Saturday, June 27, 2009

Pembantu Rumah Indonesia

Berita TV3 jam 8 hari ini mengutarakan lagi kes dera terhadap pembantu rumah Indonesia. Pada pandangan anda apakah cara yang terbaik untuk menangani isu ini. Ini melibatkan soal maruah negara.

Sebagai seorang Wali Hukum (Pegawai Perhubungan Awam), saya memang terlibat secara langsung dalam kes-kes seperti ini. Saya nak berkongsi pengalaman saya sewaktu menyiasat kes dera pembantu rumah di Taman Tun Sardon, P.Pinang awal bulan ini. Saya pergi ke kedutaan Indonesia untuk mengetahui lebih lanjut kes ini. Saya bertemu dgn Pak Ayib dan Pak Win. menurut mereka kes ini agak unik kerana mangsa dera sudah bekerja selama 7 tahun dengan majikan tersebut. Jiran yang buat laporan polis kerana melihat mangsa dipukul. Polis lantas bertindak dan membawa mangsa dera ke hospital untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan kesihatan. Setelah disiasat rupa-rupanya pembantu rumah dan majikan ini bergusti (gaduh sakan). Jadi bukan sahaja pembantu rumah cedera malah majikan juga tercedera.

Polis kemudian menghantar mangsa dera ke Kedutaan Indonesia untuk perlindungan sementara. Setelah disiasat rupa-rupanya selama 7 tahun beliau bekerja selama itulah beliau tidak pernah dapat gaji. Bayangkan saudara gaji tak dapat, pasport pula majikan simpan. Kedutaan menjadi sebagai orang tengah memanggil majikan untuk selesaikan kes ini. Seboleh-bolehnya mereka (warga Indonesia) tidak mahu bawa kes ke mahkamah. Saya bertanya "kenapa Pak Ayib enggak mahu bawa kasus ini ke mahkamah". Dia ketawa besar sambil menyindir. Katanya "masalahnya mahkamah Malaysia 4 tahun belum tentu kasus ini dibicara di mahkamah Pak Din" sambungnya lagi.."Berapa lama mahu bicara kasus di mahkamah, setahun..2 tahun..3 tahun...?..Apa akan terjadi pada mangsa dera, mereka mahu terus pulang. Sudah serik katanya.

Sebagai seorang warga Malaysia apakah perasaan anda apabila kata-kata itu diutarakan pada anda oleh orang Kedutaan Indonesia. Beri pandangan anda. Apakah cara yang terbaik untuk menangani Isu ini.

3 comments:

  1. din binjai studio tu buat aku geram je.mcmmana buat.....bolehlah aku jadi pelakonnya

    ReplyDelete
  2. Salam PakDin,
    Geramnya saya. Geram pada sistem peradilan M'sia.

    ReplyDelete
  3. Salam Dr Abdul Wahab pakar anggur Malaysia. semoga Dr bertambah sihat dan saya tak pernah lupa segala yang Dr ceritakan pengalaman dan penemuan dr tentang anggur...geram tak cukup dr...apa yang kita harus buat dr..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.