SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, October 30, 2012

Syyy..jangan marah Pak Menteri yeeer...nasib naik ada Pak Menteri kurang cerdik...kih3

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk melindungi pembocor maklumat dalam isu rasuah tidak terpakai dalam kes berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau mempersoalkan perlindungan terhadap pihak terbabit kerana dalam kes NFC, perkara itu dihebohkan kepada semua orang sehingga seluruh dunia tahu mengenainya.

Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, menteri undang-undang itu berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan NONEInstitusi Kewangan (Bafia).

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya separuh berseloroh.

"Asalnya ialah (isu) kerahsian, iaitu elemen yang penting. Kalau dia tiup terompet seluruh dunia, orang dah kenal, orang dah tahu dia, nak lindungi apa lagi?

"Yang kedua, kita mesti faham, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tak boleh lindungi orang yang buat kesalahan. Ia untuk lindungi whistle-blower (pemberi maklumat). Kalau dia langgar Bafia, kita tak boleh lindungi dia kerana dia adalah pesalah."

Beliau mengulas perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu tahu kenapa pihak yang mendedahkan salah laku dalam projek lembu itu tidak diberi perlindungan undang-undang.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ucapan Pimpinan ABIM Era 70-an dan 80-an



Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS antaranya Almarhum Ustaz Fadzil Nor (mantan Presiden PAS), Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS Abdul Hadi Awang (bekas Pengerusi ABIM Terengganu), Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik (sekarang AJK PAS Pusat), Ustaz Muhammad Mustafa, Ustaz Mohd Daud Iraqi dan ramai lagi.

Bekas pimpinan ABIM yang telah ke Umno antaranya Anwar Ibrahim (sekarang Ketua Umum PKR), Kamaruddin Mohd Nor, Fuad Hassan (bekas ADUN Hulu Klang), Roslan Kassim, Kamaruddin Jaafar (sekarang PAS), Sanusi Junid, Fauzi Rahman, Zambry Abdul Kadir, dan ramai lagi..

Bekas pimpinan ABIM yang telah menyertai PKR ialah antaranya Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Badrulamin Bahron, Anuar Tahir (sekarang PAS), Mustafa Kamil Ayub dan Fauzi Rahman (sebelumnya Umno, anak Rahman Talib)

Video di bawah ini pula adalah "Mengenali Anwar Ibrahim melalui sahabat-sahabat beliau yang telah lama bersamanya sejak dari Abim mahupun Umno.

.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, October 29, 2012

TKM 1 lancar sistem eJKKK

Peserta Majlis Pelancaran eJKKK

Secara umumnya objektif sistem eJKKK ialah:

1. Menyediakan akses maklumat berkaitan JKKK secara atas talian secara mudah dan cepat.

2. Memantapkan proses pemantauan aktiviti dan prestasi JKKK secara lebih tepat dan cepat.

3. Mewujudkan persekitaran komunikasi dan pengkalan data yang lebih cekap antara Pejabat Timbalan Ketua Menteri (I), Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan, Pejabat Daerah dan JKKK.

TKM 1 Melancarkan eJKKK
4. Mewujudkan budaya ICT dalam pentadbiran setiap JKKK Negeri Pulau Pinang. Sistem ini telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (SUK) serta Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) bermula pada tahun 2010 dan siap sepenuhnya untuk ujian penggunaannya pada awal tahun 2012 ini.

Kini, sistem Fasa Pertama yang telah siap sepenuhnya ini membolehkan urusan seperti pendaftaran dan penamatan keahlian JKKK boleh dilakukan secara atas talian (online) tanpa melalui proses dokumentasi yang panjang. Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat data yang lengkap mengenai struktur organisasi dan maklumat peribadi setiap ahli JKKK seluruh negeri Pulau Pinang.

Jika sebelum ini data hanya di kumpulkan di dalam rekod di setiap pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kini data tersebut dapat di akses dengan mudah, cepat dan tepat oleh sesiapa sahaja selepas sistem ini di buka untuk akses umum.

Namun, untuk permulaan fasa pertama ini pihak berkuasa negeri yang terdiri daripada Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) sahaja dibenarkan untuk menggunakan sistem ini.

Pihak Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri kini sedang giat memuat-naik data tambahan seperti info dan peta kawasan, senarai kemudahan, maklumat pasar malam, Pasukan Peronda Sukarela, pelaksanaan mesyuarat bulanan, pembayaran elaun dan aktiviti-aktiviti JKKK ke dalam sistem eJKKK ini yang telah memasuki pembangunan fasa ke-2.






Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, October 28, 2012

Jom daftar untuk sertai Wacana Wakaf

 
Pendahuluan :
 
Wakaf adalah amalan mulia yang sangat di galakkan oleh Islam. Sebagai salah satu mekanisme kebajikan, wakaf agak unik berbanding dengan sedekah, hadiah dan derma kerana harta yang diwakafkan itu akan di ‘tahan’ ia itu tidak dihabiskan tetapi sebaliknya apa-apa manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta wakaf itu boleh dibelanjakan. Menyedari kepentingan wakaf sebagai salah satu instrument pembangunan umat Islam, maka Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) mengorak langkah untuk membincangkan dan seterusnya meletakkan halatuju bagi pembangunan wakaf di Pulau Pinang dengan mengetengahkan tokoh-tokoh yang pakar di bidang ini.
 
Objektif :
  • Memberikan pendedahan kepada umat Islam akan kepentingan wakaf sebagai salah satu instrumen pembangunan Umat Islam.
  • Mengukuhkan kefahaman umat Islam mengenai kepentingan wakaf.
  • Merangka strategi dan susun galur pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang

Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi (pendaftaran) - 1.00 petang
Anjuran : Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)
 
Ucaptama ”Wakaf Membangunkan Ummah ”
Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim
Pengerusi Dewan Pedangangan Islam Malaysia (DPIM)
Bekas Presiden dan CEO Jcorp
Diskusi Wakaf "Memeta Halatuju Wakaf Pulau Pinang”
 
Ahli Panel:
Datuk Dr. Mohd. Ghazali bin Mohd Noor
Bekas Pengarah Perancangan Strategik Islamic Development Bank (IDB) Gorup, Jeddah
 
YB Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar 



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, October 25, 2012

Bank Negara Sabah halang @farizmusa (Jingga 13) serah dokumen isu wang haram RM40 juta

Kami tiba jam 11.30 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis pengawal Bank Negara cawangan Sabah kerana tidak mendapat arahan pihak atasan BNM . selepas 15 minit menunggu , kehadiran anggota polis termasuk SB di BNM cawangan Sabah . 

Selepas menunggu hampir setengah jam kami meminta agar dibenarkan kami untuk masuk menyerahkan laporan . tetapi tidak dibenarkan dan kami minta agar beritahu kepada pihak pengurusan BNM Cawangan Sabah untuk terima laporan berkaitan isu skandal rm40juta tersebut yang turut dilakukan oleh sdr Rafizi Ramli , Pengarah Strategi PKR Pusat . 

Dalam jam 12.05 tengahari barulah kami dibenarkan masuk , saya bersama Ervieana Ansari ( Naib Ketua AMK Malaysia ) , Datuk Nani Sakam ( Setiausaha Biro Strategi PKR sabah ) dibenarkan masuk dan menyerahkan laporan rasmi agar siasatan dibuat oleh BNM kepada En. Ishak Musa , Pengurus BNM Cawangan Sabah .

Turut hadir bersama dalam penyerahan tadi selain Pn Ervieana Ansari , Datuk nani Sakam , juga Datuk Idris Alli ( AJK Biro Strategi PKR Sabah ) , Jingga 13 Sabah dan teman2 PKR Kota Kinabalu . 

Kenyataan Media

JINGGA 13

25 Oktober 2012

DI BANK NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SABAH , KOTA KINABALU

SKANDAL WANG HARAM RM40JUTA : DESAK BANK NEGARA MALAYSIA SIASAT DI BAWAH AKTA 613 ANTI PENGURUPAN WANG HARAM ( AMLA ) 2001

Isu Skandal penyeludupan wang haram melalui transaksi berjumlah RM40 juta yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini adalah sebahagian daripada tuduhan-tuduhan lain yang berkepentingan nasional dan menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan .

Transaksi tersebut hanyalah salah satu daripada transaksi kewangan yang melibatkan institusi kewangan di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Singapura, Switzerland dan Malaysia berhubung tuduhan hasil rasuah dan penyelewengan harta awam yang disalurkan melalui sektor perbankan.

Transaksi-transaksi ini memberi gambaran jelas bahawa wujud kegagalan penguatkuasaan dan kawal selia sektor perbankan yang diterajui oleh sehingga membolehkan hasil yang dipercayai dari aktiviti rasuah dan penyelewengan harta awam disimpan bagi pihak individu-individu yang berkepentingan.

Sejauh manakah BNM boleh bertindak secara bebas dan telus dalam menyiasat kes-kes yang dipercayai melibatkan rasuah dan pelanggaran undang-undang sektor perbankan, apabila kes itu dikaitkan dengan pimpinan politik tertinggi kerajaan sedia ada.

Adakah wujud dwi-standard apabila sesuatu kes melibatkan tokoh-tokoh politik UMNO/BN maka sesuatu tindakan dilambatkan atau tidak perlu atau diambil bagai lepas batuk di tangga semata-mata . Malah adakah agensi-agensi seperti BNM , SPRM dan PDRM terus memekakkan telinga, membisukan mulut dan membutakan mata daripada sebarang tindakan .

Justeru adalah menjadi tanggungjawab kepada BNM untuk mempertahankan kebebasan dan ketelusannya dengan memulakan siasatan terhadap pemindahan wang berjumlah RM40 juta itu untuk menentukan sama ada individu-individu berikut telah bersalah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001:

1. Dato' Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah

2. Dato' Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3. Pemimpin Umno "X" yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya

4. Mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada BNM

5. Michael Chia, ahli perniagaan dari Sabah yang dikaitkan dengan tuduhan mengaut keuntungan dari hasil balak yang diperolehi secara rasuah

Desakan agar BNM melakukan siasatan di bawah perkara berikut :

(a) SEKSYEN 3(1), AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001 BNM bertanggungjawab menyiasat sumber wang RM40 juta untuk menentukan sama ada berlaku pelanggaran Akta.

(b) SEKSYEN 14(B) AKTA PENCEGAHAN PENGUBALAN WANG HARAM 2001 , BNM bertanggungjawab menyiasat transaksi tersebut kerana sumbernya dari akaun yang dibekukan dan menimbulkan keraguan bahawa ia bersabit dengan aktiviti haram.

(c) SEKSYEN 16(3) AKTA ANTI PENGUBALAN WANG HARAM 2001, BNM bertanggungjawab menyiasat individu-individu di sebalik transaksi ini termasuklah si pemegang akaun (pemimpin "X"), Umno sendiri dan penderma untuk menentukan sama ada kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

(d) BNM perlu menyemak kembali sama ada pengisytiharan tersebut mengikut ECM4 telah dibuat pada ketika wang RM40 juta dipindahkan. Jika tidak, ia dikira melanggar peruntukan Akta dan perlulah disiasat dengan sewajarnya.

Difahamkan terdapat transaksi telah dibuat berkaitan skandal tersebut , justeru kami juga mendesak agar didedahkan siapakah yang telah menghantar duit dan kepada akuan siapakah yang telah menerima duit tersebut .

Siasatan secara terperinci wajar dilaksanakan oleh BNM secara total dan serius agar dakwaan boleh dilakukan oleh para penjenayah tersebut dihadapkan kemuka pengadilan tanpa perjudis,pilih kasih dan dwi-standard .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator Jingga 13
Merangkap
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 24, 2012

Memorandum - JINGGA 13 DESAK DATUK SERI CHUA SOI LEK DAN MCA MEMOHON MAAF KEPADA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SELURUH UMAT ISLAM DAN MENGHENTIKAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN HUDUD


MEMORANDUM

JINGGA 13 DESAK DATUK SERI CHUA SOI LEK DAN MCA MEMOHON MAAF KEPADA DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN SELURUH UMAT ISLAM DAN MENGHENTIKAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN HUDUD

JINGGA 13 menyelar pelbagai kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA yang ternyata BIADAB DAN KURANG AJAR menghina Islam dan hudud tanpa rasa bertanggungjawab dan sensetif terhadap keyakinan dan kepercayaan umat Islam .

JINGGA 13 menghormati kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat , tetapi tindakan Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA semakin melampau sehingga bertindak di luar batasan mencabar sensetiviti umat Islam di seluruh Malaysia dengan pandangan dan pendapat yang ternyata bersifat mencerca , menghina dan keterlaluan , malah terpesong dan salah .

Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek sama ada secara terbuka melalui laman sosial atau pun ucapan di pentas MCA wajar ditarik balik dan dipadamkan di atas prinsip menghormati keyakinan dan kepercayaan yang menjadi pegangan kepada seluruh umat Islam .

Malah JINGGA 13 benar-benar hairan terhadap tindakan Presiden MCA dan ahli MCA sedangkan perlaksanaan hudud tidak langsung ada kena mengena atau dilaksanakan kepada mereka yang bukan Islam . Hudud hanya dikhusus dan diwajibkan ke atas umat Islam sahaja . Kenapa Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA begitu gusar dan takut? Kecualilah hudud turut diimplimentasikan kepada bukan Islam.

Hudud bukan milik sesiapa , tidak ada istilah HUDUD PAS atau juga HUDUD UMNO , hudud adalah undang-undang Islam yang termaktub di dalam kitab suci umat Islam iaitu Al-Quran dan tindakan menghina dan memperlekehkan hudud bermakna menghina dan memperlekehkan Al-Quran yang menjadi pegangan kepada umat Islam di seluruh dunia .
JINGGA 13 juga mempersalahkan UMNO yang telah berjaya mencipta propaganda dengan mewujudkan istilah HUDUD PAS yang bertujuan mempolitik dan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia yang akhirnya memberikan ruang untuk hukum Allah dikritik , dipertikai , dicela dan dihina sepertimana apa yang berlaku sekarang ini .

UMNO juga wajar dipertanggungjawab di atas tindakan hingga Islam dan hudud dicerca dan dihina . UMNO perlu bertanggungjawab di atas kejayaan mencipta persepsi buruk terhadap hukum hudud dengan mewujudkan istilah HUDUD PAS yang menimbulkan kontroversi dan konflik seolah-olah hudud adalah undang-undang yang dicipta oleh PAS dan bukannya adalah perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran .

Tindakan Presiden MCA dan MCA ternyata mengundang kemarahan dan kurang senang seluruh umat Islam . Ianya boleh mengugat kehormanian kaum dan agama , mencetus konflik , meranapkan perpaduan dan integrasi , malah boleh mengakibatkan berlakunya ketegangan serta mengugat keselamatan Negara .

Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA tidak perlu bersikap primitif dengan menggunakan isu hudud untuk dipolitikkan demi meraih sokongan politik yang ternyata mempunyai unsur-unsur menghasut dan mencipta api perpecahan kaum dan agama dalam Negara Malaysia tercinta ini .

Malah JINGGA 13 pada 2 November 2011 pernah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Chua Soi Lek di Wisma MCA ini juga agar menghentikan tindakan beliau yang biadap terhadap isu yang sama tapi amat mengecewakan Datuk Seri Chua Soi Lek sedikit pun tidak rasa bersalah mengulangi sikap BIADAP dan KURANG AJAR tersebut .

Justeru JINGGA 13 MENDESAK agar Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN MENGHENTIKAN TINDAKAN MENGHINA ISLAM DAN HUDUD di atas prinsip perpaduan , kehormanian dan kedamaian serta menghormati kepercayaan dan keyakinan serta pegangan umat Islam di Negara Malaysia tercinta ini .

Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA juga wajib memohon maaf kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas sikap beliau yang ternyata MENDERHAKA kerana DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah merupakan Ketua Agama Islam .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

JINGGA 13




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

TUDUHAN SANUSI TIDAK BERASAS

Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali.

Menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.

Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu - Hong Leong Bank dan Alliance Bank.

Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.

Daim dikatakan memiliki 14.8% AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd.

Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.

Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.

Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni UMNO-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar. 

Nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata yang tidak berasas. Ketaksuban beliau di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, October 23, 2012

Mengapa Najib, Hasan Aqidah, Zul Kulim, senatak Sesumpah, Ibrahim katak, Zahrain, zahid tibai dan kuncu-kuncu jadi setan bisu bila soi lek hina Islam?

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

NONEMenurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Kemudian bila berucap tak tegur pun.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.

"Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek.

NONE"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.

Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan.

NONETurut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata  Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.

Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya.

"YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud.

"DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.

"Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya.

Beza PAS dengan UMNO mengenai pendirian Hudud :

PAS bila Karpal menentang Hudud, PAS bangkit bersuara dari sekecil2 suara hinggalah ke suara pemimpin-pemimpin besar PAS spt Mursyidul Am, TGNA.


UMNO bila MCA menentang Hudud dan menghina Hudud, UMNO diam menikus seolah kehilangan telor dari sekecik2 suara hinggalah sebesar-besar suara yakni PM Najib. Malah Najib hadiahkan 30 Juta lagi kat MCA.


PAS dalam agenda membawa Hudud agar difahami biarpun ditentang, UMNO dalam agenda menghapuskan Hudud dan menjahilkan rakyat agar minda dipesongkan dengan pemahaman silap Hudud agar rakyat terus menyokong undang2 sekular tajaan UMNO.


PAS berhajat utk merealisasikan Hudud tertegak di muka bumi Malaysia, UMNO berterusan tanpa kompromi menyokong semua usaha dalam menentang Hudud daripada tertegak di muka bumi Malaysia.


Inilah beza ketara antara PAS dan UMNO.. Sedarlah wahai Melayu melayu sekalian..Jika anda sayang Islam, maka UMNO BN bukan pilihan yang bijak..


Pru13, pangkah PAS dan PR ~!! Allahuakbar!!




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

P.Pinang cipta sejarah perolehi 312% lebihan kewangan.

LAPORAN Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mengiktiraf Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memperoleh RM138 juta lebihan kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah itu sekaligus menunjukkan surplus Kerajaan Negeri meningkat sebanyak RM105 juta atau 312 peratus berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM33 juta.

Pentadbiran Guan Eng konsistan memperoleh lebihan kewangan sejak tahun 2008 yang berjumlah RM88 juta, diikuti, RM77 juta bagi tahun 2009.

"Ini adalah lebihan surplas paling besar dalam sejarah Pulau Pinang dan inipun kali pertama kita pecah angka (lebihan kewangan) melebihan RM100 juta," ujar beliau baru-baru ini di Komtar, George Town.

Tidak cukup dengan tu, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah hasil, iaitu sebanyak RM603 juta bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM411 juta.

"Maka, peningkatan adalah sebanyak RM192 juta atau 47 peratus (daripada jumlah hasil 2010)," ujar beliau.

Tambah beliau, perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM465 juta berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM377 juta.

"Sungguhpun perbelanjaan pengurusan naik sebanyak RM87 juta atau 23 peratus, tetapi kita masih mencatatkan lebihan surplas paling tinggi iaitu sebanyak RM138 juta," ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mengumumkan pemberian saguhati kepada empat Jabatan di bawah Kerajaan Negeri yang diiktiraf cemerlang serta menerima anugerah tertinggi empat bintang daripada Jabatan Audit Negara.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP), Jabatan Kewangan Negeri (JKN), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) masing-masing menerima saguhati RM10,000 daripada Kerajaan Negeri.

Guan Eng berkata, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan untuk memberi saguhati RM15,000 kepada mana-mana jabatan berwajib yang berjaya mendapat pengiktirafan yang sama daripada Jabatan Audit Negara bermula tahun depan.

"Mulai tahun depan, Kerajaan Negeri akan beri RM15,000 sebagai galakan kepada semua jabatan untuk berusaha mencapai empat bintang," ujar beliau.

Selain Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh dan Law Choo Kiang, Wong Hon Wai serta Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri turut hadir pada sidang media tersebut.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rafizan Darus, Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua MAINPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) - Faqar


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sikap MCA bukti kegagalan umnporno

PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan. Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang. Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi. Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan,

Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam. MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam. Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung.

Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka. Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.

Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat. PAS mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, October 22, 2012

Guan Eng sengaja bagi puak umporno marah lagi..

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara 2011, halaman 36.

PULAU Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai Kerajaan Negeri paling sedikit mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Pusat bagi tahun lepas, iaitu sebanyak RM2.59 juta sahaja.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng semasa mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu baru-baru ini berkata, pencapaian tersebut disebabkan Kerajaan Negeri komited membayar balik hutang mengikut tempoh yang dijadualkan oleh Kerajaan Pusat.

Pun begitu, katanya, Kerajaan Pusat seharusnya mencari jalan yang strategik untuk membantu Kerajaan-kerajaan Negeri yang lain dalam membayar balik pinjaman tertunggak masing-masing.

"Pulau Pinang, saya kira terlalu lurus lah...bayar, bayar, bayar (dan) bayar, akhirnya hutang kita (Kerajaan Negeri) paling kecil, iaitu RM2.59 juta," ujar beliau dalam satu sidang akhbar bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy.

Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh dan Law Choo Kiang, Wong Hon Wai serta Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media di Komtar, George Town.

Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rafizan Darus, Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir).

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri yang berakhir pada akhir tahun 2011 menyaksikan Kerajaan Negeri Kedah paling banyak berhutang, iaitu sejumlah RM836.30 juta, diikuti oleh Terengganu (RM452.57 juta), Pahang (RM445.83 juta), Johor (RM432.29 juta), Negeri Sembilan (RM218.19 juta), Kelantan (RM197.12 juta), Melaka (RM138.25 juta), Perlis (RM113.79 juta), Selangor (RM60.70 juta), Sabah (RM55.77 juta), Sarawak (RM51.15 juta), Perak (RM43.94 juta) dan Pulau Pinang (RM2.59 juta).

Tuntas dari itu, Guan Eng menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan supaya mencari jalan untuk membantu semua Kerajaan Negeri melangsaikan hutang-hutang tertunggak masing-masing.

"Saya mungkin minta tindakan yang sewajarnya lah (dilakukan oleh Kerajaan Pusat)," ujar beliau.

Rekod urus tadbir kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diumumkan dalam laporan rasmi kerajaan tersebut sukaligus menyerlahkan kemampuan pemimpin-pemimpin negeri dalam memakmurkan rakyat di negeri berkenaan


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

MPPP buat apa untuk rakyat P.Pinang?

Di bawah ini adalah fakta yang rakyat harus tahu mengenai Belanjawan Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang baru diluluskan supaya tidak ditipu oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.

Ahli Majlis Yusof Mohd Noor mendedahkan Bajet MPPP bagi tahun 2013 antara lain adalah:

1) RM9.25 juta pengambilan tanah dan pembinaan Pasar Baru Teluk Kumbar (selama ini belum ada pasar sesuai utk rakyat)

2) RM300 juta utk naiktaraf tapak penjaja sementara (depan Caltex Jelutong)

3) RM4.0 juta pembinaan pasar awam di Batu Feringghi

4) RM360,450 menaiktaraf lif di Taman Free School

5) RM200k menaiktaraf platform menuggu Terminal Bas Sg Nibong

6) RM340.900.00 mengecat semula Flat PPR Jln Sungai


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terkini ! Blog Mediaperak Kena Block oleh SKMM dan PDRM




7 jam yang lalu 

Ingatkan boleh celebrate besday kat Mediaperak. Tiba-tiba dapat hadiah dari SKMM dan PDRM. Mediaperak kena block

Kena buat rumah lain pulak la.


Mediaperak yang tidak boleh dilayari semenjak dua hari yang lalu rupanya telah
disekat oleh SKMM dan PDRM mengikut kenyataan Adminnya MSK dalam FB
semalam. 

Mediaperak baru dilancarkan dalam 5 bulan telah menjadi antara top 10 blog
pro pakatan ini mungkin membuat banyak orang-orang dan parti politik
kepanasan dengan pendedahan dan berita-berita dari MP ini.

Mungkin juga gabungan team mediaperak dan uncleseekers dengan pendedahan
salasilah kesultanan Perak membuat tindakbalas terhadap blog MP ini...?


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, October 20, 2012

Masihkah kau ingat PAS ?





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, October 19, 2012

PEMBAYARAN SKIM PELAJAR EMAS P.PINANG 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
 
2. Dimaklumkan bahawa, pembayaran pertama Skim Pelajar Emas Tahun 2012 akan bermula pada 22hb Oktober 2012 - 9hb November 2012, pada hari bekerja sahaja. Salinan Garis Panduan Skim Pelajar Emas dan salinan borang B dilampirkan untuk rujukan semua pihak.

3. Untuk makluman semua, terdapat sedikit perubahan atas garis panduan tersebut seperti di bawah:
Perkara 2.1.1

Sebarang pembetulan secara manual (amendments) TIDAK DIBENARKAN dan penerima (ibu pelajar) dikehendaki untuk menyerahkan baucar tersebut kepada Pusat Khidmat KADUN atau Pejabat Daerah masing-masing bagi mendapatkan baucar yang baru.
 
Selepas perbincangan yang diadakan bersama YB - YB, telah ditetapkan bahawa pihak YB boleh membuat pembetulan pada nama atau no k/p yang salah dengan mengeluarkan baucar baru (tulis dengan tangan). Pejabat Daerah akan menyediakan baucar kosong dengan cop 'pindaan' dan pihak YB dipohon untuk mengambil baucar tersebut pada Hari Isnin di Pejabat Daerah masing-masing. Pihak YB perlu merekodkan semua perubahan yang dilakukan dan serah balik ke Pejabat Daerah untuk dikemaskini dalam sistem.
  
4. Dengan ini, saya merayu kepada semua YB / Pegawai Penyelaras KADUN / Pembantu Khas / Pegawai Seranta memberi kerjasama bagi melancarkan lagi proses pembayaran ini.

5. Kerjasama YB/Tuan-tuan/Puan-puan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih
.
Sekian.
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 18, 2012

Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Sebanyak RM33.6 Juta - umno dan utusan fitnah lagi

UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman bila mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebanyak RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik. Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.
 
Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi. Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa  Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik. Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.
 
Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.

Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.
 
Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.
 
Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk  membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.
 
Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik. Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.
 
Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik. Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata. Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.
 
330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan. Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.
 
Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984. Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada  rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah. Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.
 
Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013. Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?
 
Lim Guan Eng
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 17, 2012

Audit2011: Tu diaaaa.. Hutang Perwaja RM1,628.68 juta halal, PTPTN wajib bayar!!!

Ini jadual dari Laporan Ketua Audit Negara 2011. (lihat halaman 34)

Hutang tertunggak Perwaja Terengganu Sdn Bhd sejak 17 tahun lalu sehingga 31 Disember tahun lepas sebanyak RM1,628.68 juta.

No dua, UDA Holdings Bhd.

Tak perlulah saya jelaskan individu mesra Umno di belakang syarikat ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 Pada halaman 35 antara lain menyebut:

"Peruntukan akan disediakan bagi menghapus kira hutang Perwaja Terengganu Sdn Bhd bermula tahun 2011 dan dijangka selesai Pada tahun 2027..."

Impian mahasiswa untuk mendapatkan pendidikan percuma ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, peminjam PTPTN wajib bayar hutang sebab itu tuntutan agama.

Habis, kenapa HAPUS KIRA RM1,628.68 JUTA HUTANG PERWAJA?

Kroni Umno?

Berapa komisen yang Umno dapat dengan tebus hutang ini?

Zainulfaqar Yaacob
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583
faqar.blogspot.com | penanginsight.com

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA


TWITTER MENGHINA ISLAM : JINGGA 13 DESAK KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH DIDAKWA SEGERA MALAH LEBIH SERIUS DARIPADA MEMIJAK GAMBAR PERDANA MENTERI DAN MENGIBARKAN BENDERA SANG SAKA 
Jingga 13 menyelar kenyataan Ketua pemuda GERAKAN Kedah Tan Keng Liang yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang). Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama islam. Tan Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Beberapa kenyataan beliau pada 15 Oktober 2012 memperlihatkan kedangkalan beliau dalam berpolitik hingga menyentuh dan mempertikai ketetapan dan hukum yang sememangnya termaktub dalam Islam. Amat mendukacitakan apabila ditegur oleh ramai orang, beliau masih mempertahankan kenyataan beliau yang bukan sahaja bersifat rasis malah cuba mengelirukan  dengan melabelkan itu adalah undang-undang ciptaan PAS, bukannya ketetapan dan undang-undang Islam sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran .
Beberapa laporan polis dari NGO di seluruh negara telah pun di buat dan meminta satu tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah tersebut yang ternyata berniat jahat ( mala fidea ) menghina dan menyinggung sensetiviti umat Islam di Malaysia . 
Adalah amat malang sekiranya pihak polis bersikap mendiamkan diri dan dwi standard sedangkan dalam kes memijak gambar Perdana Menteri dan kes mengibarkan bendera Sang Saka dengan begitu PANTAS mengambil tindakan secara drastik . 
Isu menghina Islam adalah merupakan satu tindakan yang serius dan perlu diambil tindakan tanpa kemaafan oleh pihak berwajib apa lagi agama Islam adalah merupakan agama rasmi Negara yang termaktub dalam perlembagaan Negara .
MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI 

MOHD RUDEY BIN ABD RAHMAN
Ketua Penerangan Jingga 13




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, October 16, 2012

Video cikgu @farizmusa buat Musa Aman tak tidur aman...


Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman.

PETALING JAYA: Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap dakwaan ‘derma politik’ RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan tauke kayu balak, Michael Chia.

Laporan itu dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur petang tadi.

Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman dalam laporannya berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan lesen pembalakan Sabah sehingga mampu membawa pulangan lumayan.

Beliau turut melaporkan, skandal ini turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila enggan mendedahkan individu yang menjadi penyumbang dana terbabit.

“Jingga 13 juga mendapati bahawa Najib selaku Presiden Umno dan Menteri Kewangan turut mengetahui bahawa wujudnya skandal penyeludupan wang RM40 juta tersebut.

Wang haram

“Selaku Menteri Kewangan, Najib sepatutnya cukup prihatin bahawa tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik daripada sumber wang haram tersebut adalah merupakan satu jenayah.

“Tindakan Najib yang enggan mendedahkan siapakah penyumbang kepada wang haram sebanyak RM40 juta kepada Umno Sabah ini jelas membuktikan keterlibatan beliau di dalam skandal tersebut bersama-sama dengan Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan juga hartawan balak Micheal Chia. Malahan Umno Sabah turut sama mempertahankan tindakan jenayah tersebut .

“Jingga 13 mendapati bahawa telah wujud kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib yang turut sama bersekongkol dengan Musa, Micheal Chia dan Umno Sabah dalam aktiviti penyeludupan sejumlah wang haram yang cukup besar .

“Justeru itu kami meminta agar satu siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Jenayah Komersial dan menyiasat isu tersebut tanpa prejudis dan pilih kasih agar tindakan undang-undang dan pendakwaan dapat dikenakan ke atas para penjenayah tersebut,” katanya dalam laporan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, berdasarkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen rasuah dapat dibuktikan.

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen Khamis minggu lalu.

Nazri juga berkata, berdasarkan keputusan kertas siasatan SPRM, badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan lanjut.

Malah menurut Nazri, permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama.

Michael Chia ditahan pada 14 Ogos 2008 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong apabila wang berjumlah RM40 juta (dalam matawang Singapura) ditemui dalam bagasinya ketika mahu menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/