SharpShooter Followers

Tuesday, September 01, 2009

Demo Aman desak Adun Lunas Letak Jawatan

Perhimpunan aman mendesak ADUN BEBAS LUNAS meletakkan jawatan berjalan lancar.

Perhimpunan bermula seawal 9 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi, tetapi terdapat juga penyokong yang masih berkumpul di tepi jalan untuk menandakan protes terhadap RADZI SALLEH.

Bermacam sepanduk dan banner di bawa ke perhimpunan tersebut, kehadiran keseluruhan hampir seribu orang dan jumlah anggota keselamatan juga ratusan orang.

Tidak ketinggalan FRU turut hadir bersama kenderaan WATER CANON. Tahniah dan syabas kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan sebentar tadi...SAY NO TO RADZI.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan.

"Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya. Berita lanjut dan gambar-gambar demo di sini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/