SharpShooter Followers

Thursday, June 24, 2010

Azmin Ali & Khalid tergagap..tergigit...terluka...

Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.

Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.

Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Sementara itu dalam Suara Keadilan online, Azmin Ali menafikan perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai tanda protes terhadap perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin dan juga kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil mengesahkan perletakkan jawatan beliau dalam anak syarikat kerajaan negeri itu berkuatkuasa semalam, Azmin menegaskan tindakan beliau itu adalah bagi memberi peluang kepada 'darah baru' dalam pengurusan PKNS.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa memberitahu surat perletakkan jawatan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar pukul 12.30 tengahari semalam.

Beliau menafikan andaian yang dimainkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan perletakkan jawatan tersebut adalah akibat tidak puas hati terhadap beberapa tindakan Abdul Khalid.

"Memang benar saya telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai pengarah di dalam PKNS dan perletakkan jawatan ini berkuatkuasa serta merta.

"Walaupun saya tidak menyatakan alasan dalam surat tersebut, namun alasan saya adalah sudah sampai masanya saya melepaskan jawatan tesebut bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh yang baru dalam membawa PKNS agar terus maju dan menjadi sebuah syarikat yang disegani.

"Saya telah berkhidmat dengan PKNS hampir setahun setengah dan berpuashati dengan sumbang yang telah saya berikan kepada PKNS. Kita melihat telah banyak pembangunan-pembangunan yang kita lakukan sebagai contoh kes Bukit Botak, membaik pulih flat-flat yang lama dan juga beberapa pembangunan baru.

"Ini adalah semua peranan yang dimainkan oleh mereka yang berada di dalam PKNS, bagi diri saya setahun setengah penglibatan saya cukup memuaskan hati saya," jelasnya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam PKNS yang hanya baru menjangkau setahun setengah sedangkan dibandingkan dengan mereka yang telah lama berkhidmat, adakah tempoh jangka masa itu boleh menilai tahap kepuas hatian yang seseorang.

"Apa yang ingin ditekankan saya berpuashati dengan sumbangan yang telah diberikan walaupun sumbangan saya dalam PKNS hanya setahun setengah, tahap kepuas hatian seseorang tidak boleh diukur melalui tempoh perkhidmatan kerana pengukuran tersebut perlu diukur pada usaha dan sumbangan yang dilakukan untuk memajukan sesuatu syarikat.

"Kita lihat Barisan Nasional sudah lama memerintah tetapi mereka masih tidak berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan kepada rakyat dan KEADILAN walaupun umur parti ini masih muda tetapi pengorbanan yang dilakukan kepada rakyat melebihi apa yang dilakukan oleh BN," katanya lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu perletakkan jawatan tidak ada kaitan dengan perubahan yang akan berlaku dalam KEADILAN mahupun pemilihan parti yang akan berlangsung hujung tahun nanti.

Beliau juga tegaskan berita yang menyatakan kerana kecewa dengan kepimpinan Khalid menyebabkan tindakan meletakkan jawatan adalah tidak benar sama sekali.

Sharpshooter :- sifirnya mudah...bukan susah nak baca apa yang tersirat dan tersurat dalam isu Azmin Ali dan Tan Sri Khalid...

Kalau nafi maknanya ya la tu...Suara Azmin maknanya suara Anwar la tu...

Alahai Tan Sri Khalid...apakan daya....tergagap....tergigit...terluka...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/