SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Wednesday, June 30, 2010

Harapan Asia musnah

Jepun wakil tunggal benua Asia Piala Dunia 2010 akhirnya tersingkir bila tewas tendangan penalti 5-3 setelah terikat tanpa jaringan.

Satu perlawanan yang menarik. Jepun harus berbangga.

Tetapi Malaysia.....lu fikir la sendiri...



Pertahanan Jepun, Yuichi Komano gagal merembat masuk tendangan penalti selepas masa tambahan pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2010 antara Paraguay-Jepun yang berkesudahan 5-3 melalui penentuan sepakan penalti yang pertama pada kejohanan berprestij itu di Stadium Loftus Versfeld di Tshwane/Pretoria malam tadi.

Kemenangan dalam pusingan kedua kalah mati itu menjadikan Paraguay pasukan keempat dari Amerika Selatan layak ke suku akhir selepas Argentina, Brazil dan Uruguay, manakala kekalahan Jepun menyaksikan Asia tidak mempunyai wakil selepas Korea Selatan turut tersingkir.


“Tuhan memihak kami. Kini kami mahu nikmati lagi,” kata jurulatih Paraguay, Gerardo Martino yang menangis pada penghujung babak penentuan penalti itu.

“Kami tidak pernah layak sejauh ini,” kata penyerang, Oscar Cardozo yang muncul wira dengan penalti kemenangan pasukan.

Paraguay akan menentang pemenang perlawanan Sepanyol atau Portugal di suku akhir nanti.

Paraguay menguasai saingan pada babak pertama tetapi Jepun mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol terutama pada minit ke-22 rembatan pemain tengah, Daisuke Matsui dari jarak 25 meter dinafikan palang gol.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UMNO suka angka 40..teringat Ali Baba dan 40 penyamun

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada satu sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar hari ini mengenai nisbah daftar pemilih yang baru antara Bumiputera dan kaum lain iaitu 1:40 adalah satu anggaran yang tidak tepat serta menpunyai sifat perkauman.

"Angka yang dikeluarkan itu tidak tepat dan bagaimana mereka boleh dapat 1:40, bagaimana mereka memperolehi angka tersebut dan bagaimana kajian itu dilakukan?.

"Selain itu juga kenyataan tersebut jelas mempunyai sifat perkauman kerana dengan angkan yang diberikan itu terkandung unsur ugutan kerana kaum bumiputera akan melihat bahawa pendaftaran melayu sangat rendah dan ini akan menyebabkan kedudukan melayu pada pilihan raya nanti akan tergugat.

"Inilah kerja Umno yang sebenarnya mereka hanya tahu menakutkan rakyat sahaja terutamanya bumiputera, isu yang sebenar dalam kenyataan itu adalah mengambarkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menarik lebih ramai pengundi.

"SPR sepatutnya telah melaksanakan pendaftaran secara terus bila seseorang itu berumur 21 tahun, daftar boleh diambil terus melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan sistem ini sepatutnya dapat menyelesaikan terus segala masalah daftar pengundi baru," jelasnya.

Beliau mahukan SPR memainkan sistem pilihan raya yang adil bukan pilihan raya yang dikawal oleh Umno, selain itu juga kekangan pemberian borang pendaftaran pengundi baru juga menunjukkan Umno tidak mahu kedudukan mereka tergugat.

Menyokong pendapat yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu semua kenyataan tersebut dilakukan oleh Umno tanpa membuat kajian yang sempurna.

"Ini semua kerja Umno dan angka tersebut tidak benar sama sekali, Umno cuba menarik perhatian orang melayu agar terus berdaftar dan menyokong mereka bagi menyekat kemaraan kaum lain. Tindakan mereka ini jelas mempunyai sifat perkauman dan juga hasutan.

"Umno menangguh pendaftaran secara terus kerana takut kedudukan mereka tergugat pada setiap kali pilihan raya, sepatutnya SPR mengambil inisiatif segera dalam soal pendaftar baru bukan mengikut telunjuk Umno," kata Hadi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan 1:40 itu merupakan sikap tidak tanggungjawab Umno mahupun SPR selain menegaskan unsur perkauman cuba dimainkan oleh mereka.

Dalam pada itu Anwar juga memberitahu media Konvensyen Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan pada bulan Julai depan manakala Kongres Pakatan Rakyat pada bulan Oktober nanti.

Sharpshooter :- Rupa-rupanya umno memang suka dengan angka 40, ulamak muda masuk umno pun 40 orang...

teringat Ali Baba dan 40 orang penyamun...selamat menonton....




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, June 29, 2010

Program Taqwa bersama Adun Penanti



Program TAQWA (2 - 3 Julai 2010) Jumaat & Sabtu

Pelbagai program seperti Forum Perdana, Qiamulai , Kuliah Subuh & Jamuan Rakyat akan diadakan di Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Bukit Mertajam.

Program akan bermula selepas Isyak hingga Solat Subuh.

Semua Muslimin & Muslimat di Penanti dijemput hadir.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Vincent Tan salahkan Pakatan Rakyat isu lesen judi

Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.

Tan (gambar) mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.


Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.

Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.

Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.

“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.

“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.

Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.

Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nasir Safar terlepas

Tiada tindakan akan diambil terhadap bekas pegawas khas Perdana Menteri Najib Abdul Razak, Nasir Safar kerana menghasut sentimen perkauman dalam ucapannya di Melaka, awal tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada bukti secukupnya untuk membuktikan bahawa Nasir mempunyai niat untuk mencetuskan keterangan antara kaum.

"Suspek turut meminta maaf secara terbuka pada 4 Februari, dua hari selepas kejadian, dan berkata beliau tidak mempunyai niat menyakiti kumpulan etnik lain," kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Februari lalu Nasir mencetuskan kegemparan di majlis 1 Malaysia di Melaka apabila beliau melabel orang Cina dan India sebagai pendatang. Lebih dari itu, Nasir turut berkata wanita-wanita Cina datang ke Malaysia sebagai pelacur.

"Kenyataan suspek itu ditujukan kepada pendatang ekonomi dan bukan orang tempatan berketurunan Cina dan India," kata Nazri.

Sharpshooter :- Bayangkan jika ucapan ini keluar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat...ISA jawabnya....

Inilah 1 Malaysia 1 Israel...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, June 28, 2010

Azmin dan Khalid...sampai bila boleh bertahan

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang berakhir petang tadi mengumumkan rombakan barisan pimpinan parti yang membabit beberapa pimpinan di peringkat negeri termasuk Naib Presiden, Azmin Ali yang kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tempat Azmin di ganti oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan yang baru.

Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin Bahron dilantik menjadi Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Semasa mengumumkan perubahan pada barisan pimpinan Selangor dan Wiyajah Persekutuan, Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata rombakan ini dibuat bagi memberi ruang kepada Abdul Khalid menumpukan perhatiannya kepada pembangunan Selangor

"Tan Sri Khalid sendiri memohon perubahan ini dibuat suoaya beliau boleh menumpukan perhatian dan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata perubahan yang dibuat adalah bagi mengukuh serta memantapkan struktur organisasi dan pentadbiran parti menjelang PRU-13.

"Rombakan terbaru ini adalah bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan memantapkan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Anwar yang mempengerusikan mesyuarat MPP setelah berakhirnya program pemukiman KEADILAN petang tadi.

Program Temu Rapat dan Bengkel Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat sepanjang dua hari yang berakhir dengan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dipengerusikan oleh Anwar.

Dalam sidang media, Anwar berkata perubahan seperti ini akan berlaku dari semasa ke semasa, secara berperingkat dan akan melibatkan keseluruhan kepimpinan di peringkat negeri dan cabang.

Sehubungan itu Abdul Khalid berkata Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin akan mengangkat sumpah pada hari Selasa depan manakala dua pegawai khas akan dilantik bagi membantu Dr Badrulamin.

Sharpshooter :- Masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin yang bertiup...atau pun pokok bergoyang kerana ada yang goncang...atau pun pokok tu memang wajib ditebang...

Ibarat kapal dua nakhoda....satu ke timur satu ke barat...ke mana akhirnya...

Cakap salah tak cakap salah....jadi semua serba salah...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ADAKAH NAJIB DIUGUT UNTUK TERIMA KEPUTUSAN RUNDINGAN MALAYSIA – SINGAPURA YANG MERUGIKAN ?

Kenyataan Media
25 June 2010


Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.

Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan Negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.

Namun baru – baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura. Kononya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama. Dilaporkan di media Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Dilaporkan juga Najib turut menyatakan, 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan.


Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.

Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan.

Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usaha sama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.

Najib juga, gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte
Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan
kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.

Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.

Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.

Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan Negara.

Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan Negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini ?

Berdasarkan kenyataan bersumpah yang di ikrarkan oleh Balasubramanian pada 1 Julai 2008 menyatakan Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura. Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya.

Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut ? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan Negara ?

Najib perlu tampil dan berterus terang depan rakyat Malaysia. Jika benar dia diugut rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutan melalui rekod maklumat risikan Singapura ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat isu ini sebagai isu besar kedaulatan, maruah dan masadepan Negara. Untuk itu 2 Julai ini Solidariti Anak Muda Malaysia akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai isu ini dan surat terbuka ini akan dicetak sekurang – kurangnya 20,000 naskah akan diedar seluruh Negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Negara.


BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che’GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ulama Muda terperangkap...

Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

Harakahdaily/-

Sementara itu tukar tiub melaporkan...


INI USTAZ MOBARAK

INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)


KAH KAH KAH…

woit… MEMANG PELIK… PELIK LAGI MELIK….kah kah kah…

kah kah kah…UMNO CAWANGAN DATARAN MERDEKA!!!... kah kah kah..

woit… DIMANA RUMAH AHLI AHLI UMNO INI ?.... kah kah kah..

woit… RUMAH DALAM SELANGOR KELAB KE?.... kah kah kah..

woit… RUMAH TEPI WARONG TEBING KE?.... kah kah kah..

woit… ATAU RUMAH DI BAWAH TEMPAT LETAK KERETA KE?.... kah kah kah…

kah kah kah... MACAM MACAM NAK TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah..

woit... NAK TIPU BUAT LAAAA BETUL BETUL...kah kah kah..

woit... JADIKAN MEREKA AHLI UMNO JLAN CHU CHENG KAY.... kah kah kah

kah kah kah... ATAU AHLI UMNO FLAT SAM MANSION... kah kah kah..

woit.... BARU SELURUH MALAYSIA PERCAYA.
... kah kah kah..

Sharpshooter :- Mula nak sangka baik..tapi akhirnya ini pula jadinya....adakah pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya pembohong....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS kagum tindakan Guan Eng

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai ‘negara Islam’ yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.


"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.

Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.

Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.

Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.

Harakahdaily/-


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, June 26, 2010

40 ulama muda sertai umno

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bor
ang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.

Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap.

Sharpshooter :- Nabi ajar kita bersangka baik...kita sangka baiklah...paling tidak judi sukan sudah ditarik balik....

KIta tunggu dan lihat....jangan jadi ulama kangkong sudahlah...

Mungkin selepas ini bib mama pun berubah...pakai purdah...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Suara Keadilan disaman peluang besar bongkar isu Felda

Tindakan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan saman ke atas akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin KEADILAN termasuk permimpin PAS dilihat sebagai satu peluang besar membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim yang dihubungi memberitahu beliau mengetahu kenyataan tersebut dan sekarang hanya menunggu saman yang dikemukakan oleh Felda.

"Saya tahu dan kita menunggu saman tersebut, apa yang pasti tindakan saman yang dikemukakan oleh Felda itu sebenarnya memberi peluang yang besar kepada kita untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam Felda. Bagi saya ini tidak mengejutkan saya dan kita bersedia untuk menghadapi saman tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong juga memberitahu tindakan saman Felda itu merupakan langkah untuk kita melakukan pendedahan di dalam Felda.

"Kita sudah pasti menganggap ini sebagai peluang untuk membongkar apa yang telah berlaku di dalam Felda, kenyatan saya pada sidang media di parlimen juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa kedudukan tunai Felda boleh merosot dalam tempoh lima tahun.

"Selain itu juga alasan yang munasabah terhadap pembinaan bangunan baru Felda di kawasan yang kos tanah yang tinggi sedangkan Felda mempunyai tanah sendiri di Jalan Semarak. Perkara ini yang kita ingin penjelasan, dengan saman tersebut kita pasti kesemua persoalan dapat dibongkarkan," katanya.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said yang turut dihubungi memberitahu kenyataan yang kita keluarkan di dalam akhbar Suara Keadilan adalah berhubung dengan apa yang telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa di Parlimen.

"Kita mengeluarkan kenyataan tentang apa yang telah diperkatakan oleh Ahmad Maslan di parlimen iaitu berkaitan dengan penyusutan kedudukan tunai Felda dalam tempoh lima tahun hampir RM3 bilion.

"Jika melihat pada senario sekarang sudah pasti dalam tempoh yang terdekat Felda akan bankrap, apa yang hendak kita mahu ialah perjalanan Felda itu perlu mengikut kepada matlamat asal penubuhan Felda.

"Jawapan Menteri yang menyatakan Felda mempunyai aset yang banyak, bagi saya itu bukan boleh diukur sebagai kedudukan tunai kerana aset tidak boleh di tukarkan kepada tunai bila kita memerlukan. Kedudukan sebuah syarikat bergantung kepada kedudukan tunai ataupun simpanan.

"Tanpa kedudukan tunai yang kukuh boleh membawa sebuah syarikat itu mengalami masalah mewangan yang amat terus sehinggakan membawa kepada berlakunya pinjaman dengan bank, jika bermulanya pinjaman bank dengan sendirinya Felda akan terus terikat dengan peraturan-peraturan intitusi kewangan.

"Secara jelas kedudukan tunai amat mengerunkan Felda di masa hadapan," kata Suhaimi.

Selain pemimpin KEADILAN, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut juga disebut terlibat dalam saman tersebut dan beliau juga memberitahu kenyataan yang dikeluarkan itu mengikut fakta yang tepat dan ia juga terkandung dalam soalannya di parlimen. Jika Felda mengambil tindakan saman beliau akan mencabar saman tersebut dan mendedahkan segala fakta yang berada padanya.

Felda yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada satu sidang medianya di Anjung Felda, Jalan Semarak pagi tadi. Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Selain pemilik permit, pihaknya akan turut menamakan Ketua Pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan pemimpin KEADILAN Suhaimi Said serta seorang pemimpin PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Akhirnya Najib tunduk dengan desakan rakyat...

Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Perdana menteri turut ditanya sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan ekoran keputusannya untuk tidak mengeluarkan lesen berkenaan.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana mengikut akta, menteri kewangan ada kuasa untuk menarik balik pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kesan sosial dan pertimbangan ekonomi, perdana menteri berkata ia dibuat atas pertimbangan dari segi agama dan kesan politik.

Perdana menteri mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Najib berkata, sebenarnya lesen tersebut telahpun bermula pada tahun 1989 tetapi syarikat berkenaan mengalami kerugiaan besar pada tahun 1990. Sejak tarikh tersebut, katanya, syarikat berkenaan beberapa kali cuba untuk memperbaharui lesen itu. Baru-baru ini, katanya, kerajaan telah mengeluarkan kelulusan pada dasarnya kepada Ascot Sports dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan. Selain itu, tegasnya lagi, kerajaan pada masa yang sama, turut mendapatkan pandangan umum sebelum lesen tersebut dikeluarkan. "Ini kerana memandangkan masyarakat Malaysia berbilang kaum dan mempunyai pandangan mereka tersendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen tersebut dari sudut agama, ekonomi dan sosial," tambahnya.

Katanya, daripada tinjaun yang dilakukan, ada pihak yang menyokong dan menentangnya dan "kita ambil kira semua pandangan ini". "Jelas pada kerajaan bahawa sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sports. "Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan kepada syarikat tersebut," tegas perdana menteri.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.

Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Zaid mengelak lagi..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.

Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Senatak sesumpah meracau lagi....

AKHBAR Sinar semalam menyiarkan kenyataan Senatak Ezam sesumpah yang mengulas tentang rombakan yang bakal dilakukan terhadap pimpinan di dalam PKR.

Ezam sesumpah menyatakan rombakan itu adalah helah DS Anwar untuk mengalih perhatian rakyat dari kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang dan juga terhadap isu lompat parti di kalangan Wakil Rakyat dari PKR.

Nampaknya Senatak Ezam tidak mudah untuk melupakan nama DS Anwar. Apa jua kaitan dengan parti di dalam PKR mahupun di dalam PR, bagi Ezam sesumpah kesemuanya adalah helah DS Anwar.

Isu injin klip video Linggam, Altantuya, kehilangan injin pesawat, kapal salam, Apco, judi bola dan berbagai lagi yang DS Anwar berjaya dedahkan kesemuanya helah DS Anwar.

Ezam tidak pernah mahu menjawab hujah bekas bosnya itu kerana kita tahu Ezam sesumpah bukan seperti Ezam yang kita kenal dulu. Ezam sesumpah kini telah dimakan sumpahnya sendiri. Dendam kesumat terhadap DS Anwar tidak akan padam selagi beliau tidak padam.

Bukan Ezam tidak tahu kredibiliti kesemua Wakil Rakyat dari PKR yang melompat itu. Dia tahu benar, kesemua mereka tidak akan menjadi katak sepertinya jika tiada apa-apa. Bukankah Ezam sesumpah pernah berkata, "mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?".

Sebab itu, Ezam sesumpah semenjak tidor sebantal dengan Umno, beliau sering bermimpi perkara-perkara yang menakutkannya terutamanya bayangan DS Anwar. Sewaktu beliau meninggalkan perjuangan menuntut reform, beliau menyangka pengikutnya seperti beliau yang amat lemah bila berhadapan dengan umpan keduniaan. Berapa orang yang mengikut Ezam waktu itu?

Tidak hairanlah sekarang, di mana jua Ezam sesumpah menyalak kita akan lihat kehadiran yang mendengar cerita karutnya hanyalah beberapa kerat orang sahaja. Jumlahnya jauh jika dibandingkan sewaktu beliau berjuang bersama rakyat dahulu.

Ezam sesumpah menyedari betapa hinanya beliau di sisi rakyat sekarang, tetapi beliau tidak kisah kerana beliau dipandang mulia oleh Najib sehinggakan mendapat Senatak. Tetapi belum tentu beliau disukai oleh penyokong-penyokong Umno yang lain. Kita bakal melihat Ezam sesumpah akan bertarung pula sesama puak-puak mereka.

Kita berharap Ezam sesumpah akan menemui apa yang dicarinya di dalam Umno. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Oleh: WFAUZDIN NS

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, June 25, 2010

Alahai Abdullah sani...dah gaharu cendana pula...

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdulah Sani Abdul Hamid menjelaskan beliau tidak tahu tentang rancangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dikatakan mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu katanya, beliau akan bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen PKR di negeri ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya tidak tahu perkara ini. Saya cuma tahu apabila ada pemberita menelefon saya bertanyakan kewujudan pakatan ahli Parlimen itu,” katanya di sini hari ini.

Abdullah Sani yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.

Pakatan 15 Ahli Parlimen PKR itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati tindakan Abdul Khalid yang melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu.

Malah pakatan Ahli Parlimen PKR itu juga dikatakan wujud serentak dengan keputusan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tengah hari ini.

Tindakan itu dipercayai kerana tidak berpuas dengan tindakan Abdul Khalid tersebut.

Malah difahamkan, Biro Politik PKR dikatakan telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid dan meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut.

Sharpshooter :- Alahai Abdullah Sani....betul ke tak tahu...tak tahu ke atau buat-buat tak tahu...

kura-kura dalam perahu...:-)

Sudah gaharu cendana pula....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jawatan kosong SUK Keadilan P.Pinang

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat KeADILan Negeri Pulau Pinang sedang mencari Setiausaha Kerja di Pejabat Parti Negeri.
Calon hendaklah sanggup bekerja lebih masa dan membantu pentadbiran Parti KeADILan Negeri Pulau Pinang.
...
Sekiranya berminat sila hantar atau emailkan resume atau biodata dengan kadar segera sebelum 26hb. Jun, 2010 kepada email : rezal@keadilanrakyat.org

REZAL HUZAIRI MD ZAKI
Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Mansor Othman

PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI PULAU PINANG
PARTI KEADILAN RAKYAT
No. 15A,
Tingkat 1,
Jalan Todak 4,
Bandar Sunway,
13700 Seberang Jaya

Tel: +604 397 0115
Faks: +604 397 0116

Tel: +604 261 9905 / 650 5131
Fax: +604 263 1578

E-mail: rezal@keadilanrakyat.org
Web: http://www.mansorothman.blogspot.com/
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, June 24, 2010

Azmin Ali & Khalid tergagap..tergigit...terluka...

Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.

Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.

Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Sementara itu dalam Suara Keadilan online, Azmin Ali menafikan perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai tanda protes terhadap perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin dan juga kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil mengesahkan perletakkan jawatan beliau dalam anak syarikat kerajaan negeri itu berkuatkuasa semalam, Azmin menegaskan tindakan beliau itu adalah bagi memberi peluang kepada 'darah baru' dalam pengurusan PKNS.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa memberitahu surat perletakkan jawatan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar pukul 12.30 tengahari semalam.

Beliau menafikan andaian yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan perletakkan jawatan tersebut adalah akibat tidak puas hati terhadap beberapa tindakan Abdul Khalid.

"Memang benar saya telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai pengarah di dalam PKNS dan perletakkan jawatan ini berkuatkuasa serta merta.

"Walaupun saya tidak menyatakan alasan dalam surat tersebut, namun alasan saya adalah sudah sampai masanya saya melepaskan jawatan tesebut bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh yang baru dalam membawa PKNS agar terus maju dan menjadi sebuah syarikat yang disegani.

"Saya telah berkhidmat dengan PKNS hampir setahun setengah dan berpuashati dengan sumbang yang telah saya berikan kepada PKNS. Kita melihat telah banyak pembangunan-pembangunan yang kita lakukan sebagai contoh kes Bukit Botak, membaik pulih flat-flat yang lama dan juga beberapa pembangunan baru.

"Ini adalah semua peranan yang dimainkan oleh mereka yang berada di dalam PKNS, bagi diri saya setahun setengah penglibatan saya cukup memuaskan hati saya," jelasnya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam PKNS yang hanya baru menjangkau setahun setengah sedangkan dibandingkan dengan mereka yang telah lama berkhidmat, adakah tempoh jangka masa itu boleh menilai tahap kepuas hatian yang seseorang.

"Apa yang ingin ditekankan saya berpuashati dengan sumbangan yang telah diberikan walaupun sumbangan saya dalam PKNS hanya setahun setengah, tahap kepuas hatian seseorang tidak boleh diukur melalui tempoh perkhidmatan kerana pengukuran tersebut perlu diukur pada usaha dan sumbangan yang dilakukan untuk memajukan sesuatu syarikat.

"Kita lihat Barisan Nasional sudah lama memerintah tetapi mereka masih tidak berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan kepada rakyat dan KEADILAN walaupun umur parti ini masih muda tetapi pengorbanan yang dilakukan kepada rakyat melebihi apa yang dilakukan oleh BN," katanya lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu perletakkan jawatan tidak ada kaitan dengan perubahan yang akan berlaku dalam KEADILAN mahupun pemilihan parti yang akan berlangsung hujung tahun nanti.

Beliau juga tegaskan berita yang menyatakan kerana kecewa dengan kepimpinan Khalid menyebabkan tindakan meletakkan jawatan adalah tidak benar sama sekali.

Sharpshooter :- sifirnya mudah...bukan susah nak baca apa yang tersirat dan tersurat dalam isu Azmin Ali dan Tan Sri Khalid...

Kalau nafi maknanya ya la tu...Suara Azmin maknanya suara Anwar la tu...

Alahai Tan Sri Khalid...apakan daya....tergagap....tergigit...terluka...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Raja katak dah mengamuk...



Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengingatkan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA.

Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi.

Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.

Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu.

Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut

Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan.

Sebali
knya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu.

"Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2.

"PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral.

"(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Amaran Allah...Bunuh diri kalah judi



Tekanan hidup kerana kalah judi membuatkan seorang lelaki nekad menikam dadanya lima kali di sebuah rumah kedai di Taman Segar, Cheras, di sini, semalam.

Turut ditemui di sisi mayatnya ialah nota mengatakan dia tidak mahu berjudi lagi lantaran kesempitan wang untuk hidup. Mayat Liew Siew Meng, 33, berasal dari Sarawak ditemui berlumuran darah di atas katil biliknya, kira-kira jam 10 pagi.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, kejadian hanya disedari rakan serumah mangsa yang terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis.

“Setibanya kami di rumah mangsa, kami mendapati pintu bilik berkunci sebelum dipecahkan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan dan turut ditemui, pisau 10 inci berhampiran mangsa,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam.

Abdul Rahim Hamzah berkata, polis turut menemui dua kertas berukuran A4 ditampal di dinding bilik itu yang mengatakan ‘saya tidak mahu berjudi lagi’.

Katanya, kali terakhir rakan serumahnya menemui mangsa ialah Ahad lalu dan pada pertemuan itu mangsa mengatakan tiada pekerjaan dan ingin mati. Katanya, mangsa dipercayai mati tiga hari lalu dan tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri.

“Diharap keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan agar kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Katanya, mangsa dipercayai membunuh diri Ahad lalu.

Abdul Rahim Hamzah berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengakhiran hidup rakannya itu sungguh sadis apabila membuat keputusan dengan menikam dadanya sendiri disebabkan tiada pekerjaan.

“Saya kenal dengan mendiang. Tidak siapa pun sangka di sebalik perwatakan ceria, dia mempunyai masalah kewangan hingga sanggup membunuh diri,” katanya.

Sharpshooter :- Najib nak tunggu sampai berapa orang mati akibat judi baru nak tarik balik lesen judi?

Mengapa baru sekarang Khairy Ketua Pemuda UMNO nak bantah lesen judi? Adakah kerana beliau baru terjumpa dalam Al-Quran ayat tentang judi haram kah atau sebab tak dilantik jadi menteri baru berani melawan Najib dan bersekongkong dengan kem mat sembab untuk nak jatuhkan Najibkah?

Sokong UMNO sokong judi....
Sokong UMNO sokong yahudi...

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-MAIDAH AYAT 90



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Chinese
信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。

Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.

Dalam ayat ini Allah Taala dengan jelas mengharamkan judi. Judi dalam apa sahaja bentuknya adalah diharamkan. Kesan judi menghancurkan masyarakat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ustaz Asri tak jadi masuk UMNO

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan penyertaan ke dalam Umno melibatkan sekumpulan 50 yang lain, yang terdiri daripada cendekiawan agama dan ulama akan menyerahkan borang keahlian menyertai parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini.

“Walaupun Dr Asri tidak masuk Umno, sebagaimana saya katakan sebelum ini, sekitar 50 orang akan menyertai Umno esok... di mana kami akan menyerahkan borang permohonan esok,” kata sumber itu.

“Urusan terakhir sedang dibincangkan, masih ada perkara yang perlu dihalusi,” kata sumber itu lagi.

The Malaysian Insider semalam melaporkan kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah Asri jika masuk Umno esok.

Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno.

Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.

“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.

Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.

Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.

Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” katanya.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi The Malaysian Insider Ahad lalu mengesahkan laporan yang mendakwa Asri akan menyertai Umno tetapi meminta bersabar.

Umno Online memetik beliau menyebut Asri dan mengikutnya akan menganggotai Umno Cawangan Dataran Merdeka yang terletak dalam Bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Laporan itu memetik Rauf memberitahu beliau percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada Umno.

Bagaimanapun rakan-rakan Asri berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”

The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.

Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, June 23, 2010

Tol Jambatan Singapura turun tetapi Tol Jambatan P.Pinang mahu dinaikkan

Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Jawapan lisan itu diberikan kepada ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong apabila soalan berkenaan kadar tol untuk jambatan kedua Pulau Pinang diajukan.

Liew pada sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, pelaksanaan yang ingin di buat adalah tidak munasabah sama sekali.

"Kadar tol yang ditetapkan untuk jambatan kedua Pulau Pinang adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan ke atas jambatan yang pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama," kata Liew.

Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dikatakan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga di kawasan sekitar.

Namun menurut beliau, hasrat untuk menaikkan kadar tol untuk jambatan yang pertama sebaliknya akan membebankan rakyat.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang" katanya.

Sebelum itu, dalam jawapan bertulis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar tol untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah sama seperti di jambatan pertama sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama itu.



Sharpshooter :- Penyokong UMNO BN tentu tidak risau dengan kenaikan tol jambatan P.Pinang, al-maklumlah bila nak naik jambatan, mereka tunjuk kad ahli UMNO atau BN saja terus dapat diskaun 90%...:-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BN BOHONG - Ustaz Asri

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporanMalaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. "Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu.

Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. "Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini.

Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat. "Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas.

Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya. Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang. Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas". "Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu. "Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka

Sharpshooter :- Adakah benar Ustaz Asri akan sertai UMNO Jumaat ini bersama 100 ulamak atau UMNO juga berbohong?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 Malaysia tetapi 2 sistem berbeza

Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Putrajaya menyerahkan dana bernilai RM20 juta kepada Khazanah Nasional Berhad untuk membangunkan tapak warisan bersejarah di Pulau Pinang.

Menurutnya, adalah tidak adil ekoran kerajaan negeri Pulau Pinang tidak diberikan dana itu secara terus sedangkan Melaka diberikan RM30 juta untuk menguruskan tapak warisan.


”Kenapa beri dana kepada Khazanah untuk diuruskan? Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan itu bukanlah kemahiran mereka untuk menguruskan dana tersebut.


”Ini jelas merupakan diskriminasi dan ia menghukum kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.


Beliau berkata, keengganan kerajaan untuk membenarkan Pulau Pinang mengakses dana sendiri kerana negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) manakala Melaka di bawah Barisan Nasional (BN).


”Kerajaan tidak seharusnya berat sebelah mengenai hal ini. Ini berkaitan dengan warisan dan kita harus berbangga mengenainya. Kerajaan perlu memberi layanan yang adil apabila berhubung dengan hal warisan,” katanya.


Katanya, setakat ini Pulau Pinang membelanjakan RM3 juta daripada RM20 juta peruntukan yang diberi Khazanah namun beliau tidak mendedahkan butir-butir lanjut mengenainya.


Dalam pada itu, perkara tersebut cuba ditekankan Guan Eng ketika sesi soal jawab dalam dewan sebelum ini.


Namun pihak Kementerian Kewangan dalam jawapan balasnya mengatakan RM25 juta peruntukan ditarik balik ke atas Pulau Pinang ekoran kerajaan membentuk pembangunan Khas tapak warisan bersejarah seperti yang dikehendaki oleh Unesco.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, RM20 juta itu ditarik balik kepada Khazanah untuk membangunkan bangunan warisan di Pulau Pinang.


”Adakah pihak menteri akan memberi jaminan bahawa kami juga akan dapat dana itu secara terus seperti Melaka?

Kami tidak mahu situasi di mana satu negara tetapi wujud dua sistem yang mengendalikan hal ini,” katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 pupu Anwar di Sungai Semambu kini koma

SUNGAI SEMAMBU – Lima bulan lalu, dia merupakan seorang wanita yang aktif, seorang ibu sedia melayan karenah anak-anak setiap hari dan seorang isteri yang setia menyambut kepulangan suami dari kerja.

Tetapi, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Dia tidak mungkin lagi dapat memasak untuk suami dan anak-anak, serta menguruskan rumah tangga berikutan pembedahan membuang tumor pada kepala menyebabkan dia kini terbaring tanpa sepatah kata.

Jamilah Samsudin,41, ibu kepada enam cahaya mata berusia enam hingga 19 tahun itu dikesan menghidap ketumbuhan otak sejak tiga tahun lalu.

Namun, beberapa bulan kebelakangan ini penyakitnya sampai ke tahap kritikal hingga memaksa pembedahan membuang tumor dan sebahagian daripada tempurung kepala dilakukan.

Ibunya, Siti Khatijah Razak, 66, berkata, pembedahan pertama dibuat pada 14 Februari lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, Jamilah masih mampu bercakap selepas itu walaupun pertuturannya kurang jelas. Namun, pembedahan kali kedua yang dilakukan pada Mac lalu merubah segalanya.

Anak keenam dari tujuh adik-beradik itu mula menunjukkan perubahan ketara. Dia bukan sahaja tidak boleh bercakap, malah badannya menjadi kejang dan tidak mampu untuk memberikan sebarang respon.

Walaupun terapi dilakukan dua kali seminggu, namun keadaannya masih tidak berubah. Jari jemari dan kaki mengerekot dan tidak dapat dibetulkan.

“Sebelum ini, dia (Jamilah) tinggal di Kepala Batas bersama suami dan anak-anak. Tetapi, bila keadaannya begini, mak cik mengambilnya untuk tinggal bersama memandangkan dia memerlukan perhatian sepenuh masa.

“Suaminya, Mad Sobri Saad merupakan seorang pembekal pisang dan akan datang menjenguk isterinya setiap dua hari, kadangkala setiap hari mengikut kelapangan. Anak-anak tinggal bersama bapa mereka kerana semuanya masih bersekolah,” katanya.

Dia berkata, dirinya menjadi sebak setiap kali melihat keadaan anaknya itu dan sesekali, fikirannya melayang mengenangkan anak keempat yang meninggal dunia kira-kira 13 tahun lalu akibat sakit jantung, dan anak kelima yang sehingga kini masih mengalami trauma akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pada itu, benarlah kata pepatah, ‘kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa', ketabahan Khatijah dan suaminya, Samsudin Che Mat,71, menjaga puteri mereka amat menyentuh hati.

Khatijah berkata, anaknya perlu diberi susu setiap empat jam berikutan ketidakupayaannya untuk menguyah mahupun menerima makanan keras lain. Katanya, susu akan dimasukkan melalui tiub yang disalurkan terus ke dalam perut.

Sementara itu, bagi Samsudin, penderitaan anak perempuannya itu amat meruntun hatinya.

Dia berkata, tiada apa yang mampu dilakukan, hanya sekadar berdoa agar anaknya itu dapat kembali sembuh seperti sediakala.

“Saya kasihan melihatkan keadaannya yang menghabiskan hampir keseluruhan hari dengan tidur. Setakat ini, doktor tidak memberikan sebarang jaminan untuk dia sembuh dan pembedahan kali ketiga juga mungkin akan dilakukan selepas ini bergantung kepada keadaan.

“Apapun, saya reda dengan ketentuan Allah dan menganggap ini merupakan satu ujian yang perlu ditempuh kami sekeluarga,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/