SharpShooter Followers


Saturday, May 14, 2011

Osama tonton video seks Anwar?

TMI - Bahan porno ditemui di rumah agam Osama mati ditembak

TERKINI @ 01:59:25 PM 14-05-2011
May 14, 2011

WASHINGTON, 14 Mei — Unit komando yang menyerbu rumah didiami Osama bin Laden dekat Islamabad awal bulan ini dilaporkan turut menemui bahan-bahan pornografi termasuk video.

Laporan agensi berita Reuters yang memetik bekas pegawai-pegawai Amerika dan semasa berkata tidak jelas di bahagian mana di rumah agam itu, yang didiami Osama sekitar lima hingga enam tahun lalu, bahan-bahan pornografi itu ditemui.

Tidak pasti motif laporan mengenai penemuan pornografi ini dikeluarkan.

Osama terbunuh dalam serangan komando khas Amerika dekat Islamabad, Pakistan awal pagi (waktu Malaysia) 2 Mei lalu.

Operasi serangan dan kaedah jenazah Osama disemadikan juga mencetuskan kemarahan di sebahagian besar negara-negara Islam.

Ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda itu menjadi buruan Amerika Syarikat (AS) sejak lebih satu dekad.

Malah juga tidak jelas siapa yang menonton bahan-bahan itu.

Laporan itu juga mendakwa pegawai-pegawai itu secara khusus tidak tahu sama ada Osama sendiri memperoleh bahan itu ataupun menontonnya.

Lima klip video yang dilepaskan pihak berkuasa AS minggu lalu menunjukkan Osama sendiri menonton siaran televisyen dengan mengendalikan alat kawalan jauh.

Anak Osama dan dua orang dewasa yang lain, yang merupakan utusannya, tinggal di rumah tersebut ketika AS melancarkan serbuan.

Bahan pornografi itu antara bahan komputer yang dirampas oleh pasukan elit SEALs yang membunuh Osama.

Bahan-bahan yang dirampas dari pejabat Osama di tingkat kedua rumah agam itu termasuklah jurnal tulisan tangan, lima komputer, cakera padat dan 110 cakera pemacu.

Kesemua bahan itu kini dianalisis oleh sebuah pasukan diketuai CIA, lapor Associated Press.

Sharpshooter - Modus operandi yang sama....Amerika dengan umno...semuanya mahu aibkan dan perburukkan imej seorang pemimpin. Amerika dengan Osamanya dan Malaysia dengan Anwarnya...cuma bezanya Anwar belum lagi dibunuh di Malaysia....yang pasti Altantuya telah terbunuh..siapa arah bunuh Altantuya masih belum terjawab hingga kini...

Semua video lucah dihantar ke Amerika...mengapa ke Amerika?..jawabnya mudah sebab penasihatnya APCO.. umno + apco = umporno


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/