SharpShooter Followers

Monday, May 31, 2010

Katak kepanasan...

Lautan manusia di Padang Perdana berdekatan Stadium Kota Bahru.





Lagi gambar boleh lihat di sini dan di sini.

Sedutan ceramah Anwar - Saya ada bukti berapa katak di bayar oleh umno.



Berapa agaknya senatak sesumpah dibayar oleh umno? Gambar terbaru senatak sesumpah ceramah di Kelantan sebelum Keadilan berkongres.

Amk gelarkan Ezam 'Ibu Ayam' pelacur politik


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Media perdana putaq alam no 1 - Manikumar



Ucapan Manikumar memang mencuit hati dalam Kongres Keadilan.
Loghat Kedah memang power...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ucapan Presiden dan Saifudin di Kongres Keadilan






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Esok jom hantar memo kepada kedutaan Amerika


Dipanjangkan dari HQ Aqsa Syarif. Siapa yang free esok, Jom turun ramai-ramai. Dan pada mereka yang tidak sempat esok, boleh turun demo beramai-ramai hari Jumaat ini.

Salam,

Kini press conference (PC) telahpun selesai. sekarang sesi tazkeerah untuk keluarga2 para relawan konvoi (mujahideen) oleh Dr. Hafidzi Mohd. Noor. Dalam press conference sebentar tadi telah diwar-warkan maklumat untuk demo aman.

1. Penghantaran memo bantahan
Tarikh: 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Berkumpul di Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika

2. Demo Bantahan Besar-besaran
Tarikh: 4 Jun 2010 (Jumaat)

Untuk itu, kita mengerahkan seramai mungkin untuk turun ke jalanan khususnya pada hari Jumaat ini. maklumat lanjut berkenaan perhimpunan aman Jumaat ini akan dimaklumkan kemudian.

Qayyim Hafidzi
AQSA SYARIF HQ


Tolong sebarkan...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Katak muncul pula di Kedah

Bernama melaporkan Seramai 18 orang anggota PAS di Alor Binjal, Alor Star bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai Umno setelah sedar bahawa PAS gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat walaupun kini berkuasa menerajui kerajaan Kedah.

Sementara Sinar Harian pula melaporkan menurut sumber terdekat wakil rakyat itu, Syed Sobri diyakini akan keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Pas kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti itu.

“Ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu sebelum Syed Sobri membuat pengumuman itu. Biasalah, perlu melalui beberapa proses seperti menghantar borang keahlian sebelum dipersetujui Jawatankuasa Pas Negeri, dan perlu menepati syarat-syarat ditetapkan,” katanya.

* Jika benar Syed Sobri akan melompat masuk PAS, mungkinkah peristiwa Adun Bota Perak akan berulang?

Masih segar diingatan sharpshooter bagaimana adun umno memang tak boleh dipercayai cakap mereka. Semua ada agenda tersembunyi.

Setelah masuk UMNO semula ini kenyataannya :-

Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu:

Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;

Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan

Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak:

Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini.

Apakah Kedah akan menerima nasib yang sama seperti Perak? Adakah ini muslihat terancang umno untuk menawan Kedah?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB Ong sampaikan bantuan kerusi roda

MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA ENCIK YUSOF BIN HASSAN DI KAMPUNG KUALA JURU,DISAMPAIKAN OLEH ADUN BUKIT TENGAH,YB ONG CHIN WEN DAN KERJASAMA DENGAN PIHAK JKKK SUNGAI SEMILANG.



YB ONG CHIN WEN SEMPAT MENINJAU DI SEKITAR KAWASAN RUMAH ENCIK YUSOF BIN HASSAN.

ENCIK YUSOF BIN HASSAN BERGAMBAR BERSAMA YB ONG CHIN WEN DAN AJK JKKK SUNGAI SEMILANG.

YB ONG CHIN WEN DAN PENGERUSI JKKK SUNGAI SEMILANG BERSALAMAN DENGAN ENCIK YUSOF BIN HASSAN.

UCAPAN TERIMA KASIH DI BERIKAN OLEH ENCIK YUSOF BIN HASSAN KEPADA YB ONG CHIN WEN DAN PENGERUSI JKKK.

ENCIK ISHAK BIN MAT SEDANG MEMBAWA MASUK KERUSI RODA KE RUMAH ENCIK YUSOF BIN HASSAN

Sumber : JKKK Sg Semilang.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bontot Sialful talian hayat UMNO

Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.

Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya.

"Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.

Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu.

Karpal yang berkerusi roda kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau

kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka) dan bekas olahgarawati negara, Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar.

Saiful menjawab dia tidak tahu.

Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful (kiri) diliwat.

"Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan,” kata Karpal.

Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu.

Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar.


Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.

Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan.

Saiful menafikan pernah berkata plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

“Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur.”


Saksi itu juga berkata bahawa Ezam dan Mumtaz agak keberatan membuat laporan polis kerana bimbang masa depannya terjejas.

Saiful kemudiannya dibebaskan daripada kandang saksi tetapi boleh dipanggil semula oleh Karpal pada masa yang sesuai sepanjang perbicaraan itu.

* Talian hayat UMNO bergantung pada bontot Saiful....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 tahun perginya seorang pejuang....Al-Fatihah....

SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN (JUN 2001- JUN 2010)

Oleh: Riduan Mohamad Nor.

" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in.

Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang.

Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah.

Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram.

Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya.

Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau.

Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah.

Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini.

Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah.

Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar.

Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas.

Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut.

Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar.

Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan.

Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969.

ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976).

ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM.

Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda. Rassullullah menyebut dalam hadishnya:

"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda.

Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam.

Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima.

Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya.

Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan).

Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir.

Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam.

DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat.

Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata.

Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.

Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah.

Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya.

Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam.

Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati almarhum Ustaz Fadhil Noor pada 6 Jun ini, bertempat di Musolla Pejabat Agong PAS Pusat. Program ini dijangkakan seramai 200 orang peserta , dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Selangor.

Antara pembentang ialah YS Salahuddin Ayub, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Ustaz Fauzi Husain ( DUP Kedah). Semua dijemput hadir, Yuran 10.00 sahaja. Bermula 8.30 pagi..." Melakar masa depan bersama Islam"

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Srikandi sayap baru Wanita Keadilan.

Wanita KEADILAN bertambah mantap dan kukuh dengan pelancaran logo baru Srikandi sebagai sayap wanita muda yang diberi tanggungjawab mengalas harapan generasi wanita muda untuk melahirkan kegemilangan politik negara ini.

Justeru itu tema "Srikandi Sinar Negara" dianggap amat bertepatan dengan perana dan tugas sayap muda ini untuk menjana kesedaran politik di kalangan golongan wanita muda.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail dalam ucapannya menjelaskan kedatangan Srikandi dalam politik KEADILAN akan menyemarakkan lagi semangat dan juga keyakinan wanita muda yang berada dalam KEADILAN.

"Semua sedia maklum akan kewujudan satu lagi sayap baru wanita muda yang diletakan di bawah Wanita pada ketika ini yang dikenali sebagai Srikandi KEADILAN Malaysia yang mana ia dianggotai oleh wanita muda dari semua peringkat lapisan bangsa dan umur.

"Srikandi diiktiraf oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tanggal 28 Februari 2009 dan diberi nafas baru oleh Wanita dan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada kami bagi membina dan membentuk organisasi Srikandi dari peringkat bawah.

"Prestasi Srikandi KEADILAN sehingga kini boleh dikatakan amat memberangsangkan. Dilahirkan semula setahun yang lalu dalam keadaan politik negara yang tidak begitu baik dan ini membantu Srikandi KEADILAN untuk terus berdiri dan meneruskan agenda yang dirangka," kata Siti Aishah.

Beliau menberitahu bermula dengan sejarah penubuhanya satu ketika dulu yang digilap oleh Wanita kini Srikandi KEADILAN dibarisi dengan muka baru generasi wanita muda yang berpotensi dan akan terus mara menggalas amanah yang diberi.

"Menjadi pengharapan buat kami agar semua wanita muda yang ada di dalam parti tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk bersama dengan kami dalam meneruskan perancanaan agenda dalam meneruskan perjuangan rakyat.

"Harapan dan impian ini kami sambut demi untuk melihat generasi akan datang lebih mempunyai jaminan masa depan yang baik dari melihat generasi yang ada terus berlalu tanpa dipimpin.


"Biarpun Srikandi KEADILAN masih belum diserapkan di dalam perlembagaan parti namun itu bukanlah satu halangan buat kami untuk meneruskan setiap erti kata perjuangan yang kami ingin bina.

Biarpun kami dihimpit dengan pelbagai permasaalahan pada peringkat awal penubuhan, namun kini alhamdulillah berkat usaha rakan pimpinan sama ada di peringkat pusat, negeri atau cabang kita telah berjaya menunjukan bahawa kita mampu menggegarkan persada politik negara ini.

"Kesyukuran saya panjatkan dan seribu penghormatan dan rakaman terima kasih saya tujukan kepada pimpinan Srikandi disemua peringkat atas daya usaha dan juga semangat anda untuk menjadikan impian ini menjadi satu realiti," jelasnya lagi dihadapan perwakilan pagi tadi.

Siti Aishah juga mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan Wanita terutamanya Ketua Wanita dan wanita dari semua peringkat yang memberikan kepercayaan kepada Srikandi bersama-sama menghadapi cabaran.

"Tanpa sokongan dan juga kepercayaan anda pastilah kami tidak berada di tahap ini, semoga perjuangan murni KEADILAN kita galasi bersama. Menyekat kemaraan Wanita Umno mahupun Puteri Umno adalah agenda utama kami," kata beliau lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keadilan diserang teruk kerana UMNO dan BN tergugat


Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat selesai petang tadi dengan perwakilan memperbaharui tekad untuk meneruskan perjuangan bagi membawa keadilan kepada segenap lapisan rakyat.

Lebih dua ribu perwakilan turut menguatkan iltizam untuk membebaskan Malaysia dari pemerintahan rakus dan rasuah Umno-Barisan Nasional dengan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim meniupkan semangat baru di kalangan akar umbi ahli dengan mendedahkan kenapa PKR menjadi sasaran utama Umno dalam setiap asakan yang dilakukan oleh parti itu.

Anwar berkata Umno-BN tentunya tidak akan mempedulikan PKR jika parti itu tidak berpotensi untuk menggugat kelangsungan Umno malah seluruh Barisan Nasional sendiri.

"Parti ini punya potensi yang besar. Kalau parti ini parti-parti serpihan, dia tak payah ganyang kita mati-matian. Ya kita parti yang terbuka, yang demokratik. Orang Malaysia tak biasa dengan kongres parti dimana pemimpin besar dipertanggungjawabkan, dikritik dan disoal. Ini budaya kita," kata Anwar.

Anwar berkata walau apa-pun tohmahan dan fitnah yang cuba ditaburkan oleh Umno-BN, hakikat ialah PKR berjaya membawa transformasi budaya fikiran yang menolak politik perkauman sempit yang di dokong oleh pemerintah selama ini.

"Pernah kita dengar orang Cina sebut Al-Quran dan Hadis. Maknanya kita menerima dengan berlapang dada dengan cara hormat," kata Anwar.

Justeru itu Datuk Seri Anwar mengajak ahli PKR menguatkan tekad bagi meneruskan usaha membela rakyat berlandaskan prinsip-prinsip parti yang menolak rasuah dan mengutamakan pembelaan untuk semua kaum.

Video di bawah adalah sidang media Anwar selepas Kongres dan ucapan Anwar di Kongres




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Undur Samy Undur.......



Hampir 5,000 berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines hari ini bagi menyertai perhimpunan gerakan anti Sammy Vellu (GAS).

Himpunan tersebut bagi meyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin nombor satu parti kaum India itu dan sebagai desakan agar Samy Vellu meletakkan jawatan.

Turut hadir pada perhimpunan itu pemimpin Vateran MIC, V Govindarajoo, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC, KP Samy, bekas timbalan ketua Pemuda MIC V Mugilan serata bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar.

Govindarajoo ketika ditemui media berkata, Samy Vellu perlu meletakkan jawatan serta merta kerana telah banyak mengkhianati negara dan masyarakat khususnya kaum India.

"Samy perlu keluar dari MIC dan juga kerajaan.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno," katanya.

Biarpun beliau adalah individu yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, namun kini beliau mendesak Samy meletak jawatan.

Beliau juga dalam ucapan pembukaannya sebelum itu juga beberapa kali menggelarkan Samy Vellu sebagai penipu besar.

Kegagalan terbesar Samy katanya apabila ditolak rakyat Sg. Siput pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Namun Samy Vellu jelasnya sangat angkuh dan enggan meletakkan jawatan biarpun telah kalah dalam PRU.

KP Samy dalam ucapannya pula mendesak kerajaan BN berhenti 'melindungi'Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa.

Tindakan tersebut katanya hanya akan menyebabkan BN kehilangan sokongan masyarakat India.

Ini kerana, banyak pihak dalam masyarakat India yang sudah muak dengan kepimpinan Samy Vellu dan mahu beliau berundur.

Dalam pada itu, Mugilan menyifatkan himpunan GAS hari ini sebagai berjaya mewujudkan satu gelombang mendesak Samy Vellu meletak jawatan biarpun berdepan halangan pihak tertentu.

Sehubungan itu katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan.

Samy Vellu yang kini dianggap liabiliti kepada MIC, juga diberi tempoh seminggu kepada untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

* Sharpshooter - Biar Samy terus pegang MIC sampai mati berdiri dalam pejabat...Samy telah buat rekod di Malaysia sebab berjaya berkhidmat paling lama mengalahkan Dr Mahathir.

Sebenarnya Samy dan Senatak 'Ibu Ayam' Ezam adalah penyumbang besar kepada kekalahan UMNO dan BN pada PRU 13 akan datang...jadi biarkan mereka.....

Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 InsyaAllah.......

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Chegu Bard akan cabar Shamsul?


Maaf...banyak hari tak update blog sebab berada di Kelantan menghadiri Kongres Parti Keadilan Rakyat ke 6 dari hari Khamis. Ahad petang lepas Kongres baru bertolak balik dan Alhamdulillah hari Isnin jam 2.30 pagi baru sampai rumah.

Lap top tak ada nak up date blog semasa di Kelantan..

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi jawatan ketua pemuda parti itu hujung tahun ini.

“Bagi saya kalau cabang merasakan saya mampu untuk melakukan tugas itu dengan baik, saya akan timbangkan... itu terpulang kepada akar umbi,” kata beliau Badrul yang lebih mesra dikenali sebagai “Chegubard” kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan ada pihak yang mahu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

Menjawab kemungkinan itu, Badrul, 33, berkata, “kalau ada peluang untuk memenangi jawatan naib presiden, mengapa tidak melihat kemungkinan itu.”

Pun begitu Badrul menjelaskan, oleh kerana pemilihan masih jauh lagi, beliau belum memikirkan perkara tersebut.

Pada pilihan raya umum lalu Badrul bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

Ketika ditanya sama ada beliau didesak mencabar Shamsul Iskandar kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kepimpinannya, Badrul yang juga anggota Majlis pimpinan Pusat (MPP) menjelaskan:

“Ini bukan soal gembira atau tidak gembira dengan prestasi beliau (Shamsul)... beliau telah memberikan yang terbaik untuk membina parti.”

Shamsul Iskandar dipilih sebagai Ketua AMK pada 2007 selepas ia kosong ekoran keputusan Mohamad Ezam Mohd Noor meninggalkan PKR.

Ketika itu Shamsul Iskandar merupakan Naib Ketua AMK.

Badrul juga menolak tanggapan bahawa beliau akan bergerak ke kedudukan lebih rendah jika bertanding jawatan Ketua AMK.

Kata Badrul, beliau sentiasa mengambil pendirian untuk memberi sumbangan membina parti dengan berada di apa jua kedudukan dengan mengambil kira kehendak ahli.

“Saya berada di MPP, saya boleh melakukan tanggungjawab (membina) parti... saya memikirkan kedudukan yang terbaik untuk memberi yang terbaik (membina parti) untuk parti,” katanya lagi.

“Di mana cabang minta saya berada, saya akan berada di sana,” kata beliau lagi apabila diulang tanya mengenai kemungkinan jawatan yang bakal ditandingi kali ini.

PKR akan mengadakan pemilihan akhir tahun ini di bawah sistem pemilihan baru ekoran pindaan perlembagaan parti pertengahan tahun lalu.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan perlembagaan parti secara “hitam putih” minggu lalu.

Di bawah pindahan perlembagaan, setiap ahli mempunyai hak untuk memilih pemimpin pusat.

Kini PKR mempunyai kira-kira 500,000 ahli dengan 206 bahagian di seluruh negara.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, May 27, 2010

Selamat berkongres


Hari ini selepas Zohor AMK P.Pinang bersama AMK Kedah akan berkonvoi ke Kelantan untuk menghadiri Majlis Perasmian Kongres Nasional AMK dan Wanita Keadilan.

Malam ini perasmian Kongres kali ke 6 AMK dan Wanita akan dirasmikan oleh Senator Syed Hussein Ali selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat jam 8.30 malam di Kelantan Trade Centre (KTC)

KONGRES NASIONAL TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN 2009

Tarikh: 28 Mei 2010
Masa: 8.00 pagi
Lokasi: Perdana Resort,Pantai Cahaya Bulan,Kota Bharu,Kelantan.

Sharpshooter ucapkan Selamat berkongres.....



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, May 26, 2010

Laporan polis terhadap Najib - Pemuda Johor

Pakatan Rakyat Johor mendakwa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bersetuju untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad dari Tanjung Pagar ke Woodlands mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Sehubungan itu satu laporan polis terhadap Najib di buat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru pagi tadi oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor termasuk Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Zabidie Abbas, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dan Timbalannya, Onn Jaafar.

"Kita mengesyaki bahawa Najib mempunyai kepentingan peribadi di dalam membuat keputusan kerana persetujuan tersebut dicapai selepas tidak sampai sehari perbincangan dilakukan. Beliau mesti membentangkannya di parlimen sebelum membuat sebarang keputusan" kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Laporan media sebelum ini menyatakan kerajaan Malaysia telah 'menyelesaikan' beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua buah negara antaranya mengenai pertukaran tanah di Kranji, Woodlands dan Tanjung Pagar serta Lot 76-2 MK 16, Lot 249 MK 4 dan Lot 32-10 MK 16.

Selain itu, laporan polis itu juga tersebut mendesak siasatan mengenai status beberapa loji air Public Utitlities Board (PUB) di sekitar daerah Johor Bahru dan status rumah api Pulau Pisang yang terletak di luar pantai Pontian.

Pakatan Rakyat Johor bimbang sekiranya wujud unsur salahlaku atau pun penyalahgunaan kuasa di dalam membuat keputusan dan persetujuan yang membabitkan kepentingan negara.

"Kedudukan stesen keretapi KTMB Tanjong Pagar yang lebih dekat dengan Pelabuhan Singapura tentulah mempunyai nilai hartanah yang tinggi. Jadi, atas dasar apakah perjanjian 60-40 antara syarikat Malaysia dan Singapura berkenaan pembangunan di kawasan tersebut atau pun di tempat lain."

"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang terjadi apabila Malaysia hilang hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putih dan kehilangan dua blok padang minyak di Sarawak, jelasnya.

Beliau turut bimbang aset dan warisan sejarah negara seperti bangunan lama Stesen KTMB Tanjung Pagar yang berusia 73 tahun itu akan dirobohkan sekiranya Malaysia telah kehilangan kepentingan di kawasan tersebut.

"Tempat ini dahulunya merupakan kawasan yang didiami oleh perkampungan orang Melayu. Harta dan aset negara kita juga banyak terdapat di kawasan ini.

Saya tidak yakin kepentingan mereka akan dapat dipertahankan sekiranya kerajaan Malaysia meneruskan rancangan tersebut," jelas Zabidie.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Letak muka UMNO dalam kasut Mic - Anak Samy

S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik apabila membuat dakwaan bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

Dipetik sebagai berkata demikian oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Vell Paari yang dihubungi di Australian menambah, beliau masih berpegang kepada apa yang beliau cakapkan kelmarin.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati orang bukan Melayu, dalam hal ini yang membabitkan ahli-ahli MIC dan masyarakat India... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau.

Kenyataan Vell Paari itu telah dibidas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang biadap.

Malah Timbalan Presiden Umno telah meminta Presiden MIC supaya menasihati anaknya itu dalam perkara ini.

Vell Paari turut mendakwa Umno telah menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.

Bagaimanapun Vell Paari ketika dihubungi pagi ini oleh portal berita berkenaan menegaskan yang beliau tiada masalah untuk memohon maaf kepada kepimpinan Umno jika apa yang diperkatakan itu sesuatu yang salah dan dibuat secara sembarangan dan tanpa alasan munasabah.

“Saya seorang yang berpendirian untuk mengatakan sesuatu itu betul jika betul, dan jika salah tetap salah... oleh itu jika ada kesilapan (yang telah dilakukan), saya akan mengaku ia sebagai satu kesilapan, dan akan memohon maaf," Vell Paari dipetik sebagai berkata.

Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif Maika Holdings menambah, “Mereka (Umno) hanya tersinggung dengan satu perkataan yang saya gunakan iaitu Umno menjadi punca kepada masalah dalaman MIC.”

“Saya minta mereka, tolonglah... mereka perlu meletakkan diri mereka dalam kasut MIC dan melihat isu yang berlaku dari perspektif MIC.”

“Tolong lihat pada keperitan yang masyarakat India lalui apabila kerajaan melaksanakan sesetengah dasar yang tidak adil... saya lihat pada perkara-perkara ini yang tidak memanfaatkan masyarakat India... jadi saya menyampaikan apa yang terpendam dalam hati mereka,” katanya.

Beliau menambah, melabelkan orang India sebagai pendatang dan pengemis dalam forum-forum tertentu telah menyinggung perasaan masyarakat India di Malaysia kerana mereka datang ke sini (Malaysia) bukannya sebagai pengemis.

“Jika perkara ini tidak diambil kira, jangan salahkan kami apabila mereka mengundi pihak lain (dalam pilihan raya),” kata beliau.

“Saya tidak berminat untuk apa-apa jawatan dalam politik,” katanya menjawab dakwaan bahawa beliau adalah pihak yang ada kepentingan dalam parti dan sebab itu membuat tuduhan sedemikian.


T. Mohan (duduk lima dari kanan) pada sidang akhbar mengenai GAS sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar Pemuda MIC di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu Ketua Pemuda MIC, T. Mohan hari ini menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini.

Sambil menyifatkan tindakan penganjuran berkenaan tidak wajar memandangkan Datuk Seri S. Samy Vellu adalah Presiden MIC yang dipilih secara sah oleh perwakilan, beliau menggesa UMNO menjelaskan tujuan penyewaan sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari berkenaan.

Menurut Mohan, beliau curiga tempahan oleh UMNO itu dibuat bagi menganjurkan perhimpunan dan pelancaran GAS bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC lebih awal daripada perancangannya.

‘‘Apabila saya telefon PWTC pagi tadi, memang ada tempahan dewan dibuat oleh UMNO tanpa menyatakan siapa yang membuat tempahan serta untuk apa tempahan itu dilakukan.

‘‘Kami (Pemuda MIC) memang kecewa dengan perkembangan ini sekiranya ia dilakukan bagi menyokong sebuah pertubuhan haram, GAS,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di sini hari ini.

Mohan mengulas kenyataan bekas timbalannya, V. Mugilan yang dilaporkan akan membawa 7,000 ahli GAS pada majlis perhimpunan dan pelancaran pertubuhan itu di PWTC Ahad ini.

Selain Mugilan, dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy turut dipecat daripada parti itu semalam kerana turut mendesak Samy Vellu berundur.

Berikutan desakan-desakan berkenaan, anak Samy Vellu, S. Vell Paari yang juga ahli CWC MIC dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today semalam mendakwa UMNO kini melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap ayahnya dengan turut terlibat dalam penubuhan GAS.

Dalam perkembangan sama, Mohan turut meminta polis supaya tidak mengeluarkan permit bagi membenarkan perhimpunan dan pelancaran GAS.

Katanya, perhimpunan pertubuhan tidak berdaftar itu berupaya memberi implikasi keselamatan kepada orang awam di sekeliling kawasan tersebut.

‘‘Jika mereka kata ada 7,000 ahli serta bekas ahli parti mendesak Datuk Seri (Samy) meletakkan jawatan, saya akan bawa 14,000 ahli Pemuda MIC yang menyokong beliau (Samy Vellu) tetapi mampukah polis jamin soal keselamatan di sekeliling?

‘‘Lagipun polis pernah membatalkan perhimpunan Hindraf pada 2008 lalu yang memperjuangkan nasib komuniti India sedangkan GAS hanya bercakap mengenai seorang individu (Samy Vellu) jadi saya harap tidak ada double standard dalam hal ini,” katanya.

* Agak-agak apa kesudahan episod drama umno-mic ini?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, May 25, 2010

YB Ong rasmi kejohanan Badminton

YB Ong Chin Wen merasmikan kejohanan Badminton anjuran KRT Taman Seri Delima di Dewan Taman Seri Delima.










* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/