SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Monday, August 30, 2010

Debat Calon Ketua AMK Malaysia

AMK bakal membuka sejarah baru di dalam politik Malaysia bila buat julung kalinya Debat Calon Ketua AMK Malaysia akan mencatat sejarah di Taiping pada 18 September 2010.

Cadangan dari AMK P.Pinang Dr Afif Bahardin tentang Debat Presidential disambut dengan baik oleh semua calon Ketua AMK Malaysia serta anak muda pencinta keadilan.

Mungkinkah pertandingan Ketua AMK Malaysia 4 penjuru? atau3 penjuru? atau 2 penjuru atau tiada pertandingan? Dalam dunia politik....segala-galanya mungkin..

Anak Muda amat menantikan Debat terbuka ini. Anak Muda mahu demokrasi disuburkan sesubur mungkin.

Ayuh Anak Muda serta pencinta politik Malaysia, jangan lepaskan peluang ini. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah besar ini.

Anak Muda Penentu Masa Depan Negara.

Jumpa di sana........


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video yang wajib anda tonton....

Video ini memberi jawapan kepada isu YB DAP masuk masjid....saksikan bagaimana umno telah mencemarkan kesucian surau...siapa yang jahil? siapa yang hina surau? siapa yang tidak tutup aurat?..video ini menjelaskan segalanya....



Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selaku Setiausaha-Agung DAP berkata UMNO-Barisan Nasional telah memainkan isu Teo Nie Ching yang berucap di surau dan perkara ini dipolitikkan untuk kepentingan sempit.

Lim juga mendakwa Utusan Malaysia mempraktis 'double-standard' kerana akhbar itu telah menyiarkan isu pakaian Teo di muka hadapan Utusan. Manakala, mereka tidak berbuat sedemikian terhadap isteri baru seorang MP dari UMNO yang dikatakan memakai pakaian yang lebih menonjolkan.

Lim juga membangkitkan isu RM52 billion yang dikatakan telah lesap dan dikebas oleh pemimpin BN.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata - Chegu Bard

Dari Blog Chegu Bard

KEADILAN merupakan parti berani melebarkan demokrasi kepada semua ahli. 1 ahli satu undi sewajarnya semangat penyuburan demokrasi dan membawa politik baru ini harus diraikan dan seiring dengan proses pemilihan kali ini. Rakyat khususnya sedang menilai dan memerhati dengan dekat bagaimana KEADILAN mendepani proses pemilihan ini adakah ia sejajar dengan hasrat yang ingin dilaksanakan, rakyat mahu melihat satu budaya politik pemilihan yang baru.

Jika kita hanya sekadar menggunakan media membuktikan kita lebih baik dan orang lain buruk, mengangkat bakulo sendiri, budaya politik naungan seperti pilih calon A kerana ia dapat naungan pemimpin utama dan tolak calon B kerana ia tidak direstui maka rakyat akan bosan kerana ia hanya mengulang tayang pemilihan Pemuda Umno dalam versi yang lain.

che'GuBard sudah menegaskan sebelum ini tidak akan umum bertanding. Biar 'adik beradik' anak muda dalam parti memutuskan. Tumpuan harus diberi kepada persiapan jentera parti dalam mendepani pilihanraya khususnya di Sarawak yang terlalu hampir. che'GuBard baru sahaja pulang dari Sarawak, negeri yang cukup berpotensi tetapi tidak ada Cabang 'rasmi' AMK yang boleh bermesyuarat. Kenapa ini berlaku ?

Jika che'GuBard hanya memberikan tumpuan berkempen pemilihan parti tentu Sarawak tak termasuk medan kempen tetapi kerana melihat parti di sana perlu dibantu untuk mendepani pilihanraya maka Sarawak tetap dikunjungi dan dalam masa terdekat che'GuBard sudah berjanji dengan Abang Zul, calon di Saribas yang tewas 94 undi dalam pilihanraya yang lepas untuk turun membantu di tempatnya.

Namun kerana gusar dengan rakyat mungkin muak dan mengatakan budaya politik anak muda dalam KEADILAN sama dengan parti pendiri regim maka telah diusahakan sesuatu.

Dalam proses demokrasi satu elemen penting yang harus diwujudkan ialah maklumat. Ahli yang mahu mengundi harus diberikan maklumat yang lengkap. Pengundian harus dilakukan berdasarkan maklumat bukan sentimen atau naungan atau pengarahan tertentu.

Negara yang maju demokrasi seperti di Amerika Syarikat ada istilah presidential debate, ia adalah perkara wajib dalam memberikan warga Amerika Syarikat maklumat dan presepsi yang betul sebelum membuat pemilihan. Maka telah diusahakan bersama sekumpulan ahli muda dalam parti di Utara Semenajung Malaysia untuk melakukan perkara yang hampir sama. Debat Ketua Angkatan Muda bakal dianjurkan di Taiping sekitar pertengahan September.

Debat ini harus mengenegahkan cara individu tersebut mengungkap permasalahan dalam angkatan muda dan gerakan muda Malaysia secara Amnya, tawaran dan hala tuju yang ingin dibawa sesuai dengan menjawab persoalan permasalahan yang muncul. Masalah anak mudaMalaysia juga harus diketengahkan sebagai agenda utama ?

Percaya dengan perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata maka anak muda tidak seharusnya cuma pandai berkata - kata. Idea bernas harus dilampirkan dengan rekod prestasi kerja buat selama ini. Khususnya kepada yang pernah muncul dan tenggelam dan muncul semula ketika pemilihan hampir. Ini penting khususnya ketika parti mendepani persoalan isu lompat lari yang begitu menekan.

InsyaAllah jika ia dapat dijalankan dengan jaya maka akan memberikan suntikan budaya politik baru dan persepsi yang segar dalam rakyat melihat KEADILAN.

Begitulah kita bekerja walaupun che'GuBard tidak berada dalam kerangka AMK namun semangat gerakan muda itu menyebabkan kita terus menerobos segala pintu membawa pembaharuan dalam perlawan anak muda.

ikuti sambungan dengan persoalan Siapa 'chai' che'GuBard ? , Apa perancangan terhadap AMK ? Tuduhan che'GuBard tidak punya idealisma ?

sila klik sini dan baca bahagian 1


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, August 29, 2010

Siapa berani tegur Rosmah berucap di Masjid tidak tutup aurat?

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. “Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan. “Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun.

Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi. Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi. “Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu, semalam.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Nik Aziz berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memaklumkan kepada Teo. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.

Sharpshooter :- Alhamdulillah Ramadhan tahun ini isu agama ditimbulkan oleh UMNO..jika dikata jahil..tentulah marah pula...

Tetapi jika kita melihat isu ini dari sudut positif atau hikmahnya adalah :-

1) Hari ini semua orang faham bahawa berdoa untuk bukan Islam diberi taufik dan hidayah dibenarkan oleh Islam.

2) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan hadir ke majlis berbuka puasa.

3) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam Masjid atau surau tetapi biarlah menutup aurat.

4) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan membaca ayat Al-Quran atau Hadith dengan syarat bukan untk mempersendakan.

Inilah sebenarnya hikmah terbesar wujudnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan Keadilan, PAS dan DAP. Islam makin tersebar........

Cuma agak terkilan dengan 40 ulamak muda...apa dah jadi dengan mereka..mengapa diam membisu... sudah jadi ulam muda ka...

Mengapa isu YB DAP tidak tutup aurat dan memberi ucapan di surau ditimbulkan tetapi mengapa bila bik mama Rosmah berucap di masjid tidak menutup aurat, tidak ada siapa yang berani menegur?

Gambar ini menjelaskan segalanya....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Srikandi melangkah setapak lagi

Langkah menampilkan buat pertama kalinya Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail dalam pemilihan parti sebagai calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) membuktikan kesediaan dan keterbukaan parti dalam mengenengahkan bakat baru sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan.

Selain Siti Aishah, sayap baru Wanita KEADILAN itu juga mencalonkan tiga tokoh muda barisan untuk jawatan dalam kepimpinan Wanita Pusat.

Dalam satu kenyataan media, Naib Ketua Srikandi II, Juwairiya Zulkifli berkata pemilihan parti kali ini bakal menyaksikan proses demokrasi tulen dilaksanakan dalam memilih kepimpinan parti yang buat kali pertama di lakukan oleh sebuah parti politik di Malaysia.

"KEADILAN sebuah parti muda yang dianggotai dan dibarisi oleh ramai kepimpinan muda, meraikan kepimpinan baru yang berpotensi untuk memimpin parti ini ke arah Malaysia yang baru.

"Srikandi sebagai sebuah sayap baru Wanita KEADILAN turut sama bergandingan dalam menyokong dan mengukuhkan parti dengan menyediakan pelapis kepimpinan muda parti.

"Segala kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada Srikandi pastinya akan dipikul sebaik mungkin oleh pimpinan Srikandi yang ada. Srikandi akan menghadapi semua proses pemilihan dengan baik dan menjadikan ia sebagai satu pengalaman baru yang cukup ternilai," kata Juwairiya.

Kata beliau, ruang dan peluang yang seluasnya dibuka oleh kepimpinan Wanita Pusat bagi melibatkan kepimpinan wanita muda di dalam menerajui Wanita KEADILAN wajar diberikan penghargaan dan ucapan terima kasih.

Srikandi menyokong penuh kepimpinan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin serta kepimpinan Wanita Pusat yang sentiasa memastikan suara dan pandangan kepimpinan wanita muda Srikandi diiktiraf dan diambil kira dalam usaha bersama mengukuhkan parti dan memperjuangkan hak rakyat.

Juwairiya menambah Srikandi akan terus memastikan wanita muda diiktiraf dan dihargai oleh parti dengan tekad setia dan keazaman tulus kepada perjuangan parti.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemimpin UMNO cemarkan Islam

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.

Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, “sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.”

“Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

“Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut.

Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik.

“Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi,” katanya.

Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah.

“Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini.

“Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010.

Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

“Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik,” kata beliau.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, August 26, 2010

Benarkah Ketua AMK 3 penjuru?

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.


Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -- Nurul Izzah (kiri) difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam. Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.


Pada masa yang sama, ketika kedua-dua 'lawannya' dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu. “Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi - bekas pemimpin pelajar di United Kingdom - beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan 'direstui' Anwar
Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.
“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.
Kumpulan ini yang khabarnya 'direstui' Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan, berkaca mata) (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA. “Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepada Malaysiakini.
Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) - seorang peguam - kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan. Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.
“Saya tidak akan umumkannya.

Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini. Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN. Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.


Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya. “Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.


Sharpshooter : Bahang pemilihan kian terasa, ada calon yg terlalu ghairah untuk menjadi calon, ada calon yang kurang keyakinan diri mendakwa mereka calon ' restu ' Anwar dan bersandar pada bahu Azmin Ali.

Gambar sharpshooter bersama Chegu Bard dalam artikal Malaysiakini memang mengesahkan Sharpshooter dan majoriti Amk Penang bersama Chegu Bard sejak dari dulu semasa susah dan senang.

Pada pandangan sharpshooter, anak muda harus diberi peluang tentukan siapa ketua mereka. Masing-masing ada pandangan dan masing-masing ada pilihan.

Semua calon adalah penyokong setia Anwar dan terbukti Chegu Bard dan Shamsul adalah antara yang paling setia dan konsisten dalam perjuangan. Mereka berdua sanggup hadapai ujian ketika susah dan senang dan ternyata mereka lulus ujian.

Adakah pilihan Anwar semestinya tepat? contoh selepas PRU 12, YB Yusmadi adalah pilihan Anwar untuk menjadi Ketua AMK P.Pinang. Shamsul Iskandar terpaksa turun ke P.Pinang berbincang dari hati ke hati, ternyata dalam 10 yang hadir 6 menolak Yusmadi dan 4 lagi akur dengan kehendak Anwar akhirnya YB Yusmadi dlantik juga menjadi Ketua AMK P.Pinang.

Apa jadi AMK P.Pinang dibawah Yusmadi? hancur lebur AMK P.Pinang hingga akhirnya Shamsul Iskandar terpaksa pula melantik Amir Ghazali untuk gantikan Yusmadi. Inilah padahnya bila demokrasi dilacuri atau diliwati. Kita kena akur dengan demokrasi biarpun keputusan tidak memihak kepada kita tetapi itulah erti demokrasi.

Anwar kalau boleh mahukan mereka yang Profesional, ya betul.. mereka profesional dari segi kelulusan akademik atau kerjaya mereka tetapi ada sesetengahnya mereka tidak profesional dari segi gerak kerja politik.

Anwar semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO atau Timbalan Presiden UMNO memang mudah mengawal pemuda umno dulu sebab mereka terikat dengan projek. Jika melawan alamat nak mampus...projek hilang.

Tetapi AMK bukan macam Pemuda UMNO yang begitu mudah dicucuk hidung. AMK dididik dan diajar oleh Anwar Ibahim sendiri untuk menentang kronisme dan nepotisme serta berjuang untuk menegakkan keadilan dan mengajar erti demokrasi.

Menyokong Chegu Bard tidak bermakna menentang Anwar. Menyokong Shamsul Iskandar juga tidak bermakna menentang Anwar. Inilah erti demokrasi, setiap orang berhak mengundi calon yang mereka fikir layak memimpin mereka.

Benarkah pertandingan AMK 3 penjuru? Masa akan tentukan segalanya. Sehingga saat ini ada 4 calon yang menawarkan diri untuk bertanding Ketua AMK Malaysia.

Anwar Ibrahim tetap idola anak muda dan anak muda serta rakyat penyokong Pakatan Rakyat mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.

Sivagi The Boss



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bahang pemilihan makin terasa

Pendekatan undi terus hampir 500,000 ahli yang diambil oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam pemilihan parti yang bakal diadakan lewat tahun mencerminkan ketelusan pucuk pimpinan tertinggi.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata pendekatan baru ini membuka peluang kepada semua ahli untuk memilih pemimpin pilihan mereka berbeza dengan praktis biasa di mana hanya beberapa wakil sahaja daripada setiap cabang akan hadir untuk pemilihan dan hanya mereka yang hadir boleh mengundi.

"Sistem undi terus akan membuka pelbagai ruang baru kerana dapat mengelakkan banyak permasalahan yang biasa berlaku dalam pemilihan mana-mana parti seperti politik wang, pemilihan 'favouritism' dan sebagainya,' jelas Mustaffa kepada Suara Keadilan ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Akademi KEADILAN di Taman Paramount Selasa lalu.

Beliau menegaskan bagi memastikan sistem ini berjalan lancar semua pihak yang terlibat perlulah bekerjasama daripada pucuk pimpinan parti hinggalah ke ahli diperingkat akar umbi yang layak mengundi.

"Semua ahli yang berdaftar dengan KEADILAN berhak mengundi untuk memilih pucuk pimpinan dan ini termasuk pemilihan Presiden, Timbalan Presiden dan kesemua ahli majlis pimpinan pusat.

"Ini merupakan satu langkah yang amat berani daripada pucuk pimpinan parti kerana dengan cara ini tiada lagi pemilihan dalaman atau pemilihan untuk mengisi jawatan tetapi undi akan diberikan kepada calon yang dilihat layak untuk sesuatu jawatan oleh ahli," jelas beliau lagi.

Mustaffa yang juga Pengarah Biro Latihan & Gerakkerja Jentera Parti menerangkan bagi memastikan sistem baru ini berjalan lancar, parti telah mengeluarkan Kod Etika untuk calon yang menjelaskan dengan terperinci skop kempen yang boleh dibuat oleh calon dan apa yang ditegah.

"Antara perkara yang tidak boleh digunakan oleh calon ialah dengan menyatakan calon mendapat sokongan daripada mana-mana tokoh politik dalam parti, secara langsung mahupun tidak langsung," kata beliau.

Tambahnya, Kod Etika akan memastikan kesemua calon akan bertanding menggunakan kelebihan yang ada pada diri sendiri dan sumbangan kepada parti dan cara ini memberikan satu platform pertandingan yang adil kepada semua calon.

Mustaffa juga berkata pemilihan berdasarkan sistem undi terus hanya akan berjaya jika semua ahli yang layak mengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi calon pilihan masing-masing.

Jelas beliau, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang tahun lalu hanya kira-kira 10 peratus sahaja ahli yang keluar mengundi di cabang masing-masing dan jumlah ini jauh daripada mencukupi bagi memastikan pemilihan yang adil.

"Cabaran terbesar ialah memastikan semua ahli keluar mengundi dan untuk itu, kesemua jentera cabang dan ranting perlulah bekerjasama menyebarkan maklumat dan mendidik ahli berkenaan kepentingan pemilihan kali ini dan memastikan ahli sedar bahawa setiap undi mereka amat penting.

"Jika KEADILAN dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa sistem undi terus boleh dilaksanakan dengan adil dan telus saya percaya rakan dalam Pakatan Rakyat - PAS dan DAP - pasti dapat menerima dan menggunakan sistem ini," ujar beliau.

Sharpshooter : Mustaffa kamil Ayub kemungkinan besar bertanding sebagai calon Timbalan Presiden menentang Azmin Ali dan kemungkinan besar juga Zaid Ibrahim akan bertanding Timbalan Presiden.

Jika ini jadi kenyataan bermakna pertandingan 3 penjuru. Jika ini berlaku sudah pasti ada yg menang dan ada yg akan tewas. Jangan pula ada calon spesis berudu dan akan melompat bila sudah menjadi katak.

Bertandinglah secara sihat dan cadangan Dr Afif Bahardin AMK P.Pinang tentang Debat Presidential wajar disambut dan dicernakan serta dilaksanakan oleh pimpinan tertinggi Keadilan.

Yang lebih penting, UMNO dan BN dapat ditumbangkan dalam PRU13.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Khatib mahu saman

Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

“Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak,” kata beliau.

Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.

“Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.

“Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai,” kata Zakaria.

Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.

“Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.

Beliau juga telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

Polis Pulau Pinang juga telah mengambil keterangan Zakaria kelmarin,

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Protes disokong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut.

Sementara itu Zahid Hamidi mahu Khatib tersebut meminta maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sharpshooter :- Dari awal lagi kita sudah tahu tujuan sebenar isu ini diperbesarkan kerana mahu melaga-lagakan antara Guan Eng dan Agong.

Umno cuba mengheret Agong dalam isu ini sepertimana umno mengheret Nizar dengan Sultan Perak yg akhirnya digelar sebagai penderhaka.

Zahid tak berani ulas isu bacaan yasin dan solat hajat untuk calon "Kamal" di Hulu Selangor.

Inilah sebahagian tanda-tanda umno sedang nazak. Banyak tayangan akan umno paparkan yg menunjukkan kejahilan umno itu sendiri. Semua isu yg ditimbulkan ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung sendiri.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Fahaman khurafat umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.

“Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sehubungan itu, katanya PAS kesal dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.

Jelasnya, Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno.

Baginya, sememangnya Mahathir jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Menurutnya, Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu di bawah payung Umno sahaja, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara,” ujarnya.

Dulu, katanya pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.

Beliau menambah, hujah itu sudah lapuk di mana rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan Rakyat memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat, katanya telah melihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Menurutnya lagi, selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu, antaranya ialah berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pedalaman.

“Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meritokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.

“Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau mempesoalkan kenapa sekarang Mahathir begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakatnya mengaut kekayaan negara.

“Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat?” tanya beliau.

Sharpshooter :- Fahaman khurafat hanya Melayu itu umno dan hanya umno itu Melayu. Begitu juga hanya Melayu itu Islam dan hanya Islam itu Melayu.

Rakyat wajib tolak mereka yg masih berfahaman khurafat setelah diberi penerangan dan penjelasan kepada mereka, mereka masih percaya kepada fahaman khurafat itu.

Apa ertinya Melayu jika juara segala perkara2 yg keji dan mungkar. Adakah Melayu seperti ini yg mahu kita pertahankan?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta berbuka puasa


Saya dengan segala rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat seperjuangan serta pengunjung blog Sharpshooter ke majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah ayah saya dan Hasmuzair (Jack) serta berbuka puasa di rumah saya pada :-

Tarikh : 27 Ogos 2010
Hari : Jumaat
Masa : 6.00 petang

Alamat rumah :
No 9, Lorong tembikai 1,
Taman Sri Rambai,
14000 Bukit Mertajam

Lynda (isteri arwah jack) serta anak-anak akan turut hadir bersama....





Al-Fatihah...semoga roh mereka ditempat bersama orang-orang beriman...amin...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

DEBAT PRESIDENTIAL PARTI KEADILAN RAKYAT

Parti KeADILan Rakyat (PKR), satu parti politik yang berjuang sejak lebih 10 tahun lepas merupakan antara parti politik muda dalam sejarah panjang politik moden Malaysia.

Namun walaupun masih muda berbanding banyak parti politik lain yang wujud sejak merdeka, PKR telah menzahirkan satu bentuk kematangan yang membanggakan apabila PKR memilih untuk meminda perlembagaan parti pada tahun 2009 bagi membolehkan setiap ahli berdaftar mengundi bagi memilih 25 pemimpin pusat termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Angkatan Muda KeADILan dan jawatan ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Dengan kiraan terbaru yang mencatatkan PKR memiliki ahli berdaftar seramai 400,000 orang di seluruh negara, rakyat bakal menyaksikan satu sejarah agung dicipta dalam sejarah politik tanah air. Pengundian secara terus ini dilihat mampu mengubah corak budaya politik Malaysia yang mana dapat mematangkan amalan demokrasi di negara ini.

Atas kesedaran ini, sebagai sebuah parti politik yang bergerak dalam ruang demokrasi, satu metodologi harus difikirkan dalam memastikan penglibatan yang memberangsangkan di kalangan semua ahli parti dari seluruh negara. Kira-kiranya mudah; lebih tinggi jumlah ahli yang membuang undi, maka lebih tinggi legitimasi kepimpinan calon yang bakal menang itu.

Maka dalam memenuhi tuntutan atau ekspektasi rakyat terhadap parti kita, saya melihat satu Debat Presidential mampu menangani beberapa perkara asas dalam usaha kita membawa gagasan Reformasi kepada rakyat dalam membentuk Malaysia Baru.

Apa itu Debat Presidential?

Debat Presidential adalah satu budaya kemestian untuk Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat. Atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara, Debat Presidential dilangsungkan di universiti – universiti kebiasaannya dimana mendapat liputan secara langsung untuk pengundi di Amerika.

Catatan rating menunjukkan bahawa siaran langsung Debat Presidential ini ditonton lebih 50 juta pengundi dimana hampir mencecah kepada 50% daripada jumlah mereka yang layak mengundi.


Maka ciri-ciri penting Debat Presidential ini adalah; sedianya satu pentas terbuka sebagai gelanggang debat yang bakal berlangsung. Diatas pentas, calon – calon yang bakal bertanding akan berpidato sebagai sebahagian daripada usaha kempen mereka. Manifesto, gagasan dan ide bakal dilontarkan calon – calon untuk menunjukkan kepada setiap pengundi akan kredibiliti dan kualiti kepimpinan yang calon – calon mampu tawarkan.

Mengapa Debat Presidential ?

Seperti yang sedia maklum, PKR memiliki lebih 400,000 ahli berdaftar di seluruh negara. Maka yang menjadi perkara paling utama adalah untuk memastikan semua ahli menerima maklumat yang ingin disampaikan dan dilengkapkan dengan segala ilmu dan informasi yang diperlukan sebelum membuang undi, sejajar dengan prinsip demokrasi itu sendiri.

Oleh itu dalam koordinasi untuk maklumat sampai kepada setiap 400,000 ahli, satu program atau platform yang berkesan harus disediakan jawantankuasa pemilihan parti untuk memastikan setiap calon yang bakal bertanding dapat bersaing dan berkempen di atas ‘padang’ yang sama rata. Maka Debat Presidential ini dilihat sebagai satu usaha yang mampu untuk memberi liputan yang lebih meluas kepada setiap ahli untuk mengenali dan mengukur kemampuan setiap calon.

Debat Presidential juga menjadi gelanggang kepada calon untuk bersaing secara sihat dan dilihat sebagai satu langkah progresif yang melambangkan tahap kematangan politik yang tinggi di dalam PKR. PKR bakal menjadi perintis kepada satu bentuk politik baru yang lebih terbuka, sihat, kredibel dan demokratik.

Bagaimana Debat Presidential harus berlangsung ?

Saya tidak mengharapkan agar semua jawatan yang dipertandingkan harus punya Debat Presidential. Saya merasakan jawatan yang perlu akan Debat Presidential hanyalah buat calon – calon yang ingin bertanding bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita dan juga Ketua Angkatan Muda KeADILan.

Jawatan-jawatan yang disebut ini dilihat sebagai di antara ‘kerusi panas’ setiap kali pemilihan dalam apa jua parti politik selama ini. Selain itu jawatan-jawatan yang disebut ini tadi adalah mereka yang bakal menjadi ‘panglima terbaik’ yang akan kita persembahkan kepada rakyat dalam kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal menjelang.

Maka secara tidak langsung, Debat Presidential ini menjadi asas untuk kita menapis dan memilih ‘panglima’ kita yang benar-benar mampu mengemudi jentera parti bersama-sama Pakatan Rakyat untuk kita menghadapi serangan dan tentangan Umno - Barisan Nasional yang hari ini kita lihat sebagai satu gabungan politik yang tidak mampu lagi bekerjasama dan sudah tidak kenal lagi makna kewarasan berpolitik sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun dan bertatasusila.

Maka bilakah waktu yang wajar dan sesuai untuk kita menganjurkan Debat Presidential? Saya melihat ianya wajar dan tepat sekali untuk dilangsungkan dalam tempoh periode selepas pencalonan dari cabang –cabang dan sebelum hari pengundian.

Sebaiknya debat ini dilakukan secara bersiri dan bukannya tunggal. Rasionalnya adalah supaya ahli (baca : pengundi) dapat menilai sejauh mana kemampuan calon yang ingin bertanding untuk jawatan-jawatan yang bakal dipertandingkan dan juga calon – calon mempunyai peluang yang lebih besar untuk menyinar di dalam salah satu daripada siri – siri debat itu.

Saya mencadangkan agar Debat Presidential bersiri ini dilakukan di tiga venue utama; Pembukaan di Pulau Pinang; Pertengahan di Kota Kinabalu, Sabah dan Penutup di Shah Alam, Selangor.

Saya juga mencadangkan agar format debat yang ingin dijalankan mengikut beberapa tatasusila tertentu. Pertamanya kita memerlukan setiap calon yang bertanding untuk wajib berdebat, sekurang-kurangnya dua siri daripada tiga siri yang direncana.

Setiap debat memerlukan seorang moderator; yang bertugas untuk mengemukakan soalan lisan kepada semua calon dan selain itu untuk mengawal aturan debat dan kesinambungan debat yang baik.

Bagi setiap siri debat, diharapkan pihak penganjur dapat menyediakan topik yang ingin diperdebatkan lebih awal dari hari perdebatan, merangkumi aspek; ekonomi, sosial, pendidikan dan demokrasi.

Selain itu, saya mencadangkan supaya setiap calon diberikan ruang selama 15 minit seorang untuk berpidato, serta penghujahan dan soal balas harus dibuka untuk setiap calon selama 5 minit. Saya berkira-kira, untuk satu-satu sesi debat, 45 minit ke dua jam diperlukan untuk melengkapkan satu pusingan debat.

Selain itu untuk kita menambah keberkesanan capaian program Debat Presidential ini, peranan TV Selangor amatlah ditagih. TV Selangor berperanan untuk menyiarkan Debat Presidential ini secara langsung selama tiga siri di Pulau Pinang, Sabah dan Selangor untuk ditonton oleh semua ahli dari serata pelusuk negara.

Selain itu, video debat ini harus dipaparkan di dalam laman web YouTube bagi kemudahan ahli untuk mengulang tonton dan memberi peluang untuk ahli yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran secara langsung kelolaan TV Selangor.

Namun usaha ini tidak harus berhenti di situ. Bagi ahli yang memiliki kesukaran atau berada di luar lingkungan jaringan internet, VCD atau DVD debat-debat ini wajib diedarkan ke setiap cabang di seluruh Malaysia; sekurang – kurangnya satu set 3-siri Debat Presidential untuk setiap cabang.

Kemudiannya ianya menjadi tanggungjawab setiap cabang untuk menganjurkan satu tayangan umum kepada setiap ahli untuk ketiga-tiga siri debat. Selain itu, perlu ada edaran teks dalam bentuk transkrip ucapan debat daripada ketiga – tiga siri dan kesemua calon; yang diedarkan kepada seluruh ahli samada dalam bentuk risalah mahupun sisipan di dalam akhbar rasmi PKR, Suara KeADILAN.

Ini saya percaya mampu meningkatkan lagi tahap pencapaian maklumat kepada seluruh ahli PKR yang berdaftar di seluruh negara. Perkara yang disebut ini juga harus dihebah kepada semua media massa untuk menjadi satu isu nasional supaya rakyat dapat melihat betapa serius kita ingin melakukan Reformasi terhadap budaya politik di Malaysia.

Namun yang paling penting, ini semua harus berlaku sebelum hari pengundian.

Konklusi

Rumusannya, cadangan ini mampu dilihat sebagai satu langkah yang progresif dan baru untuk kita mematangkan bukan sahaja ahli PKR, tetapi juga membuka mata rakyat akan wujudnya alternatif buat mereka untuk memilih satu bentuk politik yang baru, kredibel, bersih dan mampu melahirkan lebih ramai pemimpin – pemimpin yang berkarisma dan hebat.

Saya melihat Debat Presidential ini adalah satu wadah baru untuk kita mewujudkan satu persaingan yang sihat diantara ahli parti dan mampu mengekang segala bentuk politik wang yang mungkin menular di dalam parti.

Selain menjadi parti politik pelopor kepada usaha ini, PKR telah mengangkat statusnya sebagai sebuah parti yang matang yang mampu menjunjung nilai – nilai dan prinsip kebebasan bersuara sejajar dengan amalan demokrasi yang sihat dan berkesan.

Saya mengharapkan cadangan ini mendapat perhatian yang serius daripada pucuk pimpinan parti dan juga ahli parti demi melakukan Reformasi sebenar ke atas sistem parti dan juga sistem politik Malaysia keseluruhannya.

Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang bakal bertanding. Pentingnya Pemilihan PKR kali ini, adalah lebih penting daripada menjatuhkan rejim Umno – Barisan Nasional.

Pentingnya pemilihan ini kerana pemimpin parti yang bakal kita pilih ini adalah mereka yang pada satu hari nanti, sesudah kita menawan Putrajaya pada PRU ke13, bergelar barisan kepimpinan ulung negara yang ingin kita persembahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. Selamat Bertanding untuk semua calon.

Buat semua pengundi (baca : ahli PKR), berfikirlah dengan rasional dan timbang segala kemungkinan sebelum memilih calon. Kita semua memerlukan calon bergelar pemimpin yang benar – benar mampu ‘mengemudi layar’ Parti KeADILan Rakyat bersama Pakatan Rakyat yang bakal membawa kita semua menawan Putrajaya dengan maju jaya.

Dr Afif Bahardin - AMK P.Pinang



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
ttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Khairy dan Chegu Bard bersatu.........


Sempena Ramadan yang mulia, mungkin inilah yang semua orang harapkan, pemimpin Umno dan pembangkang berlumba-lumba membersihkan surau yang menjadi mangsa perbuatan khianat semalam.


Namun, peranan awal mungkin dimulakan oleh Pemuda Umno apabila pihaknya dikatakan sudah berada di tempat kejadian pagi ini. "Saya telah mengarahkan Pemuda (Umno) Negeri Sembilan untuk bergotong-royong memperbaiki surau yang dicemar. "Mereka sudah berada di surau," kata ketua Pemuda pergerakan itu Khairy Jamaluddin (kiri) di laman Twitter kira-kira sejam lalu.

Bertindak atas arahan Khairy, ketua Pemuda Umno negeri Mohd Helmi Din memberitahu Malaysiakini, beliau bersama sepuluh anggota pergerakan itu telah bergotong royong membersihkan surau itu pagi tadi. "Kami turut memberi sumbangan duit sumbangan kepada pengerusi surau," jelasnya yang mahu membantu pembinaan pagarnya.

Manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah) - yang menentang Khairy di parlimen Rembau dalam pilihan raya umum lalu - berkata pihaknya pagi ini telah menemui jawatankuasa surau berkenaan.

Badrul bersama NGO yang diasaskannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu menawarkan bantuan bagi membaiki semua kerosakan akibat disimbah cat dan dibaling botol arak itu.
"Pada dasarnya mereka (jawantakuasa surau) bersetuju. Sekarang kita cuma tunggu kebenaran daripada pihak polis.

Polis kata OK, kita mulakan kerja," katanya kepada Malaysiakini. "Sekeliling surau itu, termasuk pagar perlukan cat baru." Tindakan itu mungkin terlambat ekoran Pemuda Umno terlebih dahulu melawat surau tersebut.

Bagaimanapun, SAMM juga dijadual hadir memberikan sumbangan petang ini. Awal pagi semalam, sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah dan dibaling botol arak.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail dilaporkan berkata kejadian itu disedari oleh jemaah semasa solat subuh. Beliau menjangkakan perbuatan khianat itu berlaku antara jam 3.30 hingga 4 pagi.


Sharpshooter : Bersatu kita bersatu....kita semua anak hantu...he..he..
Layari Blog Chegu Bard untuk ketahui lanjut kisah ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

UMNO Boleh..........



Gambar menceritakan segala-galanya........Lu fikir la sendiri.....



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Penjelasan Nik Nazmi isu syariah yang diputar belitkan

Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”.

Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya.

Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa syariah adalah menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.

Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama:

“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.”

Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, August 24, 2010

Khatib tidak keseorangan - Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, khatib yang dikaitkan dengan doa supaya Lim Guan Eng diberikan hidayah tidak keseorangan dalam menghadapi siasatan apa yang disifatkan sebagai ‘undang-undang baru Umno’.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

"Oleh kerana Umno histeria sangat apabila doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah, polis dengan pantasnya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat pembacaan doa itu.

"Kalau baca doa untuk Guan Eng dalam masjid menjadi satu kesalahan di sisi Najib sehingga polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat, sepatutnya polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan Kamalanathan," kata beliau yang menyifatkan histeria Umno itu semata-mata berpunca dari ketandusan modal politik dan tidak ada kena mengena dengan Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, sejak bilakah Najib dan Umno membuat undang-undang yang meletakkan usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam sebagai satu kesalahan?

"Apa yang dilakukan hanyalah memohon doa agar Guan Eng diberikan hidayah dan tidak ada kena mengena dengan fitnah dan pembohongan Umno kononnya nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin).

"Adakah Umno sudah mengada-adakan undang-undang baru menggantikan undang-undang Allah sehingga usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam menjadi satu kesalahan di dalam undang-undang baru Umno itu?" Mahfuz mempersoalkan.

Bagi beliau, adalah sesuatu yang natural bagi mana-mana orang Islam untuk mengharapkan orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

"Mengharap dan berdoa sepatutnya tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukan paksaan. Soal sama ada orang yang didoakan hendak memeluk Islam atau tidak, itu hak dia.

"Tetapi nampaknya Umno meletakkan usaha itu sebagai satu kesalahan. Nampaknya yang dihalalkan oleh Allah sudah menjadi haram di sisi Umno," kata Mahfuz.

Khatib yang menjadi mangsa ‘undang-undang baru Umno’ itu, Ustaz Zakaria Ahmad dilaporkan mengakui ada melafazkan doa untuk Guan Eng tetapi menegaskan tidak pernah mendoakan keselamatannya sebaliknya memohon supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk agama Islam.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Biar anak muda tentukan Ketua AMK Malaysia

Dari blog Pahang Daily Online

Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September3 Oktober depan.

Selain jawatan Timbalan Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim serta Mustaffa Kamil Ayub dan banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Terdapat ura-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat.

Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?.

Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?

Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR

Terdapat angin mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin (foto) tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan tersebut. Beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Rembau yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Ramai yang menganggap bahawa Chegubard adalah calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan anak muda PKR selepas Shamsul.

Beliau nampak lebih berani, berkarisma dan lahir pada zaman reformasi. Malah Chegubard dikatakan mendapat sokongan padu daripada kebanyakkan pimpinan AMK Negeri terutamanya Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Kekuatan Chegubard memang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Darah perjuangan kentalnya memang amat menggerunkan mana-mana pemimpin UMNO BN sejak sekian lama.

Malah, beliau antara pemimpin PKR yang banyak ditangkap akibat terlalu berani berhadapan secara "anak jantan" dengan pihak polis. Malah, kekalahan tipisnya kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika PRU-12 bagi kerusi Parlimen Rembau buktikan pengaruhnya amat berbisa.


Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis


Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut.

Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.

Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli

Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Chegubard akan dicabar oleh Exco AMK, Saudara Rafizi Ramli (foto) .

Beliau yang merupakan "team profesional" dalam PKR dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dikatakan mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding ke jawatan panas itu.

Soalnya sekarang, jika benar Saudara Rafizi mendapat "mandat" untuk bertanding jawatan Ketua AMK maka apakah ia boleh diterima oleh anak-anak muda yang lahir pada zaman reformasi dulu?.

Rafizi adalah muka baru yang wujud selepas gelombang tersebut. Malah, ketika zaman Anwar mula-mula dipecat serta ditangkap (1998) dulu
Rafizi masih lagi menuntut di Leeds University UK dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Beliau merupakan Pengurus Termuda yang dilantik sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plan di MTBE Malaysia Sdn Bhd (Petronas) mulai 2003 hingga 2005. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 hingga 2009.

Beliau mula terlibat dengan PKR secara sepenuh masa selepas berhenti daripada Pharmaniaga Berhad pada Disember 2009 dan jawatan terakhirnya ialah Pengurus Besar. Mulai penghujung tahun 2009 itulah beliau telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit.

Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard
"berkompromi" dengan Rafizi.

Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?.

Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara
"anak jantan".

Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada
"tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?.

Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].

Sharpshooter : Dalam Face Book Sharpshooter..lontaran ayat "Perlukah calon menyorok di bawah ketiak Anwar" mendapat banyak komen yg menyokong.
Tekan di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB Sim bersama agihkan bubur lambuk

Alhamdulillah tahun ini sebuah pertubuhan NGO Unit Ehsan P.Pinang telah berjaya mengagihkan 10 periuk bubur lambuk di sebelah Masjid Bayan Baru.

Sambutan yang diterima adalah luar biasa. 10 periuk bubur lambuk selesai diagihkan dalam masa 3 jam sahaja.
Ini merupakan tahun kedua aktiviti ini dijalankan.


Dr Afif Bahardin (Amk P.Pinang) turut turun padang bersama Unit Ehsan P.Pinang. Dr berjiwa rakyat.

YB Sim Tze Tzin Adun Pantai Jerejak, satu-satunya YB yang turun padang bersama Unit Ehsan P.Pinang mengagihkan bubur lambuk. YB Sim memang berjiwa rakyat.

Yang menariknya beliau turut edarkan risalah miliknya yang tertera no HP. Pujian wajar diberi kepada YB Sim atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan.


10 periuk besar bubur lambuk Unit Ehsan.

NGO Watami (Wanita Mithali) turut hadir membantu Unit Ehsan P.Pinang.

Saga Club Malaysia turut hadir membantu dan menyumbang bubur lambuk Unit Ehsan P.Pinang.


Anak muda semangat waja, Yaser dari negeri sembilan mewakili Chegu Bard turut bersama membantu.

Memang sukar mahu mencari anak muda bersemangat seperti Yaser, sanggup datang dari jauh menaiki bas dan membawa misi dan visi yang besar untuk anak muda.


Inilah pakar tukang masak bubur lambuk,Tun Saban Balik namanya, Tun yang berjiwa rakyat. Pengasas Unit Ehsan P.Pinang.

Lagi gambar anda boleh lihat di sini dan di sini.
(gambar ehsan Zul mamak)

Ketahui dengan lebih lanjut tentang Unit Ehsan P.Pinang di sini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/