SharpShooter Followers

Tuesday, June 22, 2010

Isu Altantuya - Hishamudin tutup kisah sebenar

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa kesal dengan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak menjawab soalan berhubung sama ada bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berada di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006 ketika model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diculik oleh dua anggota Unit Tindakan Khas.

Sivarasa dalam soalan lisan yang dibangkit hari ini dalam Dewan Rakyat meminta menteri menyatakan samada benar atau tidak Nasir adalah lelaki yang dikenalpasti oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berada di dalam kereta Proton berwarna biru yang lalu di hadapan rumah Abdul Razak beberapa minit sebelum Altantunya di bawa oleh Koperal Sirul Azhar Umar, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Rohaniza Roslan.

Hishammuddin menafikan nama atau suspek bekas pegawai khas Perdana Menteri itu terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Sivarasa, beliau berkata hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Menteri Dalam Negeri mengelak daripada menjawab soalan, ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sepatutnya menjawab terus soalan itu, benar atau tidak Nasir berada di situ pada malam itu?.

"Jawapan ini menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menutup isu ini daripada pengetahuan umum.

"Jawapan menteri ini menimbul lebih banyak persoalan sama ada Nasir benar-benar ada di sana.

Katanya lagi, mengapa beliau berkata demikian adalah kerana kenyataan tersebut telah diberikan oleh Bala dan bukannya kenyataan yang beliau reka sendiri.

Dalam pada itu Sivarasa juga sama ada menteri dalam negeri akan menghantar pegawai polis ke London untuk mengambil keterangan Bala seperti mana yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kenyataannya itu.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/