SharpShooter Followers

Thursday, June 24, 2010

Amaran Allah...Bunuh diri kalah judi



Tekanan hidup kerana kalah judi membuatkan seorang lelaki nekad menikam dadanya lima kali di sebuah rumah kedai di Taman Segar, Cheras, di sini, semalam.

Turut ditemui di sisi mayatnya ialah nota mengatakan dia tidak mahu berjudi lagi lantaran kesempitan wang untuk hidup. Mayat Liew Siew Meng, 33, berasal dari Sarawak ditemui berlumuran darah di atas katil biliknya, kira-kira jam 10 pagi.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, kejadian hanya disedari rakan serumah mangsa yang terhidu bau busuk sebelum menghubungi polis.

“Setibanya kami di rumah mangsa, kami mendapati pintu bilik berkunci sebelum dipecahkan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan dan turut ditemui, pisau 10 inci berhampiran mangsa,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam.

Abdul Rahim Hamzah berkata, polis turut menemui dua kertas berukuran A4 ditampal di dinding bilik itu yang mengatakan ‘saya tidak mahu berjudi lagi’.

Katanya, kali terakhir rakan serumahnya menemui mangsa ialah Ahad lalu dan pada pertemuan itu mangsa mengatakan tiada pekerjaan dan ingin mati. Katanya, mangsa dipercayai mati tiga hari lalu dan tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri.

“Diharap keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan agar kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Katanya, mangsa dipercayai membunuh diri Ahad lalu.

Abdul Rahim Hamzah berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengakhiran hidup rakannya itu sungguh sadis apabila membuat keputusan dengan menikam dadanya sendiri disebabkan tiada pekerjaan.

“Saya kenal dengan mendiang. Tidak siapa pun sangka di sebalik perwatakan ceria, dia mempunyai masalah kewangan hingga sanggup membunuh diri,” katanya.

Sharpshooter :- Najib nak tunggu sampai berapa orang mati akibat judi baru nak tarik balik lesen judi?

Mengapa baru sekarang Khairy Ketua Pemuda UMNO nak bantah lesen judi? Adakah kerana beliau baru terjumpa dalam Al-Quran ayat tentang judi haram kah atau sebab tak dilantik jadi menteri baru berani melawan Najib dan bersekongkong dengan kem mat sembab untuk nak jatuhkan Najibkah?

Sokong UMNO sokong judi....
Sokong UMNO sokong yahudi...

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-MAIDAH AYAT 90



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Chinese
信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。

Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.

Dalam ayat ini Allah Taala dengan jelas mengharamkan judi. Judi dalam apa sahaja bentuknya adalah diharamkan. Kesan judi menghancurkan masyarakat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/