Tuesday, July 07, 2009

Guan Eng esok bertemu penduduk Kg Buah Pala.

PULAU PINANG: Setelah menunggu selama seminggu, akhirnya penduduk Kampung Buah Pala akan dapat menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng esok.

Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy mengesahkan Lim akan menemui penduduk kampung itu di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada 11.30 pagi.

"Ketua Menteri tidak mahu jumpa penduduk tempoh hari kerana beliau hanya mahu berjumpa penduduk tanpa kehadiran orang yang bukan penduduk," katanya

Pada 30 Jun lepas, penduduk Kampung Buah Pala hampa apabila Lim tidak menemui mereka setelah menunggu kira-kira tiga jam di Komtar.

Lim dilaporkan enggan bertemu penduduk kampung berkenaan kerana dakwanya tugas menyelesaikan isu kampung itu telah diserahkan kepada kedua-dua timbalannya dan beliau tidak mahu mereka dilihat sebagai tidak mampu menyelesaikan isu itu.

Pada sidang akhbar yang sama, Lim mahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberi penjelasan mengenai isu kampung itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PM mungkin tidak tahu latar belakang projek itu. Kerajaan negeri sebelum ini di bawah pimpinan Koh patut bertanggungjawab untuk meminta bantuan daripada kerajaan pusat," katanya.

Semalam, Najib berkata kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara itu perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah menulis surat kepada Najib bagi memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah kampung itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bagi membolehkan 23 keluarga terus tinggal di Kampung Buah Pala.

Penduduk Kampung Buah Pala terpaksa mengosongkan tanah itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk terus tinggal di kawasan itu yang telah dihuni mereka sejak sekian lama.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. Dilaporkan dalam Star hari ini 7 julai:

    Meanwhile, state Land and Mines director Arifin Awang admitted to providing inaccurate information on the land title status of Kampung Buah Pala to Lim.

    Arifin said he was the “officer” who had provided inaccurate information to Lim leading him to believe that Kampung Buah Pala was sited on freehold land.

    “I would like to clarify that the said inaccuracy and oversight was a mistake of the Land and Mines Office and not the Chief Minister.

    “I hereby take full responsibility of the inaccurate information given. I admit my guilt and would like to express my request for forgiveness,” he said in a statement.

    Arifin also confirmed that Kampung Buah Pala was sited on state leasehold land for 99 years, encompassed an area of 24,683.96 sq m (6.59 acres) and was earmarked for residential development.

    Based on the ‘misinformation’ he received from Arifin, Lim had earlier told the residents there that the land was freehold and was too expensive to be bought back.


    Aiyo...jika pengarah PTG tidak faham perbezaan antara "freehold" dengan "leasehold"..macam mana kerajaan nak fungsi ??? Perbezaan ini basic tapi PTG masih boleh buat silap

    Mari kita tengok macam mana Ketua Menteri bertindak...dulu pegawai memberi maklumat silap di Dewan, pegawai ditukar....sekarang PTG sendiri memberi maklumat silap..apakah tindakan CM ? Memberi pingat Dato' kepada dia ??? haaiiii..inilah problem CM..dia "double standard"...takpa..mari kita tunggu dan tengok...

    ReplyDelete
  2. Ariffin atau Pak Pin ni memang dah lama patut kena tukar...dia terlalu banyak kes memberi maklumat salah kepada exco PR yang baru..tapi nak buat macamana CM tu kadang2 dia memang "double standard"... we wait and see..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.