SharpShooter Followers

Thursday, October 25, 2012

Bank Negara Sabah halang @farizmusa (Jingga 13) serah dokumen isu wang haram RM40 juta

Kami tiba jam 11.30 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis pengawal Bank Negara cawangan Sabah kerana tidak mendapat arahan pihak atasan BNM . selepas 15 minit menunggu , kehadiran anggota polis termasuk SB di BNM cawangan Sabah . 

Selepas menunggu hampir setengah jam kami meminta agar dibenarkan kami untuk masuk menyerahkan laporan . tetapi tidak dibenarkan dan kami minta agar beritahu kepada pihak pengurusan BNM Cawangan Sabah untuk terima laporan berkaitan isu skandal rm40juta tersebut yang turut dilakukan oleh sdr Rafizi Ramli , Pengarah Strategi PKR Pusat . 

Dalam jam 12.05 tengahari barulah kami dibenarkan masuk , saya bersama Ervieana Ansari ( Naib Ketua AMK Malaysia ) , Datuk Nani Sakam ( Setiausaha Biro Strategi PKR sabah ) dibenarkan masuk dan menyerahkan laporan rasmi agar siasatan dibuat oleh BNM kepada En. Ishak Musa , Pengurus BNM Cawangan Sabah .

Turut hadir bersama dalam penyerahan tadi selain Pn Ervieana Ansari , Datuk nani Sakam , juga Datuk Idris Alli ( AJK Biro Strategi PKR Sabah ) , Jingga 13 Sabah dan teman2 PKR Kota Kinabalu . 

Kenyataan Media

JINGGA 13

25 Oktober 2012

DI BANK NEGARA MALAYSIA CAWANGAN SABAH , KOTA KINABALU

SKANDAL WANG HARAM RM40JUTA : DESAK BANK NEGARA MALAYSIA SIASAT DI BAWAH AKTA 613 ANTI PENGURUPAN WANG HARAM ( AMLA ) 2001

Isu Skandal penyeludupan wang haram melalui transaksi berjumlah RM40 juta yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini adalah sebahagian daripada tuduhan-tuduhan lain yang berkepentingan nasional dan menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan .

Transaksi tersebut hanyalah salah satu daripada transaksi kewangan yang melibatkan institusi kewangan di beberapa buah negara seperti Hong Kong, Singapura, Switzerland dan Malaysia berhubung tuduhan hasil rasuah dan penyelewengan harta awam yang disalurkan melalui sektor perbankan.

Transaksi-transaksi ini memberi gambaran jelas bahawa wujud kegagalan penguatkuasaan dan kawal selia sektor perbankan yang diterajui oleh sehingga membolehkan hasil yang dipercayai dari aktiviti rasuah dan penyelewengan harta awam disimpan bagi pihak individu-individu yang berkepentingan.

Sejauh manakah BNM boleh bertindak secara bebas dan telus dalam menyiasat kes-kes yang dipercayai melibatkan rasuah dan pelanggaran undang-undang sektor perbankan, apabila kes itu dikaitkan dengan pimpinan politik tertinggi kerajaan sedia ada.

Adakah wujud dwi-standard apabila sesuatu kes melibatkan tokoh-tokoh politik UMNO/BN maka sesuatu tindakan dilambatkan atau tidak perlu atau diambil bagai lepas batuk di tangga semata-mata . Malah adakah agensi-agensi seperti BNM , SPRM dan PDRM terus memekakkan telinga, membisukan mulut dan membutakan mata daripada sebarang tindakan .

Justeru adalah menjadi tanggungjawab kepada BNM untuk mempertahankan kebebasan dan ketelusannya dengan memulakan siasatan terhadap pemindahan wang berjumlah RM40 juta itu untuk menentukan sama ada individu-individu berikut telah bersalah melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001:

1. Dato' Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah

2. Dato' Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3. Pemimpin Umno "X" yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya

4. Mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada BNM

5. Michael Chia, ahli perniagaan dari Sabah yang dikaitkan dengan tuduhan mengaut keuntungan dari hasil balak yang diperolehi secara rasuah

Desakan agar BNM melakukan siasatan di bawah perkara berikut :

(a) SEKSYEN 3(1), AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001 BNM bertanggungjawab menyiasat sumber wang RM40 juta untuk menentukan sama ada berlaku pelanggaran Akta.

(b) SEKSYEN 14(B) AKTA PENCEGAHAN PENGUBALAN WANG HARAM 2001 , BNM bertanggungjawab menyiasat transaksi tersebut kerana sumbernya dari akaun yang dibekukan dan menimbulkan keraguan bahawa ia bersabit dengan aktiviti haram.

(c) SEKSYEN 16(3) AKTA ANTI PENGUBALAN WANG HARAM 2001, BNM bertanggungjawab menyiasat individu-individu di sebalik transaksi ini termasuklah si pemegang akaun (pemimpin "X"), Umno sendiri dan penderma untuk menentukan sama ada kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

(d) BNM perlu menyemak kembali sama ada pengisytiharan tersebut mengikut ECM4 telah dibuat pada ketika wang RM40 juta dipindahkan. Jika tidak, ia dikira melanggar peruntukan Akta dan perlulah disiasat dengan sewajarnya.

Difahamkan terdapat transaksi telah dibuat berkaitan skandal tersebut , justeru kami juga mendesak agar didedahkan siapakah yang telah menghantar duit dan kepada akuan siapakah yang telah menerima duit tersebut .

Siasatan secara terperinci wajar dilaksanakan oleh BNM secara total dan serius agar dakwaan boleh dilakukan oleh para penjenayah tersebut dihadapkan kemuka pengadilan tanpa perjudis,pilih kasih dan dwi-standard .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator Jingga 13
Merangkap
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone