SharpShooter Followers

Saturday, July 30, 2011

Ashraf meninggal dunia

KUALA TERENGGANU - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina

- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Bukti Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina

- Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata". (Surah an-Nisaa' ayat 119).

- Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).

Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadith semoga kita menjadi insan yang bertaqwa..

Selamat menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Video Mat Sabu mengaku tidak dilanggar pajero



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

video polis apco cubaan membunuh didedahkan...



Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, July 29, 2011

Jom ke program sejuta malam ini..........

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Program Ummah berselawat di Masjid bandar Perda Bukit Mertajam selepas Maghrib malam ini.

Burdah dan Selawat oleh pelajar tahfiz dan selepas Isyak Ceramah Keagongan Rasullulah kemudian disusuli dengan bacaa Selawat sejuta kali dan di akhiri dengan sentuhan kalbu tentang Rasullullah....Majlis dipimpin oleh Ustaz Shahul Hamid....

Thursday, July 28, 2011

Parlimen Batu Kawan tempat terbaik untuk Mat Sabu

Mat Sabu bukanlah nama asing lagi dalam arena politik di Malaysia. Kegigihan dan ketabahan beliau sejak zaman muda hingga kini dalam menghadapi liku-liku perjuangan adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh generasi muda politik negara.

Hubungan terlalu akrab di antara Guan Eng dan Mat Sabu juga bukanlah lagi rahsia malah umum mengetahui bagaimana rapatnya hubungan Guan Eng hingga beliau melantik Mat Sabu sebagai Pengarah PBA Holding Berhad (PBAHB) Pulau Pinang.

Ketokohan Mat Sabu amat digeruni oleh umporno dan ini terbukti selepas beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, umporno menjadi umpama dirasuk pelesit...meracau tak tentu arah kerana mereka tahu Mat Sabu adalah orang yang lantang mengkritik umporno.

umporno memang takut dengan Mat Sabu kerana Mat Sabu terbukti boleh mengetuai golongan muda dan rakyat untuk turun ke jalanraya. Tidak hairanlah mengapa setiap kali Pakatan Rakyat berdemo nama Mat Sabu akan disebut-sebut oleh umporno dan polis apco.

Video di bawah ini adalah video khas kempen BERSIH 2.0 menampilkan penampilan khas Mat Sabu sebelum demo BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang tercatat sejarah di Malaysia.



Demo BERSIH 2.0 sekali lagi nama Mat Sabu menjadi kontroversi apabila polis apco yang terpaksa menjadi pencacai angkat najis umporno membuat pendedahan kononnya Mat Sabu berbohong.

Video di bawah ini pula mendedahkan betapa bohong dan fitnah polis apco terhadap Mat Sabu dalam insiden kemalangan tersebut.

video

Laporan polis Mat Sabu dengan jelas menyebut kereta WAJA tetapi polis apco cuba menipu dan memfitnah umpama menutup bangkai gajah dengan kertas A4. Klik pada gambar laporan polis untuk melihat dengan lebih jelas.

Inilah wajah polis apco yang terpaksa melemparkan tubuh dan wajahnya ke lubang najis najimah hanya kerana takut dan menjadi pak turut umporno.

Polis apco sewajarnya mengambil iktibar kes misteri pembunuhan Altantuya di mana akhirnya yang menjadi mangsa adalah polis sendiri. Persoalan utama adalah siapa yang arah bunuh Altantuya?

PILIHANRAYA UMUM 13

Teka teki mengenai tarikh pilihanraya menjadi isu perbualan ahli politik dan rakyat di Malaysia. Ada yang kata bulan September ada yang kata bulan November.

Team mat sembab mahukan pilihanraya pada bulan September manakala team najimah mahukan pilihanraya pada bulan November. Lantaklah hangpa nak bergaduh sebabnya apa? sifirnya mudah sebab team mat sembab mahu jatuhkan team najimah yang nampaknya semakin parah dek kerana bik mama yang terlampau.

Mat Sabu pada PRU 12 tahun 2008 bertanding di Kuala Terengganu tetapi kalah. Namun bila berlakunya pilihanraya kecil di Parlimen Kuala Terengganu nama Mat Sabu yang mulanya disebut-sebut akan sekali lagi terpilih menjadi calon ditolak oleh pimpinan PAS Terengganu atas alasan Mat Sabu "orang luar" bukan anak tempatan.

Di manakah tempat yang paling sesuai untuk Mat Sabu bertanding pada PRU 13? Jika ditinjau di Pulau Pinang, PAS hanya bertanding di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor sahaja. PAS Pulau Pinang juga sudah sedia ada calon yang sesuai di Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

Maka tempat yang paling sesuai untuk Mat Sabu bertanding pada PRU 13 adalah di Parlimen Batu Kawan. Ahli Parlimen Batu Kawan adalah YB Prof Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang yang juga merangkap Adun PERAI. Dun PERAI terletak di bawah Parlimen Batu Kawan selain dari Dun Bukit Tengah (YB Ong Chin Wen) dan Dun Bukit Tambun (YB Law Choo Kiang).

Pada PRU 12 2008, Prof Ramasamy berjaya menumbangkan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon. Berikut adalah keputusan PRU 12 2008 di Batu Kawan :-

P46 BATU KAWAN
Jumlah Pengundi: 47,378
Peratusan Kaum:M: 20.4% C: 55.57% I: 23.66% L: 0.37%

1. Prof. Dr. P Ramasamy (DAP) (23,067)
2. Tan Sri Koh Tsu Koon (BN) (13,582)
Majoriti: 9,485
Jumlah undi: 37,289
Peratus mengundi:78.71%
Undi rosak: 640

Penyandang: Huan Cheng Guan (BN)
(Majoriti: 8,998 undi)

Di Pulau Pinang, pimpinan DAP yang bertanding kerusi Adun dan Parlimen serentak adalah YAB Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan Dun Air Putih), YB Chow Koon Yeow (Parlimen Tanjong dan Dun Padang Kota) dan YB Prof Ramasamy (Parlimen Batu Kawan dan Dun Perai). Pimpinan bertanding dua tempat serentak pada PRU 13 sudah tidak lagi sesuai samada DAP, Keadilan mahupun PAS. Ianya seolah-olah menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ketandusan pemimpin.

Parlimen Bagan adalah kubu kuat DAP dari dulu lagi.

P43 BAGAN
Jumlah Pengundi:59,385
Peratusan Kaum:M:14.36 % C: 70.34% I:15.03 % L: 0.27%
1. Lim Guan Eng (DAP) (33,748)
2. Song Choy Leng (MCA) (11,678)
Majoriti:22,070

Jumlah undi:46,192
Peratus mengundi:77.78%
Undi rosak:766
Penyandang:Lim Hock Seng (DAP)
(Majoriti: 3,622 undi)

Setelah diteliti dan diamati, maka amat sesuai jika Mat Sabu bertanding di Batu Kawan, Guan Eng sebagai sahabat paling akrab dengan Mat Sabu, apalah salahnya jika DAP sudi memberi laluan kepada Mat Sabu untuk bertanding di Batu Kawan.

Sharpshooter selaku Pengarah Pillihanraya Dun Bukit Tengah merangkap Ketua Penerangan Keadilan Batu Kawan, sudah pasti menjadi orang pertama yang menyokong penuh kehadiran Mat Sabu di Batu Kawan bak kata pepatah "TAK CUKUP TAPAK TANGAN STADIUM BATU KAWAN KAMI TADAHKAN...."


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sudahlah Pak Menteri anak Yatim...orang dah tak sudi..

Kerajaan masih belum berganjak daripada cadangannya untuk menubuhkan majlis perundingan media walaupun rancangan berkenaan telahpun menerima tentangan ketika dikemukakan kepada beberapa pengarang kanan media.

NONEMenteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata, beliau percaya terdapat ramai di kalangan pengamal media yang bersetuju dengan cadangan itu.

"Kita belum lagi (berhasrat gugurkan cadangan). Ramai juga yang setuju. Mereka yang elitis belum lagi beri kata putus untuk setuju jadi kita akan ambil ini untuk perbandingan.

"Ini hanya saranan dan sambutan tidak menjadi hal kepada kita, asalkan tanggungjawab media itu adalah akur kepada segmen undang-undang negara kita.

"Kementerian hanya mencuba melihat bagaimana reaksi itu, jika tidak mendapat sambutan dari pihak media kita tak keberatan untuk melepaskannya dari pemerhatian kita," katanya lagi ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi, satu bentuk pakatan di antara pengamal media perlu wujud dan kerajaan sekadar meminta supaya golongan berkenaan memberi kerjasama.

"Ini terserah pada mereka, tapi mesti ikut undang-undang," katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai tentangan keras yang disuarakan oleh pengarang kanan berkenaan ketika cadangan terbaru itu dibincangkan pada awal minggu ini.

azlanPengarang berkenaan melihat majlis perundingan itu sebagai satu bentuk kawalan baru sedangkan media pada masa ini sudahpun dikawal dengan sekatan undang-undang seperti perlesenan akhbar melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Mesyuarat yang menempuh kegagalan itu turut mendengar kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca dan jualan akhbar.


Portal berita atas talian seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Today atau Merdeka Review sendiri tidak dijemput meskipun mereka mempunyai kad tauliah media dikeluarkan Jabatan Penerangan.

Sharpshooter - Sudahlah pak menteri....Ini bukan zaman hitam putih...jangan ingat kamu ada kuasa...kamu berkuasa segala-galanya..kamu mahu kongkong segalanya...kamu mahu tutup bangkai segalanya...bangkai tetap berbau...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

10 ditahan kerana "rakyat didahulukan"..




Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. NONE

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini. Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap. NONENajib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi. Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau. NONE“Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.

“Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau,” tulisnya.

Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, July 26, 2011

Jangan lupa malam ini ceramah Saifudin Nasution dan Mahfuz Omar di Kebun Sireh

YB Saifudin kini sudah berada di Penang sejak jam 12.30 tengahari tadi dan YB Dato' Mahfuz Omar juga akan hadir malam ini...

Mai jangan tak mai..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bukti video polis apco terpaksa berbohong kerana umporno



Video di atas adalah video yang ditayangkan oleh polis apco kepada wartawan kononnya polis apco dikasari oleh PERUSUH BERSIH. Begitulah pendedahan dan penjelasan polis apco dalam usaha mereka untuk memulihkan kembali imej mereka yang tercalar teruk di mata rakyat, mereka mahu rakyat anggap polis baik dan berhebah seperti dalam drama bersiri GERAK KHAS.

Cuba anda tonton video di bawah pula. Ternyata dan terbukti bahawa yang menolak polis apco itu adalah polis apco sendiri, maknanya polis apco tolak polis apco sendiri.

Alahai polis apco ini bukan zaman polis Sarjan Hassan seperti filem P.Ramlee. Janganlah ingat rakyat bodoh sangat. Polis apco tercemar teruk dan tercalar teruk kerana ikut telunjuk umporno. Tidak ada dalam akta polis yang mewajibkan polis mempertahankan politik umporno.

Hinanya polis apco adalah kerana angkara umporno....polis apco sepatutnya mengambil iktibar kes pembunuhan misteri Altantuya..akhirnya yang menjadi mangsa dan terkorban adalah polis apco yang ikut arahan membuta tuli...persoalan yang masih belum terjawab hingga kini adalah SIAPA ARAH POLIS APCO BUNUH ALTANTUYA?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

polis apco macam zaman Sarjan Hassan



PAS menggambarkan tindakan terlewat dua minggu oleh polis untuk mendedahkan video versi mereka dan kemudiannya hanya ditayangkan di rangkaian televisyen milik kerajaan, jelas perbuatan ketinggalan zaman.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad juga mengumpamakan perbuatan itu tidak ubah seperti di zaman televisyen hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, polis kini berada dalam keadaan serba salah ekoran menafikan mereka bertindak ganas dalam menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu. Lantaran itu, polis terpaksa menayangkan video layanan baik mereka terhadap peserta Bersih 2.0.

“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Polis pada Khamis lalu, memanggil wakil media untuk menyaksikan rakaman video versi polis bagi menangkis tohmahan masyarakat bahawa polis melakukan kekerasan ketika menyuraikan orang awam.Penayangan video itu sekali lagi menyaksikan polis menafikan perbuatan itu dan hanya mengakui melepaskan meriam air ke kawasan Hospital Tung Shin.Perbuatan yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri dan polis.

Justeru itu menurut Idris, beberapa persoalan harus dibangkitkan, antaranya kenapa polis lambat menayangkan video tersebut sedangkan apa yang terpapar di internet menunjukkan perbezaan. Oleh itu katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting. “Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Beliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu."Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.Menurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.“Sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, July 25, 2011

Akhirnya SPR mengaku ada pengundi hantu..sila BERSIHkan segera..

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih mengesahkan kewujudan pengundi hantu , kata Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam bahawa pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu,  SPR  menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Selain itu, Wan Ahmad juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Mengulas perkara itu, Suhaizan berkata pengakuan Wan Ahmad dianggap kejayaan kepada Bersih 2.0 yang mengemukakan lapan tuntutan termasuk pembersihan daftar pemilih, lapor The Star dan Malaysiakini.

"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata nya yang juga pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS.

Suhaizan yang sebelum ini meminta SPR memberi penjelasan berhubung pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang, Kedah juga mengkritik proses pembatalan data bertindih yang didakwa memerlukan proses rumit.

Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat,  SPR tetap akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya

Sharpshooter :- Alahai SPR..tak tumbuh tak melata..tak sungguh Pakatan Rakyat tak kata..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Keadilan Jelutong tolak cadangan biometrik

Keadilam Cabang Jelutong mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya sedar dan bangun membantah serta menolak cadangan Kerajaan UMNO BN untuk mempraktikkan penggunaan sistem biometrik di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang.
 
Keadilan Cabang Jelutong berpendapat bahawa sistem ini terbukti bermasalah kerana pada ketika ini hampir 2 juta MYKAD yang tidak boleh dibaca di JPN,Imigresen dan Bank.
 
Di samping itu sistem biometrik yang pernah digunapakai untuk PATI sebelum ini juga telah gagal berfungsi dengan baik dan tidak mampu mengawal kemasukan PATI ke negara ini dan terbukti dengan peningkatan yang mendadak PATI pada hari ini.
 
Selain itu, penggunaan sistem ini dalam memproses pengeluaran permit dan program pemutihan juga dilihat sebagai usaha untuk memberi nafas kepada syarikat-syarikat kroni.
 
Keadilan Cabang Jelutong berpandangan kualiti MYKAD yang ada pada hari ini juga jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kad-kad ATM yang lain.
 
Justeru Keadilan Cabang Jelutong menegaskan bahawa hanya penggunaan Dakwat Kekal sahaja yang mampu memberi jaminan tiada pengundian dua kali oleh pengundi yang samadan seterusnya dapat menghapuskan pengundi hantu.Dan ini juga merupakan sistem manual yang melibatkan kos yang rendah dan menjimatkan.
 
Ubah Sebelum Parah Ubah Demi Maruah Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia
 
Sekian terima kasih
 
Anuar Kamarudin
Setiausaha PKR Cabang Jelutong
6012 468 5540


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, July 24, 2011

"Semuanya berlakon dan buat sendiri"

Ini adalah gambar mata lebam Anwar pada tahun 1998 ketika ditangkap oleh polis. Pemimpin umporno berkata Anwar tumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati...


Semalam di TV3 suku Najimah dengan nada sombong menyindir Anwar kononnya Anwar berlakon sakit untuk mendapat simpati...

Ini pula gambar pengawal peribadi Anwar yang tercedera teruk di mukanya... Ini semua berlakon dan pengawal Anwar menembak dirinya sendiri agaknya...

Kematian mendiang Teoh Beng Hock juga dikatakan membunuh diri sendiri... pemimpin umporno menuduh DAP sengaja sensasikan kematian ini...Teoh Beng Hock sebenarnya bunuh diri sendiri kerana disiasat isu bendera harga RM2.80.. Mengapa tidak ada lakonan semula terjun bangunan dari tingkat 14....suruh jer nazri aziz lakon semula terjun dari tingkat 14....sudah tentu rakyat akan percaya cakap nazri aziz....

Allahyarham Ahmad Sarbani juga dikatakan membunuh diri sendiri ketika disiasat oleh SPRM...mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara siasatan SPRM hingga orang sanggup bunuh diri...Sharpshooter juga pernah disoal siasat oleh SPRM Pulau Pinang selama 10 jam ketika kes fairus mantan tkm 1 Pulau Pinang....tak ada pula rasa nak terjun bangunan SPRM....SPRM wajib BERSIHkan dirinya dari menjadi alat pencacai umporno..

Kematian Kugan juga penuh misteri..adakah Kugan juga mencederakan diri sendiri...polis apco bukankah baik dan mesra...mereka juga lemah lembut macam pondan siam...mana mungkin mereka boleh cederakan Kugan...

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menerima 6 jahitan kerana cedera semasa demo BERSIH...Adakah ini juga berlakon untuk meraih simpati...

Mat Sabu juga turut dituduh berlakon sakit untuk meraih simpati...skru dilutut juga adalah palsu..Mat Sabu dituduh terjatuh sendiri melanggar pembahagi jalan dan bukannya dilanggar oleh kereta polis apco...

Maka rakyat wajib percaya cakap polis apco dan pemimpin umporno sebab mereka tidak pernah berbohong...jadi apa salahnya jika rakyat minta lakonan semula...bukankah polis apco telah lakonkan semula cara suraikan demo BERSIH...rakyat minta najimah lakonkan semula naik motor..selepas itu polis apco kejar dan akhirnya najimah langgar pembahagi jalan dan akhirnya lutut najimah dimasukkan skru....baru rakyat bertambah percaya kepada najimah..

Yang ini pasti lakonan terbaik dan lawak terbaik 2011 mengalahkan maharaja lawak..tengok tu...parang dan bom..sebab itu polis apco gelar BERSIH sebagai PERUSUH.....oooooi polis apco.... gunalah tektik baru..ini taktik lama daaaaa....rakyat tak percaya daaaa...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video sidang media Mat Sabu bersama isterinya - fitnah itu keterlaluan



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

“Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan,” kata Ambiga dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

“Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

“Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada “kesemua mereka.”

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

“Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa,” katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, July 23, 2011

video BERSIH 2.0 versi polis apco - Mat Sabu cabar polis apco tayang video penuh tanpa edit



PERUSUH itulah ayat polis apco kepada rakyat yang mahu berhimpun secara aman untuk menuntut 8 tuntutan BERSIH kepada SPR. Polis apco cuba menutup bangkai gajah dengan kertas A4.

BERSIH dituduh PERUSUH, perhimpunan haram dan pertubuhan haram tetapi yang peliknya AGONG sudi untuk berbincang dengan BERSIH. Kalau haram masakan AGONG mahu bertemu dan berbincang. Akhirnya AGONG benarkan BERSIH berhimpun di stadium, tetapi polis apco dan umporno derhaka kepada AGONG, mereka tidak endahkan titah AGONG. Polis apco bukan lagi Polis Diraja Malaysia tetapi polis RAJA di Malaysia.

Mana ada PERUSUH atau perompak atau penyamun nak buat rusuhan atau rompakan akan umum tarikh dan tempat kecuali dalam filem P.Ramlee saja Ali Baba dan 40 orang penyamun...P Ramlee kata hari ini Sabtu setengah hari..esok Ahad holiday..kalau nak rompak hari Isnin bolehlah...

Manakala Mohamad Sabu atau Mat Sabu mencabar polis mendedahkan rakaman penuh CCTV mengenai kejadian kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncenginya pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu atau bersedia menghadapi saman sivil di mahkamah.



Timbalan Presiden PAS itu mendakwa, rakaman yang disiarkan oleh pihak polis semalam adalah rakaman yang telahpun diedit serta tidak menggambar wajah sebenar anggota polis terbabit.

Fitnah dalam adalah keterlaluan dan langsung tidak berlandaskan apa yang dilakukan ke atas saya (di tempat kejadian) itu," katanya di Komtar, Gergetown.

Beliau turut mengulangi tekad untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid kerana menuduhnya beliau berlakon dicedera dek polis.

"Tarik balik fitnah ke atas saya dan kesihatan saya...maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau," ujar beliau.



Turut serta dalam sidang tersebut, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Haji Othman.

Kelmarin, Saleh menyifatkan dakwaan Mohamad Sabu diperlaku secara brutal oleh polis adalah palsu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,”ujar Saleh semasa tayangan video tersebut. Ligamen Lutut Mohamad tercedera hatta koyak akibat insiden brutal tersebut. Dalam pembedahan seminggu yang lalu, di bahagian pelipat lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

Mohamad kemudiannya berkali-kali menafikan bahawa beliau berlakon duduk di atas kerusi roda sambil membawa filem x-ray yang menunjukkan lututnya menerima skru tersebut.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pakatan Rakyat sokong matlamat AMANAH



Kepimpinan Pakatan Rakyat mengalu-alukan inisiatif bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menjadi sebuah suara solidariti dan perpaduan negara.

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi Tvselangor berkata, hasrat yang dibangkitkan oleh badan bukan kerajaan itu bertepatan dengan pendekatan Pakatan Rakyat selama ini menuntut sebuah tata kelola yang lebih baik.

Beliau berkata, usaha tersebut mampu menyempurnakan perjuangan kemerdekaan yang telah dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra tanpa mengambilkira kepentingan kaum dan agama.

"Supaya masayarakat Malaysia dapat memikul amanah merdeka ini dalam konteks kehidupan pelbagai kaum serta kita harus mengelak daripada berlaku perkara yang boleh membawa kita kepada adu domba politik perkauman sepertimana yang berlaku muktahir ini," ujar beliau.

Pertubuhan Amanah yang dilancarkan pada sebelah pagi tadi mengajak rakyat untuk bersama-sama melakukan perubahan terhadap negara dengan menghapuskan gejala rasuah dan kronism selain menyalakan semangat amanah merdeka.

Ianya turut dianggotai oleh bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil, bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam, dan pemimpin-pemimpin Sarawak seperti Datuk Daniel Tajem, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Mahfuz berpendapat persoalan samada kerajaan mengambilkira pandangan pertubuhan itu adalah subjektif namun menyifatkan tujuan untuk memastikan kerajaan yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah rakyat tidak mampu ditandingi.

Beliau menambah penglibatan golongan profesional seperti bekas pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Keesavan dan Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS memaparkan hasrat rakyat untuk menambahbaik sistem negara.

"Saya fikir bahawa mereka boleh membantu meletakkan kembali asas negara kepada landasan yang betul," tambahnya lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

"Suara Menuntut Kebenaran, Keadilan Dan Rasa Timbang Rasa"

Berikut adalah kenyataan penuh Tengku Razaliegh Hamzah berhubung "Suara Menuntut Kebenaran, Keadilan Dan Rasa Timbang Rasa".

Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini.

Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara saudari sekalian pada hari ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini terutama sekali Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Encik Ong Hock Siew.

Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita – pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi.

Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.

2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari yang mulia ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik. Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau ‘model’ negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya.

Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.

4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.

5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.

6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: “Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan”. Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: “Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri”.

Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata “Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar”. Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, ‘Berhentilah! Cukuplah’! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.

7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: “Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain.

Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia...”

8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan.

Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris ‘OIC’).

Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain dan dia mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini. Saya pernah berkata, “Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tunku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka.

Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka.

Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan.

Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?

11. “Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa.

Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot.” Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.

12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.

13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini

14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, “dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.

15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu ‘di-remodel’ sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa.

Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan ‘’Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu’. Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.

16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’, yakni kaum yang bersikap perkauman.

Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang ‘Islamik’ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .

17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula.

Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ‘menjangkit’ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.

19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”.

Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia.

Terima kasih.

Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sepetang bersama YB Siti Zailah

Friday, July 22, 2011

polis apco lakon semula demo BERSIH...mengapa tak lakon semula siapa sorok baju BERSIH, parang dan bom belakang tokong cina?

Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia Lapang Sasar Bukit Jugra berhampiran Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Banting, di sini, mengadakan satu perhimpunan olok-olok, semalam.

Menurut sumber,perhimpunan itu dilakukan untuk menilai dan menguji sejauh mana kesan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi mengawal perhimpunan haram.

Kira-kira 200 anggota Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dan mereka menggunakan sebuah jentera penyembur air.

Demonstrasi semburan itu dimulakan kira-kira jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Tinjauan di kawasan terbabit mendapati, kira-kira 20 anggota forensik turut kelihatan di lapang sasar berkenaan.

Difahamkan, beberapa orang pemantau terdiri daripada doktor, peguam dan ahli kimia turut berada di situ.

Petugas media dilarang masuk di kawasan lapang sasar tersebut dan hanya berada kira-kira 100 meter dari lokasi, bagaimanapun kesan gas pemedih mata masih dirasai apabila mata mula berair.

Semalam, akhbar melaporkan, sumber berkata, perhimpunan olok-olok membabitkan sebahagian besar anggota dan pegawai polis serta FRU yang bertugas ketika hari kejadian, diadakan bagi mendapat gambaran sebenar kesan gas pemedih mata dan meriam air terhadap orang awam.

Katanya, perhimpunan olok-olok dan prosedur ketika perhimpunan haram itu perlu dikaji kerana banyak dakwaan mengatakan polis bertindak ganas, zalim dan mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap peserta.

Sharpshooter - Selepas ini bolehlah Yusoff Haslam ambil semua polis apco tu sebagai pelakon Gerak Khas...kah kah kah..

Tak payah lakon semula...polis apco suruh jer rakyat buat demo BERSIH 3.0 selepas tu polis apco boleh jemput penerbit, pengarah, videografer, wartawan dan bolehlah polis apco berlakon tunjuk betapa lemah lembutnya polis apco seperti pondam siam auwww tangani perhimpunan BERSIH ...dah tentu akan jadi lebih macam pondan siam auuuwwww....macam ketua depa juga lah...kah kah kah...

Mengapa polis apco tidak mahu lakon semula bagaimana baju BERSIH dan parang pasar malam dijumpai di balakang tokong cina di batu 14, Jalan Gombak?

Yang menariknya ulu parang pun warna merah....itu warna DAP, warna hijau..itu warna PAS, warna biru muda..itu warna Keadilan..ini suratan atau kebetulan atau kepalsuan? kah kah kah

Rakyat nak tahu juga siapa pengarahnya, siapa pelakonnya, dan siapa penerbitnya....rakyat nak tahu siapa pelakon terbaik yang rampas baju BERSIH dan sorokkan dibelakang tokong....rakyat nak tahu siapa pelakon terbaik beli parang dan sorok belakang tokong cina? rakyat nak tahu siapa pelakon terbaik buat bom...bom C4 tak adakah ...kah kah kah


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mat Sabu akan saman polis apco

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya.

Video dibawah adalah video keterangan oleh pihak polis apco kepada wartawan.



Video di bawah ini pula adalah jawapan Mat Sabu tentang isu kononnya beliau berbohong dilanggar oleh polis apco.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, July 21, 2011

BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas

BN Dan UMNO Menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang
Sebagai Berbentuk Rasuah Dan Pancing Undi Bila Belum Ada Pilihanraya Dan RM 100 Diberikan Kepada Setiap Bayi Dan Bukannya Kepada Pemimpin PR.

BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau
Pinang sebagai berbentuk rasuah dan pancing undi bila belum ada pilihanraya dan RM100 diberikan kepada setiap bayi dan bukannya kepada
mana-mana pemimpin PR.

Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh
menyatakan ia ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana
pilihanraya sekarang.

Kemungkinan besar kerajaan PR tidak akan
mengadakan pilihanraya bersama dengan BN sekiranya dijalankan tahun
kerana mandat rakyat adalah untuk lima tahun.

Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO
mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia.

Sebelum ini, Kerajaan PR Pulau Pinang dikutuk keras melakukan rasuah
berikutan kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun
dan RM1,000 "one-off" urusan jenazah kepada waris warga emas pada 2010
demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun
kepada pembangunan negeri.

Ekoran tuduhan BN, saya telah pun menjemput Pengarah SPRM Negeri Pulau
Pinang menyaksikan pemberian wang RM 100 kepada warga emas ataupun
RM1,000 "one-off" urusan jenazah. Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat.

Tuduhan rasuah oleh BN untuk mensabotajkan program penghargaan emas nyata gagal dengan kadar pendaftaran warga emas kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telahpun
mendaftarkan diri.

Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan
jahat rasuah ini kerana memperbodohkan rakyat seakan-akan rakyat boleh
dibeli dengan rasuah RM100 sahaja.

BN dan UMNO perlu menjelaskan mengapa mengutuk kerajaan negeri PR bagi wang sedangkan satu sen pun tidak dibagi kepada warga emas dan bayi semasa BN memerintah Pulau Pinang sebelum ini.

Mesyuarat EXCO besok akan memutuskan pertimbangan memberikan RM 100 wang tunai "one-off" kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini dan tahun berikutnya, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang dan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Sumber kewangan program
baru "Anak Emas Pulau Pinang" ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada lebihan Bajet setiap tahun dan kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.
                                                      LIM GUAN ENG


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

12 tembakan polis apco - cubaan membunuh Anwar



KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.

" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.

Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.

Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.

Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.
Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan." Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan.

Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau." Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video terkini YB Saifudin - Tak ada akta Polis yang mengatakan kena jaga politik umporno

Pastikan anda menonton 4 siri video ucapan terkini YB Saifudin Nasution tentang Perhimpunan "YELLOW" dan "CLEAN"









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ceramah - Mengapa takut BERSIH? bersama YB Saifudin Nasution dan YB Dato' Mahfuz Omar


Tayangan video BERSIH juga akan ditayangkan....mai jangan tak mai....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, July 19, 2011

Isu sokong Ambiga - Jangan buta sejarah

PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata pada PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sampai bila umporno? Insaflah..

Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media masa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.

Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di'butatulikan' pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, "Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi" (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lesen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.

Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam.

Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam.
Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situ pun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Shapshooter - Syabas kepada Ustaz Azizan yang mahu laksanakan "amar makruf nahi mungkar"

Bagaimana pula di Pulau Pinang? Adakah Guan Eng akan ikut jejak Ustaz Azizan atau Ali Rustam?

Inilah masalah umporno, mereka punyai kuasa dan media perdana tetapi sayangnya mereka tidak mahu gunakan sepenuhnya untuk menerangkan Islam yang sebenar tetapi sebaliknya hanya menakutkan bukan Islam tentang Islam.

Seperti sembahyang, puasa, zakat dan menunaikan Haji di Mekah, semuanya itu hanya melibatkan umat Islam dan tidak langsung melibatkan yang bukan Islam, begitulah juga dengan Hukum Hudud dan larangan umat Islam ke pusat hiburan dan bermain judi, ianya hanya melibatkan umat Islam, mengapa yang bukan Islam nak marah dan melenting termasuk DAP?

Yang menyedihkan umporno tidak memberi penerangan sebenar tetapi sebaliknya menakutkan yang bukan Islam dan yang lebih menyedihkan umporno pernah menyokong lesen judi seperti lesen judi bola.

Semoga Islam dapat diberi gambaran keindahan sebenar bukannya menakutkan bukan Islam.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 orang terbunuh serang balai polis kerana tolak permohonan perhimpunan awam.

BEIJING 19 Julai – Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang anggota polis terbunuh apabila orang ramai menyerang balai polis di wilayah bergolak Xinjiang hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, penyerang yang dipercayai masyarakat Islam Uighur menahan beberapa tebusan dan membakar balai polis yang terletak di bandar terpencil Hotan.

Memetik kenyataan Kementerian Keselamatan Awam, antara mangsa yang terbunuh adalah seorang pegawai keselamatan dan seorang pegawai polis.

Menurut Kesatuan Uighur Sedunia yang berpengkalan di Jerman, pertempuran tersebut tercetus selepas polis menolak permintaan kumpulan Uighur untuk mengadakan perhimpunan aman. - AFP


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 18, 2011

Jenazah Mutiara Srikandi PAS selamat dikebumikan.

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONETurut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

NONEAllahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, July 17, 2011

Kehilangan Mutiara Srikandi PAS yang sukar dicari ganti..

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Fatihah." tulisnya di Twitter

AlFatihah!moga di tempatkan bersama para solehin Allah lebih menyayangi mutiara yg kami sayangi - DrLo'Lo' TS Ghazali-teman,rakan,adik di masa senang n susah.Kehilangan yg sukar di ganti..dari twitt Wan Azizah..

Jenazah akan diuruskan di Masjid Al-Akram Dato' Keramat. Jenazah juga akan dikebumikan di tanah perkuburan Dato' Keramat pd pagi esok...Al-Fatihah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone