SharpShooter Followers

Sunday, June 03, 2012

Bantulah anak yatim ini menuntut di UIA..

Pagi ini sharpshooter menghantar anak sedara bernama Aina'a Mardhiyah Bt Zonbakry ke Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya.

Beliau merupakan anak yatim serta anak sulong dari lapan beradik. Ayah mereka telah pergi buat selamanya pada tahun 2008 akibat serangan jantung. Ibunya bernama Norlela Idris, mereka tinggal di Cherok To'kun, Bukit Mertajam. Bukan mudah bagi seorang ibu tunggal membesarkan lapan orang anak yg masih kecil.

Adiknya yang kedua Nurul Aliah kini menuntut di Sekolah Agama Tarbiah Diniah di Kulim. Adiknya yang ketiga Abu-Zar di Sekolah Tahfiz, Keladi, Kulim. Adik yg keempat Nurul Nazihah mengaji di Sekolah Tahfiz di Kg Pelet. Manakala adiknya yang empat lagi masih belajar di Sekolah Keb Juara, Cherok To'kun.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya..

Sesiapa yang ingin membantu meringankan bebanan ibu tunggal ini, maka bolehlah memberi sumbangan terus kepada anaknya melalui Bank Muamalat atas nama Ainaa Mardhiyah Bt Zonbakry acc no 0701-0021945728

Semoga Allah permudahkan dan memberkati segalanya.. Amin..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone