SharpShooter Followers

Tuesday, September 01, 2009

Hadiah Istimewa Merdeka...terimakasih 1 Malaysia

Pada 11 Julai 09 yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Kalau dulu Najib beri 11 hadiah, terkini Najib dengan murah hati memberikan satu lagi hadiah paling istimewa kepada rakyat 1 Malaysia sempena menyambut 52 tahun merdeka iaitu kenaikkan harga minyak petrol.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan B-end kepada kita. Selepas ini dan banyak lagi hadiah-hadiah yang bakal dinikmati oleh rakyat 1 Malaysia terutamanya untuk kaum UMNO-B-end dan tak terkecuali tempiasnya terkena orang-orang PR juga.

Terima kasih B-end, sebagai timbal balas nantikanlah hadiah yang bakal kami berikan pula kepada anda di PRU13 nanti dengan hadiah yang lebih bermakna. Dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat.

Orang umno nanti kata...nak buat macamana minyak dunia dah naik...rakyat Malaysia patut bersyukur...petrol di Malaysia lebih murah dari Singapura dan Thailand....he..he...

Minyak gamat pun naik juga ka?.... Bila gajah dan rakyat nak naik minyak?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/