SharpShooter Followers


Friday, June 26, 2009

Peluru Makan Tuan

Kelmarin saya sudah tahu bahawa Pakatan Rakyat akan bermesyuarat semalam dan akan buat keputusan tentang isu Johari Kassim. Sebelum mesyuarat saya dimaklumkan bahawa Johari Kassim sukar nak diselamatkan lagi. Berdasarkan kepada ucapan Anwar Ibrahim pada kongres khas di Bangi, sidang media yang dibuat oleh Johari Kassim, nampaknya peluru yang Johari tembak akhirnya memakan diri.

Kalau saya jadi beliau sudah tentu saya kotakan apa yang saya katakan. Kalau saya kata nak letak jawatan, saya letaklah..

baru anak jantan..
baru orang kata kita ni tak gila jawatan..
baru orang hormat kita..
baru orang kata kita ni ada prinsip..
baru orang kata kita ada maruah...
baru orang kata kita cakap kita bikin...
jangan cakap tak serupa bikin...
bila orang suruh letak jawatan kita nak marah orang pula...
jangan kita dok pikiaq marah kita saja...
kita tak pernah pikiaq orang lain punya marah ka...
dan yang paling penting jangan kita jadi budak suruhan..

berita terkini dari blog alahaifairus mengatakan akhirnya johari dipecat jua....klik di <sini>

Pada pandangan saya kalau kita nak boikot pun kita perlu ada asas yang kukuh. Alasan yang Johari Kassim bagi pun tak kukuh. Atas alasan apa kita nak boikot. Kalau kita nak boikot atas alasan YDP baru yang akan dilantik ini ada kes rasuah, dan kita bawa bukti dan dokumen rasuah atau salah guna kuasa bakal YDP tersebut, tak pa lah.. ini tidak..kita marah orang sampai kita kata exco pkr 'keldai'...naaaaaampak sangat kita tu yang 'keldai'...klik di <sini>

Mujurlah saya bukan Ahli Majlis MPSP lagi, kalau tidak mana nak letak muka ketua whip macam tu....buat rosak nama Parti saja...naaaaampak sangat sebenarnya Johari yang nakkan jawatan YDP dan dia pernah suarakan perkara itu..."awat..aku tak layakka jadi YDP ka" ...macam tu lah kata Johari Kassim di Langkawi....masihkah kau ingat..klik di <sini>


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat