SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, September 30, 2010

Azmin dituduh serah isteri dan dirinya diliwat Anwar



Temubual khas bersama bekas timbalan ketua AMK, sdr mohd zahid md arip yang kini menganggotai umno dan juga ahli dewan tertinggi perkasa.

beliau juga merupakan cucu kepada mantan timbalan perdana menteri di zaman tun dr mahathir dahulu, iaitu tun ghaffar baba.. rakaman dibuat di subang jaya, selangor

Sharpshooter :- Jika kita tonton video tersebut, secara jelas dan terang zahid mat arip menuduh Azmin serahkan isterinya dan dirinya kepada Anwar untuk nafsu sex Anwar. Satu kenyataan yang cukup biadap dan tak beradab.

Azmin wajib saman saja malaun zahid ni yang mana dahulu merekalah yang bergantung pada "telur" Azmin meminta wang ehsan setiap bulan.

Chegu Bard pernah beritahu tentang zahid mat arip yang pernah menuduh Ghani Haron ada hubungan "luar biasa" dengan Isteri Ezam sewaktu senatak ezam dua tahun dalam penjara.Berita lanjut di sini.

Sharpshooter bersetuju dengan Chegu Bard, tolak politik selak kain yang tidak memberi manfaat kepada generasi muda dan kita sepatutnya tumpu pada politik mengenai dasar, rasuah, salah laku, pentadbiran dan sebagainya perlu diutamakan bukannya politik selak kain.

Sian Rafizi....zahid tuduh Anwar sokong Rafizi sebab Rafizi "jambu" sahaja bukan kerana cerdik sangat budak tu..kata Zahid.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kenyataan rasmi Wang Ehsan dan angka 40

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM100 Setiap Tahun.

UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi manfaat kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas.

Di samping itu, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.
Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan.

Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul,
Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009.

Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.


Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.
Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

Program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan


Selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

Malah, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.

Bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.

Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.

LIM GUAN ENG

Sharpshooter :- KIta nak tanya juga pada pimpinan umno, duit hasil cukai judi, cukai arak, duit cukai babi, cukai judi di Genting, duit tu semua hangpa buat apa? Sebab itu petang ini AMK P.Pinang bersama Pemuda Pakatan Rakyat akan buat sidang media bersama dan akan mencabar supaya 11 Adun UMNO pulangkan semula wang elaun mereka jika mereka mungkin was-was tentang wang tersebut mungkin juga hasil judi.

UMNO hasut orang kampong denganmengatakan duit wang ehsan RM100 adalah duit judi kononnya.

Surat ini juga mengesahkan wang itu untuk miskin tegar bukan untuk wang ehsan RM100 dan miskin tegar itu hanyalah untuk orang bukan Islam.

Apa yang sharpshooter bimbangkan adalah kemungkinan besar duit itu akan lesap atau selepas ini umno akan bayar semula kepada warga emas kononnya ini adalah wang ehsan
UMNO yang sah pada hal duit itulah yang dipulangkan semula. Akhirnya orang kampong akan ditipu dua kali oleh orang UMNO.

Dok tunggu juga di pejabat kemungkinan ada orang tua-tua nak serah duit balik wang RM100 tetapi sampai sekarang tiada seorang pun yang nak serah wang itu semula...he..he..


Yang menariknya umno memang gemar sungguh no 40.

1) 40 ulamak muda sertai umno...diam membisu seperti setan bisu...sebab tok guru mereka Ustaz Asri dah kata tak haram...

2) 40 warga emas juga yang pulang RM100.00 sebab tertipu oleh umno kononnya duit judi.

3) teringat Ali Baba dan 40 orang penyamun..he..he..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Rasuah 5 juta mengapa SPRM membisu


Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Sharpshooter :- SPRM terutamanya pihak atasan di Pusat memang tidak bebas dan mereka masih terikat dengan pemimpin umno.

Teringat kes Fairus mantan TKM 1 dulu di mana Pengarah SPRM Puan Latifah sendiri yang bentang laporan di Pusat mengatakan bahawa setelah siasatan dijalankan, mereka mendapati ada asas untuk mendakwa Fairus tetapi apakan daya...kami di P.Pinang hanya boleh jalankan siasatan tetapi untuk mendakwa bukan kami.

Itulah SPRM sebenarnya, membuat dakwaan terpilih. Akhirnya Fairus terlepas dan lompat masuk ke lubang najis umno semula.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, September 29, 2010

UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen Galas bermula

Dari Blog pro umno

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.


Sharpshooter :- Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat.

Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi.

Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong.

Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas.

Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tak usah ugut nak keluar parti...

BALING: Sekumpulan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka.

Setiausaha PKR cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti.

Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 September lalu.

"Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu di sini hari ini.

Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti.

Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah.

Sharpshooter :- Kalau nak jadi pejuang tulen dan sejati, tak usahlah nak main ugut-ugut pula. Cuba bawa bertenang dan matang dalam perjuangan ini. Jika rasa nak keluar....silakan..takkan kerana masalah teknikal saja nak ugut keluar parti. Jika niat sertai Keadilan kerana jawatan, kepentingan, habuan dan sebagainya, tak payahlah sertai Keadilan.

Kita tahu masalah paling besar dalam Keadilan sekarang adalah kemasukan beramai-ramai ahli baru menyertai Keadilan selepas PRU 2008. Mereka ini ada yang terdiri dari bekas pemimpin umno, mic, mca, gerakan dan sebagainya.
Mereka berebut jawatan untuk jadi calon akan datang dan ada yang memang dengan sengaja menyelinap masuk untuk membuat huru hara dalam Keadilan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2010 tahun kebangkitan anak muda



Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis.

Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.

Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.

Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.

Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.

2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.

“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” Wallahualam.

Dari http://seutastasbih.blogspot.com


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS sedia ambil alih UMNO P.Pinang

Oleh Ali Hashim

KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambil alih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam.

"Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50.

"Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan.

"Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, "ujarnya lagi.

Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

"Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar 'super impose' Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar.

"Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, " tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jemputan ke Rumah Terbuka AMK P.Pinang


Salam Perjuangan khas buat rakan2 seperjuangan.

AMK Pulau Pinang amat berbesar hati untuk menjemput semua rakan
pimpinan AMK & Pakatan Rakyat, Media & Bloggers ke Program Rumah
Terbuka Aidilfiti AMK Pulau Pinang seperti berikut;

TARIKH: Sabtu, 2 Oktober 2010
TEMPAT : Ruang Legar, Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth
MASA: 8.30 Malam

Pelbagai jamuan raya & acara menarik telah diatur pada malam tersebut,
dan rakan2 dijemput sama memeriahkan rumah terbuka kami.

Sekian Terima Kasih,

Salam Reformasi!

SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha AMK Pulau Pinang
013-477 1047


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...


Ahli-ahli Cabang PKR Bayan Baru menunjukkan laporan polis yang mendakwa pemilihan cabang tersebut tidak sah kerana dijalankan secara tidak adil dan berat sebelah di Sungai Dua, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 28 Sept. - Episod kekecohan dalam pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa negeri kini merebak di Pulau Pinang.

Terbaru, beberapa ahli parti itu mendakwa pemilihan cabang Bayan Baru yang diadakan Sabtu lalu tidak sah kerana ia dijalankan secara tidak adil dan berat sebelah.

Ahli Jawatankuasa PKR cabang berkenaan, Annuar Ismail mendakwa, keputusan pada pemilihan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana terdapat satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin-pemimpin tertentu sehinggakan hak ahli lain dinafikan.

Jelas beliau yang merupakan pengurus operasi pemilihan 'Team Rakyat', dalam mencapai matlamat tersebut pihaknya telah diperlakukan, ditekan, diprovokasi oleh kelompok berkenaan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.

''Sepanjang proses pemilihan berlangsung, 'Team Rakyat' dinafikan haknya sebagai pemerhati dan petugas manakala penyokong 'Team Reformasi' dilantik sebagai petugas pemilihan.

"Masa mengundi turut dilanjutkan dari pukul 4 petang ke 5.30 petang tanpa notis ataupun usul di dalam mesyuarat agung yang bersidang awal pada hari yang sama (Sabtu).

''Kertas fotostat juga digunakan sebagai kertas undi selain pengundi mengadu petugas memanipulasi undi dengan memberi kertas undi lebih kepada pengundi Cina, tidak memberi kertas undi Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada pengundi muda, India dan wanita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pemilihan yang berlangsung di Dewan Jubilee, Sungai Nibong itu menyaksikan hampir kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk Ketua Cabang, AMK dan Wanita dimenangi 'Team Reformasi' yang dipercayai diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerejak, Sim Tze Tzin.

Tze Tzin yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Ketua Cabang dengan 499 undi selepas menewaskan bekas Timbalan Ketua M. Nyanasegaran yang memperoleh 265 undi.

Kerusi Ketua Cabang PKR Bayan Baru kosong selepas bekas ketuanya, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar dari parti itu.

''Terdapat juga aduan, petugas menunjukkan kotak yang salah kepada kebanyakan warga emas buta huruf dan tidak tahu membaca apabila mereka bertanyakan kotak calon pilihan mereka," ujarnya.

Tambah Annuar, jumlah mereka yang keluar mengundi juga agak ganjil dan tidak munasabah iaitu hanya 792 undi berbanding pengundi yang dibawa pihaknya pada hari itu iaitu melebihi 1,500 orang yang merupakan penyokong Nyanasegaran.

Katanya, beliau ada membuat empat aduan iaitu dua secara lisan dan dua secara rasmi sebagai bantahan awal pada hari pengundian, namun ia tidak dihiraukan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahida yang bertindak sebagai pemantau.

Sebaliknya mereka yang mengadu diugut untuk diambil tindakan.

Justeru, kata Annuar, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pada Ahad lalu berhubung proses pemilihan cabang PKR Bayan Baru tersebut.

''Kami membantah keputusan pemilihan itu kerana ia dijalankan secara tidak bersih, amat tempang serta memalukan parti.

Jika selama ini PKR selalu melaung- laungkan menuntut keadilan, saya rasa pihak-pihak seperti ini perlu membuat reformasi diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum berkata-kata," katanya.

Menurut Annuar, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkenaan semua ahli yang keluar mengundi dan memulakan bantahan susulan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi membolehkan pemilihan baru dijalankan.

Kata Annuar, pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada PKR Pusat untuk memberi keputusan berhubung perkara itu sebelum merujuk perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi tindakan lanjut jika permintaan mereka itu ditolak.

Sharpshooter :- Terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka, contohilah YB Ong Chin Wen, YB Rodziah dan YB Dato' Kamarul yang menerima kekalahan mereka dengan hati yang tenang dan terbuka.

Mengapa perlu buat laporan kepada polis? Mengapa tidak buat laporan kepada Pusat terus?

Team Rakyat disokong oleh Senator Pak Mus dan Jamil (JJ6) orang kuat Zahrain....menunggu respon TKM 1 merangkap Pengerusi Pimpinan Negeri P.Pinang tentang kes ini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, September 28, 2010

PERKASA letak calon di Galas?

Terlebih dahulu sharspshooter ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang beriman..amin..Al-Fatihah

SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh piliharaya kecil Dun Galas dan dijangka akan berlaku selepas Mesyuarat Agong UMNO.

Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE).

SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu di Sarawak pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac.

Kali ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil dan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud. Yang kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS. Majoriti diperolehi oleh calon PAS hanya 65 undi sahaja. Itu pun setelah rasuah pilihanraya secara terang oleh Mat Sembab yang menjanjikan jambatan baru sekiranya BN menang. Jangan di tanya mengapa SPRM tidak mengambil tindakan kepada Mat Sembab. Anda pun tahu jawapannya.

Sharpshooter teruja sangat untuk melihat PERKASA, pembela Melayu No1 di Malaysia yang kebetulan pula orang Kelantan lagi gagah perkasa Ibrahim Al-Kataki untuk bertanding di Dun Galas bagi menguji sejauh mana keperkasaannya di kalangan orang-orang Melayu.

N45 Galas ialah kawasan majoriti Melayu. Data 2008 menunjukkan Galas mempunyai 10,330 pengundi, iaitu 65.81 peratus Melayu, 22.03 peratus India, 1.81 peratus India dan 10.32 peratus lain-lain - mungkin orang Siam.

Bayangkan jika calon Perkasa Ibrahim Ali Al-Kataki bertanding, mungkin UMNO akan beri laluan sebab umno pun gerun dan takut dengan Perkasa. Pasti sambutan hebat orang-orang Melayu di Kelantan serta dibantu oleh media seperti Utusan Meloya, sharpshooter yakin PERKASA akan menang besar.

Bila Perkasa menang di Galas, Ibrahim Ali Al-Kataki mempunyai peluang yang amat besar untuk bertentang mata bersua wajah dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan mukanya sendiri.

Mungkinkah Galas akan mencatat satu lagi sejarah di mana UMNO tidak bertanding seperti di Penanti dan UMNO APCO akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada PERKASA?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mat sembab terasa pedas...

Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu kelmarin.

“Jika mereka ada isu atau masalah, mereka sendiri perlu memikul tanggungjawab... jangan menyalahkan orang lain.

“Itu adalah masalah mereka,” kata timbalan perdana menteri di sini hari ini.

“Saya mencabar Saifuddin agar memberikan bukti. Beritahu kami siapa dan di mana. Jika orang luar bermaksud kami (Barisan Nasional),” kata beliau.

Ditemui wartawan semalam, Saifuddin berkata kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung dan proses pemilihan peringkat cabang PKR di beberapa lokasi kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana beberapa isu termasuk kerosakan kotak undi oleh orang luar.

Saifuddin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

“Melalui rakaman foto, petugas kami mengesahkan individu yang dikenal pasti bukan ahli parti, cuba mencemarkan imej PKR.

“Kami boleh mengesahkan wujudnya elemen provokasi kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar,” katanya.

Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pula mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

“Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan,” katanya.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno mengulangi pendiriannya bahawa masalah yang dihadapi PKR dalam mengendalikan pemilihan adalah bukti parti itu tidak melakukan apa yang dikatakan khususnya apabila bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan demokrasi.

“Apabila saya membaca kenyataan-kenyataan oleh calon-calon yang disekat dan kenyataan panjang lebar Zaid Ibrahim di Utusan, adalah jelas, walaupun mereka berjuang untuk keadilan, tetapi mereka adalah parti yang tidak adil,” kata beliau lagi.

“Mereka melarang, mereka menghalang. Mereka tidak memberi kebebasan (kepada calon),” kata Muhyiddin sambil menambah, parti komponen Pakatan Rakyat ini dikawal oleh dua atau tiga puak.

Sharpshooter :- Mengapa Zaid ke Utusan Meloya? Perlukah beliau ke Utusan Meloya? Bukankah kita boikot Utusan Meloya?

Saifudin...jawab jangan tak jawab... jawab dengan bukti sekali.

Masih menunggu Cabang mana akan mencalonkan YB Saifudin Nasution sebagai calon Timbalan Presiden...Baru bertambah persaingan..suburkan demokrasi...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cikgu Fariz calon MPP anak muda berwibawa

Dari Blog Cikgu Faris

Ramai wartawan menghubungi saya hari ini bertanyakan berkaitan isu "kecoh" dalam pemilihan cabang2. Kebetulan saya baru selesai membaca akhbar Sinar Harian yang turut terpampang perkataan "KECOH" di muka depan . Memang kecoh jadinya .

Proses pemilihan kali ini dengan cara yang baru adalah satu model yang terbaik yang dilaksanakan oleh Keadilan . Sepertimana yang pernah saya menjawab soalan seorang wartawan TV Selangor 2 bulan yang lalu bahawa sudah pasti akan berlaku sesuatu diluar dugaan kerana ini adalah julung kali diadakan. sudah pasti ada kelemahan dan kekurangan .

Daripada keseluruhan cabang-cabang yang ber MATC 96% adalah berjalan dengan baik . Tidak ada kecoh-kecoh. Hanya 4% ( dalam lingkungan 7 atau 8 cabang ) sahaja yang bermasalah dan menimbulkan kekecohan. Itu pun berlaku permasalahan teknikal serta keghairahan ahli-ahli keadilan yang menyokong calon-calon masing-masing . Ini membuktikan kesungguhan dan keghairahan ahli-ahli keadilan dalam menyertai MATC dan pemilihan kali ini cukup luar biasa.

Beberapa insiden pergadohan dan ketegangan di cabang-cabang adalah disebabkan permasalahan teknikal . Dan langkah yang terbaik ialah menangguhkan pemilihan dan menyerahkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat ( JPP ) menentukan semula tarikh pemilihan dan saya yakin akan diperkemas , diperbetulkan dan dilaksanakan dengan lebih baik terutama di kawasan yang sensitif dan 'panas'.

Kenyataan Ezam yang cuba masuk campur dalam urusan pemilihan Keadilan sangat memualkan. Tak perlulah membuat sebarang komentar . Ini bukan lagi parti anda. Keghairahan ahli-ahli Keadilan dan jumlah yang ramai yang hadir dalam MATC kali ini luar biasa dan membuktikan kekuatan parti .

Malah disaksikan ada YB ADUN , EXCO Kerajaan Negeri , Ahli Parlimen kecundang dalam pemilihan parti kali ini . Kita benar-benar bukan seperti UMNO dan Barisan Nasional . Ahli boleh menilai , berfikir dan berhak menyokong sesiapa sahaja tanpa dipengaruhi . Menjadi ADUN , MP atau EXCO bukan tiket selesa untuk menang sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab kepada ahli2 parti . Memenangi hati mereka dengan bekerja dengan baik . Ahli-ahli disemua peringkat mampu berfikir dan membuat keputusan .

Itulah budaya dalam Keadilan , merit adalah menjadi kekuatan dalam membina sokongan ahli-ahli . Suasana kempen yang berlaku dalam tempoh pemilihan ini menjadi suasana agak tegang . Masing-masing dengan ghairah berkempen bagi memastikan calon-calon mereka menang dalam menerajui pimpinan di cabang-cabang .
Insyaallah , saya yakin isu ini akan selesai dan mampu diperelokan.

Sharpshooter :- Cikgu Fariz bukanlah nama asing dalam dunia politik tanahair, beliau pada awalnya berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat tetapi malangnya atas faktor usia beliau tidak layak lagi bertanding dalam AMK.

Justeru itu beliau mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon MPP Pusat. Di dalam menempuh arus perjuangan di Malaysia, bukan mudah mencari cikgu yang begitu berani dan lantang mengkritik Kerajaan B-End secara terbuka apatah lagi berjawatan dalam parti yang menentang kerajaan b-end.

Di dalam Parti Keadilan Rakyat, anak muda bergelar cikgu yang berani dan lantang bersuara adalah Cikgu Fariz dari Terengganu, Chegu Bard dari Negeri Sembilan dan Cikgu Azman dari Sg Petani, Kedah.

Atas dasar perjuangan mereka yang istiqomah dari awal hingga kini dan tidak pernah berhenti atau meletak jawatan dan lari dari perjuangan dan muncul semula seperti sahabat senegeri Cikgu Fariz bernama Rafizi Ramli, maka Sharpshooter menyatakan sokongan penuh kepada Cikgu Fariz calon MPP anak muda terbaik dan berwibawa.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wang Ihsan warga emas tidak haram.

"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Demikianlah jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis dalam respons beliau terhadap isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberikan wang saguhati kepada warga emas, yang 'khabarnya' bersumberkan judi lumba kuda.

Katanya, bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Nah! Jika benar kita mahu memastikan wang gaji kita bersih dan suci 100 peratus barang kali kita tidak boleh menerima gaji daripada pihak kerajaan pusat. Melainkan, mereka mengasingkan dana halal dan haram dan hanya memperuntukkan halal untuk Islam dan haram untuk bukan Islam.

Dalam Islam, perbendaharaan negara disebut Baitul Mal. Persoalannya, adakah sama Perbendaharaan Negara yang ada pada hari ini di peringkat negeri dan pusat dengan Baitul Mal? Saya tidak berani nak jawab…

Jika diikutkan, fungsi Baitul Mal ini adalah sangat meluas. Salah satu daripadanya, Baitul Mal juga adalah tempat dititipkan segala jenis harta yang tidak halal mahu pun syubhah. Jika di Baitul Mal, maka wang itu tidak menjadi haram untuk digunakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, ada pandangan ulamak menyatakan demikian.

Saya pernah terjumpa pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi terhadap corak penggunaan wang haram. Secara asasnya, wang haram itu tidak boleh sama sekali dimanfaatkan oleh pemilik wang untuk faedah peribadi.

Tetapi, ia boleh diberikan kepada pihak lain demi maslahah umum atau kebajikan awam. Ia termasuklah memberikan wang haram itu kepada orang fakir dan miskin dan juga untuk tujuan dakwah Islam.

Saya sempat mencari di dalam internet, alhamdulillah saya bertemu dengan sebuah artikel yang dipetik daripada Bahagian Mal, Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Berikut saya paparkan sedikit kutipannya:

“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.

Harta tidak patuh syariah juga tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga. Menurut al-Qaradawi, ia juga haram secara yakin untuk ditinggalkan dalam akaun bank konvensional (dalam kes faedah riba).

Harta tidak patuh syariah ini jika daripada jenis yang boleh dimanfaatkan seperti wang, ia tidak seharusnya dimusnahkan seperti dengan membakar atau mencampakkannya ke dalam laut.

Fuqaha semasa seperti al-Qaradawi menjelaskan bahawa perbuatan ini menyalahi kaedah syarak yang melarang tindakan idha'ah al-mal iaitu mensia-siakan harta tanpa dimanfaatkan oleh sesiapa.

Mungkin ada yang mempertikaikan, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya?

Menjawab persoalan ini, al-Qaradawi menjelaskan bahawa pada hakikatnya harta tersebut sememangnya haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal.

Sebaliknya, dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan, ia adalah baik dan harus untuk digunakan. Institusi Baitulmal dalam konteks maslahat umum ini, boleh berfungsi sebagai pemegang amanah kepada harta tidak patuh syariah untuk dibelanjakan demi kepentingan masyarakat secara umum.

Ini bertepatan dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-3, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 21 Januari 1971 yang telah menetapkan bahawa: “Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan muslihat umum”

- Petikan daripada artikel 'Pengurusan Harta Tidak Patuh Syariah' oleh Unit Amanah & Wasiat, Bahagian Mal, MAIS.

Wallahua'lam.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa saya ajak Perkasa berdebat - Nurul Izzah

Sejak tulisan saya menjemput Perkasa untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu pada 31 Ogos lalu diterbitkan, bermacam-macam tohmahan dikeluarkan terhadap saya.

Saya dipanggil pengkhianat, dituduh cuba mengelirukan rakyat, tidak matang, buta sejarah dan juga kini dilibatkan dalam siasatan polis kerana dituduh menghasut.

Hairan, kerana orang yang cadangkan supaya pemilikan tanah Kampung Baru dibuka 40 peratus kepada bukan Melayu tidak pula alami nasib sama seperti saya.

Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh Perkasa tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan?

Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Perkasa dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan.

Kerana jemputan saya sudah ditolak, biarlah saya jelaskan sahaja di sini, apa sebenarnya menimbulkan kegusaran saya tentang perjuangan Perkasa dan soal kedudukan istimewa orang Melayu.

Pertama soal kuota dalam perkhidmatan awam. Mengikut statistik 2009, 78.2 peratus kakitangan awam adalah Melayu, dan Bumiputera lain membentuk 7.7 peratus. Selebihnya adalah bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Namun, kerajaan juga sedang berusaha merekrut lebih ramai bukan Melayu dalam perkhidmatan awam, kerana keperluan menyampaikan perkhidmatan kepada warga pelbagai kaum.

Bagaimanakah dasar kuota ini selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

Kedua, soalan yang sama juga boleh ditanya dalam hal kuota biasiswa kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya mahu melihat lebih banyak biasiswa diberikan sebagai usaha memastikan kesaksamaan yang boleh tercapai dengan pendidikan yang menyeluruh.

Oleh itu, bukankah lebih baik sekiranya semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukarkan kepada biasiswa penuh sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan?

Saya juga percaya Perkasa tentu setuju dengan saya kalau dicadangkan sebahagian pendapatan Petronas (30 peratus keuntungan tahunan misalnya) disalurkan kepada satu dana pendidikan untuk biayai biasiswa anak-anak kita.

Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu.

Ini sebenarnya lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain. Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat.

Kuota kemasukan ke universiti juga sebenarnya sudah diubah pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, supaya lebih bersemangat meritokrasi.

Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan Perkasa?

Saya juga tertarik dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meliberalisasikan 27 sub-sektor dalam sektor perkhidmatan.

Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Kepentingan ini termasuklah dalam keutamaan lesen-lesen perniagaan. Adakah ini bermakna liberalisasi ini bertentangan dengan perlembagaan? Tidakkah ia memberi kesan kepada “hak Melayu”?

Oleh kerana kedudukan bahasa Melayu juga dijamin perlembagaan, bagaimana pula dengan usaha Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan? Soal Perlembagaan tidak dibangkitkan ketika itu. Jelas, peruntukan perlembagaan itu bukanlah kaku, sebaliknya ia fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tuntutan zaman.

Mahkamah Tinggi pada Mei lalu juga isytihar PPSMI tidak bertentangan dengan perlembagaan kerana sekolah-sekolah masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Perkara paling besar dalam soal kedudukan orang Melayu ini tentulah pegangan ekuiti Bumiputera yang ditetapkan kadar minimum 30 peratus.Inilah dasar yang kuat dipertahankan Perkasa dan sekutunya UMNO.

Dasar ini pada saya cukup kabur kerana tidak jelas apa yang dipertahankan. Adakah memperuntukkan minimum 30 peratus itu akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu? Adakah ia dapat menyelesaikan masalah kemiskinan bandar, yang mangsanya kebanyakannya ialah orang Melayu?

Data-data berkenaan polisi ini juga sebenarnya terlalu kabur. Kajian terbitan Universiti Malaya (2002) mengatakan pegangan orang Melayu sudah mencapai 33.7 peratus, Institut Kepimpinan Strategik Asia pada 2006 pula meletakkan angka 45 peratus. Sementara pihak kerajaan pada 2006 mengatakan pegangan ekuiti Bumiputera hanya 18.9 peratus.

Perbezaan angka dikatakan berpunca daripada masalah metodologi. Namun, walau apa angkanya, orang Melayu tidak mendapat faedah daripada dasar ini.

Jika Perkasa bersungguh dan ikhlas, saya menjemput Perkasa untuk sama-sama mencadangkan satu dasar ‘Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera’ sedia ada di dalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan penswastaan dari kerajaan, konsesi lebuh raya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30 peratus daripada saham milik individu atau syarikat Bumiputera dengan menggunakan nilai saham par-value yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu, di mana 25 peratus saham tadi dimasukkan ke dalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5 peratus kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi. Baki 70 peratus masih dalam tangan pemilik dan syarikat bumiputera tadi.

Untuk uji keberkesanan dasar ini, saya cadangkan kita mula dengan Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan yang menerima kontrak bina sebuah jambatan di Pasir Mas satu ketika dahulu.

Apa yang dibangkitkan ini bukan perkara baru, kerana itu saya terkejut apabila pelbagai tohmahan ke atas saya.Debat yang saya cadangkan ini sebenarnya adalah sesuatu yang telah dijangka oleh sesetengah pengasas negara kita.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail sendiri pernah kata kedudukan istimewa adalah satu penghinaan kepada kemampuan orang Melayu. Jangan lupa Allahyarham juga anggota Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.

Beliau mengatakan kedudukan orang Melayu akan ditentukan oleh orang Melayu sendiri. Beliau ramal dengan semakin ramai Melayu berpendidikan dan dapat keyakinan diri, mereka sendiri akan menghapuskan kedudukan istimewa itu.

Tujuan saya bukan untuk hapuskan peruntukan perlembagaan itu, tetapi yang dipersoalkan ialah dasar dan pelaksanaan seperti diramalkan Tun Dr Ismail, bahawa proses perubahan hanya boleh bermula dengan muhasabah melalui perdebatan.


* Penulis ialah ahli Parlimen Lembah Pantai, NURUL IZZAH ANWAR



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, September 27, 2010

Alahai Zaid...makin banyak bicara makin terserlah apa yg tersirat..



Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu menunjukkan PKR masih belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya, kata Datuk Zaid Ibrahim. Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini.
"

Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya? "Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan.

Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.' "Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa?

Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting. "Adakah mereka setia kepada perkara ini juga?" soalnya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Berita lanjut di sini.

Sementara itu MSO dalam blognya menulis DALAM akhbar Mingguan Malaysia terbitan Utusan Melayu hari ini ada menyiarkan temuramah Zaid Ibrahim yang menyentuh khusus mengenai isu perebutan jawatan dalam PKR khasnya mengenai perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang akan tertumpu kepada beliau dengan Mohamad Azmin Ali. Wakaupun ada seorang lagi calon Mustafa Kamil Ayub tetapi perlawanan hakikatnya kini adalah antara Zaid dengan Azmin.

Saya sedikit terkejut dan tidak sangka kalau Zaid memilih media itu untuk dijadikan wadah baru kempennya.

Saya juga seorang terbuka dan berpegang kepada profesional. Tetapi bagi saya sikap terbuka dan liberal Zaid dalam memilih akhbar berkenaan untuk meluahkan perasaanya dan sedikit sebanyak menjelaskan hasratnya bertanding tidak begitu tepat dan boleh memberi kesan negatif kepadanya juga.

Zaid mungkin dapat meluahkan segala hajatnya, atau tidak mempunyai media lain untuk berbuat demikian maka beliau perlu menerima akhbar berkenaan. Tetapi sepatutnya sebelum beliau menerima akhbar berkenaan beliau seharusnya menghitung dulu apakah kesediaan untuk diinterviu oleh akhbar itu memberi keuntungan kepadanya atau pun tidak. Beliau juga sepatutnya pandang belakang melihat apa yang telah akhbar itu lakukan kepadanya dan juga partinya itu. Berita lanjut di sini.

Sharpshooter :- Sharpshooter setuju dengan Sivagi The Boss yang tidak mahu pegang jawatan Presiden buat masa sekarang, biarlah Wan Azizah menjadi Presiden buat masa kini.

Apa jaminan bahawa Anwar tidak akan masuk penjara semula. Kita semua tahu kaki Anwar sebelah di penjara. UMNO apa cara juga pasti mahu Anwar terpenjara semula sebab mereka tahu kesannya bila tiba pilhanraya jika Anwar masih bebas.

Mengapa Zaid terlalu mendesak Anwar untuk pegang jawatan Presiden? Dan perkara ini disambut oleh mantan-mantan setan Keadilan dan juga pemimpin UMNO. Mengapa mereka beriya-iya mahukan Anwar jadi Presiden. Sejak bila mereka sokong Anwar. Mengapa mereka terlalu sibuk mencampuri urusan Keadilan dan mahu Anwar jadi Presiden?

Sifirnya mudah...sebab mereka tahu Anwar akan dipenjarakan semula. Bayangkan jika Anwar terpenjara semula sudah pasti Timbalan Presiden yang akan berkuasa. Ini tidak bermakna kita mahu nafikan hak Timbalan tetapi buat masa sekarang biarlah Presidennya Wan Azizah.

Jika kes Anwar sudah benar-benar selesai, Keadilan boleh mengadakan Kongres Khas untuk melantik Anwar menjadi Presiden baru Keadilan. Kesabaran dan kematangan amat diperlukan dalam hal ini.

Ya... sharpshooter bersetuju jika ada orang mengatakan Keadilan perlu bersedia melakukan sekali lagi reformasi dalam parti.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak suka, kita terpaksa mengakui bahawa Keadilan ditubuhkan untuk membela Anwar pada asalnya. Tetapi setelah Anwar bebas, Keadilan sudah jauh memperluaskan perjuangannya hingga diterima oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah.

Keadilan kini dilihat sebuah parti yang berkembang pesat hingga ia menjadi mimpi ngeri buat umno dan B-End. Sebab itu proses pemilihan dalam Keadilan sekarang menjadi perhatian serius oleh umno dan b-end. Sharpshooter tidak nafikan ada kelemahan dalam proses pemilihan yang buat kali pertama diadakan sistem satu ahli satu undi, tetapi ia boleh dan akan diperbaiki kelemahannya.

Belajar dari kelemahan dan kesilapan adalah jalan dan cara terbaik menambah baikkan untuk parti.

Di Cabang Bayan Baru sebagai contoh, sharpshooter lihat ada ramai yang sudah keluar parti pun hadir semasa pemilihan baru-baru ini. Untuk apa mereka datang dan yang paling sedihnya mereka ini mendapat undangan dan sokongan dari orang kuat Zahrain Katak yang masih bermaharajalela di P.Pinang. Bertambah parah mereka ini mendapat sokongan dari Pak Senator P.Pinang dan pimpinan atasan P.Pinang. Sambungan citer ini akan sharpshooter terbitkan

Berbalik kepada citer Zaid dan Azmin Ali, pada sharpshooter, Zaid tidak sepatutnya cepat melatah manakala Azmin pula dilihat kurang bijak dan gelojoh serta rakus bila menggunakan Ahli Parlimen yang diketuai oleh MP Teluk Kemang dan YB di Dun Selangor untuk menyatakan sokongan kepadanya. Kemudian ada yang menafikannya, tidakkah ini memalukan sedangkan ketika itu Senator Syed Husin belum membuat keputusan rasmi samada mempertahankan jawatan Timbalan atau memberi laluan kepada muka baru.

Ya..memang Azmin Ali adalah calon pilihan Sivagi The Boss dan Rafizi juga adalah calon pilihan Sivagi The Boss untuk Ketua AMK tetapi adakah calon Sivagi The Boss akan menang? Adakah jika tewasnya calon pilihan Sivagi The Boss bermakna ahli Keadilan menolak Sivagi The Boss? Jawapannya sudah pasti tidak. Mereka hormat dan menyokong sepenuhnya Sivagi The Boss tetapi dalam masa yang sama mereka tidak bersetuju dengan "TANGAN GHAIB SIVAGI THE BOSS".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS akan galas harapan Pakatan Rakyat di Galas

Al-Fatihah buat ADUN Galas YB Che Hashim yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT. Allahyarham Che Hashim yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini. Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Sharpshooter : Al-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman..amin...

Pasti pilihanraya kecil yang sengit akan berlaku. UMNO akan bermati-matian untuk merampas kerusi tersebut.

PAS akan galas harapan besar Pakatan Rakyat di Galas untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Sewajibnya pilihanraya kecil di Manek Urai diambil iktibar. Muhasabah jalan terbaik untuk terus mencapai kemenangan..InsyaAllah..takbir..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anasir luar parti cuba sabotaj pemilihan Keadilan

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) merumuskan permasalahan yang berlaku di beberapa cabang tertentu semasa proses pemilihan minggu lepas berpunca daripada tindakan subversif kumpulan individu bukan anggota parti yang mahu memberi tanggapan negatif terhadap keupayaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk mengendalikan pemilihan.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata JPP sedang menyemak dan meneliti laporan terperinci yang dikemukakan pengawas pemilihan yang bertugas semasa pemilihan di cabang-cabang terbabit.

Di samping itu, JPP katanya akan menimbang aduan dan rayuan dari anggota parti bersangkutan proses pemilihan dan perjalanan mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Satu perkara yang amat memberangsangkan ialah keghairahan luar biasa anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti, meskipun KEADILAN baru memperkenalkan sistem pemilihan langsung sebagai langkah memperkasakan demokrasi di dalam parti.

"Kita yakin natijah pelaksanaan kaedah "One Person One Vote" adalah satu keputusan yang tepat lagi mengukuhkan parti dari segi jangka panjang dalam proses pendidikan demokrasi kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi.

Saifuddin juga mengesahkan terdapat elemen atau anasir luar parti yang melakukan tindakan provokasi seperti memecahkan peti undi, menabur kertas undi dalam hujan dan seterusnya beredar dari lokasi pemilihan.

"JPP mengesahkan wujudnya elemen provokasi, apa yang berlaku, sama sahaja coraknya, iaitu ambil kotak undi, pecahkan dan kemudiannya tabur kertas undi dan beredar tinggalkan dewan mengundi. Itu yang berlaku di Klang dan di Kapar, coraknya sama.

"Selepas kita tengok 'footage video' kejadian itu berulangkali, kita mensyaki dan kita mempunyai sebab mempercayai bahawa tujuannya hanya untuk provokasi," jelas beliau.

Beliau juga menyanggah dakwaan sesetengah calon yang bertanding kononnya JPP tidak bertindak adil dan cuba menyebelahi calon yang merupakan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

"Kita dengar dakwaan itu, kalau benar dakwaan itu, YB Telok Kemang tidak kalah, YB Elizabeth juga tidak akan kalah, YB Lim Soo Nee di Kulim juga tidak akan kalah atau pun pemimpin yang lebih senior seperti Mustaffa Kamil Ayub pun tidak akan kalah kerana JPP akan tolong mereka.

"Antara dakwaan dan realiti, ternyata berbeza, ada ahli yang berhormat menang dan ada juga yang kalah, jadi dakwaan kononnya JPP mengambil sikap berpihak dengan sendirinya tertolak," tegasnya lagi.

Sehubungan itu Saifuddin berkata JPP memberi jaminan akan cuba meminimumkan permasalahan berkaitan proses pimilihan apabila 39 cabang mengadakan mesyuarat agung hujung minggu ini.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan kepada media, daripada 166 cabang yang mengadakan MATC, 96 peratus atau 159 cabang telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agung dan pemilihan pimpinan cabang masing-masing.

Manakala 7 cabang daripada jumlah tersebut tidak berupaya meneruskan proses pemilihan dan mesyuarat agung ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diputuskan oleh JPP.

Ini termasuk cabang-cabang Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umno judi..judi umno...macam isi dgn kuku..



Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha terbaru Umno yang cuba mahu mengganggu-gugat program penghargaan warga emas dan menjaga kebajikan rakyat menerusi fitnah berterusan, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.

Lim menegaskan Umno sekali lagi meneruskan tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, mereka mengalih kepada program Rakan Anti Miskin (RAM) untuk membasmi miskin tegar.

“Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang bermanfaat rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha Umno mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

“Sehingga sekarang hampir 110,000 warga emas di Pulua Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sabtu lalu, Lim menafikan dakwaan Pemuda Umno bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Sehubungan itu tegas beliau, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Sehubungan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menurut Lim lagi, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM 1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia.

Sebanyak RM20 juta telah pun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010.

“Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan.

“Ia adalah penjimatan hasil urus tadbir CAT dan telus serta langkah antirasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa antirasuah terunggul, Transparency International,” katanya lagi.

Urus tadbir CAT dan langkah antirasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta tahun lalu.

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar.

“Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan belanjawan,” kata Lim sambil menambah, dengan kata lain program penghargaan warga emas adalah dividen antirasuah yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

“Ini bukan kali pertama program ini diserang kerana sebelum ini BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah.

“Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.

“Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit,” katanya lagi.

Lim menambah, Umno jangan harap boleh mengganggu-gugat program dividen antirasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

“Program Rakan Anti Miskin membasmi miskin tegar di Pulau Pinang tetap diteruskan,” katanya lagi.

Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, dakwa Lim, Umno pula cuba mengalikhan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAM membasmi miskin tegar datangnya daripada sumber judi haram.

“Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

“Program RAM adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar di kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

‘Menerusi RAM, kerajaan negeri Pakatan telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun,” kata beliau lagi.

Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, Lim juga menjelaskan bahawa ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

“Malah Pegawai Kewangan Negeri Dato Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN,” katanya.

Oleh itu soal Lim, adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

“Bukankah lebih salah dan haram untuk Umno luluskan lesen judi bola?

“Atau adakah Umno dendam sama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekali gus merosakkan rancangan baik Umno untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia?

“Yang jahat pula tuduh orang lain,” kata beliau lagi.

Lim menambah, memang BN dan Umno iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas.

“Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan,” kata beliau lagi.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keadilan sentiasa bersama Mahasiswa

Setelah membuat keputusan untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya telah meletakkan seluruh pengharapan saya kepada sistem perundangan dan penghakiman negara ini. Hal ini berikutan ketidak adilan dan kezaliman yang berlaku terhadap saya dan 3 orang teman yang lain.

Justeru pada hari esok, Selasa, 28hb September 2010, pada jam 2 petang – adalah hari keputusan dan penghakiman terhadap kes kami ‘UKM 4’. Dengan pengharapan yang besar, kami berempat akan hadir ditemani keluarga dan sahabat terdekat ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mendengar keputusan kes berkenaan. Inshaallah, kami berempat telah bersedia dan akan terus tabah menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada pandangan saya, kes ‘UKM4’ bukan hanya isu dan pengalaman ketidak adilan yang berlaku terhadap kami berempat, tetapi juga kes yang melibatkan seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia.

Kes ‘UKM4’ juga bukanlah sekadar kes untuk mahasiswa menuntut hak dan kebebasan berpolitik, tetapi kes ini adalah perjuangan seluruh anak muda dan mahasiswa bagi mendapatkan hak dan kebebasan untuk berakademik, hak dan kebebasan untuk bergerak, hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan, juga hak untuk berpolitik.

Hal ini jugalah yang berlaku kepada kami berempat –mahasiswa Sains Politik, yang dilarang turun ke lapangan pilihan raya, untuk mendapatkan ilmu yang praktik tentang politik. Juga dibataskan pergerakan kami dengan tidak boleh berada di kawasan pilihan raya atas sebab kami adalah mahasiswa.

Seluruh hak dan kebebasan ini telah dirampas oleh institusi yang dinamakan universiti. Hal ini jugalah yang dilihat oleh para mahasiswa, ahli akademik dan rakyat Malaysia sebagai perkara yang membantutkan pencapaian dan prestasi mahasiswa yang seharusnya lebih baik. Oleh yang sedemikian, saya menyeru seluruh anak muda dan mahasiswa, atas nama ‘student unity’ untuk terus berjuang mempertahankan hak dan kebebasan kita yang sepatutnya.

Saya dengan yakin dan percaya bahawa keadilan sentiasa bersama mahasiswa.

Terima kasih,

Hilman Idham,
Presiden,
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nazri cabar Perkasa dedah rahsianya.


Ibrahim mendakwa beliau “mengetahui DNA” pemimpin-pemimpin Umno yang membidas Perkasa. —

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Nazri Aziz, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Datuk Ibrahim Ali, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.

“Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau.

“Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau,” kata Nazri

Di Pasir Mas kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Nazri dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”

“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya.

Nazri kelihatan lantang dalam menzahirkan pendiriannya sejak kebelakangan ini berhubung tindak tanduk Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dua tahun lalu, menghakis sokongan Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan bukan Melayu.

Bagaimanapun Ibrahim dalam perhimpunan Perkasa di Pasir Mas kelmarin juga mendakwa pandangan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza daripada pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden mereka.

“Adakah Ibrahim Ali tahu apa itu konsep 1 Malaysia? Jika kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti Perdana Menteri, jadi mengapa kami menyokong konsep 1 Malaysia? Bagaimana, beliau lebih mengetahui berbanding saya? Tolong lah,” kata Nazri.

Ahli Parlimen Padang Rengas ini berkata Ibrahim, bekas ahli Umno, memerlukan penelitian realiti untuk memahami siapa dalam kerajaan dan siapa yang memimpin pertubuhan bukan kerajaan.

“Siapa dalam Kabinet? Siapa yang menganggotai Majlis Tertinggi, dan siapa dalam Umno? Sudah tentu bukan Ibrahim Ali,” kata beliau.

“Dedahkan apa sahaja yang anda ada, silakan. Dedahkan, saya cabar anda,” tambah ketua bahagian Umno ini.

Nazri bersama dengan Khairy dan Tengku Adnan secara konsisten melahirkan pendirian Umno mesti menjauhkan diri daripada Perkasa pimpinan Ibrahim.

Khairy berpegang pada pendirian bahawa BN akan kehilangan sokongan bukan Melayu sekiranya ia dengan segera tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Bagaimanapun Perkasa menerima sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan penaung mereka.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Pasir Mas kelmarin.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ujian getir buat Keadilan

KONGRES Tahunan Parti KeADILan Rakyat November ini, diraikan dengan pemilihan pucuk kepimpinan yang kehangatannya mendominasi percaturan media.

Pemilihan pucuk pimpinan KeADILan menjadi tumpuan kerana, buat kali pertama kalinya dalam sejarah politik negara, sebuah parti politik menyerahkan nasib pemimpinnya kepada semua ahli.

Dalam ertikata lain, KeADILan sedang mempraktikkan amalan 'true democracy' atau demokrasi sebenar apabila semua ahli berhak mencalon dan mengundi sesiapa yang dikehendakinya.

Amalan biasa dalam sistem kepartian di Malaysia adalah sistem perwakilan atau delegate system. Di mana kuasa untuk mencalon atau mengundi diserahkan kepada perwakilan tertentu.

Sistem ini adalah sebahagian daripada demokrasi juga. Cumanya, apabila kuasa mencalon berada pada bilangan yang kecil, ia barangkali boleh mengundang kepada perebutan yang tidak sihat.

Menerusi sistem baru yang diamalkan KeADILan, semua ahli berhak mengundi, maka ia sedikit menyukarkan calon untuk mempengaruhi pengundi dengan cara manipulasi, rasuah, politik wang atau sebagainya.

Nyatanya, sistem satu ahli satu undi ini merupakan suatu reformasi politik yang sedang dinilai pemerhati politik. Ianya suatu pembaharuan politik, ianya juga suatu eksperimen untuk diuji sejauhmana keberkesanannya.

Prinsip-prinsip yang digariskan KeADILan di dalam pemilihan kali ini antaranya ialah untuk mewujudkan pemilihan yang bebas dan seimbang, asas pertandingan yang seimbang, mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan peribadi, tiada politik wang dan proses yang transparen.

Apa pun yang digariskan sebagai suatu peraturan dalam sesebuah sistem, bukan semuanya menjamin kesaksamaan dan keadilan. Bukan semua peraturan boleh dipatuhi semua pihak yang bertanding.

Namun, apa yang diamalkan oleh KeADILan, merupakan suatu eksperimen yang bakal menentukan corak masa depan politik negara.

Pasang surut perjuangan KeADILan

Kewujudan KeADILan, sebagai parti yang masih baru dalam arena politik negara, juga merupakan suatu eksperimen yang menarik.

Rakyat hari ini melihat KeADILan sebagai suatu force multi-cultural dalam negara. Mengatasi kesatuan pelbagai kaum Gerakan, PPP, barangkali juga Barisan Nasional.

KeADILan diwujudkan pada tahun 1998 selepas peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memasuki Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dengan kerjasama Barisan Alternatif (PAS, DAP dan PRM).

Sebagai parti yang masih baru, KeADILan mencatat kemenangan yang memberangsangkan sehingga mampu memenangi banyak kerusi Parlimen dan Dun. Banyak juga kawasan yang berjaya dikurangkan majoriti Umno-BN. Itupun pada waktu itu lebih 600 ribu pengundi tidak dimasukkan dalam senarai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Namun, kecemerlangan KeADILan agak suram apabila BA berpecah. Anwar masih dalam penjara, dengan keadaan yang tidak menentu pada waktu itu.

KeADILan mengalami liku-liku getir menjelang PRU ke-11 pada 2004. Wujud perpecahan yang serius dalam parti. Ramai pemimpin yang sudah 'habis minyak'. Ramai yang kelihatan sudah letih.

Antaranya ramai pimpinan Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang 'cabut' masuk Umno. Kesabaran kepimpinannya begitu teruji.

Kelemahan-kelemahan ini mendorong kepada kelemahan BA secara keseluruhan. PAS juga terjejas teruk, KeADILan hanya tinggal satu kerusi.

Selepas Anwar dibebaskan pada November 2004, pemulihan KeADILan masih belum memperlihatkan masa depan yang baik untuknya.

Perpecahan terus berlaku, ramai yang keluar parti, mungkin kerana tidak sabar atau tidak yakin dengan perjuangan reformasi.

Malah ada antara mereka yang mengajak Anwar masuk Umno kerana tidak mampu dengan ujian menjadi parti pembangkang.

Mengapa mereka berebut jawatan?

Selepas Anwar dibebaskan, Anwar tidak dibiarkan keseorangan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din mengunjunginya di Munich (semasa dalam rawatan). Begitu juga dengan pemimpin DAP.

Hubungan akrab PAS, DAP dan KeADILan diteruskan walaupun Anwar dikekang undang-undang, iaitu tidak dibenar bertanding pada PRU ke-12, 2008.

Pada waktu itu, selepas pengagihan kerusi dibuat, ramai yang tidak mahu bertanding, kerana tidak yakin dengan KeADILan.

Banyak seat kosong. Sehingga KeADILan terpaksa meminjam calon-calon daripada PAS. Malah boleh dikatakan seluruh pegawai-pegawai pejabat Anwar, yang masih muda, baru dalam politik disenaraikan sebagai calon.

Sehingga pada waktu itu, KeADILan dikatakan menggunakan 'calon tangkap-muat'. Bekas askar, posmen dan yang tiada kelulusan, tidak jelas latar belakang, semuanya diambil sebagai calon untuk memenuhi kouta.

Tetapi hasil PRU-12, berlaku sesuatu di luar dugaan. KeADILan, PAS dan DAP menang besar. Kemenangan yang tidak disangka-sangka hasil sokongan rakyat.

Kemenangan ini membuatkan ramai ahli politik 'terbuka mata'. Mereka melihat potensi yang besar dalam KeADILan. Mereka mula melihat bahawa KeADILan adalah parti masa hadapan, walaupun pada suatu ketika mereka ini semuanya skeptikal dan pesimis.

Apakah kerana KeADILan dilihat bakal menerajui Putrajaya bersama PAS dan DAP, maka mereka-mereka ini berebut-rebut untuk menang dalam pemilihan KeADILan?

Apakah mereka ini hanya muncul apabila cahaya kemenangan sudah kelihatan? Jawapannya mereka sendiri yang tahu.

Masalah yang dihadapi KeADILan

Apapun sejak lebih tiga puluh bulan Pakatan Rakyat dibentuk, rakyat amat-amat memerhati KeADILan, PAS dan DAP.

Soal siapa yang menawarkan diri, siapa yang berebut jawatan, atau sesiapa yang hendak diundi, terserahlah kepada perwakilan KeADILan untuk menentukannya.

Cumanya, harus diingatkan bahawa bukan kepimpinan yang hendak direbut. Bukan siapa yang berkuasa dalam parti yang hendak dikejar. Yang utama sekali ialah, adalah KeADILan yang ada hari ini akan terus relevan di hati rakyat.

Kewujudan KeADILan dalam Pakatan Rakyat, sama pentingnya dengan PAS dan DAP. Kelemahan KeADILan adalah juga kelemahan Pakatan Rakyat. Begitu juga kepada PAS dan DAP.

Masalah wujud dalam semua parti. Tetapi dalam ruangan ini penulis hanya mahu menfokus masalah yang dihadapi KeADILan.

Masalah yang dihadapi sekarang ialah sejauhmana kemampuan kepimpinannya mampu mengatasi persepsi kurang baik terhadap KeADILan.

Apakah persepsi yang kurang baik itu? Secara jujur digariskan di sini, antaranya ialah pertama, kebergantungan hanya kepada ketokohan Anwar Ibrahim. Maknanya, adalah dibimbangi, jika berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap Anwar, KeADILan akan jadi macam 'anak ayam kehilangan ibu.' Anwar juga dilihat sebagai faktor penyatuan dalam parti.

Kedua, KeADILan dilihat mempunyai terlalu banyak faction leader atau group leader. Sama ada faktor ini kerana perbezaan antara Melayu dengan bukan Melayu, beza kerana bergabung dua parti (Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia), atau beza kerana pelbagai latar belakang kumpulan dalam parti. Perbezaan ini memungkinkan sukarnya ideologi mereka disatukan.

Ketiga, selepas PRU ke-12 lepas, ramai pemimpin, terdiri dari Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang defect dari KeADILan, sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Perak tumbang dan ada yang goyah.

Keempat, wujudnya persepsi pemimpin KeADILan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau dalam Pihak Berkuasa Tempatan, yang kelihatan tamak kuasa. Sehingga timbul pergeseran kecil akibat berebut jawatan JKKK. Sehingga ada yang berkata, seolah-olah dari segi berebut kedudukan atau jawatan ini, KeADILan tiada beza dengan Umno.

Kelima, wujudnya hubungan kurang mesra di kalangan wakil rakyat KeADILan dengan kepimpinan PAS atau DAP di peringkat Parlimen atau Dun, yang dilihat boleh menjejaskan persefahaman untuk jangka panjang.

Mungkin banyak lagi boleh dicatat. Cukup sekadar ini dahulu. Apa pun kepimpinan KeADILan harus memperhalusi permasalahan persepsi ini. Kerana, persepsi itu menterjemahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Cabaran terbesar KeADILan bukanlah semata-mata untuk mengemukakan suatu sistem yang dilihat lebih demokratik, tetapi ialah, sejauhmana ia mampu menjadi team player yang meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

Cabarannya ialah sejauhmana ia mampu menghapuskan semua persepsi buruk terhadap KeADILan, mampu membezakannya dengan Umno dan ia mempunyai kepimpinan yang komited serta ahli-ahli yang setia.

Jika pun kepimpinan berubah, kepimpinan dilihat semakin mantap, tetapi ahli di peringkat bawahan terus melompat atau keluar parti, imej parti agak sukar dipulihkan.

Jika persepsi tidak ditangani sebaiknya, ada kemungkinan harapan menuju ke Putrajaya pada PRU ke-13 nanti, hanyalah mimpi yang tidak berkesudahan.

Penulis tidak bermaksud untuk mengkritik semberono, tetapi ianya sekadar merupakan muhasabah yang membina, bagi kepentingan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

artikal oleh Mohd Rashidi Hasan



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/