SharpShooter Followers

Wednesday, June 30, 2010

UMNO suka angka 40..teringat Ali Baba dan 40 penyamun

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada satu sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar hari ini mengenai nisbah daftar pemilih yang baru antara Bumiputera dan kaum lain iaitu 1:40 adalah satu anggaran yang tidak tepat serta menpunyai sifat perkauman.

"Angka yang dikeluarkan itu tidak tepat dan bagaimana mereka boleh dapat 1:40, bagaimana mereka memperolehi angka tersebut dan bagaimana kajian itu dilakukan?.

"Selain itu juga kenyataan tersebut jelas mempunyai sifat perkauman kerana dengan angkan yang diberikan itu terkandung unsur ugutan kerana kaum bumiputera akan melihat bahawa pendaftaran melayu sangat rendah dan ini akan menyebabkan kedudukan melayu pada pilihan raya nanti akan tergugat.

"Inilah kerja Umno yang sebenarnya mereka hanya tahu menakutkan rakyat sahaja terutamanya bumiputera, isu yang sebenar dalam kenyataan itu adalah mengambarkan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menarik lebih ramai pengundi.

"SPR sepatutnya telah melaksanakan pendaftaran secara terus bila seseorang itu berumur 21 tahun, daftar boleh diambil terus melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan sistem ini sepatutnya dapat menyelesaikan terus segala masalah daftar pengundi baru," jelasnya.

Beliau mahukan SPR memainkan sistem pilihan raya yang adil bukan pilihan raya yang dikawal oleh Umno, selain itu juga kekangan pemberian borang pendaftaran pengundi baru juga menunjukkan Umno tidak mahu kedudukan mereka tergugat.

Menyokong pendapat yang sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu semua kenyataan tersebut dilakukan oleh Umno tanpa membuat kajian yang sempurna.

"Ini semua kerja Umno dan angka tersebut tidak benar sama sekali, Umno cuba menarik perhatian orang melayu agar terus berdaftar dan menyokong mereka bagi menyekat kemaraan kaum lain. Tindakan mereka ini jelas mempunyai sifat perkauman dan juga hasutan.

"Umno menangguh pendaftaran secara terus kerana takut kedudukan mereka tergugat pada setiap kali pilihan raya, sepatutnya SPR mengambil inisiatif segera dalam soal pendaftar baru bukan mengikut telunjuk Umno," kata Hadi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan 1:40 itu merupakan sikap tidak tanggungjawab Umno mahupun SPR selain menegaskan unsur perkauman cuba dimainkan oleh mereka.

Dalam pada itu Anwar juga memberitahu media Konvensyen Pakatan Rakyat Sarawak akan diadakan pada bulan Julai depan manakala Kongres Pakatan Rakyat pada bulan Oktober nanti.

Sharpshooter :- Rupa-rupanya umno memang suka dengan angka 40, ulamak muda masuk umno pun 40 orang...

teringat Ali Baba dan 40 orang penyamun...selamat menonton....




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/