SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Saturday, June 30, 2012

NILAI RENDAH SEORANG SARJANA MELAYU - AIC

Tiada perkara yang memalukan nilai intelektual yang dijulang tinggi dalam masyarakat, apabila seorang sarjana mencerca seseorang yang lain apatah lagi dengan mengancam menggunakan kata-kata yang mencerminkan kerendahan nilai diri sendiri. 

Terdorong dengan ucapan 'separa sedar' yang dikeluarkan oleh Dr Kassim Ahmad, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya wujud sesuatu yang tidak kena pada nilai diri Dr Kassim sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan supaya Dato Seri Anwar Ibrahim digantung kerana dituduh mengkhianati rakyat.

Malah dalam wawancara itu, Dr Kassim turut menghina himpunan rakyat pada 1998 yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai perhimpunan ala Nazi, dan sekaligus menafikan hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan ekspresi terhadap kebobrokkan yang berlaku dalam negara.

AIC menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Dr Kassim Ahmad ini dan kecewa kerana merasakan perkara ini hanya berpaksi kepada kemarahan peribadi dan memuaskan hati sendiri semata-mata, Tuduhan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengarahkan pengharaman buku tulisannya adalah satu lagi rungutan tidak berasas.

AIC hairan bagaimana seseorang yang terpelajar, dan masak dengan susur galur politik negara boleh dipergunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik orang lain. Sebagai mantan Presiden  sebuah parti Sosialis, Dr Kassim Ahmad tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam politik Umno apabila menyertai parti itu kemudiannya dan inilah faktor utama yang mendorong kekecewaannya.

MUHASABAH DIRI DAN HIDUP DALAM REALITI

Dr Kassim Ahmad sewajarnya bermuhasabah diri dan hidup dalam kenyataan bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna dalam kehidupan sebagai ahli akademik dan politikus. AIC sebagai suara anak muda ingin menolak kebencian yang cuba ditanam oleh Dr Kassim Ahmad bukan sahaja kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga kepada mana-mana individu politik di negara ini.

Sebagai seorang sarjana, Dr Kassim Ahmad harus sedar bahawa beliau sudah diberi peluang yang banyak untuk membuktikan kajian serta pandangannya. Beliau , pada 26 tahun yang lalu telah diberi ruang berdebat dengans seorang lagi tokoh iaitu Dr Ahmad Awang namun gagal meyakinkan umum tentang ideanya yang jelas menolak hadis.

Hiduplah dalam realiti bahawa tidak ada salahnya mengakui kesilapan diri, sebaliknya mengembalikan realiti itu untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih baik. Tindakan dan amarah Dr Kassim Ahmad tidak menyumbang satu apa pun ke arah kebaikkan negara, tetapi inilah punca perpecahan dan kegoyangan intelektual yang akan menular dalam masyarakat.

Jika seorang sarjana boleh mengeluarkan satu kenyataan dan ancaman dahsyat, maka tidak hairan negara akan melahirkan generasi yang lebih tersasar pemikiran dan waktu itu Dr Kassim Ahmad pasti termenung memikirkan bahawa inilah jasa yang beliau taburkan dalam benih pembentukkan bangsa. 

AIC dengan tegas menolak segala ancaman dan kenyataan keras Dr Kassim Ahmad, dan tidak apologetik untuk mengkritik tindakannya. Sebagai generasi baru, AIC tidak memilih untuk kagum dengan kelantangan Dr Kassim Ahmad yang tiada standard, malah akan melawan sekeras-kerasnya politik dan kenyataan kebencian yang serupa.

AIC percaya seseorang ahli akademik dan sarjana akan datang boleh menjadikan Dr Kassim Ahmad sebagai satu rujukan bahawa tidak semua perkara yang kita lakukan boleh dan berupaya menjadikan diri kita sebagai betul, sesekali berpijaklah di realiti dan terimalah kekalahan pemikiran sebagai pedoman.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

DENDAM PERIBADI DAN TEKANAN EMOSI MELAMPAU

Masyarakat diluar sana terutamanya orang Melayu terus disogok dengan kenyataan - kenyataan yang rendah nilai kemanusiaan meskipun kadangkala ianya datang dari wawancara seseorang yang bergelar intelektual; atau sekurang-kurangnya yang menganggap diri mereka seorang intelek.

Kenyataan terbaru dari seseorang yang kononnya mengaku intelek ini adalah daripada Dr Kassim Ahmad yang menempelak Dato Seri Anwar Ibrahim seperti yang diterbitkan dalam Malaysiakini edisi Bahasa Melayu yang dengan jelas menyebut tajuk Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kenyataan berbaur kebencian ini tidak wajar keluar daripada mulut seorang intelek Melayu, apatah lagi AMK Selangor melihat ini sebagai satu serangan peribadi yang tidak wajar dilakukan oleh Dr Kassim Ahmad kerana siri-siri kegagalan beliau sendiri untuk mendapat sokongan umum dalam setiap perkara yang beliau lakukan.

Dr Kassim Ahmad juga dilaporkan menyebut sering bernada tegas dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan berniat untuk "meludah. menempeleng , memancung dan mengantung" Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.

DENDAM DAN TEKANAN EMOSI MELAMPAU

Angkatan Muda Keadilan Selangor percaya kenyataan seumpama itu hanya akan didengari daripada individu yang mempunyai tingkah laku dan pemikiran penuh dendam dan berbaur emosi. Dr Kassim Ahmad dalam rungutannya telah menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang, yang dituduh menjadi dalang mengharamkan buku kontroversinya yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula pada 1986. 

Kenyataan ini wajar disanggah kerana melihat situasi pada 1986, Dato Seri Anwar Ibrahim bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa; untuk mengharamkan atau sekurang-kurangnya mempengaruhi sebarang tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku tersebut. Ini jelas satu tuduhan melulu, penuh emosi dan dendam dari seorang penulis yang kecewa dan lara akibat penulisannya yang diharamkan oleh kerajaan.

Memetik ulasan Dr Ahmad Awang iaitu bekas Naib Presiden PAS yang menyebut bahawa Dr Kassim Ahmad pernah diberi peluang untuk berdebat 26 tahun lalu dan tidak ada apa yang perlu didebatkan lagi memandangkan beliau sangat degil untuk mempertahankan hujahnya walaupun dengan jelas ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

AMK Selangor percaya masyarakat Islam Melayu terutamanya boleh mengabaikan kenyataan keras Dr Kassim Ahmad kerana ianya jelas beremosi dan penuh kecelaruan kerana pandangannya tidak diterima oleh umum sejak sekian lama.
Dr Kassim Ahmad seharusnya cermin diri dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya meyakinkan pihak lain untuk menerima ideanya, dan mengambil jalan mudah untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam.

Kemungkinan juga Dr Kassim Ahmad inginkan sesuatu sebagai imbuhan dari kerajaan sesuai dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 20 Jun lalu agar kajian semula pengharaman buku kontroversinya dan menjadikan platform ini untuk menentang Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Seharusnya Dr Kassim Ahmad selaku ahli akademik dan seorang mantan Presiden sebuah parti politik mempunyai jiwa yang lebih besar dan menerima perbezaan pendapat serta menghormati mana-mana pandangan yang tidak menyebelahinya. Tetapi agak mengecewakan apabila beliau mengambil jalan pintas untuk menjadikan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran mudah kemarahan beliau.

AMK Selangor percaya Dr Kassim Ahmad perlu belajar menjadi lebih terbuka serta merendah diri dan boleh mengambil Dr Syed Husin Ali sebagai contoh terbaik. Terimalah kenyataan bahawa dunia masih menghormati dan mengagumi peribadi pemikiran dan sahsiah Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi Dr Kassim Ahmad menghabiskan hujung usianya untuk menjadi alat pihak-pihak berkepentingan dan akhirnya menemui segala usahanya akan berakhir sia-sia. 

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 29, 2012

"Sivaji The Bos" dijangka umum calon Padang Serai dan Kulim Bandar Baru pada malam ini

Anwar Ibrahim dijangka umum 2 tokoh hebat Keadilan pada malam ini yang akan bertanding di Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Baru.

Sudah pasti katak pisang 'zulparpu' dan katak puru 'go-bala' akan demam tak kebah macam penyokong Jerman yang masih "menangis tak berlagu..." Kah kah kah... Adakah mereka berani bertanding pertahankan jawatan mereka atas tiket bebas?

Siapakah calon tersebut...anda teruja nak tahu siapakah 2 tokoh hebat Keadilan itu? Mai jangan tak mai malam ini..jumpa di sana...

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah

Merdeka Rakyat

29 Jun 2012 (Jumaat)

1) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Sultan Abdul Hamid, Taman Ria Jaya, Sungai Petani

2) 6.00 ptg – 12.00 mlm –  

Majlis Bersama  Masyarakat India & Ceramah Perdana

Lokasi: Padang Awam , Taman Ria Jaya, Sungai Petani

Penceramah:

i.  YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.  YB Sivarasa Rasiah

iii. YB  Manikavasagam

iv. YB  Dr Dzulkifli Ahmad

v.  YB Lee Guan Aik

vi. YBhg Dato' Ramachandran      

3) 9.00 – 12.00 mlm –

Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi: Stadium Mini Kulim,

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Saifuddin Nasution

iii. YB Dr Ismail Salleh

iv. YBhg N. Surendram

v. YBhg Dato' Wan Salleh Wan Isa


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Parlimen mungkin bubar hari ini - @azminali

Azmin Ali  tidak menolak kemungkinan Parlimen akan dibubarkan oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini.

Ini kerana, katanya PM telah mengarahkan satu mesyuarat khas tergempar yang melibatkan semua Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini.

Namun, ramai meragui pandangan beliau ini kerana jangkaan mereka pilihan raya tidak lagi akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Namun, ekoran sambutan hari pertama IPO FGVH positif, kemungkinan itu tetap ada kerana ramai mengandaikan saham ini akan menjunam jatuh sebagaimana saham Facaebook selepas ini.

Untuk permulaan ini, ia boleh naik dengan sokongan pelbagai jentera kerajaan BN dan bantuan syarikat GLC terhadap IPO ini.

"Pecutan terakhir kita (PKR) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tarikh kita belum tahu tetapi nampaknya terlalu dekat.

"Esok (29 Jun) parti kita (PKR) akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat, dan pada masa yang sama Perdana Menteri (Najib) juga memanggil satu mesyuarat khas tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

"Hari esok (Jumaat) hari yang sama, tempat berbeza sebab parti berlainan. Sebab kita telah buat perkiraan, jika esok (29 Jun) Majlis Tertinggi BN bermesyuarat pagi, petang dia (PM) boleh bubar Parlimen.

"Sabtu (30 Jun) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat mesyuarat, dia terus umum tarikh penamaan calon dan pembuangan undi. Jika dia (BN) buat esok, masih ada kemungkinan (pilihan raya) sebelum Ramadan," ujar Azmin dalam ceramahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 PKR Peringkat Negeri Terengganu, di sebuah hotel, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat bakal menamatkan kemarau berhubung pertindihan kerusi antara PKR, PAS dan DAP di seluruh negara.

Azmin menyifatkan, jumlah kerusi terbabit terlalu kecil dan yakin perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik selepas beberapa siri rundingan berlangsung sebelum ini.

"Insya'Allah, dalam masa satu minggu atau dua minggu lagi, kita (Pakatan Rakyat) akan bersidang sekali lagi untuk meneliti beberapa kerusi yang masih bertindih dan jumlahnya terlalu kecil untuk kita pertimbangkan," jelasnya.

Apa yang penting, katanya persiapan yang teratur dan terancang perlu dilakukan bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Menurutnya, semua pimpinan PKR Terengganu mesti memberikan tumpuan dan fokus lebih bersungguh di peringkat Cabang, Ranting serta dareah mengundi.

"Insya'Allah, dengan persiapan ini kita (PKR) akan lebih teratur dan terancang menghadapi pilihan raya yang ke-13. Saya berharap pimpinan-pimpinan di negeri Terengganu memberikan tumpuan dan fokus khususnya di peringkat Cabang, Ranting dan daerah mengundi.

Sementara itu, dakwaan pihak tertentu mengenai hubungan dingin beliau dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Gombak tersebut menafikan desas-desus berkenaan yang sengaja diperbesar-besarkan media.

"Baru hari Ahad lepas, Tan Sri Khalid memilih untuk turun ke Batu Caves dalam Parlimen Gombak. Saya selaku Ahli Parlimen, selaku Ketua Cabang menyambut dan meraikan kehadiran Tan Sri Khalid.

"Utusan (Malaysia) tidak melaporkan, TV3 tidak melaporkan. Jadi hubungan saya dengan Tan Sri Khalid baik, tak ada masalah" ujarnya.

Sehubungan itu, Azmin turut mengakui bukan mudah untuk memimpin negeri ini yang hingga kini, telah 12 orang pernah jadi Pengerusi PKR di negeri Terengganu.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

#Euro 2012 Akhirnya gergasi German tersungkur juga ... Gergasi umno juga akan tersungkur pada PRU 13..

Tepat ramalan malam ini..akhirnya gergasi German tumbang dan tersungkur juga dikaki Italy..kepada semua penyokong German..jangan gundah gulana dan menangis noooo...

Selepas gergasi german tumbang dan tersungkur...gergasi umno juga akan tumbang dan tersungkur pada PRU 13..InsyaAllah...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 28, 2012

Euro 2012 - Germany bakal terkulai layu di kaki Italy


Sepanyol merupakan pasukan pertama layak ke perlawanan akhir setelah menang dengan tendangan penalti menewaskan pasukan Portugal semalam. Kini Sepanyol menanti samada pasukan German atau Italy yang akan melangkah ke perlawanan akhir.

German biarpun pasukan yang paling konsisten dan hebat serta gagah dalam Euro 2012 dan masih kekal rekod tanpa kalah, namun sharpshooter yakin biar segagah mana pun seperti Barisan Nasional, pasti akan kecundang akhirnya. German bakal terkulai layu di kaki Italy....kepada penyokong German..jangan marah nooooo....hehehehe




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Misi tawan Perlis...jom pakat-pakat kalih....




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Peluang Pakatan Rakyat pertahan P.Pinang 50-50

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ternyata cukup berhati-hati ketika bercakap mengenai masa depan parti itu dan juga kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya tidak mahu terlalu yakin ... setakat 50-50 cukuplah," katanya kepada Sinar Harian dan Sinar Harian Online di sini, semalam.

Guan Eng berkata, beliau lebih selesa untuk cakap berlapik meskipun sokongan rakyat Pulau Mutiara dilihat masih kekal berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR)

"Walaupun sokongan masih kuat, dan semakin kuat, kita masih perlu kerja kuat juga.

Tidak boleh terlalu selesa atau terlalu yakin kerana jika terlalu yakin, itu boleh jadi perangkap," katanya

Bagi Guan Eng, peluang empat tahun memerintah Pulau Pinang masih tidak boleh dijadikan sandaran. Atas sebab itu katanya, bersikap merendah diri adalah lebih praktikal.

"Saya hanya percaya pada pengiraan undi. Yang lain-lain, saya tidak mahu rasa terlalu selesa. Kita masih 50-50 sebenarnya," katanya Ketua Menteri penggal pertama ini.

Guan Eng berkata, menang atau tidak bukan dalam tangan beliau atau DAP.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Plat PKR dibuka hari ini

Setelah disiarkan no tender PKR pada minggu lalu, hari ini no pendaftaran PKR selain dari yang telah ditender, telah di buka hari ini. Harga dari RM210 hingga RM310 sahaja.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 27, 2012

KEKUATAN UMNO SELANGOR HANYA LAYAK UNTUK MENANGGUK DI AIR YANG KERUH!

KEADILAN Selangor tidak berasa hairan dengan sikap ditunjukkaan oleh Dato' sri Mohd Zin Mohamed;

Setiasausaha UMNO Selangor berhubung Geran Selangorku di akhbar Sinar Harian, Rabu 27 Jun 2012 hari ini.

Semenangnya itulah sikap UMNO, hanya menjadi juara 'menangguk di air yang keruh' demi cita cita politik mereka.

Seperti yang telah disebutkan KEADILAN Selangor minggu lepas, UMNO akan mengambil ruang dan akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada jika dapat menghidu sedikit perbezaan pandangan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat untuk melaga lagakan pimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan YAB. Tan Sri Khalid Ibrahim dan KEADILAN Negeri Selangor yang diketuai oleh YB Azmin Ali. Percayalah, usaha itu tidak akan berhasil!

Belanjawan Geran Selangorku yang 1/6 peruntukannya adalah untuk kerja kerja infrastruktur dituduh UMNO sebagai kononnya untuk kepentingan politik PR. Jawapan KEADILAN Selangor kepada Mohd Zin, apakah tujuan peruntukan 1Malaysia yang dijaja ke seluruh negara itu bukan untuk kepentingan politik UMNO BN? Apakah matlamat utamanya?

Siapakan yang membekal ikan Kepada kedai 1Malaysia? Bukankah Kedai Rakyat 1Malaysia itu memberi peluang kepada kroni UMNO? Geran selangorku, satu sen pun tidak masuk ke kantung KEADILAN Selangor!

Inilah UMNO, mereka buat sedikit bantuan kepada rakyat, tetapi berpuluh lagi bantuan, adalah kontrak kepada kroni UMNO! Berbeza dengan matlamat Geran Selangorku.

Jika Mohd Zin mendabik dada kononnya UMNO Selangor berhak bertanya dari mana Geran Selangorku bernilai RM300juta itu, maka KEADILAN Selangor juga ingin bertanya, kemana suara Mohd. Zin dan UMNO Selangor bila syarikat Talam berhutung dengan kerajaan negeri zaman kerajaan BN dahulu?

Siapakah yang 'berhasrat menyembunyikan' hutang tersebut untuk mendapat laba kemudiannya? Kemana Mohd Zin dan UMNO Selangor sembunyi muka bila kes NFC dibongkar? Duit pinjaman oleh seorang suami menteri untuk tujuan ternak lembu dibuat pelaburan dalam pembelian hartanah! Apakah UMNO Selangor buta, pekak dan bisu?

Kepada UMNO Selangor, usahlah bersikap 'kuman di seberang laut jelas kelihatan, gajah di depan mata buat buat rabun, tidak nampak dan akhirnya buta!'

Saya cabar Mohd Zin, jika hebat sebagai bekas Menteri Kerjaraya dari UMNO, dapatkanlah hak rakyat negeri ini tambahan bajet pembaikan infrastruktur jalan persekutuan.

Lihat sendiri berapa banyak jalan jalan persekutuan tidak dibaiki di Selangor! Kenapa perlu sekat peruntukan ini? Nasib baik ada. Geran Selangorku yang sedikit sebanyak menampung kekurangannya. Sengaja tidak memberi peruntukan agar kerajaan PR Selangor nampak buruk dimata rakyat dengan menyekat dana pembaikan jalan persekutuan di negeri Selangor, adalah tindakan yang sama zalimnya dengan menyekat kemudahan pinjaman PTPTN pelajar baru baru ini.

Ia tindakan orang yang bangkrap politik dan tidak diterima dalam masyarakat politik matang.

Dato Mohd Zin tidak perlu bersusah payah cuba mengajar, dalam PR kami semua tidak seperti pimpinan UMNO yang hanya angguk, jika ada keperluan memberi teguran pada pimpinan, hatta kepada Menteri Besar sekalipun, kami tidak malu malu bertanyakan terus kepadanya tanya sembunyi sembunyi seperti UMNO yang menikus bila jalan jalan persekutuan di Selangor tidak diberi dana selengara dengan sepenuhnya. Bahkan lebih memalukan, ada menteri kabinet dari Selangor yang suka menyekat apa juga peruntukan dari persekutuan kepada rakyat di Selangor. Sikap UMNO Selangor ini amat jijik, supaya matlamat untuk memburukkan kerajaan PR Selangor tercapai, mereka sanggup menyekat keperluan pendidikan mahupun kemudahan jalan supaya rakyat kembali menyokong UMNO. Mual sungguh tindakan ini.

Jika UMNO hebat sangat memperjuangkan hak rakyat, saya cabar UMNO Selangor bertanya kepimpinan kerajaan persekutuan kenapa hutang Tajudin Ramli RM480juta boleh dilupuskan? Tidakkah itu duit rakyat? Atau adakah ia duit UMNO yang dirompak dari rakyat? KEADILAN Selangor ingin sekali mendengar Mohd Zin bertanya di Dewan Rakyat, bila pinjaman yang disalah guna oleh suami bekas menteri akan dikembalikan? Beranikah Mohd Zin?

Kepada pimpinan UMNO Selangor, berhentilah untuk melagakan pimpinan KEADILAN Selangor dengan kerajaan negeri kerana ia tidak akan berjaya. KEADILAN Selangor dapat membezakan mana satu sahabat seperjuangan, siapa pula musuh politik yang sering bermain wayang kononnya berjuang untuk rakyat. UMNO lah juara penipunya!

Kepada Mohd Zin, KEADILAN Selangor ingin berpesan; bukan selalu 'menahan lukah di pergentingan dapat ikan, adakalanya juga dapat ular yang berbisa'. Silap haribulan, 'lukah yang di pasang UMNO, terkena pula pimpinan UMNO negeri yang lain seperti di Ampang'. Hati hati Dato, tunggu sahaja sampai lukah itu penuh!


SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isu Khutbah -terbukti umporno memfitnah lagi

Gambar - YB Abdul Malik bersama Pengerusi Khariah Masjid Abu Bakar as-Sidik, Abu Bakar Bakilani dan Setiausahanya Jaafar Che Mai selepas sidang akhbar di KOMTAR

ISU KHUTBAH JUMAAT - JANGAN ADU DOMBA KEHARMONIAN UMAT  ISLAM PULAU PINANG

Umat Islam  Pulau Pinang dan media massa dinasihatkan agar tidak mengadu-domba perkara berkaitan kepentingan umat Islam di negeri ini. Segala permasalahan umat, sekiranya timbul, seharusnya ditangani secara berhemah dan mengikut saluran yang ditetapkan agar agama Islam dilihat sebagai agama perpaduan dan keharmonian. 

Menggunakan saluran media, lebih-lebih lagi  memaparkan fakta yang kesahihannya diragui tidak akan membantu ke arah memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

Berhubung doa khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Taman Guar Perahu, Permatang Pauh pada 22 Jun 2012,  pihak saya sedang menjalankan siasatan berikutan laporan Buletin Utama  TV3 pada 23 Jun dan 24 Jun 2012.

Sehubungan itu, pada 24 Jun 2012 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT menyiasat perkara tersebut.

Pihak JHEAIPP hanya menerima aduan bertulis, daripada anak khariah pada 26 Jun 2012, berdasarkan sepucut surat bertarikh 25 Jun 2012.    

Pihak JHEAIPP juga telah menghubungi Pengerusi Khariah untuk mendapatkan maklumat berkaitan, dan juga telah menerima rakaman khutbah yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khariah berkenaan pada 25 Jun 2012.

Khutbah yang dibacakan khatib jemputan berkenaan adalah berkaitan Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

Siasatan awal JHEAIPP  mendapati bahawa khatib telah berdoa seperti berikut :

"Berikan kemenangan kepada jemaah Islam ya Allah, ya Allah hancurkanlah ya Allah kepada orang yang memberikan penindasan, menyeleweng yang menipu ni ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah dalam pilihan raya yang akan datang ni ya Allah."

Justeru, mengapa pimpinan Umno/BN begitu terasa terpalit dengan seruan dan doa khatib berkenaan ? Padahal khatib tidak menyatakan secara khusus kepada mana-mana pihak. Siapa yang makan cili , dia terasa pedasnya.

Ketika siasatan dalaman masih dijalankan, tidak wajar kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dalam Utusan Malaysia  bahawa tindakan perlu diambil mengikut Akta Hasutan kerana menggunakan masjid untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

Datuk Musa sewajarnya membuat laporan polis sekiranya beliau merasakan pihak berkenaan telah melanggar akta hasutan.  

Saya juga difahamkan laporan polis juga telah dibuat oleh Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan pada 26 Jun 2012, berhubung kejadian tersebut.

Tohmahan terbuka mendahului siasatan yang mencalarkan imej Islam pernah dilakukan oleh beberapa pemimpin Umno dan media massa kawalan Umno sebelum ini.   

Mengungkap kejadian  dua tahun lalu, sekitar Ogos 2010 ketika umat Islam menyambut Ramadan, peristiwa yang hampir sama berlaku iaitu khatib jemputan mendoakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan taufik dan hidayah. Sebaliknya media menfitnah kononnya khatib menggunakan nama Ketua Menteri menggantikan Yang Dipertua Agong.

Beberapa laporan fitnah telah menjadi sebahagian amalan media kroni.  Fitnah yang dicanang media Umno, khususnya Utusan Malaysia, terbukti apabila mahkamah telah memberikan kemenangan sebanyak dua kali kepada Ketua Menteri ke atas saman yang difailkan oleh beliau. 

Usaha fitnah Umno melalui media kongkongannya, cuba mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya, tanpa mengambilkira dosa pahala.

Ini membuktikan Umno semakin nazak, ketandusan fakta untuk mencalarkan imej negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Isu yang cuba digembargemburkan oleh Umno/BN itu mencerminkan bahawa pemimpin mereka muflis idea dan begitu takut dengan bayang-bayang sendiri.

Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak menjauhkan budaya fitnah dan mengangkat budaya hujah agar budaya politik kita berkembang lebih matang. Lebih-lebih lagi,  Ramadan Al-Mubarak bakal menjelang bulan depan, di mana umat Islam akan ke madrasah Ramadan untuk melengkapkan rukun Islam yang ke-3.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sepatutnya gantung yg membunuh bukan gantung yg berbeza pendapat.

Kita gantung yang membunuh Altantuya. KIta gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual Kad Pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. kita gantung yang menjual kerakyatan. Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. 

Pemimpin2 umporno bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung.

Kita jadi pandir jika melayan puak UMporNO. Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMporNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini?

Dr Mahathir sendiri yang kata- memang pemimpin UMporNO yang sekarang ini orang2 bodoh dan half past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam UMporNO. Sebab itu Dr Mahathir kata, UMporNO sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh.

Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang UMporNO yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita.

Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau UMporNO tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau UMporNO tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau UMporNO tidak ada, Raja Melayu akan lenyap. Takde orang Melayu mati di Kelantan bila UMporNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMporNO tewas di Pulau Pinang- bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMporNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu.

Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja ke atas SEMUA rakyat bukan raja untuk UMporNO sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk UMporNO sahaja, maka nanti jika UMporNO tiada, raja Melayu lenyaplah.

Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada UMporNO bererti pendek umur untuk semua orang Melayu.

Mari kita tengok lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. pemimpin gerombolan UMporNO rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skendal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertangung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya.

Orang kata ya- dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin UMporNO yang mengatakan 'come on give him some humanity'.

Yang terlebih bodoh antara pemimpin UMporNO ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan, pemimpin UMporNO menganjurkan jalan pintas.

Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan UMporNO, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang2 UMporNO? Ambiga itu lahir di mana?

Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat UMporNO yang terkurang cerdik di Malaysia menyarakan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu.

Apabila isu demi isu di timbulkan- pemimpin UMporNO merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar?

Jika isu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin UMporNO adalah usaha memburukkan nama orang UMporNO menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isu2 yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang?

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh UMporNO lagi. Jika kita bersedia mengutuk isu2 yang di timbulkan terhadap UMporNO sebagai mainan politik semata2- maka kesediaan serupa mesti di beri ke atas segala isiu terhadap pemimpin parti pembangkang.

Semua isu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik UMporNO yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja2 Melayu adalah gimik politik UMporNO. Hanya kali ini sahaja UMporNO menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja2 Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, UMporNO lah yang hendak gantung raja2 Melayu.

Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang2 pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan Negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat2 pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung.

Kita gantung semua yang mencuri perbedaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM 1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mahathir pesara jiwa kacau bilau

Mahathir mungkin satu-satunya pesara jawatan tertinggi di Malaysia dan dunia, yang tetap memenuhkan setiap hari yang dilaluinya dengan kesibukan mengkritik dan memikirkan tentang politik.

Jika pesara lain yang pernah menjadi Perdana Menteri atau Presiden mana-mana negara, mereka hanya lebih banyak menjalani kehidupan santai bersama keluarga dan anak cucu serta sesekali menghadiri jamuan selepas meletakkan jawatan, ini tidak berlaku kepada Mahathir.

Sejak melepaskan jawatan pada 2003 dan kemudian berlaku episod Anwar dibebaskan dari penjara, perselisihannya dengan pengganti yang dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah dan keputusan buruk pilihanraya 2008, Mahathir menjadi seorang pesara yang tidak pernah duduk diam.

Menjelang pilihanraya akan datang ini di mana musuh utamanya, Anwar sedang mengintai untuk menuju ke Putrajaya dan dalam masa yang sama UMNO semakin ditolak rakyat, Mahathir kelihatan semakin sibuk dan menjadi tidak tenang jiwanya.

Pelbagai pandangan, tulisan, kritikan dan ucapan mengenai politik, masa depan negara, UMNO, Anwar dan sebagainya sudah diluahkannya. Matlamatnya tidak lain, mengelak impian Anwar menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.

Baru-baru ini beliau bercakap tentang demokrasi, pembaharuan dalam pentadbiran Najib yang disifatkannya menggalakkan ekstremisme dan kebimbangannya jika Anwar menyalahgunakan kuasa setelah berjaya menjadi Perdana Menteri dan seterusnya memungkinkannya di bawa ke muka pengadilan dan dipenjarakan.

Jelas bahawa Mahathir mulai bimbang dengan kebangkitan rakyat yang mahukan pembaharuan sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negara sebelum ini.Namun dengan membuat andaian bahawa kemungkinan beliau akan menjadi mangsa balas dendam Anwar, beliau mengharapkan rakyat menolak perubahan dan lebih melihat kesan buruknya berbanding kebaikannya.

Mahathir akan terus mengkritik Anwar dan pembangkang sehingga tarikh pilihanraya diumumkan dan ketika tempoh kempen, keaktifannya mungkin berganda lagi. Jiwa pencennya tidak akan tenang selagi Anwar masih bernafsu untuk merebut kuasa.

Beliau ghairah mempertahankan UMNO bukan sangat kerana sayangkan Najib tetapi semata-mata mahu mengelak rakyat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Jika diimbas pencapaian dan kejayaan Mahathir menundukkan musuh-musuh politiknya, beliau sepatutnya sudah boleh menggunakan tempoh persaraan ini dengan jiwa lebih tenang. Semua musuh politiknya berjaya ditunduk dan dijinakkan. Beliau memang boleh berbangga dengan pencapaian itu.

Tetapi putaran kehidupan menjadikan beliau lebih serabut dan kalut berbanding bekas musuh-musuh yang pernah dikalahkannya itu.

Musa Hitam, musuh politiknya yang pertama, kelihatan lebih enjoy dan tenang di usia persaraan ini dengan menceburi dunia korporat dan banyak menghabiskan masa di luar negara. Tengku Razaleigh yang ditewaskannya pada 1987, walaupun masih aktif dan bernyawa dalam politik tetapi jiwanya kini juga pasti lebih tenang dan santai berbanding Mahathir. Begitu juga dengan Pak Lah, sejak bersara pada 2009, beliau mengambil keputusan bersara sepenuhnya dan tidak pernah menyusahkan penggantinya iaitu Najib.

Masanya banyak dipenuhkan bersama keluarga dan hanya sesekali muncul di khalayak ramai.

Hanya Anwar, musuhnya yang turut tidak tenang tetapi Anwar belum bersara dan sedang gigih mendaki tangga untuk menawan Putrajaya.

Kenapakah Mahathir tidak setenang Musa Hitam, Ku Li dan Pak Lah?

Mahathir menjadi sedemikian rupa tentunya ada kaitan dengan langkah-langkah politik yang dilakukannya sepanjang 22 tahun berkuasa yang kadang-kadang dilihat zalim dan keterlaluan. Beliau tidak pernah ada perikemanusiaan terhadap penentang yang mahu menggugat kuasa yang sedang disandangnya.

Apabila melantik Pak Lah sebagai penggantinya, beliau antara lainnya tentulah mengharapkan dapat bersara dengan aman dan tenang. Tetapi bermula dengan pembebasan Anwar dari penjara dan kemunculan pengaruh KJ menyebabkan Mahathir kembali menyingsing lengannya. Dan sejak itu, sekitar tahun 2004 sehinggalah sekarang, Mahathir menjadi seorang pesara yang tidak tenang jiwanya.

Mahathir kini bagai diburu oleh dosa-dosa silamnya. Kerakusan untuk mempertahankan kuasanya suatu ketika dahulu sehingga tiada perasaan belas terhadap orang lain menyebabkan beliau kini sentiasa dibayangi ketakutan dan kebimbangan.

Walaupun mengakui tidak bimbang jika nasibnya menjadi seperti Hosni Mubarak atau Muammar Gaddafi tetapi keaktifannya bersuara akhir-akhir dan mahu rakyat mengelak perubahan berlaku dalam politik negara seperti di beberapa negara Arab, jelas bahawa Mahathir mempunyai kebimbangan itu.

Jika UMNO dan BN tumbang, bukan sahaja legasinya akan musnah malahan kedudukan dirinya sendiri juga menjadi tidak menentu. Masa depan anak-anaknya dalam politik dan perniagaan juga menjadi buntu. Bolehkah kita membayangkan bagaimana kehidupan Mahathir jika Anwar menjadi Perdana Menteri?

Dengan kita pun tidak mampu membayangkannya, maka tentulah Mahathir sendiri tidak mahu membayangkan nasib dirinya ketika itu nanti.

Kiranya apa yang sedang dilaluinya kini dinamakan pembalasan, Mahathir tentunya sedang meniti detik-detik sengsara akibat dosa-dosa silamnya. Sementara menjalani kehidupan hari tua tidak sebagaimana bekas Perdana Menteri lainnya di mana-mana di dunia ini, dan jika sesekali terbayang di kepalanya kemungkinan UMNO kehilangan kuasa dan Anwar pula menduduki kerusi Perdana Menteri yang pernah didudukinyan selepas pilihanraya akan datang ini, derita jiwanya pasti lebih parah lagi.

Mahathir kini sedang bertarung mengelakkan semua itu.

#Shahbudin Husin

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, June 26, 2012

Separuh Akhir Euro 2012 - Portugal vs Sepanyol - Portugal diramal menang


Bahang Euro 2012 semakin panas dan mendebarkan apabila 4 pasukan terbaik akan bertarung di Separuh Akhir. Pasukan pilihan sharshooter - Portugal merupakan pasukan pertama yang berjaya layak ke separuh Akhir Euro 2012. Ramai kawan-kawan terutamanya penyokong England masih gundah gulana di atas kekalahan pasukan England, Jangan gundah gulana, ayuh bersama sharpshooter sokong pasukan Portugal :-)


Tempat biasa yang selalu sharpshooter menonton bersama Jingga 13 Penang adalah di Dewan Bandaran, Padang Hj Ahmad Badawi, Butterworth, tempat yang baru-baru ini PAS Pulau Pinang mengadakan perhimpunan Hijau ke Putrajaya. Jumpa di sana... :-) Penyokong Sepanyol jangan marah noooo...hehehehe



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Benarkah dasar DAP mengancam Islam?

Jom ke sana....




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, June 25, 2012

Video penjelasan @rafiziramli - "siapa kata saya tak boleh bertentang mata dengan Faekah?" terus serang @NajibRazak




Usaha umno untuk menangguk di air yang keruh isu perletakan jawatan Rafizi Ramli ternyata kantoi lagi...malah Rafizi terus menyerang Najib...

Rafizi Ramli menegaskan bahawa perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah kerana beliau mahu menumpukan usaha menyusun strategi parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional. Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya. Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional. Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional. Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik. Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka. KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik.

Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat. Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor. Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka
.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

@NajibRazak pertahan kewanitaannya...

Gambar hiasan

Sekali lagi sharpshooter seru pada semua penyokong Pakatan Rakyat...jangan desak najimah debat dengan Anwar Ibrahim lagi ok...pertama sebab dia tu menteri wanita...kedua sebab debat bukan budaya kita... budaya kami bershopping...kih kih kih..

Malaysia Kini - Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakannya mengambil alih kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan tidak melantik anggota parlimen wanita untuk portfolio itu.

Perdana menteri berkata, tindakan itu hanya sementara dan selepas memenangi pilihan raya, menteri wanita akan dilantik menggantikannya.

NONEBercakap dalam sesi soal jawab di Parlimen, Najib (kiri) berkata, melaksanakan program kementerian dan memperkasakan situasi wanita lebih penting pada masa ini.

Pembangunan wanita sudah mencapai tahap kejayaan di bawah pemerhatian kita, kata Najib lagi.

Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) dalam soalan tambahannya bertanya kenapa kementerian itu diketuai lelaki sedangkan terdapat dasar untuk memastikan penyertaan 30 peratus golongan wanita dalam proses membuat keputusan.

Najib memangku jawatan yang dikosongkan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil - yang diasak hebat dalam isu Nasional Feedlot Corporation (NFC) - selepas tempoh perkhidmatannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Aduhai... semenjak jadi Menteri Wanita ni, sudah pandai pakai rantai. Mungkin ini wassatiyyah yang Umno perjuangkan... Yang pasti ni bukan ajaran Rasulullah

Gambar-gambar yang ada dibawah memang jelas menunjukkan Najib sememangnya memakai rantai..

Aku kurang pasti samada Najib ini memakai rantai emas atau perak biarpun kilauannya seperti emas hanya Najib sendiri dan Rosmah yang boleh jelaskan.





Mungkin Najib memakai rantai tersebut bagi menyesuaikan diri dengan jawatan Menteri Wanita yang dia pangku sekarang..

Atau mungkin juga Najib memakai "rantai kesihatan" berteknologi Nano dan Quantum Physic memang jadi trend bagi lelaki hari ini apatahlagi yang kaya raya demi menjaga kesihatan.

Pemakaian rantai yang bukan bertujuan untuk perhiasan diri tapi lebih kearah menjaga kesihatan (aku tak pasti pulak fatwa Ulamak untuk hal ini...sengaja malas nak research).

Kebanyakan hukum atau fatwa MENGHARAMKAN pemakaian perhiasan wanita oleh lelaki walaupun ada yang mengharuskan nya dari segi kesihatan.DENGAN SYARAT rantai atau gelang itu dibuktikan secara saintifik oleh saintis Islam sebagai berupaya menyembuh.

Tapi hingga kini tiada satu pun yang boleh dibuktikan sebagai berupaya mengubati atau menyembuh...jadi faham faham sendirilah…

Cuba tengok apa hukumnya lelaki memakai rantai ni..



Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata: Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (riwayat Bukhari]






Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

YB @fuziah99 dedah wajah sebenar MCA isu Lynas

Saya merujuk kepada kenyataan Dato Seri Liow Tiong Lai, Dato Ng Fook Heng, Dato Ti Lian Ker dan YB Phang Tzu Ming sewaktu didalam ucapan di mesyuarat agung MCA bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang di laporkan didalam beberapa akhbar bahasa Mandarin hari ini.

Nampak gayanya MCA cukup punyai ketakutan yang amat sangat terhadap saya. Sehinggakan ketiadaan saya di Parlimen minggu lepas dijadikan bahan ucapan utama Mesyuarat Agung Tahunan mereka di Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan. Saya perhatikan seolah-olah isu Lynas dan saya sudah merupakan mimpi ngeri buat MCA. Saya juga perhatikan bahawa pemimpin MCA sanggup menyebar fitnah terhadap saya semata-mata untuk meraih kembali sokongan yang tentunya sudah cukup hilang terhadap MCA.

Saya pergi keluar negara untuk belajar dan bekerja dan bukan untuk bercuti. Lagi pun saya belajar tentang strategi pilihanraya.

Ketidak hadiran saya sewaktu perbahasan isu PSC tempoh hari tentu sama sekali tidak menafikan segala usaha saya menentang kehadiran LAMP selama 3 1/2 tahun yang lepas ini. Dan apa pun yang dikatakan oleh MCA tidak boleh menafikan segala usaha tersebut. Rakyat juga cukup memahami bahawa hati saya disebelah rakyat setiap kali isu Lynas saya bangkitkan di Parlimen mahupun di luar Dewan.

Ingin juga saya ingatkan bahawa yang pergi bercuti ke Australia di atas tajaan Lynas dan sekembali mereka ke Malaysia mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat ialah merupakan dua orang ADUN MCA.

Para pemimpin MCA juga tidak langsung bersuara tentang isu Lynas dari 2008 sehinggalah 2011. Mereka membisu sewaktu MITI membawa Lynas ke Malaysia dan ke Pahang pada awal 2008. Mereka juga membisu sewaktu setiap kali saya bangkitkan isu Lynas di Parlimen. Mereka hanya bersuara selepas mereka melihat rakyat menentang Lynas. Mereka bersuara kerana takut kehilangan sokongan rakyat. Maka dengan itu, janganlah mereka cuba untuk menjadi jaguh pula pada ketika ini.

Rakyat lebih mengetahui apa yang mereka inginkan dan apa yang baik untuk rakyat amnya. Pemimpin MCA harus ikhlas berjuang untuk kebaikan dan kesihatan rakyat dan bukan untuk mendapat sokongan semata.

Saya tegaskan disini sekali lagi bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng dan tidak harus dibenarkan beroperasi. Segala laporan PSC yang telah dibentangkan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan helah untuk membenarkan LAMP beroperasi. Rakyat tidak akan tertipu lagi.

Sekian Terima Kasih.

Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, June 24, 2012

Datuk Omar Osman berbohong

Pejabat  Ketua Menteri Pulau Pinang berasa kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan Datuk Omar Osman untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan penjawat awam.

Pejabat Ketua Menteri telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Datuk Omar Osman tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Datuk Omar  Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

Selama ini, Ketua Menteri adalah rakan seperjuangan kepada Kesatuan Pekerja dan telahpun berjumpa dengan Persatuan-Persatuan Sekerja seperti MTUC dan NUBE. Malah Kerajaan Negeri pun telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud  sebagai senator baru- baru ini.

Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.

Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut.

Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs.
 
Nor Diana binti Mohd Zabidi
Pembantu Khas kepada Ketua Menteri
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jom santai bersama Sivaji The Bos di Penang hari ini..

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang

Merdeka Rakyat

24 Jun 2012 (Ahad)

1)  2.30 ptg – Santai / Teh Tarik Di Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya

2)  5.00 ptg – Hi-Tea

Lokasi: Dewan JKKK Simpang 3 Kubang Ulu , Kuala Mengkuang

3) 7.15 mlom – Solat & Tazkirah Maghrib Serta Pelancaran Masjid Berkembar Gaza Dan Kubang Semang

Lokasi : Masjid Kubang Semang

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi:  Padang Awam Taman Bersatu, Nibong Tebal

(Hadapan Sek Tuanku Abd Rahman)

5) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Mansor Othman

iii. YB Law Choo Kiang

iv. YB Maktar Shapee

v. YB Tan Beng Huat

vi. Sdr Che Gu Bard

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, June 23, 2012

Yop!!!..jom bersama Sivaji The Boss..misi tawan Perak.

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

Merdeka Rakyat

23 Jun 2012 (Sabtu)

1) 2.00 – 6.00 ptg – Majlis Dailog Anak Muda Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Hillcity Hotel, Ipoh

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (4.30 ptg)

ii. Sdr Saifuddin Shafi Abdullah

iii. Sdr Rafizi Ramli

iv. Sdri Siti Aishah Sheikh Ismail

2) 8.00 pg – 6.30 ptg – Konvensyen Keadilan Negeri Perak

Lokasi : Dewan Chin Woo, Jalan Hussein, Ipoh

Ucapan Penutup oleh  Dato' Seri Anwar Ibrahim (5.30 ptg)

3) 7.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Surau Muhamadiah, Kg Ahmad said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Markas Pakatan Rakyat, Kg Bendang Kering, Kuala Kangsar

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Muhammad Nor Manuty

iii. YM Dr Raja Al Hiss Raja Iskandar

iv. YB Chang Lih Kang

v. Ustaz Zulkifli Ibrahim

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi: Taman Ria, Simpang, Taiping

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iii. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty

iv. YB Tien Chua

v.  YB S. Kesavan

vi.  YBhg Che Gu Bard

vii. YBhg Haji Ismail Yusof


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, June 22, 2012

TINDAKAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP KES TANG HAK JU

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang keputusannya berpihak kepada Kerajaan Negeri bersabit kes tanah Tang Hak Ju, Kerajaan Negeri melalui YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri sedang menguruskan tuntutan untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta secara professional melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Adalah tidak wajar untuk mendedahkan strategi perundangan yang akan diambil untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta kerana ianya hanya akan memberikan peluang kepada pihak defendan untuk menentang.

Tindakan YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri telah bermula dan akan diteruskan bagi mendapatkan semula wang tersebut. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri memberikan jaminan akan bertindak dengan penuh professional dan dengan segera demi mendapatkan balik RM14.7 juta wang awam.

Dato' Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 21, 2012

Ahad ini jangan lupa Himpunan Hijau di Penang



PAS Pulau Pinang memilih Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth iaitu tapak penubuhan PAS tahun 1951 sebagai lokasi 'Perhimpunan Hijau dan XPresi Anak Muda' pada 24 Jun ini selepas Negeri Johor dan Perak berjaya menyambutnya dengan gilang gemilang.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man menambah, program khas itu untuk meningkatkan daya juang jentera PAS di negeri ini bagi menangkan lebih banyak lagi kerusi.

Menurutnya ianya wajar disambut oleh penyokong tegar atau golongan atas pagar yang mahu melihat PAS berkembang hebat sepertimana parti lain dalam gabungan Pakatan Rakyat.

"Saya selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menjemput semua ahli PAS, penyokong atau golongan atas pagar untuk bersama mendengar amanat Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang serta beberapa tokoh tempatan pada sebelah malam, " tegasnya ketika dihubungi.

Jelas beliau, program yang bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam diisi dengan berbagai program dari dua sayap parti iaitu Dewan Pemuda dan Muslimat.

Sementara itu Pengarah Program kepemudaan, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pada sebelah petang hari tersebut acara pemuda membabitkan konvoi bermotosikal berkuasa tinggi dari ARC dan kelab Scram RIDER, demontrasi silat, persembahan Zua XPDC, pertunjukan Silambam, Tarian Naga dan paluan gendang cina serta konsert kumpulan nasyid UNIC.

Selain bersantai bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dan pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS para peserta juga diminta membawa sejadah sendiri untuk sembahyang berjemaah magrib dan Insya di padang.

Pada sebelah malamnya pula pentas utama akan dipenuhi oleh pemidato hebat iaitu Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri,Ustaz Afnan Hamimi.

Ujar Ustaz Afnan lagi, ahli PAS diminta tidak melepaskan peluang berhimpun dilokasi berkenaan untuk menghayati sejarah perjuangan ahli terdahulu yang bertungkus lumus menggerakkan perjuangan sehingga ia ditubuhkan secara sah.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sapina pertama telah keluar...selepas ini sapina Pak Menteri @NajibRazak dan @Zahid_Hamidi pula akan menyusul...?



Video yang Najib benci sangat...

Sapina kepada pembantu kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.

(Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel ketika memaklumkan Jasbir sebagai saksi pertama)

"Penghantaran sapina ini dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan," kata satu kenyataan media Sekretariat Suaram hari ini.

"Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan," kata kenyataan itu lagi.

Suaram mengulas kenyataan Jasbir Singh Chahl sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.

Jasbir Singh Chahl juga berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.

Menurut Suaram, peguam mereka di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan Jasbir adalah salah seorang saksi kes ini dan mahkamah telah mengeluarkan sapina untuknya.

Suaran adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.

Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.

Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.

Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1000 orang, malam tadi.

“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isterinya, Mazlinda dan bapanya.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Zahid Hamidi juga dinamakan sebagai saksi oleh peguam Suaram.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bekas tahanan ISA dakwa dipukul dan dikencing

Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.

Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.

Sharpshooter - Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua tahanan ISA, sepatutnya bicara di Mahkamah bukan tahan tanpa bicara, apakah ini negara komunis?




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Lawatan @cmlimguaneng ditunda hari ini kerana jerebu, @ongchinwen beri bantuan unit penutup hidung dan mulut di sekolah



Lawatan Ketua Menteri Lim Guan Eng ke Dun Bukit tengah yang sepatutnya berlangsung petang ini ditunda pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Ini adalah disebabkan keadaan jerebu yang semakin teruk di Pulau Pinang.

YB Ong Chin Wen selaku Adun Bukit Tengah telah memberi sumbangan unit tutup hidung dan mulut kepada semua 9 buah sekolah dalam kawasan Dun Bukit Tengah.
















Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/