SharpShooter Followers

Tuesday, October 16, 2012

Laporan Polis Jingga 13 skandal wang haram RM40 juta

SKANDAL WANG HARAM RM40 JUTA : LAPORAN POLIS JINGGA 13 TERHADAP DATUK SERI NAJIB RAZAK , DATUK SERI MUSA AMAN , MICHEAL CHIA DAN UMNO SABAH

JINGGA13 hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Razak , Datuk Seri Musa Aman , Micheal Chia dan UMNO Sabah berkaitan kes melibatkan penyeludupan wang sejumlah RM 40 juta oleh seorang peniaga kayu balak Michael Chia sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam Parlimen bahawa wang berjumlah RM40 juta disalurkan, adalah bertujuan untuk kegunaan Umno Sabah.

Namun kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

JINGGA 13 percaya keputusan siasatan skandal tersebut oleh SPRM adalah bertujuan untuk menyelamatkan Datuk Seri Musa Aman apabila dikaitkan penerimaan wang RM 40 juta yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu sepertimana laporan yang dibuat oleh Sarawak Report. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ianya juga mengesahkan bahawa wujudnya penyeludupan wang haram sejumlah RM 40 juta yang kononnya adalah merupakan sumbangan ‘seseorang’ kepada UMNO Sabah. Penyeludupan wang dari Hong Kong dengan matawang dollar Singapura berjumlah RM40 juta ini telah menimbulkan pelbagai persoalan

JINGGA 13 juga mendapati bahawa Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Menteri Kewangan turut mengetahui bahawa wujudnya skandal penyeludupan wang RM 40 juta tersebut, Selaku Menteri Kewangan, Datuk seri Najib Razak sepatutnya cukup prihatin bahawa tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik daripada sumber wang haram tersebut adalah merupakan satu jenayah . Tindakan Datuk Seri Najib Razak yang enggan mendedahkan siapakah penyumbang kepada wang haram sebanyak RM40 juta kepada UMNO Sabah ini jelas membuktikan keterlibatan beliau di dalam skandal tersebut bersama-sama dengan Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan juga hartawan balak Micheal Chia. Malahan UMNO Sabah turut sama mempertahankan tindakan jenayah tersebut .

JINGGA 13 mendapati bahawa telah wujud kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak yang turut sama bersekongkol dengan Datuk Seri Musa Aman , Micheal Chia dan UMNO Sabah dalam aktiviti penyeludupan sejumlah wang haram yang cukup besar . Justeru itu kami meminta agar satu siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia melalui Jabatan Jenayah Komersial dan menyiasat isu tersebut tanpa prejudis dan pilih kasih agar tindakan undang-undang dan pendakwaan dapat dikenakan ke atas para penjenayah tersebut .

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/