SharpShooter Followers

Monday, May 26, 2014

JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH


Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia

25 Mei 2014

JINGGA 13 DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN PENDEDAHAN KEKAYAAN ANAK KETUA POLIS SABAH OLEH MYWATCH

JINGGA 13 Malaysia mengalu-alukan pendedahan demi pendedahan mengenai jenayah dan korupsi yang telah dibuat oleh Badan Pemantau Jenayah, Malaysian Crime Watch Task Force (MYWATCH) menerusi Pengerusinya R. Sri Sanjeevan sewajarnya mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengambil satu siasatan secara serius terhadap pendedahan yang dibuat.

JINGGA 13 Malaysia turut memuji dan menyatakan sokongan terhadap usaha pendedahan oleh Pengerusi MYWATCH , R. Sri Sanjeevan  baru-baru ini berkaitan isu kekayaan luar biasa anak kepada Ketua Polis Sabah , Mohamad Azhan Hamza membeli secara tunai dua buah kereta mewah – Jaguar dan Audi A5 – dengan nilai terkumpul RM1.1 juta tahun lepas walaupun beliau "menganggur" serta beberapa transaksi bernilai bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan lepas.

Isu tersebut telah mendapat respon segera oleh Datuk Hamza Taib , selaku Ketua Polis Sabah dan selaku pelaksana dan mendokong undang-undang sewajarnya menyerahkan anak beliau untuk disiasat secara menyeluruh dan bukan bertindak mempertahankan anak beliau dengan pelbagai alasan malah dilihat begitu dangkal , mengelirukan dan kurang jelas sepertimana yang didakwa oleh MYWATCH.

JINGGA 13 Malaysia menyatakan pendirian akan memberikan komitmen bagi membantu menyediakan barisan peguam sekiranya MyWatch dan R. Sri Sanjeevan di saman oleh pihak Ketua Polis Sabah, atau ditahan di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan butiran bank milik anak Ketua Polis tersebut.

JINGGA 13 Malaysia kesal sehingga ini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM selepas pendedahan yang dibuat oleh MYWATCH sedangkan ianya adalah merupakan satu kes yang sangat serius dan kami juga meminta agar Ketua Polis Negara memberikan kerjasama dengan MYWATCH dalam usaha membenteras jenayah dan korupsi.

JINGGA 13 Malaysia akan terus memberikan sokongan serta komitmen kepada mana-mana pihak khususnya orang-orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MYWATCH untuk terus membuatkan pendedahan jenayah dan korupsi tanpa prejudis ke arah negara Malaysia yang tercinta .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.