SharpShooter Followers

Thursday, June 11, 2015

Perlukah PasMa menjadi parti politik

Saya mohon maaf kerana sudah lama menyepi menulis dalam blog shsrpshooter. Sebenarnya tidak ada sebab lain melainkan sibuk dgn urusan kehidupan mencari sesuap nasi rezeki yg halal.

Namun mutakhir ini perkembangan poltik Malaysia baik BN atau PR semakin panas dan amat meruncing. Bab Che Det serang Najib tu lantaklah...biarkan mereka terjun bak siluncai terjun dgn labu labunya...maknanya perpecahan dlm umno semakin parah...dalam erti kata lain, pemimpin umno buang tebiat nak mampus...

Fakta yg kita tidak boleh nafikan adalah politik Malaysia menuju kepada sistem dua parti iaitu BN atau pun PR. Maknanya jika kita lihat fenomena pilihanraya calon yg bertanding bukan atas tiket BN atau PR majoritinya calon hilang deposit. Sekalipun calon bebas bertanding itu adalah bekas YB. Mereka juga kalah dan hilang wang pertaruhan bila bertanding tiket bebas. Di sini jelas rakyat Malaysia dewasa ini akan memilih samada BN atau PR.

Pemaduan 3 parti Parti Keadilan Rakyat , Pas dan Dap membentuk Pakatan Rakyat biarpun tidak diluluskan namun rakyat menaruh harapan yg tinggi sebagai kerajaan baru yg akan mengambil alih tampuk sang penguasa rejim zalim yg sudah terlalu lama bermaharajalela.

Anwar Ibrahim popularkan istilah LAWAN TETAP LAWAN.... Sebenarnya apa yg tersirat Dato Seri Anwar Ibrahim nak sampaikan adalah ISTIQAMAH dalam perjuangan ....tegakkan keadilan menentang kezaliman dan beliau telah buktikan bukan sekadar kata kata.....

LAWAN TETAP LAWAN juga bermakna wajib ISTIQAMAH soal maruah dan prinsip perjuangan...apa ertinya nilai diri seseorang jika tidak ada maruah dan prinsip....

Politik dan Islam mmg tidak boleh dipisahkan...di Malaysia semua parti politik amalkan sistem demokrasi... Semua tahu sistem demokrasi bukanlah datangnya dari idealogi Islam tetapi dari barat.

Namun ini bukan bererti ideologi-ideologi tersebut sudah di halalkan. Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh."Hukum harus" di putuskan atas dasar "dharurah".

Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda seperti tsunami yang tidak dapat di bendung. Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami. Bagi saya mereka buat keputusan " if you cannot fight them, you join them" tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.

Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat. Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus ke dalam api neraka.

Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor seperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam api neraka jahanam.

Demokrasi mmg boleh memecahkan umat Islam bila kebanyakkannya tewas bila diuji dgn pangkat dan harta....lagi tinggi jawatan lagi kuat diuji dan jgn lupa syaitan tak pernah jemu dan alpa menghasut umat Islam agar terpesong dari landasan Islam.

Mutakhir ini amat sedih apa yg berlaku dlm muktamar PAS ... Lebih parah bila ada yg mula keluar PAS bila tewas atau pimpinan pilihan mereka tewas...saya langung TIDAK bersetuju dgn tindakan mereka keluar parti ...saya amat memahami perasaan mereka yg tewas dan mereka benar benar kecewa dgn apa yg berlaku dlm muktamar 2015 di Kuala Selangor.

Begitu juga ada yg mahu jadikan PasMa sebagai parti politik. Biarlah PasMa kekal sebagai NGO. Itu pendapat dan pandangan peribadi saya. Kita raikan pelbagai pendapat dan perbezaan dgn berlapang dada asalkan yg penting tumbangkan rejim zalim umno.

Memang bukan mudah bila semasa kempen kita terlalu lanyak dan hentam sesama jamaah sendiri dan bila selesai muktamar kita nak rapatkan saf semula mmg mengambil masa. Sepatutnya kita kempen secara sihat...segar dan suburkan sesubur mungkin cara politik Islam ...politik nilai dan idea..tunjuk contoh cara Islam berpolitik sebab umat Islam dan bukan Islam di luar parti mengikuti apa yg berlaku. Secara tak langsung ia manjadi dakwah kepada semua rakyat Malaysia.

Maaflah bila ada yg kata...jgn campur urusan parti lain...parti PKR lagi teruk hingga baling kerusi...jwbnya YA saya setuju..itu fakta...namun jgn lupa Islam itu bersaudara...

Sebagai ahli mana mana parti maka menjadi kewajipan kita untuk terus kekal dlm parti dan menegur serta menentang kepincangan yg berlaku. Dlm sistem demokrasi , ingatlah " politic is number "

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk bersatu semula menentang rejim zalim umno. Usah hampakan harapan 52% rakyat Malaysia yg mengundi Pakatan Rakyat demi untuk benamkan rejim zalim yg bermaharajalela.

Semoga " biduk berlalu kiambang bertaut semula  "

Ketepikan ego masing masing... Usah terjebak dgn bisikan syaitan ....Jom ISTIQAMAH lawan rejim zalim...LAWAN TETAP LAWAN.. LAWAN SAMPAI MENANG...TAKBIR...