SharpShooter Followers

Wednesday, June 09, 2010

Judi dan Yahudi semakin menjadi

Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional mengaburi mata rakyat dengan berpura-pura mengutuk rejim Zionis Israel secara luaran sahaja tetapi hakikatnya bersekongkol secara senyap malah mengupah firma pro-Zionis untuk menasihatinya.

Anwar menegaskan tindakan Umno-BN mengambil Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun serta membenarkan dua individu yang merupakan bekas anggota badan perisik tentera Israel menyusup masuk ke dalam Polis DiRaja Malaysia adalah bukti jelas kerjasama rapat pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan pihak Zionis.

Ini jelas dilihat apabila pihak polis bertindak menahan empat ahli Dewan Pemuda PAS kerana didakwa menganjurkan ceramah di Taman Bolton, Batu Caves tanpa permit semalam.

Ceramah yang bertajuk 'Judi dan Yahudi' itu kemudian terpaksa dipindahkan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang kerana tekanan pihak berpolis yang menghalau orang ramai serta peniaga yang sejak awal berada di lokasi asal.

"Kita hendak membincangkan isu yang sama kita bincangkan di parlimen, dan saya rasa tidak patut polis bertindak sedemikian sedangkan ini isu yang sama dan bukannya bertujuan menghasut rakyat.

"Tindakan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN ini hanya cakap sahaja menentang Israel tetapi di belakang menyokong secara diam. Dalam parlimen, kerajaan Umno-BN dan ahli parlimen Pakatan rakyat telah bersetuju dengan 15 ketetapan dalam usul mengenai Israel.

"Tetapi, apabila kita nak bincangkan dengan masyarakat, beginilah tindakannya menghalang kita daripada mendedahkan kezaliman, keangkuhan dan keburukan Isreal. Bukankah ini satu tindakan menyatakan kerajaan Umno-BN menyokong Israel sebenarnya.

"Jika kita lihat isu Iran, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Amerika Syarikat telah membuat kenyataan bahawa negara itu telah memberhentikan semua eksport petroleum ke Iran atas alasan Iran membangunkan senjata nuklear.

"Najib pula, serupa 'pak turut', angguk sahaja dan membuat kenyataan yang sama di Malaysia serta telah memberhentikan jualan hasil petroleum ke Iran.

Persoalannya sekarang, Israel pun sama juga, membangunkan senjata nuklear dan sejak 20 tahun lalu memiliki senjata nuklear. Kenapa Najib tidak membuat sekatan yang sama terhadap Israel?.

"Dengan Palestin pun sama, apabila Hamas memenangi pilihan raya umum bebas pada tahun 2006, Israel tidak mahu mengiktiraf kemenangan Hamas, tetapi menyokong PLO yang diketahui umum sebagai kroni Israel dan parti rasuah.

"Bila Israel tak nak iktiraf, Amerika pun sama mengganguk dan tak nak mengiktiraf. Dan apabila Amerika tak nak iktiraf kemenangan Hamas, kerajaan 'pak turut' Umno-BN sama mengangguk sahaja dengan Amerika dan tak nak mengiktiraf kemenangan Hamas.

Mana perginya pendirian kerajaan mengenai isu ini? Sekejap sokong, sekejap bantah," tegas Anwar dihadapan lebih 3,000 penyokong.

Kata beliau disebabkan tindakan beliau mendedahkan hubungan Apco dengan Zionis Israel, firma tersebut telah melancarkan kempen antarabangsa terhadap beliau.

"Badan Yahudi sedunia, organisasi Yahudi terbesar di dunia telah mengeluarkan kenyataan mengatakan saya, Anwar Ibrahim, adalah musuh nombor satu Israel dan semua pihak yang berhubungan dengan saya dari Amerika mesti memulaukan saya.

"Saya nak tegaskan kepada anda semua, saya menentang sekeras-kerasnya kezaliman, keangkuhan, dan kebiadapan Israel, dan saya akan terus berjuang sehingga kerajaan kita dapat membuat pendirian yang tegas terhadap Israel," kata beliau lagi.

Anwar yang kini disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkaitan pendedahan Apco berkata jika beliau didapati bersalah dan digantung keanggotaan sebagai ahli parlimen, masa penggantungan akan digunakan sepenuhnya untuk menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen menentang Israel.

Selamat menonton...








* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/