SharpShooter Followers

Thursday, April 15, 2010

Agong perkenan mengurniakan watikah anggota MAINPP

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan watikah pelantikan kepada anggota Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Istana Negara di sini.

Pelantikan mereka adalah bagi sesi 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2011.

Seri Paduka menyampaikan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua MAINPP Ellias Zakaria, Timbalannya Mohd Salleh Man, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Faiza Zulkifli, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Farizan Darus, Mufti Negeri Datuk Hassan Ahmad dan Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.

Turut menerima watikah daripada Tuanku Mizan ialah Abdul Aziz Che Yaacob, Abdul Malik Abul Kassim, MD. Hashim Yahaya, Dr Danial Zainal Abidin, Maktar Shapee, Rosidi Hussain, Zainuddin Hanif dan Norhayati Jaafar.

Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Setiausaha MAINPP Sazali Hussein hadir menyaksikan majlis itu.- BERNAMA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/