SharpShooter Followers

Thursday, October 04, 2012

10,000 warga asing dapat MyKad palsu, Jingga 13 desak penjelasan


WARGA ASING DAPAT MYKAD DALAM MASA 3 BULAN : JINGGA13 DESAK PENJELASAN MENTERI DALAM NEGERI DAN SATU JAWATAKUASA KHAS PARLIMEN WAJAR DIBENTUK UNTUK SIASAT

Akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu bertarikh 4 April 2012 melaporkan kekecewaan seorang warga emas, En. Justin Emran apabila beliau menyaksikan sendiri ramai warga asing di daerah Keningau , Sabah memprolehi MyKad hanya dalam tempoh 3 bulan .

Satu dakwaan yang sangat serius , malah beliau juga menganggarkan sejumlah 10,000 warga asing di kawasannya memiliki MyKad . Dakwaan tersebut tidak boleh dipandang ringan , bukannya dakwaan secara semborono tetapi disiarkan oleh sebuah akhbar harian berpengaruh di Malaysia Timur. Menurut Harian Ekspress bertarikh 21 September 2011 berjudul “ PTI miliki Maykad palsu kena setahun“ melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu .

JINGGA 13 mendesak agar Menteri Dalam Negeri , YB Datuk Seri Hisamuddin Hussein memberikan penjelasan terhadap dakwaan En. Justin Emran yang ternyata serius dan ianya secara terbuka melalui akhbar harian tersebut serta ianya menjadi pengetahuan umum. Bagaimana warga asing memperolehi hak kerakyatan sewenang-wenangnya , malah dalam tempoh 3 bulan mereka memperolehi MyKad ?

 JINGGA 13 juga mendesak agar Jawatankuasa Khas Parlimen dibentuk bagi menyiasat isu yang sangat serius tersebut , malah boleh mengugat keselamatan dan kedaulatan negara . Isu tersebut sudah lama menjadi kebimbangan penduduk di Sabah .

JINGGA 13 juga berkeyakinan bahawa PATI yang memperolehi MyKad juga akan turut menjadi pengundi apabila mereka didaftarkan diri mereka di Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) . Sedangkan warga Filipina , Salleh Shamsul yang disahkan oleh mahkamah memiliki MyKad PALSU dijatuhi hukuman penjara setahun pun tersenarai sebagai pengundi SAH di Parlimen Gelang Patah . Inikan pula PATI yang mendapat MyKad yang sah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ).


JINGGA 13 juga medesak SPR memberikan penjelasan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku . Adakah tidak ada koordinasi antara SPR dan JPN ? Ini membuktikan sistem SPR itu sendiri adalah LEMAH, sehinggakan pemilik MyKad Palsu pun boleh didaftarkan sebagai pengundi . Ini ternyata wujud “Projek IC” , lantaran wujud kelemahan dlm sistem keselamatan pendaftaran SPR itu sendiri .

JINGGA 13 juga mengesa agar bersihkan SEGERA daftar pengundi dan memperkukuhkan sistem pendaftaran SPR yang ternyata sangat-sangat diragui dan tidak diyakini oleh majoriti rakyat Malaysia

MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/