasat kehilangan bagi kedua-dua enjin itu.

"Bukan
bermakna ada lagi kehilangan, memang kita dapat laporan mengenai kehilangan kedua-duanya... siasatan kita pun berdasarkan dua laporan polis berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.

Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21
A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.

Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.

Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.

Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.

Sementara di
minta mengulas mengenai kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan yang tidak lengkap, beliau berkata pihaknya akur dengan perkara tersebut.

"Tak apalah, arahan supaya kita kemaskan siastan, kita akan kemaskanlah.

"Ia bukan satu masalah kepada polis, kita akan lakukan yang terbaik," katanya.

Sabtu lalu media melaporkan kehilangan enjin pesawat tempur berkenaan bersama dokumen mengandungi butiran penyenggaraan serta tahun perkhidmatan enjin dari simpanannya di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UMNO tidak mampu adakan Konvensyen BN.

Cuba hayati ucapan penuh semangat baru Anwar Ibrahim. Pihak umno dan b-end berkata semua ini adalah sandiwara dan indah khabar dari rupa. Mereka sebenarnya tidak mampu buat seperti Pakatan Rakyat.

Mereka tidak mampu mengadakan konvensyen seperti ini dalam Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain lagi yang sepusat dan sepusing sewaktu dengannya tidak pernah mengadakan konvensyen seperti ini.

Di Pulau Pinang Gerakan dan UMNO masing-masing bergaduh sebab gila jawatan. Kenapa UMNO tidak beria-ia mahu menjadi Ketua Menteri P.Pinang pada tahun 1990 bila UMNO jadi majoriti dalam Barisan Nasional?

UMNO di Terengganu lagi kecoh sampai stadium dan terminal Bas runtuh....

MCA lagi berserabut....sampai kena buat pemilihan semula...

Sebenarnya umno memang takut bila Anwar berjaya menyatukan PAS dan DAP.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, December 21, 2009

Najib diboikot....

MENTERI


Sembrong – Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok,Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi


Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim


Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor


Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany


Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin


Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon

AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI


Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri


Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang - Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan


K. Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin


Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong


Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli


Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan


Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang


Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing

Kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!!

Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA!

Sumber, Info Corner


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/