SharpShooter Followers


Wednesday, June 24, 2009

Salam Mukadimah...

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Blog ini bukanlah medan aku untuk melepaskan dendam atau untuk mengaibkan sesiapa. Aku sebenarnya lebih cenderung untuk mengupas isu terkini atau isu semasa dari perspektif kaca mataku tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat.

Menceburi bidang politik dan badan sekurelawan masyarakat seawal usia 20 tahun yang lalu, dan sekarang usiaku sudah menjangkau 40 tahun. Sudah pasti pengalaman selama 20 tahun terutamanya dalam bidang politik banyak mematang dan mendewasakan ku tentang erti sebuah perjuangan dan suasana politik di Malaysia.


Aku juga sebenarnya ingin berkongsi pengalaman suka duka, pahit manis, jerit perit dalam liku-liku kehidupan memperjuangkan hak rakyat. Aku bukanlah seorang pemimpin besar yang tersohor. Aku hanyalah seorang insan kerdil. Bukan niatku untuk mencari publisiti murahan apatah lagi untuk dikenang atau disanjung tetapi sekadar untuk menabur sedikit bakti kepada rakyat selagi hayat dikandung badan.

Lautan...
adakalanya tenang...
adakalanya bergelora...
adakalanya dipukul badai...
adakalanya ribut taufan...
adakalanya tsunami...

Namun...
lautan dan pantai...
ombak dan pantai..
sahabat yang paling setia...
biarpun siang...
biarpun malam...
biarpun hujan...
biarpun panas...
biarpun mendung...

biarpun ribut...

Namun... tetap setia...

Kalau takut dipukul badai...
Usah berumah di tepi pantai...

Amizudin Ahmat