SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, November 30, 2010

Petrol naik lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Sokong jangan tak sokong b-end..ha..ha..ha..



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mustaffa berjiwa besar

Bekas naib presiden Keadilan Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya.

"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan Keadilan, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres Keadilan ke-7 di Petaling Jaya.

Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama Keadilan, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti. "Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim. "Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Bukan parti puji-pujian


Semalam, Mustaffa Kamil yang tewas teruk merebut jawatan timbalan presiden di tangan Azmin Ali memberitahu Malaysiakini beliau komited dengan Keadilan walaupun terdapat percubaan menariknya menyertai parti yang akan ditubuhkan Zaid.

Mustaffa juga masih kritikal kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang didakwanya memulang beban pembuktian aduan kepada pengadu dan berharap aduannya terus disiasat.

Bagaimanapun, hari ini, Mustaffa Kamil berucap dengan nada yang berbeza apabila menunjukkan sikap 'jiwa besar' dengan menerima keputusan pemilihan dan akur pada kelebihan Azmin. "Saya akur, setiap kita adalah pemimpin. Saya akur, ada kelebihan pada saudara Azmin yang sama-sama kita pilih," katanya yang menyebabkan kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan - bangun memberikan tepukan.

Sambil berkata menang dan kalah sebagai perkara biasa, Mustaffa Kamil sekali lagi menjelaskan kritikannya sebelum ini dibuat kerana sayangkan parti. "Akhirnya kita parti reformasi, bukan parti puji pujian semata-mata. Pemimpin boleh ditegur dan menegur. "Inilah maknanya politik baru dan budaya baru," katanya yang menggunakan slogan "politik nilai" dalam kempennya sebelum ini.

Sharpshooter - Memang wajar Mustaffa mendapat pujian di atas sifatnya yang berjiwa besar. Seluruh yang hadir bangun memberi penghormatan atas ucapannya yang bersemangat dan berjiwa besar.

Masih tercari-cari video ucapan Mustaffa Kamil Ayub yang berjiwa besar..hingga kini masih belum ku temui...:-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bantahan terhadap Azizah



PULAU PINANG 29 Nov. – Kesal dan berang dengan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang diibaratkan seperti kacang lupakan kulit, kira-kira 200 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) Pulau Pinang berhimpun membuat bantahan di sini malam tadi.

Mereka kecewa dengan tindakan Dr. Wan Azizah yang berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu atas alasan golongan muda kaum itu perlu membesar dengan lebih bermaruah.

Walaupun hujan lebat tetapi ia tidak menghalang perhimpunan yang diadakan di Taman Sri Payung, Bayan Lepas itu, sebaliknya mereka terus bersemangat melaungkan takbir dan berarak sejauh 200 meter menuju Balai Polis Daerah Barat Daya bagi membuat laporan polis pada kira-kira pukul 8 malam.

Presiden Pewaris Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya kecewa dengan kenyataan Dr. Wan Azizah yang seolah-olah tidak sedar bahawa kejayaannya selama ini adalah hasil keistimewaan ketuanan Melayu.

Menurutnya, Pewaris juga mahu Presiden PKR itu memohon maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu berhubung kenyataannya itu.

“Jika dia tidak minta maaf, Pewaris akan mengadakan bantahan secara besar-besaran dan menghantar memorandum kepada PKR sebagai bukti kebangkitan orang Melayu.

Sementara itu di SHAH ALAM – Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya konsep Ketuanan Melayu ditinggalkan dikecam kira-kira 300 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli, yang mewakili NGO berkenaan berkata, mereka akan bergabung dan mengadakan demonstrasi, mendesak Dr Wan Azizah memohon maaf.

“Kenyataan yang dikeluarkan beliau sungguh mengguris hati rakyat, terutama kaum Melayu.

“Kenyataan seperti itu menggambarkan betapa ceteknya pandangan pemimpin PKR itu. Beliau nampaknya tidak mengambil kira perjuangan pemimpin dahulu yang bergadai nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Wan Azizah perlu memohon maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu dan rakyat memandangkan kenyataannya mengenai konsep Ketuanan Melayu membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Raja-raja.

“Kami akan bermesyuarat bagi mengadakan demonstrasi mendesak beliau menarik balik kenyataan biadab itu dalam masa terdekat.

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana akan merosakkan kaum Melayu dan agama Islam,” katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara,"

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, November 29, 2010

Ceramah Chegubard, Mat Sabu dan Lim Guan Eng di Nibong Tebal, P.Pinang

Penceramah :

1. YAB Lim Guan Eng










2. Hj. Mat Sabu










3. Che'gu Bard












Majlis dirasmikan oleh : YB Hj. Maktar bin Shapee

Tarikh : 30 November 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.00 malam

Tempat - Dewan Persatuan Penduduk Fasa 2 (Belakang Pasaraya 800)
Bandar Tasek Mutiara

Anjuran :
-Pejabat ADUN Sg. Bakap
-Pakatan Rakyat Kepala Gajah
-AMK Nibong Tebal
-JKKK Kawasan

Mai jangan tak mai....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar janji siasat dakwaan kepincangan Pemilihan 2010



Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.

Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.

"Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya.

"Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak. Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan.

Beliau menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-mana calon untuk berbuat demikian.

Sambil memuji kemampuan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab menjalankan pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang keluar mengundi seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti.

Kata beliau berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara, Setiausaha Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan.

Anwar juga membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.

"Kenapa kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah mengatakan kita betul," kata Anwar sinis.

Beliau menegur sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya dari perspektif perkauman.

Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini.

"Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kontraktor Melayu hebat di Penang

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja.

Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu.

“Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan.

Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Selangor akan jatuh jika pemimpin terlalu bangga

Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambil kira dengan sebarang kemungkinan.

Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambil kira amaran itu dan belajar dari sejarah.

PAS , katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.

"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?

"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.

Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.

"Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang.

Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada.

"Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya.

Konvensyen DAP Selangor ke-16 juga telah meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan pusat menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih empat syarikat air di negeri ini bagi mengurus perkhidmatan air secara lebih berkesan.

Empat syarikat itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

Parti itu juga meminta kerajaan Selangor membuat kajian mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT dan agensi kerajaan negeri ini.

Resolusi itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan semasa menjalankan siasatan dan menyemai konsep hak asasi manusia di kalangan pegawai berkenaan.

DAP Selangor juga menggesa pemimpin pakatan pembangkang di semua peringkat di Selangor bersatupadu dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ia turut menyeru kerajaan Selangor memperuntukkan tanah bagi Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini bagi mengatasi kesesakan dan kekurangan kedua-dua jenis sekolah itu di sesetengah tempat di negeri ini.

Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, November 27, 2010

ikuti siaran langsung Kongres Nasional

http://live.tvsnews.net/

Thursday, November 25, 2010

Bertolak ke Kongres

Sharpshooter bersama sahabat-sahabat seperjuangan bertolak ke Kongres Petaling Jaya, Shah Alam petang ini. Kongres Nasional akan bermula mulai esok dan akan berakhir pada hari Ahad.

Pemilihan Keadilan 2010 berakhir sudah kecuali Cabang Kuala Langat, Selangor yang mengadakan pemilihan pada hari ini setelah dua kali gagal mengadakan pemilihan. Semoga hari ini berjalan lancar di Kuala Langat.

Kepada yang menang, jangan sombong tetapi ingatlah jawatan itu satu amanah dan tanggunjawab yang berat dan bukannya ianya satu kemegahan.

Kepada yang kalah, jangan kecewa dan mudah putus asa kena berjiwa besar. Semangat mesti kuat dan percayalah ada hikmahnya.

Namun begitu soal ketelusan pemilihan wajib diperbetulkan dan diperhalusi. Segala aduan dan laporan juga wajib disiasat demi untuk memulihkan imej Parti Keadilan Rakyat yang tercemar.

Ikuti perkembangan terkini Kongres Nasional 2010 melalui twitter DinSharpshooter dan juga facebook Amizudin Sharpshooter. Selamat bersidang.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Karpal desak hakim tarik diri

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

NONEPeguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.

"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.

Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.

Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu.

Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.

Negara sedang dibicarakan

"Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.

"Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu,” katanya.

NONEKarpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela.

Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul.

"Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya,” katanya.

"Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu,” katanya.

Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.

Kod Etika Hakim

Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.

Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.

NONE"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.

Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.

Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).

“Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Surat bantahan pemilihan Cabang Parit Sulong

Klik pada gambar untuk besarkan.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Che Det perlu taubat nasuha

Keadilan menasihatkan adalah lebih wajar Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau sebenarnya menjadi punca perpecahan bahkan kemunduran orang Melayu, dan jangan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komponen Pakatan Rakyat itu mendakwa mutakhir ini bekas perdana menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan perdana menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuinya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah s.w.t.,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Dr Muhammad Nur Manuty.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Muhammad berkata, Dr Mahathir bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.

“Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.

“Justeru, Datuk Seri Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil,” kata Muhammad.

Semalam, Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Anwar dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya penasihat Keadilan itu mendapat imej yang negatif.

Katanya, sudah sampai masanya penyokong dan anggota Keadilan menyertai Umno kerana terbukti Keadilan diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

“Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

“Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu,” katanya.

Menurutnya dengan pembubaran Keadilan, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan.

Malah kata Muhammad, bekas perdana menteri itu juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik Melayu.

Kata beliau, menjadi satu kebiasaan Dr Mahathir untuk meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau di atas bahu orang lain.

“Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

“Parti yang didakwa kecil oleh Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

“Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insya-Allah, mengambil alih pemerintahan negara.

“Inilah yang digeruni oleh Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, sewajarnya Dr Mahathir berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

Katanya, seandainya Anwar, yang merupakan Penasihat Keadilan dan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Dr Mahathir, mengapa beliau masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media.

“Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Azmin ragui siasatan Rais mata lebam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Nov 24: Dua menteri kabinet telah diarahkan menyoal Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dengan dakwaan beliau terlibat dalam salah lapor kepada Kabinet berikutan tragedi Mata Lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu.

Keputusan itu dicapai kabinet dipercayai selepas surat terbuka bekas Pegawai Penyiasat polis terhadap kes itu, Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara yang mendakwa Gani terlibat dalam salah lapor kepada Kabinet itu.

“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada laman web The Malaysian Insider.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita surat terbuka yang dihantar oleh Mat Zain itu kepada Ketua Polis Negara.

Dalam surat itu Mat Zain mendakwa, Gani telah dua kali membuat salah lapor atau menipu kepada Kabinet.

"Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS (Ling Leong Sik) itu tidak adil kepada beliau, jika Peguam Negara pula tidak dituduh, kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali," tulis Mat Zain dalam surat itu.

Menurut surat Mat Zain itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor telah bersedia untuk mengambil tanggungjawab berikutan kes Mata Lebam dan mahu melepaskan jawatannya.

Persetujuan itu dicapai dalam satu perbincangan antara beliau (Mat Zain) dengan Rahim dan timbalannya ketika itu, Tan Sri Norian Mai di pejabat Rahim.

"Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau (Rahim) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak," tulis Mat Zain.

Namun, keputusan itu berubah selepas Peguam Negara ketika itu, Datuk Mohtar
Abdullah bersama timbalannya, Datuk Abdul Gani Patail datang berjumpa dengan Rahim di pejabat Ketua Polis Negara itu.

Ekoran itu, pasukan polis didakwa gagal menyiasat siapa di belakang tragedi Mata Lebam menyebabkan kerajaan telah menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menyiasatnya dan mendapati Rahim adalah pihak yang memukul Anwar sehingga lebam matanya.

Bagi Mat Zain, ini adalah satu tragedi kepada pasukan polis dan ia perlu dipulihkan segera.

Beliau membayangkan, satu tribunal diperlukan untuk menyiasat orang berkedudukan seperti Gani.

"Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya,maka pihak yang berkuasa mengadili/ menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3)," tulis beliau dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara 22 November lepas.


LAPORAN SEBELUM INI

Selepas 12 tahun, Mata Lebam terus hantui polis


Sharpshooter - Azmin Ali dalam twitternya berkata "Bolehkah Rais Yatim bertindak adil dalam menyiasat kes mata lebam DSAI yang didedahkan oleh pegawai kanan Bukit Aman, Dato' Mat Zain ?"

Sharpshooter setuju dengan keraguan Azmin Ali mengenai siasatan yang akan dijalankan oleh Rais Yatim. Kita sedia maklum tentang siasatan umno b-end yang tidak jujur seperti kes mata lebam Anwar dulu. Tetapi setidak-tidaknya Kerajaan umno b-end peka dan bukan pekak dengan aduan atau laporan yang diajukan oleh rakyat.

Alangkah indahnya jika Parti Keadilan Rakyat juga peka dan tidak pekak dan bertindak adil dengan membuka siasatan ke atas semua aduan atau laporan kepincangan Pemilihan 2010.

Alangkah indahnya jika semua aduan dan laporan itu disiasat dan tidak menafikan semuanya tanpa ada satu badan pun ditugaskan untuk menyiasat.

Alangkah indahnya jika sindrom "NAFI" itu tidak merebak dalam Keadilan. Rakyat bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi rakyat mahu melihat keadilan itu terlaksana.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, November 24, 2010

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010 di Parit Sulong, Johor

24 November 2010

Kepada :

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,

Presiden ,

Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010 di Cabang Parit Sulong, Johor.

Perkara di atas dirujuk

2. Cabang Parit Sulong yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010 telah berlaku salahguna dan penyelewengan pengurusan dan pemilihan oleh Setiausaha Cabang Parit Sulong bernama En Zaihan.

3. Menurut Zalan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi Cabang Parit Sulong, terdapat 5 perkara yang boleh membatalkan pemilihan di Cabang Parit Sulong.

i) Pemilihan dilakukan di luar kawasan Cabang Parit Sulong.
ii) Tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan cabang Parit Sulong.
iii) Pengundi yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu)
iv) Penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di Cabang Parit Sulong.
v) Penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang.

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya sekiranya Dato' Seri Presiden dapat mengambil perhatian dan mengambil tindkan untuk menyiasat perkara tersebut. Saya lampirkan bukti pengundi hantu dan laporan polis yang telah dibuat oleh En Zalan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi Cabang Parit Sulong.

Sekian, terimakasih, wassalam.


Yang Benar



AMIZUDIN BIN AHMAT
016 - 469 5343

sk.

1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh
4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard
9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anak muda golongan pendesak ke arah kebaikan parti

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Sebagai golongan muda dalam Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dan kumpulannya akan terus bergerak dalam parti sebagai kumpulan pendesak ke arah penambahbaikan dalam parti.

"InsyaAllah, tidak akan ada beza dari segi sumbangan saya kepada parti walaupun kini saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti, malah kami akan terus bergerak sebagai kumpulan pendesak dalam parti ini.

"Cuma kini tidak ada lagi mesyuarat pusat yang wajib dihadiri seperti sebelumnya," kata Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard

ketika ditanya berkenaan bantahan-bantahan yang telah dibuat kepada parti sebelum ini, beliau menegaskan bantahan tersebut dibuat demi kebaikan parti.

"Parti kena faham bantahan yang saya buat bukanlah kerana saya kalah atau menang atau saya anti sesiapa. Selama ini saya tidak ada jawatan pun saya tetap berjuang.

"Banyak kali saya dikhianati dalam parti oleh pemimpin tertentu tetapi saya masih terus berjuang. Saya lakukan kerana ingin membaiki parti dan terus menyakinkan rakyat bahawa parti ini benar-benar parti reformasi dan relevan dalam proses perubahan negara," ujar beliau.

Isu perletakan jawatan Fairus

Chegu Bard turut mengimbau kembali kejadian beliau dan rakan-rakannya di anggap musuh dan perosak parti apabila mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin April tahun lalu.

"Saya ambil contoh ketika saya bersama teman dari Pulau Pinang termasuk Din Binjai (Amizudin Ahmat), Cikgu Zul dan lain-lain cuba menyelamatkan parti dengan mendedahkan korupsi yang mengaitkan Fairus.

"Ketika itu ramai anggap kami musuh hingga pada satu peringkat parti bukan sahaja tidak peduli malah ada yang menganggap kami perosak parti.

"Sedangkan sudah sampai tahap bahan bukti yang diperolehi cukup meyakinkan kami dan percaya isu ini boleh menjadi faktor kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum akan datang jika dia terus berada di situ," kata beliau.

Beliau turut memberitahu bagaimana reaksi lesu telah ditunjukkan pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat ketika itu dan cuba melindungi isu tersebut daripada terdedah kepada umum.




Amizudin nekad dedah kepada media perdana

"Apabila parti masih terus cuba menutup isu tersebut dengan mendiamkan diri, teman di Pulau Pinang, Din Binjai nekad untuk mendedahkan kepada media perdana.

"Setelah diasak dan diberi tekanan akhirnya Fairus meletakkan jawatannya manakala SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pula yang begitu beriya-iya menyiasat kes itu terus senyap dan menutup kes bila Fairus masuk Umno.

"Saya dan beberapa teman ketika itu beberapa kali bertemu Pegawai Tinggi SPRM dan kami faham apa yang berlaku," ujar beliau lagi.

"Bayangkan bagaimana tingginya penghormatan rakyat jika pada masa itu parti melucutkan jawatan Fairus kerana kita akui dia korup dan tidak kompeten.

"Tentu lebih dihormati dan meyakinkan masyarakat bahawa pendirian parti terhadap rasuah bukan sekadar retorik kosong tetapi dilaksanakan dengan telus apabila TKM pun boleh dipecat jika korup," ujar beliau dengan bersemangat.

Dalam isu bekas TKM tersebut, beberapa ahli AMK negeri dikenakan amaran dan Amizudin Ahmat pula dikenakan tindakan digantung oleh parti sekaligus jawatan ketua AMK negeri yang disandangnya turut terlucut.

Tindakan tersebut turut mendapat tentangan daripada Chegu Bard dan kumpulannya setelah mendapati tiada ketelusan dalam siasatan isu ini.

Menurut Chegu Bard pendakwa, penyiasat dan pencadang hukuman kes ini terdiri dari kelompok yang sama dalam parti.

Chegu Bard turut menjelaskan, disebabkan matlamat pendedahan yang dilakukan untuk kebaikan parti telah tercapai ketika itu maka akhirnya mereka akur dan berdiam diri walaupun dikenakan tindakan.

Oleh Nazli Ibrahim

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Surat terbuka kepada SPR

24 November 2010

Kepada Tan Sri Abd Aziz Yusuf
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

Perkara: Memohon maaf atas kritikan saya

Tuan, merujuk kepada di atas, saya seperti nama di atas merupakan seorang penulis politik di beberapa akhbar media cetak, akhbar portal dan blog ingin memohon maaf atas kesilapan beberapa kenyataan dalam artikel saya yang pernah diterbitkan.

Sebagai seorang penulis politik yang tidak bertuankan sesiapa dalam politik negara, saya agak bebas mengkritik mana-mana pihak yang saya fikirkan perlu termasuk pihak tuan sendiri.

Oleh kerana saya melihat terlalu banyak kepincangan apabila setiap kali pihak tuan mengendalikan perjalanan pilihan raya, maka pihak tuan sering menjadi sasaran mudah saya.

Kritikan dan kecaman saya terhadap pihak tuan tidak terbatas dari satu sudut sahaja, malah saya sentiasa menyerang dari segenap ruang yang ada.

Ketika itu, pada pendapat saya, SPR tidak ubah kalau bukan budak suruhan Umno-BN pun, sekurang-kurangnya sudah tentu menjadi alat kepada mereka.

Saya juga berpendapat, SPR adalah suruhanjaya yang paling tidak berwibawa dalam menjalankan mana-mana pilihan raya dalam negara ini.

Dalam erti kata lain, saya menganggap prestasi SPR adalah yang terburuk dalam mengendalikan mana-mana pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun baru-baru ini saya mula menyedari akan kesilapan saya meletakkan SPR di kedudukan paling terburuk, setelah menyaksikan satu lagi pilihan raya yang diadakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini.

Saya dapati pilihan raya yang dikendalikan oleh parti tersebut mempunyai kepincangan dan penipuan yang berlipat kali ganda lebih buruk dari apa yang pihak tuan pernah lakukan untuk parti pemerintah.

Saya percaya, niat mereka juga sama dengan pihak tuan, iaitu untuk menjaga pihak yang memegang tampuk kuasa dengan apa cara sekalipun. Cuma saya percaya kaedah yang mereka gunakan adalah kaedah penipuan yang lansung tidak pernah terfikir oleh pihak tuan.

Salah satu contoh mudah, saya percaya pihak tuan tentu tidak pernah terfikir untuk melarikan peti undi, apatah lagi membawa peti undi balik ke rumah tuan.

Walaupun ianya kedengaran agak melucukan, tetapi hakikatnya ia memang berlaku dalam pilihan raya parti tersebut yang baru sahaja selesai minggu sudah.

Setelah saya menilai semula apa yang berlaku, saya mendapati pilihan raya yang dijalankan oleh pihak tuan tidaklah seburuk mana jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik itu.

Maka pada masa ini jelaslah, bahawa andaian saya sebelum ini yang menganggap kewibawaan pihak SPR adalah yang terburuk adalah salah kerana pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik tersebut didapati jauh lebih buruk.

Bagaimanapun saya tidaklah bermaksud menarik kembali kenyataan yang pernah saya lemparkan kepada pihak tuan kecuali dari segi kedudukan terburuk sahaja yang berubah apabila ada lagi yang lebih buruk.

Saya juga ingin memaklumkan kepada pihak SPR, adalah amat wajar jika pihak SPR meneruskan usaha untuk memenangkan parti pemerintah dalam PRU 13 akan datang dan ia satu usaha yang perlu walau dengan apa cara sekali pun tanpa mengira sekotor mana sekali pun.

Pihak parti yang menjalankan pilihan raya tadi tentunya dengan mudah menerima dengan hati terbuka jika kekalahan mereka disebabkan penipuan yang SPR lakukan nanti.

Saya berpendapat sedemikian berasaskan hakikat mereka sendiri turut telah dapat menerima penipuan sebagai satu cara yang halal untuk mencapai matlamat mereka ketika pilihan raya.

Tambahan pula, saya turut berpendapat seandainya mereka ini memenangi PRU 13 nanti saya percaya kelak jawatan-jawatan tertinggi dalam SPR akan diisi oleh orang-orang yang sama dalam jawatan kuasa pilihan raya parti itu.

Jika ini terjadi, maka dalam PRU seterusnya (14) nanti akan jadi lebih haru biru. Mungkin pembangkang dalam parlimen ketika itu telah pun pupus disebabkan semua kerusi parlimen dan DUN dimenangi oleh mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kerana meletakkan pihak SPR di kedudukan terburuk sebelum ini walaupun sebenarnya pihak yang menjalankan pilihan raya parti itu lebih buruk.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Beduk Canang.

Anwar akan ke penjara

Malaysiakini - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama beliau telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta di Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan.

azlanSehubungan itu, peguamnya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Peguam utamanya, Karpal Singh berkata beliau membuat permohonan itu atas alasan hakim berkenan telah memberikan tafsiran berlainan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya semalam.

Menurut Karpal, Mohamad Zabidin dalam menolak percubaan Anwar untuk mendapatkan nota klinikal Mohd Saiful Bukhari yang disediakan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak memberikan pertimbangan terhadap penghujahannya mengenai keputusan Mahkamah Agung berkaitan Seksyen 45.

Hina mahkamah

Beliau berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Agung dalam kes-kes sivil dan jenayah, keterangan seorang pakar mengenai tulisan tangan tidak disokong dengan data yang meyakinkan, menunjukkan proses di mana beliau membuat keputusan tidak wajar mengikut Seksyen 45.

NONESelain itu, Karpal juga akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (kanan) dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Dr Siew adalah saksi ketiga pada perbicaraan Anwar, yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

NONEPada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin akan memutuskan esok mengenai perkara berkenaan.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Takut kepada nota?

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

anwar karpal 200910 02Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Pada permulaan proseding, keadaan di mahkamah tegang berikutan berlakunya pertikaman lidah antara Karpal dan Mohamed Yusof setelah peguam Anwar itu meminta Dr Siew agar melihat laporan protokolnya, kerana beliau tidak ingat apa yang ditulis dalam laporan berkenaan.

Karpal: Adakah anda ingat nama pesakit yang anda tulis dalam borang protokol?
Dr Siew: Ya, namanya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal: Nombor kad pengenalannya?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Adakah anda mahu merujuk pada borong protokol anda?
Dr Siew: Saya mahu lihat pada laporan penuh perubatan saya. Ia satu laporan penuh.
Karpal: Anda ingatkah tarikh lahir Mohd Saiful Bukhari?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Sebab itulah anda hendaklah merujuk pada borang protokol anda untuk mengingati semula.
Dr Siew: Saya mahu rujuk pada laporan perubatan penuh saya.

Pada ketika ini Mohamed Yusof membantah soalan Karpal dan memintanya untuk berhentikan permintaannya agar Dr Siew merujuk kepada borang protokol itu.

NONEKarpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Dakwanya, jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.

Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.

Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.

Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”

Tak ingat

Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.

Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."

No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.

Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.

Pekerjaan - “pembantu peribadi”

Status - "bujang"

Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.

Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”

Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.

"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.

Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.

Keputusan mahkamah agung

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.

"Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”

Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”

anwar karpal 200910 01"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.

Sharpshooter - Melihat kepada perbicaraan kes fitnah liwat 2 Anwar, petanda awal Anwar akan ke penjara semula adalah benar. Kita bukan berdoa supaya Anwar masuk penjara tetapi itulah hakikatnya mahkamah di Malaysia. Mengapa Anwar berulang-kali dinafikan hak untk mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

Inilah bukti jelas bahawa kes ini fitnah semata-mata dan umno dan b-end tidak ada cara lain untuk menyekat Anwar kecuali dengan taktik yang jelas begitu kotor dan jijik. Inilah juga yang terjadi kepada kes liwat pertama Anwar di mana tilam diusung naik ke mahkamah oleh "Musa Hassan Tilam" yang akhirnya di atas ketaatannya kepada Dr Mahathir beliau terus dilantik menjadi Ketua Polis Negara.

Anwar merupakan ancaman besar kepada umno b-end sebab itu Anwar wajib dipenjarakan semula untuk menyekat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.


Anwar diserang setiap hari di media perdana kerana mereka tahu Anwar adalah glu pengikat Pakatan Rakyat. Kejayaan wujudkan Pakatan Rakyat bukanlah mudah sebab itu hingga ke hari ini ROS tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat.


Menurut Saifudin Nasution, ROS meminta nama Pakatan Rakyat ditambah menjadi Pakatan Rakyat Malaysia dan selepas itu hingga ke hari ini ROS membisu seribu bahasa.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Korea Utara serang Korea Selatan

SEOUL 23 Nov. - Korea Utara hari ini melancarkan serangan ke atas Korea Selatan dengan melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas pulau Yeonpyeong, yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan, berhampiran sempadan Laut Kuning, yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Tentera Korea Selatan membalas serangan dengan bedilan meriam, kerajaan mengadakan sidang tergempar dalam bilik perang bawah tanah dan beberapa jet pejuang digerakkan dalam insiden sempadan terburuk sejak perang 1950-1953 ini.

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, serangan ke atas pulau nelayan itu juga menyebabkan dua anggota marin Korea Selatan maut, sementara 15 anggota marin lagi dan tiga penduduk awam cedera.

Televisyen YTN melaporkan, Korea Utara melepaskan kira-kira 50 tembakan meriam ke arah pulau berkenaan, mengakibatkan berpuluh-puluh buah rumah rosak dan terbakar sehingga asap tebal boleh dilihat dari jauh.

"Sepasukan unit tentera Korea Utara melepaskan tembakan meriam sebagai tindakan provokasi pada kira-kira pukul 2.34 petang waktu tempatan (1.34 petang waktu Malaysia) dan pasukan tentera Korea Selatan melancarkan serangan balas sebagai pertahanan.

"Amaran ketenteraan Kelas A berikutan situasi tempur ini dikeluarkan serta-merta," kata seorang jurucakap tentera Korea Selatan kepada AFP.

Televisyen YTN melaporkan, jet tentera udara Korea Selatan turut dilihat berlegar-legar, selepas insiden di sempadan kedua-dua negara itu yang dianggap paling serius sejak sejak perang 1950-1953.

Penduduk pulau Yeonpyeong, Lee Jong-Sik memberitahu YTN, kira-kira 50 tembakan meriam dilancarkan ke atas pulau itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 rumah terbakar selain kawasan tepi bukit turut dijilat api.

Jurucakap Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak berkata, pemimpin tersebut segera mengadakan mesyuarat mengejut keselamatan.

Jurucakap itu berkata, Presiden turut mengarah pegawai-pegawai mengawal situasi dengan baik bagi mengelak ketegangan lanjut. - AFP



Sejarah Perang Korea
bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan taklukan Amerika Syarikat dan kawasan taklukan KRSS selepas Perang Dunia II. Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan. Peperangan ini berkembang pesat apabila Amerika Syarikat, dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.

Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dan dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak. (Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina)

China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara. Kesatuan Soviet juga memberikan sokongan material dan juga personnel – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet. Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu (dengan diterajui oleh Amerika Syarikat).

Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 (Korea :6•25 (전쟁)) walaupun secara formalnya dipanggilsebagai Han-guk Jeonjaeng (Korea : 한국전쟁, bermakna “Perang Korea”. Di Korea Utara, konflik ini dikenali secara formalnya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War (조국해방전쟁))

Amerika Syarikat secara rasmiya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman ataupun “policing action”, walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea. Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.

Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia II dan juga Perang Vietnam.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, November 23, 2010

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

23 November 2010

Kepada :

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,

Presiden ,

Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya ingin merujuk kepada laporan keputusan terpeinci di setiap Cabang seperti yang dipaparkan dalam laman web rasmi keadilan

JAWATAN UTAMA AMK

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/JwtnUtamaAMK_WK03_DETAILED1.pdf

AHLI AMK PUSAT

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/MPAMK_WK03_DETAILED.pdf

Terdapat keraguan dan kepincangan yang jelas dan nyata tentang jumlah undi yang diperoleh oleh Calon Ahli AMK dan Calon Naib Ketua AMK Pusat.

Pertama (Seperti lampiran bukti 1) klik pada gambar untuk besarkan


Keputusan undian di Cabang Semporna

Calon Ketua AMK
1) Chegubard 8 undi
2) Shamsul Iskandar 27 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 3 undi
2) Jonah 31undi

Calon Ahli MP AMK
No 3) Ahmad Akhdor 112 undi

Adalah amat tidak munasabah Ahmad Akhdor boleh mendapat undi sebanyak 112 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 35 orang sahaja.


Kedua (Seperti lampiran bukti 2) klik pada gambar untuk besarkan


Keputusan undian di Cabang Petra Jaya

Calon Ketua AMK
1) Chegubard dapat 11 undi
2) Shamsul Iskandar 19 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 5 undi
2) Jonah 25 undi

Calon Naib Ketua AMK
No 5) Kesavan 55 undi


Adalah amat tidak munasabah YB Kesavan boleh mendapat undi sebanyak 55 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 30 orang sahaja.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap laporan ini mendapat perhatian dan tindakan segera serta satu "Badan Siasatan Pemilihan" segera ditubuhkan bagi menyiasat segala laporan tentang pemilihan oleh pihak lain.

" UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH "

Sekian, terimakasih.
AMIZUDIN BIN AHMAT

016 - 469 5343


Sk.
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh

4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard

9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)

Sebenarnya bukan mudah untuk analisa setiap keputusan undi di setiap cabang kerana formatnya PDF susah untuk membuat analisa. Sharpshooter hanya sempat analisa keputusan AMK sahaja itu pun tak sempat habis semua, keputusan yang lain langsung tak sempat nak analisa. Laman web parti hanya papar keputusan berakhir pada 14 Nov sahaja. Sepatutnya undi rosak juga wajib dipaparkan sekali.

Sepatutnya Calon berhak mendapat satu salinan keputusan di setiap cabang tetapi malangnya bila diminta berbagai alasan diberi. Bukan soal siapa kalah siapa menang tetapi soal ketelusan itu wajib diutamakan supaya Parti Keadilan Rakyat lebih dihormati.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Halang Anwar ke luar negara tidak demokrasi.

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan supaya menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia ketika berada di sana.

Menurut mereka, kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata, halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya.

"Saya percaya kerajaan perlu mengkaji balik kebenaran kepada golongan yang kecewa ini untuk ke luar negara bagi mengelak mereka terus memburukkan Malaysia," katanya semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar ketika mengunjungi Australia baru-baru ini mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dalam usahanya mencari sokongan Perdana Menteri negara itu, Julia Gillard selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Dalam pada itu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang bangun mencelah menyifatkan perbuatan Anwar sebagai tidak mengenang jasa.

"Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapakah yang telah membantunya untuk mendapatkan pendidikan sehingga menjadi cerdik.

"Saya kecewa kerana ada orang yang tidak rasional seperti ini di negara kita. Beliau juga tidak sepatutnya bertindak menghancurkan negara sendiri semata-mata demi kepentingan peribadi.

"Ingatlah bahawa dalam ajaran Islam sendiri ada menyatakan bahawa mencintai negara adalah sebahagian daripada iman," ujarnya.

Mengulas isu sama, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut membahaskan Bajet 2011 berkata, perbuatan Anwar berceramah di luar negara dengan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang amat dikesali.

"Beliau cuba menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan ini adalah tidak tepat kerana di negara itu pemimpin yang melawan kerajaan akan dibunuh dan dipenjara.

"Sedangkan di negara kita ini hari-hari boleh berceramah untuk mengkritik kerajaan, asalkan mendapat permit daripada pihak polis," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mewujudkan akta baru atau memperkenalkan pendekatan lain yang sesuai bagi menghalang pemimpin seperti Anwar berceramah di luar negara semata-mata bagi meremehkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mencelah berkata, beliau tidak boleh menerima perbuatan Anwar menghina rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kalau beliau berucap di luar negara bagi mengkritik kerajaan, saya rasa boleh terima lagi kerana dia adalah pembangkang.

"Tetapi yang saya tidak boleh terima apabila beliau mengkritik negara dan bangsa kita serta menghina rakyat keseluruhannya dengan menyatakan penduduk di Malaysia terutamanya umat Islam masih lagi berada dalam kemiskinan dan mundur.

"Orang ini sebenarnya lupa kepada pepatah Melayu iaitu meludah ke langit, menimpa muka kita sendiri," katanya.

Sharpshooter - umno dan b-end setiap hari serang Anwar sebab Anwar adalah musuh mereka yang paling mereka geruni. Tv3 suku dan RTM serang Anwar itu perkara biasa tetapi jika puji Anwar itu luar biasa namanya. Anwar dituduh pengkhianat,ejen asing, ejen yahudi, ejen amerika, tak kenang budi dan berbagai-bagai lagi hanya kerana Anwar berani menegur dan mengkritik ketempangan dan penyelewengan kerajaan Malaysia.

Benarkah semua tuduhan itu terhadap Anwar? jawabnya sudah pasti tidak kerana sayangkan negaralah Anwar tegur dan kritik kerajaan umno b-end sebab itu Anwar lancarkan slogan "SELAMATKAN MALAYSIA"

Berbalik kepada pemilihan Keadilan 2010, mengapa kecoh sangat? mengapa riuh sangat? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? benarkah berlaku penipuan atau mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?
Mengapa mereka tegur dan kritik parti sendiri?

Adakah dengan menegur dan kritik akhirnya mereka juga dilabel sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end. Jika itu jawapannya, apa beza tindakan umno b-end melebelkan Anwar sebagai pengkhianat kerana menegur dan mengkritik kerajaan dengan tindakan Keadilan yang melebelkan mereka yang berani menegur dan mengkritk kepincangan parti sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end?


Tindakan ahli parti bertindak mengadakan demo di depan pejabat parti seperti video dibawah ini adalah tidak wajar. Gunalah saluran dalaman dahulu dan kita amat berharap pimpinan parti juga tidak dilanda sindrom "NAFI".


Tindakan mereka yang mengugut akan keluar parti beramai-ramai juga adalah tindakan yang terlampau. Tak perlu ugut nak keluar parti. Jika nak keluar, silakan parti tak pernah menghalang. Tetapi dalam masa yang sama pimpinan parti wajib ambil tindakan terhadap aduan dan bantahan mereka dan hendaklah menubuhkan "Badan Siasatan Aduan"



Tindakan mereka di atas berbeza dengan tindakan Chegubard yang juga pernah beberapa kali menghantar bantahan dan aduan kepada pimpinan parti dan juga telah bertemu dengan Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Dato' Fauzi.


Semalam Malaysiakini telah menerbitkan artikal
Laporan Pemilihan : Ada 'campurtangan serius' Anwar.

Chegubard ketika dihubungi Malaysiakini mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama. Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Tukar Tiub juga pernah terbitkan laporan aduan ini tetapi telah dikeluarkan semula beberapa jam selepas itu namun Malaysiakini telah 'pick-up' laporan tersebut di
sini dan di sini.

Chegubard juga telah dihubungi Agenda daily dan ini jawapan Chegubard.
“Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.

“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga displin parti,” kata beliau sebelum letak telefon. Selanjutnya di sini.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.


"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

Ada dua persepsi di sini. Pertama adakah berlaku penipuan dalam pemilihan atau yang kedua adakah mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?


Chegubard dalam kempen terakhirnya di Johor menjawab berbagai soalan dan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan, katanya "Anwar adalah pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan Parti Keadilan Rakyat adalah yang parti yang sesuai oleh anak muda. Oleh itu jangan ada tindakan yang melampau dan semua harap bertenang dan bersabar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sudah laporkan segala kepincangan dan bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu wajib dilaksanakan dan berharap pimpinan parti akan ambil tindakan terhadap laporan".


Kesimpulannya adalah tidak adil dan tidak wajar jika umno dan b-end melebelkan Anwar sebagai pengkhianat dan ejen asing hanya kerana Anwar menegur dan kritik kepincangan dalam kerajaan dan begitulah juga dengan Chegubard. Adalah tidak adil dan tidak wajar melebelkan Chegubard sebagai pengkhianat dan ejen umno atau ejen zaid hanya kerana menegur dan kritik kepincangan dalam parti.


Tidak timbul soal Chegubard tidak terima kekalahan tetapi soal ketelusan dan kepincangan itu wajib disiasat segera demi untuk "SELAMATKAN PARTI KEADILAN RAKYAT" .

Kemenangan sebenar adalah kemenangan untuk menumbangkan umno dan b-end dalam PRU 13 yang dijangka akan berlaku dua minggu sebelum Tahun Baru Cina tahun 2011. Sehubungan dengan itu, sokonglah Pakatan Rakyat untuk "SELAMATKAN MALAYSIA".

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pakatan Rakyat P,Pinang sudah bersedia

GEORGETOWN, 22 Nov: Pakatan Rakyat Pulau Pinang bersedia berhadapan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) pada bila-bila masa sahaja.

Semua jentera Pakatan Rakyat yang menggabungkan tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS telah menyatakan pergerakan dan persetujuan bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya yang diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) malam tadi sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Pelancaran yang ditandatangani oleh Timbalan Keadilan Pulau Pinang, Law Choo Kiang yang mewakili pengerusinya, Datuk Mansor Othman, Timbalan DAP Pulau Pinang, Lim Hock Seng yang mewakili pengerusinya, Chow Kon Yeow serta Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man.

Law Choo Kiang dalam ucapannya mahukan kerajaan menonjolkan aktiviti menjurus kepada rakyat supaya program yang diatur menepati sasaran.

Beliau tidak mahu Pakatan 'syok sendiri' sebaliknya bersungguh-sungguh memperkemaskan sistem komunikasi untuk berkongsi maklumat bagi menjalinkan kekuatan menghadapi fitnah yang dilemparkan oleh BN.

"Kita kena jauhkan sindrom Mac 2008 yang menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dan jangan terlalu yakin untuk mengulanginya tanpa ada usaha yang padu dilakukan oleh ketiga-tiga parti, sebaliknya rancang dan agendakan program terus ke dalam masyarakat," tegasnya.

Bagi Lim HockSeng pula, DAP kena bangun dan bingkas pada setiap pergerakan dan usah lagi melangkah secara perlahan kerana langkah sebegitu selalunya disekat oleh Umno dan BN.

Katanya, mereka melemparkan berbagai tuduhan palsu demi mendapatkan semula undi terutamanya masyarakat Cina yang telah berpatah arang ekoran terlalu banyak penyelewengan BN sewaktu berkuasa.

Mendampingi rakyat jelata tambahnya, merupakan jalan terbaik untuk Pakatan Rakyat menyalurkan maklumat secara terus, bukan menerusi media pro BN yang lidah bercabang dan tidak bersikap profesional.

"Semua tuduhan palsu kena dinafikan secepat mungkin kerana ia sedikit sebanyak memberi kesan pada kita.

“Apa pun, setakat ini semua yang dilemparkan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya diatasi sekaligus memakan diri BN dan konco-konconya," katanya.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man pula mahukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperbanyakkan program kebajikan.

Bukan itu sahaja, malahan usaha mendaftarkan ahli atau pengundi hendaklah dicergaskan supaya Pakatan Rakyat tidak terlalu menaruh harapan kepada kelemahan pentadbiran dahulu.

"Kita kena cari sasaran kita sendiri dengan menengahkan sesuatu isu bukan mengharapkan isu nasional yang kadang-kadang tidak menimbulkan kemarahan penduduk," jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Konvensyen Pakatan Rakyat bertemakan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat, Memartabatkan Rakyat' yang pertama kali diadakan turut membincangkan lima kertas kerja.

Ucaptama yang disampaikan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertajuk ‘Kerajaan Berjiwa Rakyat: Memartabatkan Rakyat' turut menarik perhatian wakil Jepun, Tetsuro Kai dan wakil Indonesia, Chilman Arisman yang hadir sama pada majlis itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/