SharpShooter Followers

Monday, July 06, 2009

Guan Eng Pas Najib, Najib Pas Guan Eng

Isu Kg Buah Pala nampak gayanya masih samar lagi. Kelmarin Lim Guan Eng pas bola kepada Najib. Ingatkan Najib akan menjaringkan gol tapi rupanya Najjib pas bola balik kepada Lim Guan Eng yang masih kepenatan.... Orang Penang kata "Pi Mai Pi Mai Dok Tang Tu Jugak"...

Bila masalah timbul, kita tidak boleh lari dari masalah apatah lagi nak cuci tangan. Rakyat sekarang dah celik dan cerdik. Teringat kata-kata Anwar semasa baru di pecat..." Biar dengan satu insiden...saya diniayai..saya dimalukan..saya di aibkan..Azizah dan anak-anak tertanggung...luka hati...tetapi percayalah..kami menanggung sedikit derita...tetapi rakyat membuka mata.." Hari ini rakyat dah buka mata, mereka bukan boleh senang-senang diperkotak katikkan oleh pemimpin.

Namun begitu saya masih menaruh harapan pada Pakatan Rakyat boleh selesaikan masalah isu berbangkit di Pulau Pinang. Saya juga berharap 2 Exco PKR P.Pinang dan Timbalan Menteri P.Pinang 1 yang baru dapat bersuara tentang isu ini dan lain-lain isu. Jangan sampai suara anda langsung tenggelam. Jangan pula rakyat nanti kata..." 3 Exco PKR hanya bawa beg DAP sajakah?"... Bukan kita nak gaduh tapi suara anda rakyat nak dengar sama.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com