SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Monday, January 31, 2011

Bila ulamak Mahathir bersuara

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Islam dibawa oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru, kata Bekas perdana menteri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir dalam tulisan entri terbaru dalam blog beliau hari ini.

Khamis lalu, Nik Aziz dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk dari Lee.

Kata Nik Aziz, Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

“Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” katanya mengulas pandangan Lee dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno seterusnya mengecam bahawa jika pendapat rakan bukan Islamnya menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee.

“Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee.

“Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Dilihat pandangan mempertahankan dasar kerajaan BN, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun berkata, pada zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum todi.

“Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam.

“Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam,” kata perdana menteri keempat.

Oleh itu soal beliau, “teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?”

Sebaliknya kata bekas perdana menteri ini, apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz.

“Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

“Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata, PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan Umno, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang Umno dan pengasingan kubur orang PAS dari orang Umno dan seolah-olah di akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

“Apabila PAS bertanding dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa Umno yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir.

“Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam pilihan raya 1990 dan 1995.

“Dengan ini Semangat 46, serpihan dari Umno mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan,” katanya.

Beliau menambah apabila timbalan presiden Umno dikeluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli Umno dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

“Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan.

“Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh Umno yang kuat,” katanya sambil menambah, “dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.”

“Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz,” kata Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003.

Sharpshooter - Teringat doa Al-Marhum Presiden PAS Ustaz Fadhil Noor agar panjangkan usia Dr Mahathir....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bawa pulang segera pelajar kita di Mesir

Anwar Ibrahim meggesa kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan menghantar pulang rakyat Malaysia yang kini sedang terkandas di Mesir berikutan situasi buruk yang melanda negara itu baru-baru ini.

Menurut Anwar, kerajaan Malaysia disaran berbuat demikian bagi mengelak rakyat Malaysia terdedah kepada bahaya ekoran krisis penentangan rakyat Mesir terhadap Presiden Hosni Mubarak yang semakin memuncak.

“Perkembangan ini sewajarnya menyedarkan Kerajaan Malaysia bahawa mereka perlu segera merencana kepulangan rakyat kita dari Mesir. Adalah tidak munasabah membiarkan rakyat kita terdedah kepada bahaya dan tersepit di celah-celah keributan menuntut Perubahan.

“Saya menggesa kerajaan segera membawa pulang rakyat kita di sana. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur,” kata Anwar.

Menurut Anwar, beliau bimbang kemungkinan Kedutaan Malaysia di Mesir menghadapi kesukaran membawa pulang rakyat Malaysia kelak kerana kerajaan Mesir sudah mula mengawal rangkaian komunikasi terutama penggunaan telefon dan internet di negara itu.

Rakyat Malaysia di Mesir mencecah hampir 11 ribu orang, dengan 10,328 orang daripada mereka pelajar berdaftar di Kedutaan Malaysia, kata Anwar.

“Saya khuatir kedutaan kita menghadapi kesukaran untuk mengawasi serta menjamin keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia. Beberapa hari ini regim Hosni Mubarak mengambil tindakan untuk merencat penggunaan internet terutamanya jaringan media sosial seumpama Facebook dan Twitter.

“Malah, perkhidmatan telefon mudah alih juga sukar diperolehi. Adalah mustahil buat kedutaan Malaysia mengawasi serta menjamin keselamatan seluruh rakyat kita di sana kerana sistem telekomunikasi sudah lumpuh dan tidak lagi berkesan,” kata Anwar.

Lebih memburukkan keadaan, protes yang membabitkan sejumlah besar rakyat Mesir ini dijangka lebih buruk dan berterusan setiap hari, mengakibatkan kadar jenayah semakin meningkat.

“Protes menuntut perubahan disertai puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat setiap hari di beberapa kota utama negara tersebut. Keadaan semakin tidak menentu,


keselamatan orang awam tidak lagi terjamin. Lebih membimbangkan adanya laporan bahawa wujudnya kumpulan samseng yang melakukan jenayah sewenang-wenangnya,” kata Anwar.

Sehingga hari ini, ribuan rakyat Mesir berarak di Kaherah menuntut penamatan 30 tahun regim Hosni Mubarak. Selama enam hari bermula Selasa lepas, siri demonstrasi besar-besaran dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir kini menggamit perhatian dunia kerana dijangka bakal merubah landskap politik di dunia Arab selepas kejatuhan pemimpin diktator di Tunisia, Zen Abidien Ben Ali.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak

bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. href="http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964?v=wall" rel="nofollow" target="_blank">Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mengapa tenang menjadi tsunami di Tunisia dan Mesir

Kebangkitan rakyat adalah seperti satu tsunami yang tidak dapat dihalang.

Kebangkitan rakyat adalah menzahirkan jeritan batin akibat "dijajah" di negara sendiri yang sudah melepasi faktor ketakutan kepada kerajaan yang memerintah dengan penggunaan jentera propaganda dan jentera keselamatan berbekalkan gas pemedih mata, meriam air berkimia, peluru getah atau pukulan belantan yang hanya berfungsi untuk menyelamatkan atau mempertahankan kepentingan golongan pemerintah, bukannya rakyat.

Politik ketakutan bertukar menjadi politik harapan untuk demokrasi sebenar dan bukan demokrasi palsu yang menyekat serta memenjara aspirasi dan hak rakyat untuk hidup didalam kemerdekaan.

Oleh itu, mengapa rakyat Tunisia dan Mesir yang Tenang dahulu bangkit?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya kepimpinan Negara tidak korup, tidak zalim serta tidak "membunuh" jiwa dan raga satu atau beratus atau beribu insan biasa di jalanan , di penjara atau di kawasan terpencil?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak berlaku sekiranya kekayaan Negara diagih secara adil dan bukan dicuri untuk keluarga dan kroni melalui projek mewah, pembelian harta kerajaan berharga tinggi, monopoli perniagaan, komisyen besar tanpa melibatkan keringat sebaliknya menerusi penswastaan harta rakyat yang merugikan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya wanita pertama menjadi "ibu" kepada semua dan bukan menganak-tirikan serta melarikan jongkongan emas milik rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya khazanah Negara mereka digunakan untuk meringankan beban hidup akibat kos yang meningkat dengan tidak memotong subsidi rakyat sedangkan subsidi peniagaan kroni diteruskan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya golongan elit hidup mewah diluar kemampuan dengan rumah ibarat istana, kenderaan ibarat pendati emas dan perbelanjaan melampau ibarat menghidupkan syurga di dunia yang disaksikan rakyat yang semakin hari dimiskinkan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya hak bersuara termasuk kebebasan media sebagai pengimbang kuasa dan saluran suara demokrasi rakyat tidak disekat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pemimpin Negara bersedia mendengar keluhan rakyat dan berdebat secara terbuka untuk mencari cara terbaik membangunkan ekonomi Negara untuk kesejahteraan rakyat?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya pengisytiharan darurat seperti yang wujud di Mesir selama 30 tahun telah dimansuhkan?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya proses pilihanraya tidak dimanipulasikan secara terang-terangan untuk demokrasi palsu melalui penipuan dan sogokan? Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku seandainya Negara kuasa besar ikhlas menggunakan piawaian demokrasi sebenar untuk menilai Negara-negara ini tanpa memberikan subsidi ketenteraan yang sebenarnya digunakan untuk "memerangi" rakyat dan bukan untuk kegunaan pertahanan ancaman luar?

Mungkinkah kebangkitan ini tidak akan berlaku sekiranya Demokrasi mereka dipulihkan?

Rakyat Tunisia dan Mesir sudah tidak takut lagi.

Memang benar kata-kata Thomas Jefferson; bila rakyat takut kepada kerajaan, itu adalah penindasan tetapi sebaliknya apabila kerajaan takut (hormat) rakyat, itu adalah kemerdekaan!

Marilah kita memikirkan apa yang dapat dipelajari daripada peristiwa yang sedang berlaku di Tunisia dan Mesir sebagai pembuka mata dan pembuka hati agar kebangkitan rakyat ini menjadi teladan dan sempadan untuk kita segerakan pemulihan demokrasi Negara dengan tenang dan penuh bijaksana.

Semoga Tunisia dan Mesir kembali Tenang dengan kuasa rakyat dan demokrasi sebenar.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, January 30, 2011

Ucapan penghargaan Cikgu Normala kepada semua

Melalui twitternya - Secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yg komited bersama UBAH SEKARANG..

terima kasih kepada semua bantu saya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BN menang di Tenang

KITA DAH LAMA JANGKA...TAPI LAWAN TETAP LAWAN....

KEPUTUSAN RASMI UNDI POS TALIAN HAYAT UMNO APCO

PAS 3 BN 115


KEPUTUSAN TIDAK RASMI DUN TENANG - HARAP SEMUA BERTENANG


BN 6,698 PAS 2,963 rosak 35 undi. 12 peti, termasuk pos telah dikira.

BN MENANG MAJORITI 3733


YB HJ MAHFUZ DALAM TWITTER - Tahniah BN berjaya memenangi dn mempertahankan Dun Tenang.slmt bertugas pada Yb Azhar

Tkasih pada pengundi dan tkasih petugas2 yang membantu moga slmt dlm perjalanan pulang ketmpt masing2

Sasaran BN majoriti 5000 undi lebih tidak tercapai....pengundi cina gagal keluar mengundi disebabkn banjir dengan kurangnya bantuan pengangkutan ke tempat undi, manakala pihak berkuasa bertungkus lumus membantu mengangkut pengundi felda keluar mengundi.

Sila refresh untuk keputusan terkini...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Terkini di Tenang

Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Berikut keputusan pilihan raya kecil DUN itu:

6.05pm: Keputusan tidak rasmi: BN - 115, PAS - 3



















Sumber Gambar - GB

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Semuanya "kita dah lama jangka"

Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan keluar KEADILAN serta melepaskan semua jawatan dalam parti sudah dijangka.

“Kita dah lama jangka dia akan keluar,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memnghadiri majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat: Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor.

Apabila ditanya pemberita sama ada Gobala sudah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi, Anwar berkata: “Tidak bagi surat lagi. Dia belum lagi jawab surat tunjuk sebab.”

Semalam, Gobala yang juga bekas Naib Presiden KEADILAN mengumum keluar parti dan melepaskan semua jawatannya dalam parti. Sebelum ini, beliau juga sembarangan mengkritik pimpinan parti melalui twitter tanpa mengikut prosedur sewajar.

Tindakan itu dipercayai diambil selepas Gobala dipercayai tidak berpuashati tidak dilantik sebagai Naib Presiden bagi mewakili masyarakat India dalam KEADILAN.

Beliau sebelum ini mempertikaikan pelantikan N Surendran, seorang peguam hak asasi manusia sebagai Naib Presiden KEADILAN yang baru.

Sharpshooter - Semuanya "kita dah lama jangka" ye lah tu...betullah tu....
tak tutup pintu.... ayam patuk padi....
tak kata tu..... nak kata apa lagi....

Hidup dalam perjuangan, datang tidak diundang, pergi tidak dihalang...

Bila timbul masalah, Islam mengajar kita untuk mencari punca masalah, masalahnya apa? salah satu masalahnya sebab pemilihan, segala aduan hingga kini masih belum ada keputusan siasatan.

Kita bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi kita mahu melihat keadilan itu terlaksana...kita bukan sahaja mahu melihat ketelusan tetapi kita mahu melihat ketelusan itu terlaksana...itu jer...bukan susah sangat pun...cuma mahu dengan tak mahu jer...

Tetapi tak mengapalah...semuanya "kita dah lama jangka"...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Belum menang sudah berbohong



Azahar Ibrahim yang dicalonkan bagi kerusi UMNO di Dun Tenang terus berbohong kepada pengundi di Dun Tenang ini, kata Azmin Ali.

Azmin berkata, calon BN itu terus berbohong walaupun pendedahan yang dibuat oleh PAS ke atas calon Umno itu sebelum ini bersandarkan fakta-fakta yang benar dan tepat ditambah lagi dokumen-dokumen Mahkamah.

"Namun dia (Azahar) masih tidak malu untuk terus berbohong kepada rakyat di DUN Tenang," ujarnya.

Azmin yang menyentuh isu Azahar yang difailkan sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana dan melelong tanah milik ahli perniagaan Mansor Mohammad pada 2008 itu mengulas,

"Belum pun diangkat menjadi wakil rakyat, baru jadi ADO sudah selesaikan (lelong) tanah di DUN Tenang.

"Sudah selesaikan 8 ekar tanah rakyat. Apatah lagi jika diangkat sebagai wakil rakyat, mungkin seluruh tanah negeri Johor ini diselesaikannya,

Bulan Febuari ini kes itu akan di bicarakan di Mahkamah Tinggi Muar, mana boleh dia (Azahar) kata isu itu sudah selesai" selarnya.

Justeru itu beliau menyeru pengundi di Dun Tenang ini memilih calon PAS, Cikgu Mala yang bermaruah dan berkredibiliti serta berwibawa dan juga seorang pendidik yang pernah mendidik anak bangsa.

Tambahnya, memilih Cikgu Mala boleh mengangkat martabat rakyat dan bangsa sekaligus menolak pemimpin yang bermasalah, merompak yang juga perasuah.

Sharpshooter - Semoga pengundi Tenang mengundi dalam keadaan tenang dan dengan tenangnya memilih Cikgu Normala Sudirman sebagai wakil rakyat mereka di Tenang.

Teringat pantun YB Chang Lih Kang Adun Teja

Buah nenas buah tembikai
Presiden MCA apa pun tak pakai
Ikan keli ikan haruan
Undi Cikgu Mala bawa perubahan

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, January 29, 2011

Gobala letak jawatan

Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan mengumumkanmelepaskan semua jawatannya di dalam Parti Keadilan Rakyat

Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

Berikut adalah petikan pengumuman beliau yang dibuat pada kira-kira 10.40 pagi Sabtu;

"Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru."

Gobalakrishnan juga pernah menulis dalam Twitternya, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Merlimau semua mau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.

Sharpshooter - Merlimau kemungkinan adalah prk terakhir, Pelabuhan Klang dan Kota Seputeh rasanya tidak akan berlaku prk lagi. SPR adalah talian hayat umno dan sebab itu SPR bertindak lebih umno dari umno.

Merlimau adalah kerusi PAS bertanding pada PRU 12 tahun 2008. Mengikut perjanjian Pakatan Rakyat, jika berlaku prk, parti mana yang bertanding pada PRU 12, maka parti itulah yang akan bertanding jika berlaku prk. Ianya mungkin akan berubah dalam PRU13.

Bila Shamsul Iskandar tawarkan diri untuk bertanding Dun Merlimau, ia mengundang reaksi yang kurang senang di kalangan pimpinan PAS dan ahli PAS. Isu ini hangat dibahaskan dalam facebook seperti dalam facebook Kedah Lanie

http://www.facebook.com/KedahLanie/posts/193256187367513?notif_t=like#!/KedahLanie/posts/193256187367513?notif_t=feed_comment_reply

Teringat kata Mahatma Gandhi "The world has enough for everyone's need but not enough for everyone's greed" ayat inilah yang Anwar gunakan semasa ucapannya pada Kongres di Pulau Pinang dan merupakan ucapan terbaik Anwar dalam kongres sebelum PRU 12.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, January 28, 2011

Tanyalah doktor - Cikgu Normala



Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana sebagai doktor dia lebih profesional dan tahu kenapa surat dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran 'terlantar' yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Istilah sakit itu bukan terlantar, kita dah jelaskan pagi tadi oleh pihak operasi...Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setakat ini keadaannya ok insyaAllah, emosinya stabil dan ok.

Sepanjang pengetahuannya kata Normala, suaminya itu seorang yang jarang mengambil cuti, selain kerap menghantar pelajar bermain hoki pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sehubungan itu katanya, apa yang dilaporkan media hanya spekulasi dan berharap media melaporkan dengan tepat.

Sharpshooter - Apa maknanya? maknanya walaupun sakit beliau sanggup turun padang bersama isterinya meredah banjir di Tenang demi rakyat dan elak fitnah.

Suaminya sanggup menemani isterinya walaupun sakit bukan seperti suami najib bik mama keluar negara tanpa suami, habiskan duit rakyat tidur semalam RM150 ribu.

Bik mama Fat Lady Of Malaysia (FLOM) diserang teruk hingga ditarik balik web tersebut dari laman web kerajaan.

umno ibarat orang kelemasan, bila umno lemas dalam air, rambut sehelai pun sanggup dipautnya...

Esok keluar citer mak bapak adik abang kakak sepupu pak saudara Cikgu Normala la pula untuk tutup isu tanah yang tak mampu umno jawab.

Ketenangan umno di Tenang telah diragut oleh seorang wanita...inilah ertinya tangan yang menghayun buaian mampu goncangkan dunia....

Semoga Tenang bakal cipta sejarah... Takbir


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tenang - Arahan Polis Apco tak masuk akal

Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.

"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.

"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.

"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan.

"Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya.

"Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa pru dan prk sahaja," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kini Anwar, Elizabeth Wong jadi artis pop pula

Generally known for his oratorical skills, the Opposition Leader now dabbles in songs – on love and peace.

PETALING JAYA: Politicians aren’t generally known for their musical ability. But a new indie pop album by Anwar Ibrahim and Elizabeth Wong seeks to change all that.

Produced by a crew led by Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne, “Teratak” (translated as “house”) is a family-based four-track album with songs on love and peace.

“The songs are, you know, a thanks to everybody who has supported us, and forgave us for some of the mistakes we made,” Loh said, adding that the album was a form of gratitude to all Malaysians.

“It’s not supposed to be a political thing. It’s about family and love and a common language that we can give to everyone. It’s about not giving up and continuing to work hard.”

Teratak’s titular track is sung by Opposition Leader Anwar Ibrahim, and “A Capella” group known as The Wayfarers. According to Loh, the group consisted of members of PAS-Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad’s family.

Teratak’s name, he added, was also a lot catchier than “rumah” (house) and not as overly used as “keluarga” (family).

The album’s fourth track, “Feeling Fun” is sung by Bukit Lanjan assemblywoman Elizabeth Wong.

Loh also said that his voice was also featured in most of Teratak’s songs.

The songs were co-written by the album’s production team d*Crew, Loh himself, his girlfriend and DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim’s special assistant, Faisal Mustaffa.

Initially launched on Jan 25 at Subang Parade, Loh said that Malaysian radio stations were afraid of playing Teratak over the airwaves.

Shoe-string budget

Although supposedly produced on a shoe-string budget, the Kelana Jaya MP said that his team didn’t intend to make any returns on Teratak.

Loh added that he was also touched by Anwar’s part in the album.

“Anwar wanted something a bit up-tempo, so I worked on that, and I got something for him. But he went on a completely different direction, and was going for something bolero-like. It was very emotional.”

“I felt very sad when I heard it. It was not just about the voice, but how he brought himself up,” the PKR MP said.

Asked if the album was expected to top Prime Minister’s wife, Rosmah Mansor’s cover of “If Never Tomorrow Comes”, Loh disagreed.

“No, I think Rosmah has a very good voice, because I heard her singing a couple times. She’s actually pretty good.”

Speaking on possible BN criticism of the album, Loh said that Pakatan Rakyat’s political rivals were free to say whatever they wished.

“We’re letting everybody download the songs, and we don’t really discriminate whether you’re Pakatan or not,” he added said.

The songs will be downloadable for free on the album’s website (http://uni-tee.org/) from this evening onwards.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nasib Mustaffa dan Gobala

Keadilan masih belum memutuskan sebarang tindakan ke atas Pengarah Biro Latihan Mustaffa Kamil Ayub dan sebaliknya masalah teknikal membabitkan notis tunjuk sebab menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat biro politik pada malam Rabu.

Menurut sumber yang dihubungi FMT, pendekatan notis itu perlu dilakukan secara berbeza terutama membabitkan jawatan tertinggi parti.

“Notis (surat) itu pimpinan terlepas pandang, sedangkan jika melibatkan jawatan tertinggi parti pendekatan yang perlu dilakukan berbeza. Merujuk kes Mustaffa ini ia melibatkan kategori berbeza kerana beliau pemimpin tertinggi parti.

“Malah pihak sekretariat juga ditegur berhubung notis (surat) yang dihantar kepada Mustaffa, namun tiada tindakan lanjut ke atas beliau dalam mesyuarat malam tadi (Rabu),” katanya.

Mustaffa yang juga bekas naib presiden didakwa menghalang proses pemilihan parti peringkat pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September 2010 sehingga menerima notis rasmi yang dihantar oleh pejabat Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Januari lalu.

Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas pengerusi Keadilan Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Menurut sumber parti kini menunggu surat jawapan daripada Mustaffa untuk dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta ahli-ahli biro politik dan berlangsung kira-kira tiga jam.

Dalam perkara berkaitan, berhubung isu Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, biro politik memutuskan untuk menunggu surat tunjuk sebab daripada beliau.

“Beliau (Gobalakrishnan) sepatutnya jawab, namun jika masih enggan maka pihak jawatankuasa disiplin parti akan mengusulkan kepada biro politik untuk tindakan selanjutnya ke atas beliau,” jelas sumber tersebut.

Gobalakrishan kini berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam Keadilan ekoran tindakan mengecam hebat kepimpinan parti melalui laman twitter sehingga diberi surat tunjuk sebab sepanjang 45 halaman.

Sedia beri jawapan balas

Sementara itu, Mustaffa yang dihubungi FMT pula berkata daripada maklumat tidak rasmi yang diterima parti memutuskan tiada kes terhadap beliau.

“Saya masih menunggu maklumat rasmi daripada parti. Jika sudah selesai saya lega namun saya persoalkan mengapa timbul masalah sedangkan Anwar akui bahawa biro politik tidak dimaklumkan mengenai perkara ini?” soal beliau.

Walau bagaimanapun Mustaffa berkata jika pihak parti membuat keputusan sebaliknya maka beliau akur dan akan memberikan surat balas.

“Tempoh 10 hari itu sudah tamat… saya juga memang ada berkomunikasi dengan Azizah dan Anwar tentang hal ini. Namun jika parti masih berkehendakkan saya untuk jawab, saya akan jawab dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu usaha FMT untuk mendapatkan Saifuddin Nasution gagal bagi mengulas lanjut perkara tersebut.

Sharpshooter - Cakap salah tak cakap salah, jadi semua serba salah. Bila agaknya siasatan terhadap aduan akan selesai.

Ini gambar terbaru Mustaffa Kamil Ayub dan Chegubard di Tenang membantu kempen Calon Pas Cikgu Normala.

Ini pula luahan rasa anak muda berenama Muhammad Saufi SAMM dalam FBnya

Betapa malunya kami bila masyarakat persendakan parti yg kami naung ni..! dimana mana kami pergi tak lepas dari perli dan kiasan yg semkin hari semkin jelek kami dengari..! kami syangkan parti yg pernah kami bina dari binaan lantainya, tiang asasnya, dindingnya, bumbungnya sehingga lah perabotnya juga turut kami hiasi..!

ramai juga ahli keluarga parti yg marahkan kami kerana sering menegur perbuatan abang, kakak, ayah & ibu dlm parti kerana melakukan kesilapan dan kemungkaran..! mereka menyuruh kami agar keluar parti dan jgn sesekali menegur abang, kakak, ayah dan ibu yg sdg melakukan kemungkaran & kecelakaan..! kami dituduh anak derhaka..! kami dipanggil trojan horse..??? kami menegur dgn penuh kasih syg, dengan roh kemuliaan, dgn keyakinan bahawa abang, kakak, ayah dan ibu terus mengekalkan sifat dan jiwa pejuang merdeka yg tdk sesekali diselaputi najis dan noda..!

salahkah kami meminta agar diselesaikan hal rumah tangga kita dgn adil..??? sdh kami gunakan semua saluran yg dipersetujui..! perbincangan meja bulat, SDAH! laporan dan aduan melalui surat, SUDAH! menyerahkan semua dokumen, SUDAH! mendedahkan semua saksi2, SUDAH! menghantar resolusi dengan penuh sopan dan adab, SUDAH! menunggu dgn sabar, SUDAH! 2minggu, SUDAH!, lagi 2 minggu, SUDAH! tambahan lagi 2 minggu, SUDAH!, tangguh lagi 2 minggu, SUDAH! minta laluan lagi 2 minggu, SUDAH! kini sdh berminggu minggu pun SUDAH!!!! kemudian cube utk tutup kemungkaran & penipuan dgn mnawarkan jawtan besar utk abg kami..!!!

SAPA YG TIPU KAMI..! SAPA YG KHIANAT KAMI..! SAPA YG PERMAINKAN JIWA2 KAMI..! SAPA YG MUNGKIR JANJI..! SAPA YG PERBODOHKAN KAMI..! SAPA YG CURI HAK KAMI..! SIAPA..???!!!

bila kami tuntut hak kami, kami digelar pengadu domba! kami digelar pemecah belah parti! kamilah pengkhianat! kami dikatakan trojan horse dlm parti! kami semua tdk beradab! kami tdk layak duduk dlm parti yg mulia ini! kami ank2 muda pengganas parti! kami pengacau parti! kami dibayar utk huru harakan parti!

namun, kami redha. kami istiqamah. kami sedar bahawa parti hanyalah sebagai landasan utk kami lorongkan buat rakyat menikmati hak mereka dalam negara. kami anak2 muda tetap meneruskan kerja kami, perjuangan kami, gerakkan kami.

kami anak2 muda masih menaruh harapan buat parti ini berubah. kami masih meyakini bahawa parti ini boleh menjadi perisai dan juga kereta kebal buat hancurkan regim...! KAMI MASIH PERCAYA..! KAMI MASIH PERCAYA..! KAMI MASIH PERCAYA..!

bantulah kami untuk "MENCARI KEADILAN DALAM KEADILAN...!"
REVOLUSI ANAK MUDA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tenang - jangan gadai Islam hanya kerana satu kerusi

Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang. Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang wanita Islam dan seorang pula wanita cina menjual ikan.

Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Isu bodoh yang dibangkitkan oleh Chua Soi Lek Porno. Gambar ini menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri.

Mengapa biadap sangat umno apco ini hingga tergamak menghina agama sendiri dan sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang mengaku terlibat dalam video lucah.

Penghinaan dan sindiran tidak henti-henti sejak kebelakang ini terhadap Islam, bermula dengan kata-kata menakutkan kaum cina jika tertubuh negara Islam oleh MB Johor, kemudian di tambah pula penghinaan tentang apakah hebat-nya nilai Islam itu oleh Chua Soi Lek pelakon porno.

GERAKAN turut sama mempertikaikan hukum tatasusila cara Islam kemudian ditegur TPM setelah mat sembab malu sebab ditegur oleh mufti Perak yang meminta Chua minta maaf pada umat Islam. Chua Soi Lek tetap dengan pendirian..tidak akan menarik balik segala kata-katanya.

Inikah gagasan 1Malaysia yang najib war-warkan..??? Islam dihina,dipermainkan,dipertikai hukumnya dengan luas di media-media massa arus perdana...

Janganlah kerana sebuah kerusi DUN N5 TENANG Islam menjadi sindiran media...Kementerian Dalam Negeri adakah hanya berpeluk tubuh..??? Ke mana hilangnya pejuang Melayu Islam tulen Zulkifli Noordin dan 40 ulamak muda dan ustaz kangkong umno?

Janganlah pula nanti sampai rakyat kata umno bodoh macam lembu. Jangan sampai rakyat kata umno dan lembu tak dapat dipisahkan..jika dipisahkan..pincanglah lagu dan rosaklah seni seperti kata P.Ramlee..

Dalam filem P.Ramlee yang "ever green" dari dulu kini dan selamanya bertajuk Pendekar Bujang Lapok, Sudin berkata..alif mim nun wau..alif tendang wau..sarkis..maknanya umno itu sarkis.



Tahniah kepada Cikgu Normala dan suaminya yang sentiasa tenang di Tenang mengharungi tohmahan dan fitnah umno dalam perjuangan ini. Mereka juga tenang mengharungi banjir di Tenang.



Sementara itu NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M.) yang diketuai oleh Chegubard juga tidak ketinggalan dari awal hingga kini membantu kempen PAS di Tenang.

S.A.M.M. menaja 100 orang pelajar sekolah menengah dan rendah dalam program pendidikan online secara percuma. Sumbangan akan disampaikan oleh bakal ADUN Tenang, Cikgu Nomala.

‎'MyStar' adalah sebuah laman yang menyediakan infrastruktur yang lengkap bagi memudahkan pelajar, guru, tutor, ejen dan pihak pengurusan berinteraksi diantara satu sama lain secara 'online'

Pelbagai maklumat yang berkaitan serta ilmu yang boleh disampaikan demi membantu para pelajar yang menyertai kursus yang ditawarkan. Ia amat sesuai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Ia merupakan kelas tuisyen dan interaksi tutorial secara live dan dalam talian pertama di Malaysia.

Ia menjadi trend mutakahir ini. Murid yang berminat dikenakan bayaran tertentu untuk mendapatkan 'kata laluan' bagi memulakan interaksi.

SAMM telah berjaya mendapatkan tajaan untuk 100 murid dalam Dun Tenang untuk mengikuti program 'MyStar' ini secara percuma.

Mengenai tajaan kami mencari 100 murid pertama yang ibu / bapanya merupakan pengundi Dun Tenang.

Memiliki komputer dan talian internet merupakan syarat wajib kerana program ini secara atas talian / online.

Berminat nak dapatkan tajaan sms ke 0123696474 , nama dan tahun persekolahan, nama dan no kad pengenalan ibu / bapa/ penjaga dan alamat untuk kami hubungi.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, January 27, 2011

Merlimau - usah bergaduh

Persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya DUN Merlimau yang bakal menjelang nampaknya berjalan lancar dan parti itu telah mengenalpasti sekurang-kurangnya empat nama untuk dipilih sebagai calon.

Difahamkan, empat nama tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat bahagian Jasin Sabtu lalu yang dipengerusikan ketua bahagian itu Datuk Ahmad Hamzah. Ahmad yang juga ahli parlimen Jasin bagaimanapun berkata mesyuarat itu masih belum menetapkan siapakah calon yang akan dipilih bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Bahagian itu juga belum menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat selanjutnya bagi memutuskan perkara itu, katanya lagi. "Kita hendak tumpukan kepada persiapan lain dulu," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Ahmad enggan mengulas ketika diajukan soalan lanjut, namun Umno bahagian itu seolah-olah sudah tahu siapa yang akan dipertaruhkan sebagai calon.

Dugaan ini adalah berdasarkan cakap-cakap dengan beberapa sumber di bahagian itu.

Calon tempatan mohd said yusof bn jasin mp parliament pc 100506Terdahulu, sebanyak tujuh nama telah dikemukakan termasuk timbalan ketua bahagiannya Datuk Mohd Said Yusof (kanan), ketua pemuda Zaidi Atan dan juga ketua pergerakan puteri Siti Faizah Abdul Azis.

Namun, difahamkan ketiga-tiga pemimpin bahagian itu digugurkan daripada senarai calon kerana bukan "anak jati" kawasan DUN Merlimau.

Menurut satu sumber, antara empat nama yang disenarai pendek itu termasuk ketua wanitanya Zaleha Bujang dan seorang anggota jawatankuasa bahagian Abdul Nasir Bazid. Abdul Nasir yang juga seorang pembantu makmal merupakan penyelaras bagi DUN Merlimau.

Sementara itu, dua lagi nama yang disebut-sebut ialah Mohd Nasser Selamat dan Roslan Ahmad. Kedua-duanya juga merupakan anggota jawatankuasa bahagian. Mohd Nasser merupakan pengerusi Perbadanan Tanah Adat Melaka manakala Roslan merupakan pengerusi syarikat Permodalan Melaka Holdings Sdn Bhd. Namun, nama-nama pemimpin yang menjawat jawatan kanan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri mungkin tidak akan dipertimbangkan.

Wanita Umno juga sudah mempunyai dua orang wakil di DUN – Datuk Latifah Omar (Taboh Naning) dan Datuk Norpipah Abdol (Rembia).

Pergeseran PAS, PKR Di sebelah Pakatan Rakyat pula keadaan yang berbeza dapat diperhatikan apabila PAS dan PKR masing-masing bersungguh-sungguh untuk meletakkan calon daripada parti masing-masing. pkr congress 281110 shamsul iskandarPesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman nyata kesal dengan tindakan PKR sebelum ini yang membuat kenyataan untuk meletakkan calon daripada parti itu.

Abdul Ghani berkata, PKR tidak sepatutnya berbuat demikian tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan anggota Pakatan. Tambahnya, beliau menghormati keputusan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) untuk bertanding di DUN Merlimau.

Namun, beliau berpendapat tindakan itu akan menyebabkan berlakunya pergeseran di antara kedua-dua parti itu memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS. "Kita akan bertanding di situ," tegasnya dan menambah, PAS negeri telah mengadakan dua pertemuan sejak Jumaat lalu untuk membincangkan persiapan berkenaan.

Laluan kepada Shamsul Iskandar Abdul Ghani yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, parti itu juga akur kepada kehendak PKR untuk mewakili Pakatan dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau. azlanKatanya lagi, PAS turut memberi peluang kepada Shamsul Iskandar untuk bertanding di kerusi parlimen Tangga Batu walau kerusi berkenaan merupakan kawasan tradisi PAS.

Begitu juga pada pilihan raya umum 2008 apabila Shamsul Iskandar diberi ruang bertanding di Terengganu walau kawasan berkenaan pada asalnya dikhususkan kepada PAS. "Jadi, Shamsul sepatutnya menghormai status quo berhubung perkara yang telah diputuskan sebelum ini," kata Abdul Ghani lagi.

Abdul Ghani juga berkata, kerusi Merlimau mempunyai potensi lebih besar kepada PAS, berbanding pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang sedang berlangsung. Parti itu sebelum ini menurunkan yang dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang untuk berdepan Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan. Jasme berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 2,154 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir sebelum itu menang dengan majoriti lebih 5,000 undi ketika menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya umum 2004. Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan susulan kematian Mohamad Hidhir pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh penamaan dan membuang undi bagi pilihan raya berkenaan pada hari Jumaat.

Sharpshooter - Lembu pegang pada tali, manusia pegang pada janji...yang sudah tu sudahlah..jangan buat yang bukan-bukan...kita dah setuju itu kerusi PAS...biarlah PAS bertanding....usah diguris sahabat seperjuangan..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/