SharpShooter Followers

Thursday, September 24, 2009

Pelabuhan P.Pinang merosot

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak menganaktirikan Pelabuhan Pulau Pinang.

Guan Eng berkata Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan status Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas untuk memacu perkembangannya sebagai pelabuhan utama negara ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penurunan kontena sebanyak 24 peratus di pelabuhan tersebut. Guan Eng berkata penurunan ini adalah amaran kepada Kementerian Kewangan untuk segera menyuntik dana ke syarikat operasi pelabuhan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

"Ini adalah suatu petunjuk kepada kerajaan Persekutuan untuk membantu Pelabuhan Pulau Pinang. Ketika pelabuhan-pelabuhan lain di Malaysia mencatatkan peningkatan, pelabuhan ini adalah satu-satunya pelabuhan mencatatkan penurunan," kata Guan Eng dalam suatu kenyataan hari ini.

Pulau Pinang dengan ini corot ke pelabuhan keempat tersibuk di negara dari nombor dua sebelum ini.

Guan Eng berkata laporan Jabatan Marin mendapati pelabuhan-pelabuhan di serata negara mencatatkan peningkatan kontena sebanyak 10 peratus pada suku kedua tahun ini. Kemasukan kontena di 10 pelabuhan utama negara meningkat kepada 3.79 juta TEU dari 3.44 juta TEU.


Haruskah Guan Eng terus mengharapkan Kerajaan Pusat atau beliau harus mencontohi Singapura.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/