SharpShooter Followers

Saturday, June 12, 2010

PROGRAM ZIARAH MINGGUAN PEGAWAI PENYELARAS KADUN SEBERANG JAYA

Program ini diadakan pada setiap hari sabtu dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh/Kadun Seberang Jaya dan sukarelawan dari kalangan AMK Seberang Jaya.Jalinan kerjasama ini telah diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Skuad Prihatin Seberang Jaya.

Melalui aduan yang diterima dari orang ramai, pasukan ini akan merangka jadual, gerak kerja dan menggerakkan jentera untuk tindakan.Penerimaan dan maklum balas dari orang ramai amat menggalakkan.Setiap permasalahan yang dikenal pasti akan diselesaikan melalui saluran yang berkaitan.

Kepada warga Kadun Seberang Jaya, anda boleh berhubung dengan pihak Pegawai Penyelaras Kadun atau Petugas Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh/Kadun Seberang Jaya di Jalan Tenggiri ( berhadapan stesyen minyak Shell ).

Maklumat dari orang ramai adalah sumber yang paling banyak diterima.Bersama kita berbakti kepada golongan yang memerlukan.

PEGAWAI PENYELARAS KADUN
Abdul Jalil Che Ros - 013-489 3227/04-390 5109

PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PERMATANG PAUH/KADUN SEBERANG JAYA
Ahmad Norazlan - 012-484 4200/04-390 5109

Sharpshooter - Syabas...teruskan usaha murni ini...Dun Seberang Jaya akan ditawan oleh Pakatan Rakyat..InyaAllah.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/