SharpShooter Followers

Saturday, June 16, 2012

Jom tengok upacara katak-katak dikahwinkan..

Upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India.

Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India.

Penduduk percaya, upacara perkahwinan luar biasa ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa bulan hingga mengakibatkan kekurangan bekalan air.

Perkahwinan antara katak tersebut dilakukan dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Takhatpur, termasuk dihiburkan dengan pelbagai lagu dan hadiah.

Mengikut kepercayaan, sejurus pasangan katak itu 'bercium', seluruh masyarakat di perkampungan itu akan bernazar untuk mohon hujan. Kemudian, pasangan katak tersebut dilepaskan berhampiran sungai di perkampungan itu, sekali gus membawa nazar daripada penduduk kampung terbabit.

Selain katak, perkahwinan antara haiwan seperti keldai dan kerbau juga masih dilakukan oleh beberapa golongan masyarakat di India bagi memenuhi niat.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone