SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Monday, November 28, 2011

Ku genggam kata-kata azimat perjuangan @syedhusinali

Kongres Nasional berakhir sudah kelmarin, tercatat sejarah di Johor negeri lahirnya umno dan negeri Johor adalah negeri umno yang paling kuat di dunia berjaya ditembusi Keadilan 3 hari 3 malam berkampong di sana.

Sebelah siangnya berkongres sebelah malamnya memberi penerangan kepada rakyat Johor, Alhamdulillah sambutan luar biasa di Johor tak seperti dahulu yang memang sukar untuk ditembusinya.

Biarpun tekanan pihak berkuasa juga luar biasa sikapnya terhadap rakyat Johor terutamanya tuan rumah tempat ceramah tetapi kini rakyat Johor sudah begitu berani menghadapi tekanan pihak berkuasa yang menjadi kuda kepang tunggangan umporno.

Semasa di Kongres, sharpshooter tidak lepaskan peluang bertemu dengan tokoh pejuang veteran Senator Syed Husin Ali, seorang tokoh yang amat sharpshooter hormati.

Kesempatan bertemu berbual dan membeli senaskah buku "MEMOIR Perjuangan Politik Syed Husin Ali" dengan harga RM30 siap dengan tandatangannya dan kata-kata semangat menjadikan buku ini terlalu istimewa buat sharpshooter.

Syed Husin Ali berkata "Kalau mereka kata saya fitnah..saman jerlah..saya tulis dalam buku.."

"Perjuangan tidak ada jalan mudah..yang penting kita tahu apa yang kita perjuangkan dan mesti ikhlas dalam perjuangan..." Katanya lagi.

"Jangan putus asa dengan sepak terajang dalam politik, kena banyak sabar dan istiqamah dalam perjuangan"

Buku ini membongkar rahsia mengapa katak-katak jadian itu melompat..itulah yang membuatkan katak-katak kepanasan bak disalai api melompat tinggi kepanasan...umur katak-katak ini pun dah tak lama..sebab itu mereka kuat mencerca Anwar supaya mereka dipilih untuk menjadi calon B-END.

Selepas Kongres sharpshooter terus bermalam di rumah Pak Long di Kg Melayu Majidee, hari ini akan bertolak ke Singapura..

Sunday, November 27, 2011

Sambutan Ma'al Hijrah di Kongres Nasional

Majlis Ma'al Hijrah dikelolakan oleh Dr Mohd Nor Manuty Biro Pemantapan Agama Keadilan.

"Kita bersaudara dalam agama, kita bersaudara dalam kemanusiaan"

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shamsul Firdaus.

Pidato Ma'al Hijrah disampaikan oleh anak muda Johor Ustaz Abdul Razak Ariffin (ABIM)

Beliau menitiskan air mata bila menceritakan tentang betapa kasihnya Nabi Muhammad dengan umat Islam yang tak pernah melihat Beliau tetapi setiap hari berselawat ke atasnya..

Pengorbanan amat perjuangan. Bukan mudah Nabi Muhammad buat keputusan untuk berhijrah.

Yang penting iktibar dari peristiwa Hijrah adalah perubahan. Pastikan setiap hari adalah lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Salam Ma'al Hijrah 1433

Selamat Menyambut Awal Muharram (Maal Hijrah) 1433H..

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Semoga Allah S.W.T melindungi kita daripada segala hasutan syaitan dan sekutunya, dan daripada nafsu amarah yang mendorong ke arah kejahatan dan kelalaian..

Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya, dan diampuni segala dosa² kita yang lalu..

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W~

Sempena hari yg baik ini, tekadkan hati dan bulatkan keazaman utk kita cetuskan satu momentum besar dlm Diri, Keluarga, Masyarakat, dan Negara seluruhnya agar kembali kpd Roh keIslaman yg sebenar dan membangunkan Roh dan Jiwa agar sentiasa bertaqwa kpd ALLAH swt

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 24, 2011

MAS Rugi RM478 Juta Suku Ketiga, Kerugian Bersih Terkumpul MAS Sebanyak RM1.2 Billion?

Biasanya syarikat penerbangan lain mengumumkan untung berjuta-juta, manakala MAS rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM1.2 billion? Apa dah jadi dengan MAS sekarang ini?

Kami tak pasti jumlah kerugian yang terkumpul sebanyak RM1.2 billion sejak daripada zaman bila? Entah apa silapnya dengan MAS ini. Apabila ditanya kenapa MAS rugi? Ini jawapan berdasarkan kenyataan MAS sendiri…

Bagi kami ini jawapan yang tidak bertanggungjawab di atas kerugian MAS. Susah sangat ker nak mengakui kerugian ini di atas kelemahan pengurusan MAS itu sendiri. Setiap kali membentangkan laporan kerugian MAS, pusing-pusing ini sahaja “modal” yang digunakan bagi menutup kelemahan sendiri.

Perlu diingat jikalau negara berhutang terlalu tinggi, rakyat yang akan terkena tempias bagi menampung kadar hutang yang tinggi. Apabila syarikat rugi pula, pekerja yang akan terkena”tempiasnya”. Tak silap pada 1 Disember 2011 ini, MAS akan umumkan langkah-langkah yang mereka nak ambil bagi membendung kadar kerugian yang kami fikir agak tinggi. Kita lihat apa yang bakal mereka bakal lakukan?

Yang ajaibnya, syarikat bertaraf GLC ini masih mampu “survive”. Inilah kelebihan yang ada pada syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Bila ada masalah begini, kerajaan “yang akan bantu”, bailout (duit rakyat lagi)

Dulu MAS pernah untung. Itupun sebab jual kapalterbang. Untung hanya hanya pada disposal of fixed assets. Bukan untung operasi. Erm….

P/S : Selagi, MAS tak “pancung” overhead cost, tidak mahu mengakui kelemahan sendiri & ada sikap tanggungjawab walau apa yang berlaku serta masih mengamalkan lagi pengurusan yang lemah, harapan MAS untuk menandingi Singapore Airline hanya tinggal harapan.

PP/S : Sedangkan dahulu dikenali Malaysia Singapore Airline (MSA). Berpisah kedua-duanya, di mana kedudukan Malaysia Airline dan Singapore Airline hari ini ini? Jawabnya bagai langit dan bumi....



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wanita Keadilan Pulau Pinang buat laporan polis dan berdemo isu @ShahrizatJalil lembuuuuu....

“Wanita Pakatan Lancar Kempen Anti Pecah Amanah”

Respon kepada tindakan PDRM dan SPRM yang berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung pendedahan Parti Keadilan Rakyat mengenai scandal penyelewengan RM250 juta dan pembelian kondominium kondominium mewah, One menerung bernilai RM9 juta yang menggunakan wang milikan dana awam telah memaksa kami untuk membuat tindakan susulan secara drastic dan menyeluruh.

Maka kami mewakili suara seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan seluruh wanita Malaysia amnya mengambil usaha tindakan bersepadu bersama seluruh pimpinan Wanita Keadilan Negeri untuk melancarkan Kempen Anti Pecah Amanah agar perkara ini disiasat dengan segera.


Di hadapan balai polis Kubang Semang Penanti


Yang ini bukan wanita tetapi pencinta wanita :-) Saudara Rodzi adalah Penunggu di Yayasan Aman Penanti.


Dua bekas bertemu,,,bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Pulau Pinang dan bekas Ketua Wanita Permatan Pauh.








Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Siri Ceramah Gempur Anwar Ibrahim dan pimpinan Keadilan serta Pakatan Rakyat Sempena Kongres Nasional 2011 Parti KeADILan Rakyat di Johor



DEMI RAKYAT


I) Jumaat – 25 November 2011

I) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam

Lokasi: Cathay Restaurant JB, Taman Molek, Johor Bahru


ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Pejabat PKR Tebrau, Taman Daya, Johor Bahru


iii) 9.00 – 12.00 malam - Ceramah Perdana 2

Lokasi: Pejabat PKR Gelang Patah, Jln Keindahan 1, Tmn Skudai Indah, Skudai


2) Sabtu – 26 November 2011

i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1

Lokasi: Batu 8, Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru

ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2

Lokasi : Jalan Sawi, Kampong Bendahara, Johor Bahru

iii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 3

Lokasi: Kampong Parit Kromo, Air Baloi, Pontian


3) Ahad – 27 November 2011


i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1

Lokasi: Pej PKR Simpang Renggam, Taman Cemara, Kampong Shaari,

Simpang Rengam, Johor


ii) 9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS Johor,

Lokasi: Markaz PAS Air Hitam, Dataran Haji Mardi, Air Hitam


Penceramah- Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail

3. YB Azmin Ali

4. YB Saifuddin Nasution

5. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

6. YB Dato’ Mansor Othman

7. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

8. YB Nurul Izzah Anwar

9. YB Tian Chua

10. YB Fauziah Salleh

11. YBhg S. Surendran

12. YB Zuraidah Kamaruddin

13. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

14. YBgh Siti Aisyah Syeikh Ismail

15. YB Azan Ismail

16. YB Johari Abdul

17. YB Lim Boon Chye

18. YB Manikumar

19. YB Xavier Jayakumar

20. YBhg Muhammad Nor Manuty

21. YBhg Rafizi Ramli dan lain-lain




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, November 23, 2011

Hj Najib berbohong...

Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.

"Sebelum ini rakyat seolah-olah dijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah dengan penahanan 13 aktivis PAS." jelas beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bad.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau berkata dengan rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyebabkan perhimpunan aman tidak dapat dijalankan malah tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan.

"Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah." jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:

*Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
negeri.

*Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

*Tiada protes jalanan dibenarkan.

*Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat, Empangan, takungan dan kawasan tadahan air,Loji rawatan air, Stesen penjana elektrik, Stesen minyak,Balai bomba, Lapangan terbang, Landasan keretapi, Terminal pengangkutan awam darat, Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina.

Menurut Ghegu Bad, Rang Undang-Undang tersebut sengaja digubal disaat Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama rang tersebut juga sebagai usaha menghalang kebangkitan rakyat mengadakan protes berhubung kelemahan dan penyelewengan yang sedang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan pimpinan Najib.

Katanya berdasarkan lokasi-lokasi larangan yang telah ditetapkan tersebut menunjukkan tidak ada tempat lagi yang dibolehkan untuk diadakan perhimpunan.

Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".

Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".

Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.

Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.

Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keadilan Pulau Pinang derma RM10 ribu untuk mangsa banjir Thailand


AFTER raising RM80,OOO, the Lions Club of Bayan Baru organised a humanitarian mission to the Thai military camp in Songkhla, Thailand to deliver drinking water, instant noodles, diapers and other necessities.

The club’s Thailand Flood Relief Fund organising chairman Khoo Choon Aun said the visit on Oct 30 was facilitated by the Royal Thai Consulate, Penang.

He said the mission involved a convoy of three trucks and four cars led by the club’s president Datuk Goh Eng Hoe.

Khoo also said the convoy was escorted by the Thai Military Police from Bukit Kayu Hitam to the military camp in Hatyai where they were warmly received by the head of the military camp Colonel Tanin Suwankadee.

He said the aid was handed over to the military, on behalf of the Thai people.

“The mission spent RM50,000 on buying the essential items while the balance RM30,000 was donated to the Rajaprayanugroh Founda-tion,” Khoo said, adding that Thai consul-general Voradet Viravakin had received the RM30,000 cheque on behalf of the foundation on Oct 29.

The club had raised the funds by way of a fund raising campaign during the Bukit Jambul Hikethon on Oct 23.

“We are still continuing with the campaign until the situation in Thailand improves,” said Khoo, who is also the club’s immediate past president.

For those who are interested to help and donate to this cause, contact Khoo at 012-4215252 or Wong at 012-4918721.

Separately, the Penang PKR contributed RM10,000 to the Thai flood victims.

Half of the money was collected from its members and the other half raised in a charity sale recently.

Deputy Chief Minister I Datuk Mansor Othman, who is Penang PKR chairman, handed over the amount to Thai Consul-General Voradet Viravakin at the Thai Embassy on Tuesday.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, November 21, 2011

Mampukah Harimau Malaya KUNING membaham garuda sekali lagi malam ini?


Assalamualaikum dan salam sejahtera....perlawanan yang dinanti oleh peminat bola sepak Malaysia dan Indonesia final bola sepak Sea Games 2011 Harimau Muda vs Garuda Muda. Pertembongan kedua Malaysia vs Indonesia akan berlansung di Stadium Gelora Bong Karno tepat pada jam 8.00pm, 21/11/2011. Team Garuda Muda pasti akan membalas dendam setelah tewas 0 – 1 dipusingan kumpulan. Tugas team Malaysia untuk mempertahankan pingat emas bukanlah mudah kerana Harimau Muda bukan sahaja menentang 11 permain Indonesia tetapi juga akan bertarung dengan puluhan ribu penyokong Merah Putih.

Perlawanan boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 atau boleh juga melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Indonesia atau online live streaming @ RTM live.

Rekod 2 pertemuan terakhir bola sepak Sea Games berpihak kepada Malaysia tetapi rekod tidak menjamin kecemerlangan sesebuah pasukan.

SEA Games 1991: Indonesia 2-0 Malaysia
SEA Games 1995: Indonesia 3-0 Malaysia
SEA Games 1997: Indonesia 4-0 Malaysia
SEA Games 1999: Malaysia 0-6 Indonesia
SEA Games 2001: Malaysia 2-1 Indonesia
SEA Games 2005: Indonesia 0-1 Malaysia

Barisan pemain Malaysia yang jangkakan akan beraksi pada final Sea Games 2011 : Che Mat Khairul Fahmi; Jasuli Mahali, Omar Mohd Asrarauddin, Fazail Mohd Irfan, Mohd Shas Mohamad Fadhli, Ahmad Mohomad Muslim, Othman Mohamd Fandi, Bakhtiar Baddrol, Mansor Muhd Nazmi Faiz, Wan Zakaria Wan Zaharul, Ramlan Izzaq Faris.

Seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah mengharapkan team Malaysia dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos. Tak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara keseluruhan Sea Games 2011 janji Malaysia juara bola sepak. Kejuaraan team bola sepak Malaysia ibarat Malaysia sudah menang keseluruhan Sea Games 2011.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

@saifnasution telanjangkan lagi @ShahrizatJalil mana suara senatak raja sesumpah @EzamNor @dzahrain @zulkiflinoordin ?


Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat pendedahan terbaru sambil berkata dana Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) digunakan untuk membiaya pakej umrah dan dua syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Singapura.

Tiga pemimpin parti itu berkata pada 2010, NFC telah membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran.

“PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat pengerusi eksekutif NFC sendiri,” kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan hari ini dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Rafizi Ismail.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai oleh dana awam seperti itu, kata mereka, lebih membimbangkan adalah pelbagai urus niaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura.

“Justeru, PKR menggesa supaya (Jawaatankuasa Kira-kira Awam Negara) PAC dan (Polis Diraja Malaysia) PDRM menyiasat segala urus niaga antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura,” kata mereka.

Dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.

Global Biofuture Pte Ltd terlibat dalam urus niaga makanan dan bahan api. Semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasar raya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.

Kata mereka, semakan PKR juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

“PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture di Singapura.

“Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura. Semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata mereka, bukti-bukti awal tersebut sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat dalam menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagai syarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan.

Kata mereka, skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliau yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta.

“PKR menyeru supaya Perdana Menteri segera membuat kenyataan mengenai skandal ini, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat Kabinet.

“Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya lagi.

Mereka juga percaya bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh PAC dan PDRM terhadap pelbagai urusniaga melibatkan NFC dan Projek Fidlot Kebangsaan seperti yang diumumkan mutakhir ini.

“Bagaimanapun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung.

“Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya,” katanya lagi.

Sharpshooter - Mamy Sharizat gelap masa depan sebab gelap dan selewengkan duit rakyat.. Mana suara katak raja sesumpah senatak ezam yang kononnya berjuang membanteras rasuah...mana suara katak zul noordin kulim? mana suara katak gemok zahrain? hangpa pun terlibat sama kah?

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, November 18, 2011

@syedhusinali bongkar rahsia buatkan senatak raja sesumpah @EzamNor dan katak @zulkiflinoordin bak cacing kepanasan


Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

Dalam bab yang dinamakannya, ‘Alasan Ezam keluar parti’ - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

NONE"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

“Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali,” tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

“Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang,” katanya.

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tol Tidak Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang



Setelah anda tonton sampai habis...jawabnya mudah sudah sampai masanya b-end dan umporno dikuburkan....


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

DAH LAMA DAH....WAJIB TUKAR...


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kajian - Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”

Pengundi Melayu Pulau Pinang masih beranggapan bahawa kerajaan negeri itu kini ditadbir oleh kaum Cina meskipun kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sejak 2008 popular berbanding dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Kajian kendalian Ilham Centre merumuskan walaupun dahulu Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), sehingga ia tewas pada 2008, tetapi orang Melayu tidak melihat dahulunya negeri tersebut ditadbir oleh pemimpin dari keturunan Cina, sebalknya dipimpin perikatan diketuai Umno.

Ia menambah perkembangan tersebut menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai “kerajaan Cina atau DAP” memberi kesan positif di kalangan kaum Melayu dan dilihat berjaya.

“Oleh itu, imej kerajaan negeri dilihat sebagai kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat,” kata hasil kajian yang dikeluarkan hari ini.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memimpin negeri itu selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kajian itu menambah, walaupun imej Lim sangat dikenali dan dihormati oleh hampir 30 peratus responden, tetapi mereka masih beranggapan bahawa orang Cina yang mentadbir Pulau Pinang.

Lim menerima 30 peratus sokongan responden berhubung soalan tokoh kepimpinan negeri dan tempatan yang dikenali dan dihormati.

Lim disusuli dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Umno negeri Datuk Zainal Osman.

“Sama seperti mereka melihat DAP iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina.

“Walaupun begitu, Lim Guan Eng lebih dikenali dan disegani dengan sikap ‘humble’, mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang. Namun, atas sentimen dan prejudis Umno, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu,” kata hasil kajian bertajuk “Persepsi dan Tanggapan Pengundi Melayu Terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pulau Pinang”.

Kajian yang dikendalikan antara 7 hingga 9 Oktober lalu melibatkan 720 pengundi Melayu berdaftar di kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor serta Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, kesemua dikuasai oleh Umno-BN.

Daripada jumlah itu, 43 peratus respoden merupakan orang Umno manakala baki 57 peratus adalah pengundi atas pagar.

Kajian itu menunjukkan bahawa PAS tidak menjuarai kepentingan memandangkan parti Islam tersebut tidak memberikan kesan di hati pengundi Melayu.

Malah menurut kajian itu, kehadiran PAS tidak dilihat sebagai pembela Melayu-Islam manakala tokoh-tokoh dan kepimpinanya kurang dikenali oleh pengundi berbanding tokoh-tokoh Umno.

“Pada pengamatan Ilham, ini kerana PAS di bawah Pesuruhjaya (PAS) Salleh Man terlalu lemah dan gagal meletakkan PAS dikenali dan disegani oleh pengundi sama ada dari segi kebajikan, program kemasyarakatan, dakwah semuanya tidak membekas di hati orang Melayu,” katanya lagi.

Mengenai kepimpinan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr. Mujahid Yusof, kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang, ternyata dilihat jauh daripada politik Pulau Pinang dan mereka dikatakan tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu Pulau Pinang.

“PAS pula dikaitkan sebagai boneka DAP.

“PKR tidak dilihat boleh membela Melayu walaupun Datuk Mansor dan Exco Abdul Malik Abul Kasim merupakan tokoh Melayu berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri,” kata kajian ini.

Ia menambah, PKR dilihat sebagai parti pelbagai kaum yang agak tidak berideologi Melayu, maka pengundi Melayu melihat bahawa ia tidak dapat membela nasib Melayu.

“Faktor (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak dilihat dapat mempengaruhi keseluruhan pengundi Melayu di Pulau Pinang, dan hanya berkesan di beberapa kawasan terutama di Permatang Pauh.

“Selain itu, isu yang melibatkan PKR juga sedikit sebanyak memberikan perspektif negatif seperti isu Timbalan Ketua Menteri lama (Fairus Khairuddin) dan isu lompat parti,” katanya lagi.

Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.

Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.

Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri.

Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008.

Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus.

Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus.

Daripada 720 respoden yang ditemui itu, seramai 57 peratus merupakan pengundi dikategorikan sebagai mereka atas pagar manakala 43 peratus lagi kalangan ahli Umno.

Bagamanapun menurut hasil kajian itu, pengundi Melayu mengharapkan agar nasib mereka dibela dan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka.

Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, “jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain.”

“(Mereka) mahukan bantuan ‘one-off’ dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri.

“Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap ‘bias’ dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan,” katanya lagi.

Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah ‘down to earth’ dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”

“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang,” katanya lagi.

Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR.

“Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno,” katanya lagi.

Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara ‘one-off’ sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit,” katanya lagi.

FAKTA 1 : P.Pinang sejak dari dahulu berada di bawah pemerintahan Ketua Menteri Cina 1. Wong Pow Nee (MCA), 2. Lim Chong Eu (Gerakan), 3. Koh Tsu Koon (Gerakan), 4. Lim Guan Eng (DAP).

FAKTA 2: Tetapi isu perkauman / agama tidak timbul dahulu kerana pembangkang dahulu (DAP/PKR/PAS) adalah rasional dan matang, bukan seperti parti pembangkang sekarang (UMporNO/BN)

FAKTA 3: Utusan Melayu adalah media umporno yang penuh dengan unsur2 propaganda perkauman terlampau..

FAKTA 4: Lim Guan Eng memerintah dan mengendalikan P.Pinang jauh lebih baik daripada Koh Tsu Koon

Dua Poster di bawah adalah sebahagian yang telah sharpshooter siapkan..yang lain akan menyusul...klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas...



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ustaz Asri @mindatajdid bidas @drhasanali

Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.

Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — “solar-powered talking bible”.

“Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran,” kata beliau lagi.

Bateri injil tersebut dikatakan mampu dicas semula mengguna kuasa solar.
Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan memetik jawapan bertulis Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias bahawa ada sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.

Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.

Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam ini berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.

Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu.

Dalam reaksinya, Asri berkata, “bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi.”

“Hari ini segala bacaan sama ada al-Quran ataupun Injil boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan ‘download’ semua bacaan ini. Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya,” katanya lagi.

Asri menambah, beliau berpendapat bahawa kenyataan Hasan tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar kitab Injil yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah.

“Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup. Setiap yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki.

“Peranan golongan agama di era ini, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara Muslim, “maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan Jais membuat kerja yang lebih bermanfaat dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya.”

“Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana. Jais boleh pastikan dulu alat itu ‘mendapat tauliah’ supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas,” katanya yang akhir 2009 dikenakan tuduhan oleh Jais berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, November 17, 2011

Keadilan mahu buat kejutan di Johor

Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama Keadilan untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,

“Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Keadilan Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.

Kongres Kelapan Keadilan akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.

Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita yakin dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat. Paling tidak pun, kita akan dapat tambah kerusi di negeri dianggap kubu kuat Umno ini,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Keadilan Johor, Chua Jui Meng dan Ketua Keadilan Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Selain itu, Anwar juga berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah, jawatan Perdana Menteri hanya akan disandang oleh pemimpin yang sama untuk tempoh dua penggal sahaja.

“Menteri pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution ada sebab tertentu mengapa kongres kelapan parti itu diadakan di Johor.

“Kita tidak buat di Melaka, Perlis, Sabah atau Sarawak yang juga belum pernah jadi tuan rumah. Daripada rekod kita, trend di negeri di mana tujuh kongres diadakan sebelum ini, kemudiannya menjadi medan yang subur untuk parti dan Pakatan Rakyat. Lihatlah kejayaan kita di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan,” katanya.

Untuk kongres kali ini yang bertema ‘Demi Rakyat’, seramai 2,534 perwakilan yang mewakili 218 cabang seluruh negara dan 1,055 pemerhati berdaftar dijangka akan hadir.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, November 16, 2011

Dr Zul cabar Kementerian Pengangkutan benarkan semak dokumen pembelian gerabak EMU 38 set



Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mencabar Kementerian Pengangkutan membenarkan beliau sendiri menyemak dokumen pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd (ZELC) dengan kos RM1.9 bilion secara runding terus memandangkan siasatan pihak berkuasa menunjukkan tiada unsur penyelewengan.

Dakwaan sebelum ini menyebut pembelian itu untuk kegunaan KTM Berhad dari syarikat China itu dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga ditawarkan melalui tender sebelumnya.

“Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU, yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku penokoktambahan harga yang tidak munasabah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya memohon jasa baik YB Menteri Pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang telah saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU yang telah dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC,” katanya.

Wakil rakyat PAS itu menambah, memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pengangkutan, “saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.”

Katanya, melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, beliau percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EMU enam gerabak terbabit.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bertanya “apakah semua pegawai KTMB yang ditemu bual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?”

“Apakah SPRM telah menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China?” katanya lagi yang membangkitkan isu ini di Parlimen pada 29 Jun 2010.

Dzulkefly menambah, beliau difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC yang berpejabat di Hong Kong memandangkan ZELC, yang berpangkalan di Zhuzhou dikawal selia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi melibatkan keluar masuk wang.

“SPRM (juga) dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang dikemukakan oleh ZELC,” katanya lagi.

Katanya, berdasarkan spesifikasi diberi oleh KTMB, semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan set yang mempunyai harga tidak akan mempunyai jurang perbezaan besar.

“Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China termasuk ZELC dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.

“Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ‘elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ‘kickback’ ejen tempatan,” katanya.

Pada Julai 2010, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mendesak SPRM menyiasat urusan pembelian 38 unit EMU terbabit kerana pembeliannya didakwa melebihi harga asal tender.

7 soalan yang perlu dijawab :-

(1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?

Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.

Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.

(2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?

Pohon semak dokumen

Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?

Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.

Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.

(3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.

Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.

Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.

Kawal ketat kerajaan China

(4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?

(5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.

Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.

SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
dikemukakan oleh ZELC.

(6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.

Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.

Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan.

(7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ESOK SPR PAMIR SENARAI 42,051 PENGUNDI HANTU

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai esok hingga 31 Disember ini.

Senarai nama itu akan dipamer melalui laman web SPR dan laman web pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.

Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata langkah itu bagi membolehkan pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamer tampil membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka.

“Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya,” katanya dalam kenyataan.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau melalui faks 03-8888 9112 atau menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Pengumuman mengenai pameran nama-nama diragui itu diumumkan awal bulan lalu.

Ia telah dipamerkan di 1,000 lokasi awam selama seminggu sejak 27 Oktober lalu.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video antara hujah @saifnasution @khairykj dalam isu @ShahrizatJalil dilembu hitamkan dan bahan bukti

Mari kita hayati betul-betul dalam video dibawah ini apa yang dihujahkan oleh MP Machang dalam Parlimen tentang isu Shahrizat Jalil lembu



Hujah ketuat pemuda umporno dalam isu lembu...



Jawapan balas MP Machang Saifudin Nasution dan MP Batu Tian Chua terhadap Khairy



Jawapan Rafizi Ramli



Jom kita baca dan faham skandal lembu shahrizat ni betul2 siap dengan bahan bukti sekali...

kondo mewah RM9.8 juta1 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

Skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar menjadikan episod pendedahan disebalik anugerah projek mega Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM250 juta yang sudah terbukti milik keluarga Datuk Shahrizat Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) semakin berpanjangan.

Melihatkan lokasi kondo mewah tersebut sahaja, membuatkan kami menarik nafas panjang. Mana tidaknya, kalau anda “tiada kemampuan” untuk membeli kondo mewah ini sekitar RM2 juta sehinggalah harganya yang setinggi RM11 juta, janganlah bermimpi untuk memiliki mana-mana unit kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini.

Kami sertakan 2 keping gambar kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini di sini utnuk tatapan anda…

kondo mewah RM9.8 juta 4 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
kondo mewah RM9.8 juta 3 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

Dan paling pentingnya di sini, kaitan dengan kondo mewah tersebut dengan anugerah projek Fidlot (Feedlot) Kebangsaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bernilai RM250,000,000,000 (RM 250 juta), sehingga dibongkarkan satu lagi skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta tersebut melalui 4 transaksi yang berjaya dikesan pada 2 Disember 2009.

kondo mewah RM9.8 juta 7 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

Di bawah ini adalah butiran bergambar yang dikesan menunjukkan transaksi yang berlaku pada tarikh yang dinyakan di atas bagi pembeli kondo mewah RM9.8 juta :

kondo mewah RM9.8 juta 2 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

National Feedlot Corporation (NFC) didakwa telah melakukan :

  • 4 transaksi dari akaun semasa NFC itu sendiri di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail
  • Traksaksi didakwa telah diberikan kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondo mewah RM9.8 Juta di One Menerung, Bangsa
Kemudian tak cukup dengan itu, kami akui Kementerian Pertanian & Asas Tani di bawah menteri, Datuk Seri Noh Omar telah menjawab isu projek Fidlot Kebangsaan ini. Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini terdapat percanggahan maklumat yang ada:
kondo mewah RM9.8 juta 6 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

1) Pertamanya, berdasarkan semakan hansard kenyataan Datuk Seri Noh Omar pada 31 Oktober 2011 bahawa hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Bermaknanya di sini berdasarkan kenyataan menteri, dana tersebut belum disalurkan sepenuhnya kepada NFC. OKEY.

projek lembu1 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini, melalui carian rasmi di SSM telah menunjukkan secara jelas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada :
  • PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000 (RM250 Juta)
  • GERAN KERAJAAN RM 6,082,518
kondo mewah RM9.8 juta 8 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?
2) Persoalannya yang seterusnya, juga sekali kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan projek ini telah pun tercapai sasarannya. Kalau begitu tahniah kami ucapkan kalau dah tercapai sasarannya.
Tetapi, persoalan keduanya di sini sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan sendiri oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sebelumnya adalah seperti berikut :
fidlot7 Kondo Mewah RM9.8 Juta : Keluarga Datuk Shahrizat Jalil Guna Dana National Feedlot Corporation (NFC)?

P/S : Tugas menteri dan pihak-pihak terlibat dalam isu ini mudah sahaja, perjelaskan isu pembelian kondo mewah RM9.8 juta ini dan juga penjelasan “setelus mungkin” mengenai isu dan status projek mega fidlot kebangsaan ini.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/