SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, July 31, 2012

Isu cukai kereta - RM8 billion akan dipulangkan kepada rakyat bukan kepada kroni umno

PEMOTONGAN CUKAI EKSAIS KERETA: PENGURUSAN PERMIT IMPORT (AP) YANG LEBIH BAIK JANA SUMBER KEWANGAN NEGARA MENGGANTIKAN CUKAI EKSAIS  

Kebimbangan yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dan sesetengah pihak bahawa penghapusan cukai eksais kereta demi menurunkan harga kereta akan mengurangkan hasil kerajaan dan menjejaskan ekonomi adalah tidak tepat.

KEADILAN telah menjelaskan bahawa jumlah cukai RM8 bilion yang dianggarkan dikenakan ke atas rakyat sekarang ini sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyat.

Jumlah ini akan dibelanjakan oleh rakyat di dalam ekonomi negara yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ini akan meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan syarikat dan individu. Kesan berganda kepada ekonomi negara jika jumlah RM8 billion ini dipulangkan kepada rakyat adalah lebih tinggi berbanding jika ia berada di dalam poket kerajaan.

Malah, pengurusan permit import (AP) kereta yang lebih baik juga akan menambahkan lagi pendapatan negara.

Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak hasil dari penghapusan cukai eksais secara berperingkat.

Perlu diingatkan, Umno/Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

Sistem AP bukan sahaja menyebabkan harga kereta yang lebih tinggi tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Janji Umno/Barisan Nasional supaya hasil dari AP ini akan digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra di dalam sektor automotif juga tidak ditepati. Di dalam ucapan belanjawan 2010, Dato' Seri Najib telah mengumumkan bahawa setiap AP akan dijual pada harga RM10,000 dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam satu tabung untuk membantu usahawan Bumiputra.

Bagi tahun 2011, sebanyak 600,123 unit kenderaan didaftar. Dari jumlah itu, 533,515 unit dikeluarkan dan dipasang di Malaysia, bermakna sejumlah 66,608 AP telah dikeluarkan dalam tahun 2011 bagi kenderaan import. Jika benar hasil AP yang bernilai RM10,000 setiap satu ini telah dimasukkan ke dalam satu tabung untuk usahawan Bumiputra, sepatutnya pentadbiran Dato' Seri Najib telah membelanjakan RM666 juta setiap tahun untuk membantu usahawan Bumiputra dalam sektor automotif seperti yang dijanjikan.

Sehingga kini, kita masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai tabung ini atau pun hasil AP yang telah dibelanjakan untuk rakyat.

Sebab itu, KEADILAN mencadangkan supaya kerajaan akan datang kekal dengan komitmen untuk menghapuskan AP menjelang tahun 2015 supaya tidak melanggar peraturan WTO dan AFTA yang telah dipersetujui.

Dalam tempoh 3 tahun di antara 2013 dan 2015, langkah-langkah berikut wajar dilaksanakan bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan:

1.      Penjualan AP akan dibuka kepada bidaan umum bermula dengan harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api, demi menggalakkan lebih banyak kereta yang menjimatkan bahan api diperkenalkan;

2.      Harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kategori kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan bahan api yang lebih;

3.      KEADILAN percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan

4.      Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan walaupun harga AP akan ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.

Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.

Pada masa yang sama, hasil kutipan cukai yang lain juga dijangka akan meningkat apabila perbelanjaan rakyat berikutan suntikan RM8 bilion merancakkan ekonomi negara.

KEADILAN merasakan formula ini adalah lebih baik berbanding pendekatan mencekik darah rakyat melalui cukai eksais berkali ganda yang menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan.
 
                       
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 30, 2012

Mengapa Pak Menteri meroyan bila Pakatan Rakyat mahu turunkan harga kereta

Alahai Pak Menteri kenapa meroyan bila dengar Pakatan Rakyat akan turunkan harga kereta jika berjaya tawan Putrajaya? Kenapa kata jejas ekonomi, kenapa kata negara akan muflis jika harga kereta diturunkan? Rakyat ketawa bila tengok Pak Menteri meroyan kah kah kah..

Oi Pak Menteri...apa khabar mantan PA? betul ke Hasbi itu penggubal duit haram? duit tunai lebih kurang 2 juta yang dijumpai di rumahnya ketika musim Perayaan Tahun Baru Cina itu duit siapa? duit dia ke atau duit bos dia?

Rakyat sudah tahu rupanya setiap kereta tempatan berharga RM40 ribu, cukai Kerajaan BN kenakan RM16,500....baca di sini...laaa tingginya cukai kepada rakyat? kata rakyat didahulukan? betul ke?

Rakyat sudah tidak sabar nak mengundi untuk tumbangkan BN..tengok BN ingat cukai kereta yang tinggi...

Utusex Meloya - Jejas ekonomi, muflis jika pembangkang turunkan harga kereta

TASEK GELUGOR 28 Julai - Kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais kereta diturunkan seperti yang mahu dilaksanakan pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain itu, ia mendedahkan rakyat khususnya yang terlibat dengan industri automotif kepada situasi muflis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, penghapusan cukai kereta akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion.

Menurutnya, penurunan jumlah besar tersebut pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

"Rakyat yang daif tidak dapat meningkatkan kehidupan kerana kerajaan kekurangan duit untuk membantu mereka. Memanglah harga kereta turun tetapi jika berlaku mendadak, bagaimana pula pengusaha dan pekerja kedai kereta terpakai? Mereka boleh muflis," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di sini hari ini.

Nor Mohamed memberitahu, janji sedemikian menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), kita sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebelum itu melawat rumah Leha Nayan, 76, di Kampung Baru Tok Jawa, Labuh Banting di sini.

Dalam program berkenaan, TNB membuat kerja-kerja pendawaian bagi membolehkan bekalan elektrik disalurkan ke rumah warga emas tersebut.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, July 29, 2012

JANJI TAK DITEPATI - MP Tuaran keluar BN sokong Pakatan Rakyat

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, July 28, 2012

Saham Facebook merudum CEO rugi RM22 billion

Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya merosot AS$7.2 bilion (RM22 bilion) sejak penyenaraian awam awal (IPO) dua bulan lalu, ekoran penurunan harga saham sejak kelmarin.

Usahawan muda itu dilaporkan bernilai AS$19.1 bilion (RM59.2 bilion) berdasarkan pada harga tawaran IPO AS$38 sesaham pada Mei lalu.

Beliau menjual 30 juta saham pada hari penyeneraian untuk menjana tunai dan membayar cukai.

Zuckerberg masih memegang 503 juta saham ketika IPO dirumuskan.

Laporan CNN menyebut bahawa setakat tengah hari semalam, pegangan pengasas Facebook itu bernilai AS$11.98 bilion (RM37.2 bilion).

Pun begitu, meskipun hanya memiliki pegangan bernilai RM37.2 bilion, Zuckerberg masih berada dalam kategori 72 orang paling kaya di dunia, demikian menurut pemantauan Forbes.

Sejak disenaraikan dua bulan lalu, Facebook mengalami kemerosotan nilai saham tetapi ia menjunam semenjak dua hari.

Syarikat itu mengeluarkan laporan pemerolehan pertama sejak IPO, kelmarin.

Bagaimanapun para pelabur dilaporkan kecewa dengan laporan itu, sekali gus harga sahamnya merosot ke paras paling rendah setakat ini.

Pada Mei lalu, sahamnya dipasarkan di paras AS$22.28 sesaham berbanding AS$38 sesaham dua bulan lalu - penurunan sebanyak 41 peratus.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jom jayakan program bubur lambuk dan iftar




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Din Sharpshooterhttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, July 27, 2012

Ketua Menteri P.Pinang @cmlimguaneng sedia disaman oleh 2 pemimpin umno

Lim Guan Eng berkata, beliau sedia disaman gara-gara mengulas mengenai pembabitan dua pemimpin Umno negeri dalam penjualan tanah di Balik Pulau yang mengaut keuntungan kira-kira RM5 juta.

"Jika mereka mahu menyaman kita (kerajaan negeri), mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian. Kita tidak takut kerana kita mempunyai fakta dan maklumat mengenai dakwaan kita," kata Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kontroversi ini timbul apabila Pengarah Urusan Maison Height merangkap Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi syarikat berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang) didedah menjual tanah itu selepas membeli daripada 31 pemilik tanah berwajib di Kampung Terang, Balik Pulau.

Difahamkan, Maison Height ditubuhkan pada 6 Mac 2009 untuk tujuan pembinaan, tanah, pelaburan dan pemajuan hartanah serta perdagangan am. 

Maison Height didedah mempunyai modal berbayar RM1 juta dengan Musa mempunyai RM500,000 saham dan Omar memiliki RM449,999 saham. RM1 saham berbaki dimiliki oleh adik Omar bernama Omar Harun.

Pada 31 Januari lepas, Maison Height didedah berjaya mendapat pindah milik tanah seluas 9.362 ekar berkenaan daripada 31 Melayu dengan harga RM8.6 juta atau RM21 sekaki persegi.

Maison pada 6 Mac lepas, didedah menjual kepada pihak ketiga, iaitu Kay Pride Sdn. Bhd. dengan harga RM33 sekaki persegi.

"Maison Height atau Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan hampir RM5 juta daripada transaksi tanah dalam (kira-kira) masa tiga setengah bulan.

"Adakah ini cara Umno mempertahan hak Melayu dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa," tanya Guan Eng.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan meminta kedua-dua pemimpin Umno berkenaan menjelaskan kaedah keuntungan RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada 31 pemilik tanah Melayu berwajib.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mempersoal keikhlasan pemimpin pembangkang Pulau Pinang mengenai hasrat Kerajaan Pusat membina Asian Women Leadership University (AWLU) di atas 100 ekar tanah Kampung Genting, Balik Pulau yang turut menerima kerjasama daripada Kerajaan Negeri.

Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan wajah sebenar pemimpin Umno Pulau Pinang sungguhpun pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng acapkali digambarkan cuba meminggirkan Melayu di negeri berkenaan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 26, 2012

Jom santai & Iftar bersama Abby Abady dan Jingga 13


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kenapa MPSP mahu rampas dan roboh sebahagian gerai di UP TOWN Perda petang ini?

Dua hari lalu Sharpshooter menerima aduan daripada beberapa orang peniaga di Up Town Perda bahawa mereka menerima notis dari MPSP.

Hari ini mereka memaklumkan MPSP akan roboh gerai mereka sekitar 6 petang. Kepada Ahli Majlis MPSP Pakatan Rakyat, tolonglah selesaikan segera isu ini, jangan terlalu zalim kepada peniaga yang mahu cari rezeki secara halal.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ghani 'tahi' ugut @cmlimguaneng lagi hari ini

SELEPAS sekian lama menyepi, aktivis pro Umno yang pernah mengusung kek 'tahi manusia' lalu diberikan kepada kakitangan awam di Komtar pada hujung tahun lepas sekali lagi melancar ugutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi.

'Ghani Kulit' atau nama sebenarnya Mohamed Ghani Abd Jiman mendesak penguatkuasa berwajib Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memulangkan 'aksesori kulit terlarang atau haram'  yang dirampas sebelum ini sebelum ini sesegera mungkin.

Beliau berdalih, aksesori-aksesori yang kononnya bernilai RM85,000 itu mengakibatkan beliau rugi dalam perniagaan sehingga hari ini.

"Kalau tak pulang (barang-barang kulit itu), saya akan bawa gelombang kedua...lebih ramai lagi (akan berdemontrasi) ke sini (Komtar)," ujar Abdul Ghani di Aras 3, Komtar, George Town yang menempatkan lobi Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Abdul Ghani ditemani oleh seorang lelaki misteri sahaja semasa melancarkan ugutan terhadap pentadbiran Guan Eng.

8 Disember tahun lepas, delagasi Abdul Ghani menghadiahkan kek 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan sempena Hari Lahir Guan Eng.

Abdul Ghani berkata, replika kek tahi manusia itu hanya layak dihadiahkan kepada Guan Eng atas dalih Ketua Menteri itu enggan melayan desakan kosongnya itu.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka.

Selepas insiden kontroversi serta melampau itu, Abdul Ghani menerima pertikaian daripada banyak pihak, termasuk kakitangan kerajaan pusat serta beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional sendiri hatta beliau dilihat berdiam diri begitu lama.

Insiden terbaru Abdul Ghani pagi tadi dijangka sekali lagi menggamit rakyat untuk menilai wibawa Abdul Ghani membantu Umno 'mengusik' integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Umporno ibarat tahi dan kentut, jika dipisahkan apa jadi? Lu fikirla sendiri..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 25, 2012

Kereta Perodua harga RM40 ribu, cukai kerajaan BN RM16,500 untuk setiap kereta

KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009). Maklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:

1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;

2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta, yang disebabkan oleh harga kereta yang tinggi adalah salah satu beban hutang utama kepada rakyat, pada kala sebahagian besar dari rakyat Malaysia hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

Pentadbiran Umno/Barisan Nasional yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga menyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian, yang disahkan oleh laporan tersebut apabila 71.9% dari seluruh isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta sebagai pengangkutan.

Oleh itu, dasar automotif Umno/Barisan Nasional yang menyebabkan harga kereta melambung tinggi adalah penyebab kepada tekanan hutang yang ditanggung oleh rakyat. Peningkatan hutang kenderaan persendirian yang kini dibiayai oleh sektor perbankan negara juga perlu dipantau supaya tidak melonjak naik pada kadar yang membimbangkan.

Makanya, satu-satunya jalan yang adil kepada rakyat adalah dengan mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Rakyat Malaysia tahu bahawa harga kereta di Malaysia yang mahal adalah akibat dasar Umno/Barisan Nasional yang mahu melindungi kepentingan kroni mereka dengan menindas rakyat. Walaupun hanya 2 juta rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai kerana pendapatannya melebihi had minima yang ditetapkan, hakikatnya setiap keluarga di Malaysia membayar cukai yang tinggi dalam bentuk pelbagai cukai yang dikenakan terhadap kenderaan persendirian.

Harga setiap kereta dilonjakkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan Umno/Barisan Nasional iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%.

Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar.

Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan kerajaan Umno/Barisan Nasional ini, bermakna rakyat dibebankan dua kali.

Isu ini adalah isu rakyat yang akan diperjuangkan oleh KEADILAN.

Pimpinan muda di dalam KEADILAN akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13.

KEADILAN juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan politik supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum akan datang berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kedah dan Selangor akan kembali ke pangkuan BN

Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Kajian dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Lima puluh lima peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murtad dan masalah berkaitan dengan agama.

Kajian menunjukkan di kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3 peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.

Sementara itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar (MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.

Enam puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80 peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.

Lima puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin tentang isu rakyat.

Enam puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya dengan 37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi berkata BN menang majoriti mudah.

Dari segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.

Dari segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.

Antara sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.

"Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa?'. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk 'Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?'.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.

"Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

"Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung," katanya.Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.- SH

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, July 24, 2012

Pak Menteri Panglima Lajim bertemu TG Nik Aziz

Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Pertemuan di Kota Bharu itu menarik perhatian memandangkan Lajim telah meletak jawatan sebagai ketua cawangan Umno.

Lajim pada Jun lalu meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort. 

Lidah parti PAS itu melaporkan Lajim bersama 25 orang lagi anggota rombongannya meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk bertemu Nik Abdul Aziz.

Lajim dalam pertemuan itu dilaporkan telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.

Laporan itu memetik Nik Abdul Aziz sebagai berkata, cadangan bagi kerjasama itu akan dibincangkan di peringkat kerajaan.

"Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 23, 2012

CATUAN AIR HANYA GIMIK POLITIK

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas  membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula menjadi alat UMNO untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.

Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.

Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta. Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah.

Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.

Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih SYABAS mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).  
Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang usaha ini jelas menunjukkan Kerajaan BN lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO bukannya melindungi kepentingan rakyat.

Kita menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempertahankan hak mereka dan mengelak dimanipulasi pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air. Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tariff air di negeri itu antara tertinggi di  negara ini.

Ada juga usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corp Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bulkhary dan ini sudah tentu akan meningkatkan beban rakyat. Rakyat Johor berdepan dengan tariff air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor.

Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.

YB ELIZABETH WONG
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, July 22, 2012

Peristiwa-peristiwa besar dalam bulan Ramadhan

1.Nabi terima wahyu pertama 

Nabi pada usia 40 tahun, Allah lantik jadi Rasulullah dengan turunnya wahyu pertama Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5)

2. Peristiwa Nuzul al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud, "Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 185).

Ibnu Kathir waktu menafsirkan ayat ini berkata, "Allah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilih di dalamnya untuk diturunkan alQuran."

3. Peperangan Badar al-Kubra
Berlaku pada tanggal 27 Ramadhan 2H (Jumaat) di mana 313/317 tentera Islam menang menentang lebih 1000 pasukan United Muta'assibin National Organization (Umno @ Perti Perkauman Ekstrem Bersatu).

Firman Allah yang bermaksud, "Dan benar-benar Allah telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian pada Allah, moga-moga kalian bersyukur." (Surah Ali Iimran: 123)

Menurut Ibn Abbas, pada 27 Ramadhan jugalah Firaun dan Abu Jahal yang menjadi musuh terbesar umat Islam dibunuh.

4. Fathul Makkah
Berlaku pada 20 atau 21 Ramadhan 8H.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telahpun memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." (Al-Fath: 1)

5. Penghancuran berhala 'Uzza

Berkata Ibn Kathir, pada hari kelima terakhir tahun Hijriah, Rasulullah telah mengutuskan satu pasukan khas pimpinan Khalid al-Walid untuk hancurkan pengibadatan taghut itu.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Uzza itu tidak akan disembah selama-lamanya..."

6. Penghancuran berhala Latta

Berlaku di bulan Ramadhan pada tahun ke9 Hijriah.

Pengislaman suku Tsaqif dan Thaif mendorong Rasulullah untuk menghancurkan Latta yang sebelum ini disembah mereka.

Tetapi, mereka meminta untuk menghancurkan berhala itu dengan tangan mereka sendiri lalu Rasulullah membenarkannya.

7. Pembukaan Kota Andalusia (kini Sepanyol)
Berlaku pada 27 Ramadhan 92H oleh seorang anak muda bernama Tariq bin Siyad.

Kedatangan Tariq di persisiran pantai Andalus mengejutkan rejim Roderick, Sang Penguasa Visigoth hingga dia menyediakan 25 ribu tentera pasukan awal untuk menghadapi 12 ribu tentera Islam.

Selepas menguasai Jabal Tariq dan membakar semua kapal yang dinahkodainya itu, Tariq berkhutbah,

"Lautan di belakang kalian manakala musuh di depan kalian..."

Wallahu 'alam...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Suasana solat Tarawikh di Mesir dan Kelantan



Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!



Di Kelantan - Pandangan dalam kemah Qaryah Ramadhan sewaktu Solat Sunat Tarawih di Kelantan. Khemah ni boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu-satu masa. Tahun ini sebanyak dua buah kemah disediakan. Satu berhawa dingin dan satu lagi tiada penghawa dingin. Pada setiap malam dijangkakan seramai lebih 3,000 org solat berjemaah di Qaryah Ramadhan ini.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, July 21, 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan

Selamat bersahur dan berpuasa buat seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan yang penuh keberkatan.

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar." (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa'i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Sharpshooter ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa, perbanyakkan amalan solat, tadarrus dan sebagainya, mudah-mudahan kita dapat bertemu Lailatulqadar..amin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 20, 2012

Politik Jubah @NajibRazak tanda umporno bakal dikapankan..

Alahai Menteri Wanita bermisai..sampai politik Jubah terpaksa digunakan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah kepada 14,254 imam dan 138,746 ahki jawatankuasa masjid-surau demi memperbaiki imej beliau yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.

Inisiatif itu dibuat mungkin selepas meyakini bahawa majoriti Melayu khususnya golongan beragama bakal menolak Umno Barisan Nasional secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sebab kita sudah sampaikan awal, saya harap tok imam pakailah (jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti," katanya pada Majlis Himpunan Perdana Warga Imam di Serdang, semalam.

Hadirin yang dikerah berkenaan turut menerima 'token' RM100 melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Difahamkan, sebanyak RM2 juta wang rakyat dihanguskan oleh JAKIM bagi agenda politik peribadi Najib

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SELANGOR MEMPERTIKAIKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS KABINET BERKAITAN ISU AIR DI SELANGOR OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh Kabinet (special cabinet committee) untuk meneliti isu air seperti yang  diumumkan oleh  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau (KeTTHA), dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengarah Pilihanraya BN), Dato Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor).

Kerajaan Negeri mempersoalkan kewujudan ('the creation') jawatankuasa khas ini memandangkan sudah adanya Kementerian KeTTHA dimana Menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).

Oleh kerana kuasa yang diberi kepada Menteri gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industry air di Selangor dan Menteri KeTTHA tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas cabinet tersebut, Kerajaan Negeri menyeru Menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera. 

Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut, kerana beliau adalah Menteri Kerajaan Persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

Sekiranya Kerajaan Pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7juta pengguna air SELANGOR diwakili oleh Dato' Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Sabtu itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
    
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sharpshooter mengucapkan Selamat menjalani ibadah tertua iaitu Berpuasa untuk seluruh umat Islam..mudah-mudahan kita dapat bertemu Lailatulqadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..   


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 19, 2012

Mengapa @papagomo terlalu kebal dan bebal

BALIK PULAU - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini.

Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

“Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadiri jamuan teh di sini petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Nurul Izzah berkata, sampai bila pimpinan PR termasuk bapanya, Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan terus dituduh dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.

“Awak tahu siapa dia, sampai terpaksa dijemput oleh Kementerian Pertahanan untuk membuat lawatan dan masuk ke dalam kapal selam.

“Kerajaan wajib melakukan sesuatu secepat mungin dan tidak membiarkan perkara seperti itu berlarutan. Jika tidak nampak sangat blogger seperti ini digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pimpinan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau menganggap dirinya sebagai askar dan akan patuh kepada arahan parti.

“Jika mereka arah saya bertanding, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akan patuh apa sahaja keputusannya," katanya.

Ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai atau beralih kepada Dewan Undangan negeri (Dun), beliau berkata, tunggulah keputusannya nanti.

“Tak payah tanya banyak-banyaklah. Mari kita makan durian," katanya.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saksikan debat hari ini jam 5.00 ptg - "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?"



SHAH ALAM - Pemimpin politik perlu menarik minat generasi muda bukan dengan cara pertaruhan menentukan siapa menang atau kalah, tetapi memastikan semua pihak belajar menerima perbezaan dengan penuh tasamuh atau toleransi.

Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa Kewangan Islam (ISRA), Perunding Syariah, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, melalui Debat Sinar Harian di bawah tajuk "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?", menggandingkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya hari ini, adalah satu bentuk wacana politik yang segar.

"Debat yang dimaksudkan adalah berteraskan budaya politik baru, pendedahan ilmu, penerapan akhlak dan bukan emosi melulu mahupun adu domba dan fitnah.

"Justeru itu, generasi muda perlu peka dan menilai dialog perdebatan kedua-dua tokoh politik muda secara hikmah dan menerima perbezaan fakta dan ilmu yang disuburkan dengan cara yang paling baik tanpa emosi, melalui debat anjuran Sinar Harian, kali ini," katanya kepada Sinar Harian.


Ia akan berlangsung jam 5 petang ini di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Menurutnya, debat yang dianjurkan Sinar Harian yang menemukan dua pimpinan muda dari dua parti politik yang mendominasi negara mampu memberikan peluang kepada golongan muda menilai perkara baik berdasarkan hujah pendebat.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, debat ini sememangnya perlu dilakukan secara prolifik supaya dapat memberi penilaian kepada anak muda untuk melihat bagaimana cara pimpinan muda politik berfikir dan apa yang membolehkan generasi ini memilih idola mereka.

"Pendapat saya, secara umumnya generasi muda perlu didekati seperti rakan sebaya. Pimpinan muda mestilah mempunyai ketokohan yang tinggi untuk memimpin mereka. Kebanyakan orang muda tidak suka politik lama dan kejumudan berpolitik tanpa berfikir. Di mana ia mestilah berasaskan hujah sebenar bagi menentukan masa depan negara.

"Kebanyakan daripada generasi muda menjadikan ikon selebriti sebagai idola mereka. Di sinilah pimpinan politik muda perlu mengambil peluang menjadikan diri mereka sebagai ikon, menarik orang muda untuk membentuk masa depan negara, di mana generasi muda inilah yang bakal memimpin negara satu hari nanti," katanya.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil pula berkata, keterbukaan Sinar Harian meneruskan debat terbuka politik untuk generasi muda dapat membantu rakyat Malaysia khususnya generasi muda supaya lebih matang untuk menghadapi suasana politik yang semakin mencabar. Ia sekali gus mampu melahirkan masyarakat lebih bertamadun dan peka terhadap perkembangan semasa.

Katanya, beliau percaya debat yang menemukan dua tokoh agama dalam organisasi kepimpinan akan menghasilkan kupasan menarik yang mampu memberikan panduan kepada anak muda untuk menilai kemampuan politik yang melibatkan kedua-dua parti politik pendebat.

"Apa yang menarik melalui gandingan kedua-dua pendebat, memiliki latar belakang disiplin ilmu hampir yang sama. Saya percaya pendapat yang diberikan berdasarkan daripada ilmu dan pengalaman, bukannya mengikut emosi dan perasaan," katanya.

Selain itu, apabila ditanya mengenai bagaimana pimpinan muda politik dapat menarik minat generasi muda, beliau berpendapat, generasi muda bertindak mengikut maklumat dan pengetahuan, bukannya kumpulan anak muda yang mudah terikut-ikut dengan kehendak dan kebiasaan generasi lama dalam berpolitik.

"Apa yang penting, generasi muda perlu diberikan ilmu dan maklumat tepat walaupun melalui perjumpaan ataupun peranan dunia siber mengikut realiti semasa, ekonomi dan politik. Informasi itu dapat dipertimbang dengan sewajarnya untuk menentukan masa depan politik Malaysia," katanya.

Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada pendebat iaitu Fathul Bari dan Nasrudin boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atau http://www.facebook.com/SinarHarian ataupun ke alamat e-mel editor.online@sinarharian.com.my mulai sekarang.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

"WACANA PENCERAHAN BERSAMA DR. TARIQ RAMADAN : ISLAM DAN REFORMASI PEMIKIRAN UMMAH"

JEMPUTAN KE MAJLIS "WACANA PENCERAHAN BERSAMA DR. TARIQ RAMADAN : ISLAM DAN REFORMASI PEMIKIRAN UMMAH"

Assalamu 'Alaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim memanjangkan jemputan kepada pihak tuan/puan untuk menghadiri majlis wacana "Islam dan Reformasi Pemikiran Ummah" bersama tokoh cendekiawan Islam tersohor, YBhg. Dr. Tariq Ramadan. Butiran majlis adalah seperti di bawah:


Tarikh: 19 Julai 2012 (Khamis)

Masa : 7.30 malam (majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah)

Tempat: Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim di No. 11, Jalan 3/61, Segambut Dalam, Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur

Semoga tuan/puan berkelapangan untuk hadir dan bersama-sama mencambah pemikiran serta menimba ilmu yang bermanfaat dari majlis ini.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Anwar tolak homoseksual

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian bahawa beliau tidak menyokong homoseksual dan ia sama sekali bercanggah dengan laporan Utusan Malaysia yang memutar belit kenyataannya.

"Defendan cuba memaksa saya dari pagi tadi untuk mengaku saya halalkan homoseksual, padahal saya menentang perbuatan itu," kata Anwar.

"Terang-terangan saya katakan, saya setuju dan sokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan sebaliknya," jelas beliau lagi.

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau juga akan membawa bukti dokumen menunjukkan Utusan adalah media tunggangan Umno dalam perbicaraan seterusnya.

"Keputusan untuk pecat atau lantik Ketua Editor Utusan adalah atas arahan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak), semua orang tahu itu, kecuali peguam pembela," katanya sinis kepada Peguambela, Datuk Firuz Hussin.

"Saya tak ada bukti itu sekarang, tapi dalam sidang (perbicaraan) seterusnya, saya akan bawa bukti bahawa Utusan memang bertindak atas arahan Umno dan ia berlaku sejak lama dahulu," tegasnya ketika memberi keterangan.

Prosiding perbicaraan ditangguhkan Hakim, Datuk V T Singham ke 13 Ogos depan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@LatheefaKoya diminta tarik balik perletakan jawatan

Seorang pemimpin tertinggi majlis pimpinan PKR Selangor, Dr Xavier Jayakumer berkata badan itu akan meminta ahlinya Latheefa Koya supaya menarik balik peletakan jawatan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri itu akan menghubungi Latheefa supaya berbuat demikian.

"Kes itu kita ada rujuk kepada MPN untuk hubungi Puan Latheefa... Sebab dia wakil PKR untuk jadi ahli majlis dalam MBPJ.

"Saya ingat tanggungjawab ini pada MPN. PKR Selangor akan hubungi Puan Latheefa (untuk tarik balik peletakan jawatan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat exco Selangor petang ini.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditanya dalam sidang media hari ini pula berkata perkara itu merupakan isu di bawah perhatian PKR negeri.
Timbalan pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini telah menyuarakan gesaan supaya Latheefa mempertimbangkan semula peletakan jawatan itu.

Latheefa yang merupakan ketua biro hal ehwal guaman PKR membuat tindakan mengejut itu kelmarin setelah beliau dikatakan akan disingkir daripada jawatan itu.

Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 18, 2012

TKM 1 P.Pinang sedia kosongkan kerusi Penanti

PERTEMUAN di tingkat 52, Komtar antara Sinar Harian dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman selama sejam bermakna buat pembaca kerana beliau yang sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai orang kedua  terpenting di Pulau Pinang dan Adun Penanti.

Mansor yang menyambut kedatangan saya, tersenyum sambil bertanya mengapa saya menggunakan perkataan 'eksklusif' untuk wawancara kali ini ketika membuat pengesahan dengannya.

Dalam wawancara bersama SYAJARATULHUDA MOHAMMAD ROSLI bersama Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang itu, berkali-kali mengulang bersedia dengan apa jua keputusan parti termasuklah sekiranya diarahkan bertukar  kawasan Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, beliau tidak bermasalah kerana bersifat 'party man', dan menyerahkan keputusan itu kepada pusat untuk menentukannya.

Dalam wawancara ini juga beliau ada menyebut berkenaan persiapan PKR menghadapi PRU13 yang semestinya lebih sengit dari PRU terdahulu. Ikuti wawancara Sinar Harian bersama Mansor.

Datuk ada dakwaan mengatakan Datuk ingin mengosongkan kerusi Dun Penanti untuk beri laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, sejauh manakah kebenaran itu?

MANSOR: Itu terpulang kepada pusat, saya adalah 'party man', apa sahaja keputusan Pusat, saya ikut. Jika di Dun Penanti berkehendakkan saya dipecat (kosongkan kerusi) untuk digantikan orang lain termasuk Wan Azizah, saya tiada masalah atau saya boleh ambil kedua-dua kerusi (Adun dan Parlimen).

Bagaimanapun saya tidak sasar mana-mana kerusi untuk bertanding. Namun msih ada dua kerusi Parlimen yang kosong (Nibong Tebal dan Bayan Baru). Tapi tunggulah, tunggu Pusat buat keputusan terlebih dahulu.

Terdapat juga desas desus mengatakan ahli PKR mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Nibong Tebal, adakah ia benar?

MANSOR: Ya,... ada juga cakap-cakap begitu tetapi, saya percaya Anwar akan kekal di Permatang Pauh. Itu kerusi ikonik untuk beliau sekarang. Kita tidak mahu menukar 'keadaan' ikonik yang sedia ada itu.

Bagaimana Datuk melihat dengan persiapan calon PKR menjelang PRU13?

MANSOR: Senarai (calon) sudah pun dibuat dan kita sudah kemukakan kepada Pusat. Calon yang menonjol untuk kali ini, tidak macam dulu yang mana dulu kita sukar untuk cari calon yang hebat, menonjol. Namun kali ini, kita ada lebih calon (yang berkualiti).

Ini bermakna, di setiap DUN, kita sudah bersedia. Pemilihan tetap macam biasa, cabang hantar kepada kita dan kita serahkan kepada pusat. Di peringkat pusat, kita ada menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya Pusat yang mana saya selaku Timbalan Pengarah untuk membuat senarai pendek calon-calon yang akan bertanding. Saya mempunyai senarai calon yang baik. Kira-kira 30 peratus adalah muka baru.

Parti yakin dengan calon-calon ini berikutan mereka terdiri daripada golongan profesional.

Calon yang bagaimana dikategorikan sebagai menonjol dan berkualiti?

MANSOR: Calon yang ada profesionalisme, serta calon yang kita nampak boleh menang. Selain itu, kita mengambil kira kesediaan calon itu untuk memberi khidmat kepada rakyat serta perkhidmatannya di dalam parti. Kita juga mengambil kira calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus serta jawatan dia dalam bidang profesional.

Kita dalam usaha untuk mencampurkan calon yang tidak profesional dengan profesional kerana rakyat kini semakin matang serta 'demanding'.

Walau bagaimanapun, apa yang penting adalah keupayaan calon itu dalam memberi perkhidmatan yang baik, tak guna ada profil yang baik namun tiada keupayaan untuk mendekati dan berkhidmat untuk rakyat.

Bagaimana pandangan Datuk mengenai senario politik di Pulau Pinang kini?

MANSOR: Banyak aspek yang saya lihat, antaranya penglibatan rakyat terhadap dasar rakyat, iaitu banyak suara rakyat terutamanya bila tengok rakyat tidak puas hati, maknanya rakyat respond dan ada peningkatan kalau dibandingkan dengan dahulu. Penglibatan mereka ini adalah penyertaan politik dalam proses pendemokrasian. Selain itu, kita nak ganjak daripada politik perkauman kepada politik berteraskan keadilan, tetapi malangnya di sini, masih ada unsur-unsur politik perkauman.

Ia tidak susah untuk kita nak faham sebab sentimen orang Melayu masih menganggap mereka golongan minoriti sedangkan statistik menunjukkan tiada golongan etnik yang majoriti. Tetapi jika India dan Cina digabungkan, maka bukan Melayu lebih, tetapi jika disenarai satu persatu (kaum), tiada kaum yang menonjol begitu ketara.

Walau bagaimanapun, jika kita banding Melayu di negeri lain, Melayu di Pulau Pinang lebih baik, dalam banyak aspek antaranya rumah, infrastruktur atau kemudahan kesihatan.

Dasar di Pulau Pinang mestilah prihatin tentang isu Melayu kerana kita faham apa yang mereka rasa. Selain itu, kita lihat di sini seolah-olah jadi trend apabila politik menjadi ganas.

Sebelum ini (2008) tidak pernah jadi pun, oleh itu, inilah perkara malang bagi PR. Kita nak menuju ke negeri maju dalam pelbagai penambahbaikan dalam sistem pilihanraya, pentadbiran dan sebagainya, sepatutnya politik ganas ini tidak perlu terjadi.

Harap perkara ini tidak menjadi trend yang berpanjangan. Saya juga melihat, trend menyerang peribadi seseorang pemimpin itu semakin menjadi-jadi. Bagi saya, mengapa perlu menyerang peribadi seseorang itu, kita debat berdasarkan dasar dan bukannya peribadi. Itulah trend politik sekarang.

Bagaimana dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sekarang?

MANSOR: Kita bekerja dengan baik dengan rakan kita, DAP dan Pas iaitu mempunyai hubungan baik dengan DAP dan peringkat pengurusan Pas. Tambahan pula, kita selalu mengadakan perjumpaan.

Keadaan PR di Pulau Pinang sangat baik di dalam perspektif itu (hubungan sesama dalam parti). Kita tidak menghadapi isu-isu besar seperti negeri PR yang lain. Kemasukan ahli pula menunjukkan peningkatan berikutan penekanan pada setiap biro politik dan ahli pimpinan mesyuarat majlis. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menekankan isu keahlian berikutan ia adalah agenda utama parti. Kita memperoleh antara 200 anda 300 ahli setiap kawasan setiap bulan.

Kawasan yang menunjukkan peningkatan adalah Bayan Baru, Permatang Pauh, Nibong Tebal, Batu Kawan, Kepala Batas dan Bukit Mertajam.

Yang agak kurang adalah Bagan. Ada juga perwakilan dari kaum etnik dan apa yang penting, mereka ini golongan muda. Kalau kita lihat pada majlis makan malam PKR yang diadakan di cawangan-cawangan baru, kira kira 1,000 keahlian telah dibuka bulan lalu. Kebanyakkannya mereka dari bahagian pulau. Oleh itu,ia satu peningkatan yang baik dari sudut perspektif itu. Ini adalah persediaan untuk pemimpin baru di masa akan datang. Ia satu kegagalan buat saya jika tiada golongan muda yang menyertai PKR.

Bagaimana pula dengan kerusi yang mempunyai peluang cerah untuk menang?

MANSOR: Umno mendakwa mereka yakin boleh menang. Saya ingin menegaskan bahawa pada tahun 2008, kami (PKR) terlepas lima kerusi, tetapi majoriti mereka (Umno) memenangi hanya kira-kira 500 undi. Oleh itu, ini adalah kerusi 'winnable' yang berpotensi untuk kita (menang), seperti Pulau Betong, Teluk Bahang, Bayan Lepas (Pas), Sungai Acheh dan Seberang Jaya.

Walau bagaimanapun, kita tetap bimbang untuk kerusi Melayu (majoriti), termasuk saya.

Saya tidak boleh kata amat yakin mengenai kedudukan saya termasuk Batu Maung kerana ia adalah sasaran Barisan Nasional(BN)-Umno.

Adakah PR Pulau Pinang sudah setiap manifesto apa yang dijanjikan pada 2008?

MANSOR: Dari 2008 hingga sekarang, PR telah menunjukkan bahawa kita boleh mentadbir. Kita telah menunjukkan tadbir urus yang baik, bermakna ia diuruskan dan bebas daripada rasuah, terutamanya di kalangan ahli politik. Perkara ini didedahkan sendiri Ketua Audit Negara. Kita juga menunjukkan peningkatan dalam penciptaan dan Pelaburan Luar Negeri (FDI) serta urus tadbir dalam kerajaan dan pembangunan. Kita juga berkeupayaan memberi semula keuntungan yang ada kepada rakyat. Kita dah buktikan yang kita Kerajaan Negeri yang penyayang dan mesra jumlah rakyat. Walaupun apa yang kita ada itu dalam jumlah yang kecil, namun kita tetap beri kepada rakyat antaranya program penghargaan untuk warga emas, ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya dan bayi yang baru lahir. Ini semua boleh dilakukan oleh kerajaan sebelumnya, tetapi mereka tidak buat.

Antara perkara penting lain yang perlu kita tunjukkan adalah pembangunan fizikal, seperti terowong, jalan raya, Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (Pice), Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC), membangunkan sektor   pelancongan sukan, perubatan dan menangani isu-isu pengangkutan awam.

Selain itu, dibangkitkan juga isu-isu seperti jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), video seks serta tuduhan penglibatan negatif dalam perhimpunan Bersih, adakah ia akan menjejaskan PR?

MANSOR: Untuk MAINPP, saya diberi tempoh masa bagi ia diselesaikan, malah ketika pembangkang cuba untuk menguji kita (PKR) terhadap Pas, ia masih tidak berjaya. Manakala bagi isu-isu yang melibatkan pimpinan PKR, saya tidak fikir ia akan memberi kesan besar kepada kita kerana rakyat tahu ini semua permainan psikologi sementara pembangkang (BN di Pulau Pinang). Isu ini sudah 'overplayed' dan bila sudah 'overplayed', orang ramai akan mula  mengeluarkan pendapat.

Saya yakin, isu-isu yang dimainkan di televisyen, akhbar dan ceramah, tidak membuat golongan muda terpengaruh. Faktor ini yang kita kena jaga kerana pengundi muda menunjukkan 40 peratus di dalam  senarai pengundi. Mereka (golongan muda) bukan mudah dipengaruhi dengan psikologi yang dimainkan pembangkang.

Sehingga kini masa menghadapi PRU13 dilihat agak kritikal, sejauh manakah dan peratus keyakinan Datuk untuk  PR terus menguasai Pulau Pinang?

MANSOR: Saya sangat yakin, saya yakin 80 peratus untuk kami terus mentadbir kerajaan negeri. Ini berdasarkan ukuran mood rakyat yang bertambah serta kerusi yang belum dimenangi, tak banyak. Dengan penambahan pengundi baru, kita yakin terhadap Pulau Pinang.

Cuma yang menjadi penghalang adalah proses pilihanraya, jika ia dijalankan dengan tidak bersih, ia akan memberi masalah kepada kita. Kita juga sasar lebih banyak kerusi dalam PRU13. 


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Benarkah Uncleseekers penagih dadah?

Pada 6 Julai 2012, polis Johor telah mengeluarkan kenyataan bahawa Uncleseekers telah didapati positif dadah. Dia didapati mengambil dadah jenis morfin. Semua suratkhabar memuatkan berita yang sama.

Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin.-Utusan

Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin- Sinar Harian

Penulis blog yang ditahan untuk siasatan berhubung kenyataan memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dikesan positif dadah jenis morfin – Berita Harian

Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin – Mstar

Kalau dah empat suratkhabar melaporkan berita yang sama, tak kan bohong kot?

Cuba tengok suratkhabar hari ini. Uncleseekers ditahan semula dibawah akta hasutan. Tak ada cerita langsung tentang kes dadah morfin.

Dari mula aku tak percaya Uncleseekers mengambil dadah morfin. Kalau takat ganja aku tak berani nak kata la.

Pasai apa aku tak percaya Uncleseekers ambil morfin sedangkan aku tak kenal dia? Itu pasai aku suka internet, blog dan Facebook.

Nama aku dalam kad pengenalan ialah Afandi Ahmad. Tapi nama tu bukan aku yang pilih. Nama itu adalah pilihan bapak aku dan sebab apa dia pilih nama itu..melambangkan peribadi bapak aku.

Tahun 1959, penyanyi terkenal masa tu ialah S. Efendi. Bapak aku minat sangat dengan nama tu, lalu dia pun menamakan anaknya Efendi. Tapi oleh kerana kerani pendaftaran tak tau macam mana nak eja, dia tulis "Afandi". Wei..kalau ikut jawi, alif, fa, nun, dal, ya. Efendi boleh, Afandi boleh, Ofandi pun boleh.

Nama anak-anak mencerminkan peribadi ibubapa. Kalau anak itu bernama Mahathir, Anwar, Nik Aziz…hangpa boleh teka pegangan politik bapak itu dengan tepat. Tu pasai ada member yang tukar nama dia dari Najib kepada Bijan.ha.ha. sebab aku boleh teka bapak dia mesti kontraktor kelas F.

Walaupun aku tak suka nama "Afandi", tapi aku tak boleh tukar nama tu. Kalau boleh..dah banyak kali aku tukar. Mungkin masa berumur belasan tahun dulu, aku bubuh nama Jerman. Klaus Meine.  Bila berumur 30an, aku tukar kepada Ebeit.

Tapi sejak berumur 40an, tiba-tiba ada internet dan internet memerlukan username untuk mengakses pelbagai aplikasi. Pertama sekali, kena ada email. Masa tu, aku pilih nama "Matsamankati"

Pasai apa aku pilih nama Matsamankati? Tak ada nama lain ka?

Haji Mat Saman Kati sebenar merupakan bekas seorang guru ugama. Pernah menjadi penasihat kepada Sultan Perak. Pernah ditawarkan menjadi Mufti Perak tetapi menolak.

Apa yang membuatkan aku minat kepada Haji Mat Saman Kati ialah sikap rebelnya. Kalau dalam keadaan biasa, bila Khatib sedang membaca khutbah, tak ada sesiapa pun dibenarkan bersuara. Kalau bersuara, tak guna sembahyang Jumaat. tapi Matsamanakati boleh bangkit dan bagi tau Khatib supaya berhenti baca khutbah sebab khutbah tu dirasakannya tak betul.

Dia pernah dihalau oleh Sultan Idris sebab dia bagi tau kat Sultan bahawa perbuatan Sultan tak betul. Tapi akhirnya Sultan ambik dia balik.

See….Dia tak peduli hilang  jawatan ka, hilang mata pencarian ka…mampuih pi la. Janji dia buat apa yang dia nak buat.

Nama Matsamankati yang aku pilih sebab ia juga melambangkan peribadi aku. Aku tak peduli sama ada orang tu Presiden Pas ka..Presiden PKR ka…Pengerusi DAP ka.Mampuih pi la.

Bila aku berkawan dengan ramai blogger, aku cuma kenal nama maya depa. Tapi itu sudah lebih dari cukup. Nama maya mencerminkan peribadi blogger itu sebab itu nama yang depa pilih.

Bila aku dengar nama "Sharpshooter", yang ni bahaya sikit. Kalau dia tembak, mesti kasi mati punya. Hasilnya, Fairus yang jadi Timbalan Ketua Menteri Penang pun tumbang. Rais Yatim pun kena tembak..tapi nasib baik Rais Yatim pakai baju kalis peluru.

Bila tengok nama Chor Sniper atau Pena Celoreng, belum jumpa pun boleh teka sapa depa. Mesti ada kaitan dengan askar.

Bila tengok nama Hadie Manchester, yang ni toksah cakap pasai politik sangat la. Kalau nak sembang pasai bola, pukui tiga pagi pun takpa.

Kalau dia bagi nama mayanya bermula dengan Ibnu..jangan cakap pasai Umno baik. Naya kena katok.

Begitu jugak kalau yang perempuanya mempunyai nama maya seperti Ummu atau Ummi…gerenti hijau punya.

Nama-nama maya ini dipilih sendiri oleh blogger untuk melambangkan sapa diri mereka.

Hangpa pernah baca tulisan Matsamankati pasai Cristiano Ronaldo? Pasai Lionel Messi? Pasai Hassan al-Bana? Mati hidup balik hangpa tak jumpa pasai bukan itu yang dia minat.

Pernah baca artikel Ummu Asiah tentang Rod Stewart atau Ian Gillan? Takkan jumpa punya.

Hangpa percaya tak kalau aku kata, Ummu Asiah kaki dangdut?

Hangpa percaya tak kalau aku kata Ummi Anni kaki karaoke?

Hangpa percaya tak kalau aku kata Wan Ji Wattaaddudi tu kaki Black Metal?

Mati hidup balik hangpa takkan percaya sebab nama maya dan keperibadian itu bercanggah.

Begitu juga tentang Uncleseekers. Pasai apa dia tak pilih nama Uncle Sam? Pasai apa dia pilih nama Seekers? Sebab Seekers itu melambangkan keperibadianya. Jadi bila polis kata dia positif morfin…aku gelak saja la. Tapi kalau polis kata dia ni adik beradik pelesit, aku boleh percaya.

Sama juga dengan Khairul Afandi a.k.a Jayanegara. Kalau dikaji tentang  "Jayanegara", itu nama yang agak serius sikit. Ada kaitan dengan nama pemerintah Majapahit dulu. Tapi kalau nak kata dia nak jadi Imam Mahadi, yang tu susah sikit la aku nak percaya.

Sekarang ni, blog makin berkurangan tapi makin lama makin banyak Facebookers. Kalau Facebookers itu menyiarkan nama sebenar dan gambar sebenar, yang tu aku tak takut…sebab boleh dibawa berbincang kalau ada perselisihan.

Kalau aku jadi pemimpin, yang aku takut ialah mereka yang bubuh topeng Guy Fawkes. Yang bubuh gambar Che Guevara. Yang bubuh imej jihadis. Sebab orang macam ni tak takut mati.

Tapi kalau yang dok bubuh gambar 1 kat merata-rata tempat tu…gerenti Umno totok. Yang ni tak payah rayu undi la.

Yang susah nak teka dan boleh dikategorikan sebagai pengundi atas pagar…anak muda yang menggunakan nama maya depa entah nama apa-apa. Ada nama Jepun, ada nama Korea.

Dan nama-nama pelik ini semakin lama semakin banyak. Tu pasai aku kata…pengundi atas pagar semakin lama semakin ramai.

By the way…Parpukari tu Bugis ke Jawa?

Ingat Papagomo…ingat apa?

Oleh - MSK

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, July 14, 2012

Hudud dan Politik

Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad.

Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah.


Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah. Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam.


Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi. Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya.


Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno.


DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno.

Presiden PAS

Harakah Daily


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Din Sharpshooterhttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video Laporan Khas Buku Jingga...anda wajib tonton



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, July 13, 2012

AMK SELANGOR GESA UMNO UMUM DAHULU CALON MENTERI BESAR

Angkatan Muda Keadilan Selangor mencabar Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor untuk mengumumkan calon Menteri Besar Selangor sekiranya beliau yakin Barisan Nasional akan menumbangkan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada pilihanraya akan datang. 

AMK Selangor melihat tindakan Noh Omar menawarkan 'manifesto' air percuma untuk rakyat  itu sebagai langkah mendahului pimpinan Umno Selangor lain, yang dipercayai turut mengintai peluang untuk menduduki kerusi panas itu sekiranya menang pilihanraya nanti.

Belum pernah lagi dalam sesuatu pilihanraya yang diadakan di mana-mana negara , rakyat tidak tahu calon 'jeneral' atau ketua yang akan mengetuai pentadbiran sekiranya parti yang mereka undi itu menang. Dalam kes ini, Noh Omar menawarkan air percuma, tetapi jika Najib Razak memilih calon lain, adakah tawaran Noh Omar itu masih boleh diambil kira?

Nampaknya perang perebutan jawatan sudah bermula di kalangan pimpinan Umno Barisan Nasional di Selangor, dan AMK Selangor mahu Noh Omar menjawab apakah tindakannya menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor itu sebagai satu tawaran peribadi, ataupun telah dipersetujui di peringkat Barisan Nasional termasuk Umno negeri.

Ini kerana sumber dalaman kuat mengatakan bahawa wujud beberapa kem dalam Umno Selangor dan tindakan Noh Omar itu dipercayai hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib Razak bahawa dia adalah calon yang layak untuk menjadi calon Menteri Besar. 

Justeru AMK Selangor menasihatkan Noh Omar untuk menumpukan dulu perhatian untuk menyelesaikan masalah dalaman Umno Selangor. Tidak guna bagi Noh Omar untuk menawarkan skim air percuma dan sebagainya, jika nanti dia bukan calon pilihan Najib untuk mengetuai Umno Selangor bagi kerusi Menteri Besar.

AMK Selangor meyakini kecemerlangan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor sedia ada dan percaya bahawa kebajikan rakyat Selangor yang lebih terbela ini akan mendorong rakyat untuk terus mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat, untuk nikmat berterusan dan skim-skim merakyatkan ekonomi.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ustaz Azmi Abdullah telah kembali ke Rahmatullah

Al fatihah..Ust Azmi Abdullah(kopiah merah) YDP PAS PADANG SERAI telah meninggal dunia...jenazah akan dikebumikan selepas solat jumaat di Kilang Lama

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman..amin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 12, 2012

Kenapa Arif Shah kepanasan bila Wan Azizah umumkan akan bertanding?

Wakil rakyat umporno Dun Seberang Jaya kini umpama cacing kerawit kepanasan apabila Wan Azizah umumkan akan bertanding.

Belum pun Wan Azizah umumkan kerusi Dun mana yang beliau akan bertanding, sumber dalaman kem Ariff Shah maklumkan beliau sudah tidak senang duduk bak cacing kerawit kepanasan, mereka tahu jika Wan Azizah bertanding di Dun Seberang Jaya, Wan Azizah boleh menang.

Bertambah parah apabila krisis dalaman umno Permatang Pauh begitu meruncing, kem Dato' Jalil mahukan matikan politik Ariff Shah. Mereka mahu letak Ariff Shah bertanding di Permatang Pasir kubu kuat PAS.

Jika benar Wan Azizah bertanding di Dun Seberang Jaya dan ditakdirkan menang, adakah Wan Azizah akan dilantik menjadi TKM 1 Pulau Pinang atau Speaker Dewan atau exco Wanita?

Namun begitu khabar angin juga bertiup kencang kemungkinan besar Wan Azizah akan bertanding di Selangor dan akan dilantik menjadi Menteri Besar sekaligus menyelamatkan Faekah. Benarkah begitu? Di mana pula nak letak Tan Sri Khalid?

Lumrah dunia politik macam-macam spekulasi dan ramai Ahli Nujum Politik mengalahkan Nujum Pak Belalang...kih kih kih..

Apa pun yang pasti dalam dunia politik, segalanya mungkin...dulu kawan kini lawan, dulu lawan kini kawan..tidak ada istilah kawan kekal dan tidak ada lawan yang kekal...

Ingatlah yang paling penting, Asal Bukan Umporno..apalah salahnya jika kita beri sekali peluang kepada Najib untuk menjadi Ketua Pembangkang Malaysia yang berwibawa? Anda mampu mengubahnya...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cenderahati Keadilan Selamat Pengantin Baru

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan cenderahati Keadilan boleh hubungi Puan Hamizah di talian 016-4848376

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Malam ini Anwar terjah Lembah Pantai & Petaling Jaya Selatan

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Lembah Pantai & Petaling Jaya Selatan

Merdeka Rakyat

12 Julai 2012 (Khamis)

1) 8.00 – 11.00 mlm – Majlis Makan Malam

Lokasi: Dewan Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan

(Thean Hou Temple), Persiaran Indah, Off Jln Syed Putra

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.YB Nurul Izzah Anwar

iii.YB Gobind Singh Deo

iv. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

v. YBhg Rafizi Ramli

2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi: Dataran Anak Muda MBPJ, Jln PJS 1/32, Taman Petaling Utama, PJ

Penceramah:

i.   YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.  YB Hee Loy Siang

iii. YB Nurul Izzah Anwar

iv. YB Khalid Samad

v.  YB Manikavasagam

vi. YB Haniza Talha  


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Utusex Meloya cuba burukkan Islam suami isteri bercerai hanya kerana beza fahaman politik

Sumber: Utusan Online (11 Julai 2012)

BERiTA ini diharap tak benar sebab Mahkamah sendiri pernah mengakui 'niat jahat' Utusan.

Keistimewaan Islam antaranya memberi kebebasan secara penuh demokratik untuk manusia memeluk agama itu atau sebaliknya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama..." (al-Baqarah:256)
Sama ada waktu umat Islam minoriti atau semasa Islam berada pada gigi kekuasaan di Makkah-Madinah, Rasulullah s.a.w tidak pernah memaksa orang untuk mengikutnya.

Rasulullah s.a.w berdakwah secara hikmah, sederhana, rasional, ilmiah dan penuh dengan semangat demokrasi yang bebas.

Tindakan pak cik ini (jika benar), langsung tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Bahkan memburukkan imej Islam dan jamaah Islam PAS.

Faqar: Dalam soal agama pun, tak boleh paksa-paksa orang. Takkan dalam soal politik mesti dipaksa-paksa sampai cerai berai? Ini Malaysia lah...Demokratik lah sikit....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jom bersama 'Sivaji The Bos' terjah Langkawi

Siri Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Langkawi, Kedah

Demi Rakyat

13 Julai 2012 (Jumaat)

1)    7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Masjid Al Hana, Kuah

2) 9.00 – 10.00 mlm – Majlis Makan Malam

Lokasi: Hotel City Bayview, Langkawi

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Tapak Pasar Ramadhan, Kuah

Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Firdaus Jaafar

iii. YB Mat Kassim

iv. YB Chang Lih Kang

v.  YBhg Dato' Wan Salleh Wan Isa


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pelajar UiTM Permatang Pauh dipaksa dengar celoteh Mukhriz?

HABiS anak-anak Kedah yang belajar di UiTM Permatang Pauh petang tadi dipaksa turun untuk mendengar celoteh Mukhriz Mahathir.

Ramai yang tak nak turun tak tahu sebab apa.

Bakal Menteri Besar Umno Kedah itu sebenarnya bukan nak celoteh, tapi nak ajak anak-anak Kedah di perantauan supaya daftar mengundi kot.

Mungkin sebab bosan nak dengar celoteh politik, banyak mereka tak turun.

Cuba Mukhriz buka dada selapang-lapangnya untuk dengar tuntutan pelajar supaya PTPTN dimansuhkan, kompom ramai yang turun.

"Mana ada orang yang suka dibebani hutang?"


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 11, 2012

Ibu YB @yusmadi cedera dirompak

Ibu kepada anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff cedera akibat dipukul sebelum dirompak barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM30,000 awal pagi ini.  
    
Mangsa, Fatimah Ahmad, 73, berkata pada kejadian pukul 4 pagi itu, seorang lelaki bertopeng telah memecah masuk ke dalam rumahnya di Jalan Baru di Balik Pulau ketika beliau sedang nyenyak tidur.
    
Katanya, beliau yang tinggal berseorangan dalam rumah itu dikejutkan oleh suspek dan memintanya menyerahkan barang berharga sambil mengacukan sebilah pisau lipat.
    
"Dari loghat percakapannya (perompak), dia orang sini (Pulau Pinang)... dia ugut hendak bunuh, tengok sahaja kilatan pisaunya, saya terus serahkan rantai emas, gelang tangan dan dua bentuk cincin yang dipakai berharga kira-kira RM30,000," katanya kepada pemberita.
    
Beliau berkata, tidak berpuas hati dengan barangan kemas itu, perompak terbabit juga memukulnya sehingga mata kirinya lebam dan bengkak sebelum lelaki itu melarikan beg tangan berisi wang RM4,000.
    
Fatimah kemudiannya menghubungi anaknya yang tinggal berhampiran untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau sebelum membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun diberi rawatan pesakit luar dan keadaannya dilaporkan stabil.
    
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata polis menerima laporan pada pukul 6.40 pagi dan sedang mengesan perompak terbabit.
    
"Polis percaya perompak itu bertindak bersendirian dan telah lama memerhatikan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Katanya hujan lebat memudahkan perompak itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap hadapan tanpa disedari jiran.

Hatta berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, July 10, 2012

LRT Ampang - Bolehkah tukang paip air bina LRT? jutaan nyawa rakyat terancam...ikuti luahan seorang Jurutera @ikhwanhafiz

Adalah malang sekiranya kerajaan membuat kesilapan dalam memilih kontraktor yang layak untuk tender ini dan seterusnya membahayakan nyawa ratusan ribu rakyat yang menggunakan perkhidmatan LRT setiap hari.

Sejak 2 minggu lepas, negara telah digemparkan dengan pendedahan skandal projek LRT Ampang oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa wujudnya campurtangan Perdana Menteri (PM), DS Najib Razak dalam menganugerahkan projek tersebut kepada konsortium George Kent JV bernilai RM960juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang “The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”.

Dakwanya lagi, merujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 25 Januari 2012 yang dipengerusikan oleh PM, kerajaan telah memutuskan untuk menganugerahkan kontrak projek ini kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys.

Namun, berita di Business Times pada 22 June 2012 lepas memetik sumber syarikat Prasarana mengesahkan kenyakinan bahawa George Kent akan memenangi bidaan projek tersebut telah menimbulkan keraguan besar kepada kita bagaimana syarikat yang gagal dalam penilaian teknikal mampu memenangi kontrak kerja-kerja pembinaan sistem LRT Ampang. Kegagalan George Kent dalam penilaian teknikal ini telah didedahkan oleh Rafizi Ramli di sidang media lepas dan di dalam blognya.

Sambungan di sini.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kak Wan sah akan bertanding, adakah calon di Dun Penanti atau Seberang Jaya atau Permatang Pasir?



Wan Azizah hari ini secara rasminya telah mengesahkan beliau akan bertanding pada PRU 13. Tetapi malangnya ADUN Kuang UMNO begitu bodoh mendakwa Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar Selangor. Mana boleh Wan Azizah menjadi calon di Dun dalam Negeri Selangor sedangkan Wan Azizah adalah pengundi di Pulau Pinang. Kalau yer pun YB umno bodoh, janganlah bagitahu dekat rakyat....syyyyyy...diam-diam jer lah selepas menonton video di atas. syyyy....Malu tau tak...sudahlah wanita umno pun rakyat panggil wanita lembu...

Persoalannya adakah Wan Azizah akan bertanding di Dun Penanti atau di Seberang Jaya atau di Permatang Pasir? Wan Azizah adalah pengundi di Dun Permatang Pasir. Adakah PAS akan beri laluan kepada Wan Azizah di Permatang Pasir dan Keadilan akan beri laluan kepada calon PAS di Dun Sg Acheh? wow...makin menarik ni...

Khabar angin juga kuat mengatakan Wan Azizah akan bertanding di Dun Seberang Jaya, satu-satunya Dun dalam Parlimen Permatang Pauh yang masih gagal ditawan oleh Keadilan adalah Dun Seberang Jaya. Mengapa Keadilan masih belum berjaya tawan Dun Seberang Jaya? Di manakah kekuatan umno di Dun Seberang Jaya? Di kerisnya kah? atau di dacingnya kah? macam filem Nujum Pak Belalang la pulak....kih kih kih...

Kemungkinan besar juga Wan Azizah akan bertanding di Dun Penanti, jika Wan Azizah bertanding di Dun Penanti, TKM 1 P.Pinang Mansor Othman akan bertanding di mana pula? Khabar angin juga kuat mengatakan Mansor Othman akan bertanding di Parlimen Bayan Baru. Beranikah katak puru buncit Zahrain pertahankan jawatan di Bayan Baru? Jika ini benar-benar berlaku, adakah Wan Azizah akan menjadi TKM 1 Pulau Pinang?...wow...makin panas dan menarik niiii.....



Keadilan Daily melaporkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

“Saya boleh bertanding DUN. Itu paling sesuai,” katanya sambil tersenyum, menjawab soalan pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Ketika ditanya kawasan yang bakal ditandingi, Wan Azizah menyatakan, ia bergantung kepada keputusan parti.

“Di mana saya bertanding? Tentulah di kawasan saya mengundi,” jelasnya.

Ditanya lagi sama ada beliau akan memegang jawatan Exco jika memenangi kerusi tersebut, Wan Azizah berkata, gerak kerja bagi mencapai kemenangan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang jawatan.

“Kena menang dulu. Kemudian, kita akan fikirkan mana-mana (jawatan) yang sesuai,” jelas Wan Azizah.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/