SharpShooter Followers

Friday, February 19, 2016

Jingga 13 @farizmusa desak Peguam Negara letak jawatan dan heret PM @NajibRazak ke muka Mahkamah


PEGUAM NEGARA TIADA KREDIBILITI, DESAK BUKA KEMBALI SIASATAN SKANDAL RM2.6 BILION OLEH SURUHANJAYA DIRAJA DAN BAWA NAJIB KE MUKA PENGADILAN

JINGGA13 Malaysia telah meneliti kenyataan oleh Pengarang Kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara beliau bersama ABC News Australia yang menyatakan bahawa Wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri DS Najib Razak adalah bukan daripada penderma keluarga DiRaja Arab Saudi tetapi datangnya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB membuktikan Peguam Negara Tan Sri Mohamaed Apandi Ali adalah tiada kredibiliti dan keputusan menutup isu skandal RM2.6 bilion adalah usaha untuk menyelamatkan DS Najib Razak semata-mata .

Ini membuktikan bahawa segala siasatan yang telah dibuat adalah diragui malah integriti Peguam Negara dipertikaikan dan perlu dibuka kembali serta dikendalikan oleh badan yang benar-benar telus dan profesional. Satu Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk bagi menyiasat skandal tersebut.

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar DS Najib Razak perlu dibawa ke muka pengadilan dan mengemukakan segala bukti andai benar beliau telah menerima dan mengembalikan wang RM2.3 bilion kepada penderma sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara bahawa tiada salahlaku terhadap penemuan wang RM2.6 bilion tersebut kerana rakyat Malaysia mahukan kebenaran dan juga  menyangkal segala dakwaan yang dibuat oleh WSJ bahawa wang tersebut adalah daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.

Sehingga sekarang DS Najib Razak telah gagal meyakinkan rakyat Malaysia berkaitan skandal tersebut , malah beliau juga tidak mengambil sebarang tindakan menyaman WSJ sehingga sekarang menimbulkan pelbagai persoalan dan pertikaian sedangkan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ sebelum ini.

JINGGA 13 Malaysia juga mendesak agar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara kerana beliau telah gagal menjalankan tugasan dan tanggungjawab malah integriti dan kredibiliti beliau telah diragui , ini tidak melayakkan beliau menjawat jawatan sebagai Peguam Negara.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia