SharpShooter Followers

Tuesday, June 15, 2010

YB Singh murtad di Perak...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar Keshvinder Singh — wakil rakyat DAP kedua dari Perak keluar parti atas alasan “tidak cukup peruntukan” dan kecewa dengan kepimpinan DAP.

Mengumumkan pendiriannya di sini tengah hari ini, Keshvinder berkata beliau keluar DAP atas alasan mahu berkorban demi kepentingan rakyat.

Justeru Adun penggal pertama ini mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.

“Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,” katanya.

Kata Keshvinder, bagi menjaga kepentingan rakyat di kawasannya dan bagi menjamin pembangunan yang berterusan, “saya membuat keputusan, memilih untuk menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.”

“Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia.”

Awal tahun lalu tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mereka termasuklah Adun Jelapang Datuk Hee Yit yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Kelihatan wajah tertekan dan tergesa-gesa mahu mengakhiri sidang media tadi, Keshvinder berkata beliau sebenarnya telah melihat dan yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan Perak sekarang.

Barisan Nasional menerajui Perak sejak Februari 2009.

Dengan keputusan Adun ini, kedudukan Pakatan Rakyat merosot kepada 27 kerusi termasuk 16 milik DAP, daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Barisan Nasional pula mempunyai 28 kerusi dan menerima sokongan empat Adun Bebas.

“Saya juga sedar bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama ke kawasan seperti kawasan saya yang terletak di luar bandar dan saya sedar sepanjang saya menjadi Adun, kawasan saya iaitu DUN Malim Nawar memerlukan banyak lagi pembangunan,” katanya.

Dengan tindakan ini, katanya, “saya amat mengharapkan bantuan dan kerjasama padu daripada kerajaan yang memerintah terutama bagi membangunkan serta menyelesaikan masalah rakyat terutama masalah setinggan di kawasan saya.”

Adun ini menambah beliau mengambil kira pengamatan selama 15 bulan corak pentadbiran dan kepimpinan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Zambry dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya amart tertarik serta amat meyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.

“Saya juga sebenarnya kecewa dengan cara kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang saya lihat amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya turut menjadi mangsa,” katanya.

Sambil menekankan beliau dan akaun banknya masih “bersih” dan tidak menerima ganjaran daripada mana-mana pihak, Keshvinder berkata, beliau akan menemui Menteri Besar Perak untuk mendapatkan bantuan kewangan dan peruntukan.

“Saya akan jumpa Menteri Besar, minta bahawa perlu menyediakan peruntukan... berharap akan memberikan bantuan kewangan (kepada saya) untuk membantu penduduk kawasan saya,” katanya.

Ditanya apakah akan mengosongkan kerusi jika tidak menerima bantuan kewangan yang diharapkan daripada Barisan Nasional, Keshvinder berkata beliau akan kekal sebagai Adun sehingga pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak akan berhenti, akan kekal sehingga pilihan raya akan datang,” katanya sambil menambah bahawa keputusan hari ini dibuat atas pertimbangan sendiri.

Kata beliau, tiada siapa yang menawarkan tawaran ataupun ganjaran agar keluar DAP dan menyokong Barisan Nasional.

Sebelum itu, pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.




Sharpshooter :- Ada lagi rupanya yang nak melompat...biarkan...biarkan..biarkan...
Kata ada 3 Adun BN nak melompat rupanya lain pulak jadinya....
sebab itu sharpshooter nak ingatkan, jangan layan pemimpin yang kurang kasih sayang...biarkan mereka mampus...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/