SharpShooter Followers

Monday, July 06, 2009

Ladang Anggur Dr Abdul Wahab Arbain




Entah kenapa tiba-tiba teringat orang jauh yang saya kagumi Dr Abdul Wahab Arbain yang tidak pernah lokek dengan ilmu anggurnya. Sepetang bersama beliau meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Seorang yang peramah serta tinggi ilmunya dan seorang yang suka buat R&D tentang anggur. Layarilah catatan santainya di http://abdulwahabarbain.blogspot.com/ atau http://kepepam.blogspot.com/ untuk kelab peminat pohon anggur Malaysia.

Lulusan beliau : PhD (Hist. Islamic Sc.), PhD (Homeopathy), MSc (Herbalism), MA (Siyasah Shar'iyah), CertEd, BA (Hons.)(Shari'ah wal Qanun), DipAcup, CertEarAcup, DipNaturopathy.
Saya ke sana tahun lalu pada 29 Disember 2008 bersama Cikgu Azman Sg Petani, Zulkifli Ibrahim serta abangnya. Mungkin Cikgu Azman dan Zulkifli Ibrahim akan memulakan tanaman anggur di Penang atau di Kedah.

Saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan Allah dan semoga Dr Abdul Wahab Arbain bertambah sihat ceria dan segala hajat tertunai hendaknya...amin...

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com