Saturday, July 04, 2009

PKR kecewa tindakan Lim Guan Eng pecat Johari Kassim - Malaysiakini


GEORGETOWN [2.35 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan sikap tidak bermuafakat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim, sehingga membawa kepada pemecatannya, minggu lalu. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.

Malah, katanya, Johari juga sedia berjumpa dengan Ketua Menteri berhubung perkara itu, tetapi malangnya Guan Eng enggan bertemu dengan pemimpin PKR berkenaan. "Saya rasa ini satu sikap yang tidak bermuafakat. Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.

"Ini bukan pandangan peribadi saya, ini pandangan ahli PKR sebab keputusan dibuat oleh kepimpinan parti. Ia bukan keputusan Ketua Umum atau Presiden tetapi keputusan bersama kepimpinan peringkat pusat dan negeri," katanya

7 comments:

  1. din, pasai apa hang tak disambung tak ada org bersuara,jo kena pecat ketua pkr penang membela dia kalau cakap betui inikah balasannya.

    ReplyDelete
  2. kes berbeza..ini soal dap yg pecat joe..jadi seolah2 maruah pkr tercabar..saya dulu dato zahrain yg tak mau sambung sebab bongkar kes kuari org kuatnya di batu 3 kuari yg akhirnya terbukti menipu kerajaan negeri dan terpaksa membayar 2 juta lebih...sabar itu separuh dari iman...

    ReplyDelete
  3. Orang politik terlibat dengan penipuan hasil negeri ??? Ine terlampau, orang itu patut digugurkan

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah kah kah Haaaa nak tergelak besar la tuuuu... nak tergelak pasai Si Din Binjai makalihamput ni dok kata orang jugak salah dan bangga dengan kes kuari batu 3 yang kata dia bongkarkan tu.
    Kalu betol la dia hebat awat Anwar Ibrahim tak bagi jawatan yang boleh nampakkan hasil untuk kerajaan negeri? Kalau Din Binjai makalihamput ni hebat Awat hang depa tak lantik apa apa jawatan? Tak payah kami nak pikiag tapi hang sendiri buleh pikiag hang punya AUTA dan hang punya TEMBERANG tu Din Binjai ooooiii...
    Hang sapu duit kat kuari JURU yang Ah Shorrr bagi kat hang tu sampai hang sanggup Kuari milik PERSATUAN NELAYAN kat belakang Kuari Shor tu tak dibenarkan lalu guna laluan alternatif tepi KUARI SHOR tu, Hang pertahankan Cina tu dan hang jahanamkan Kuari PERSATUAN NELAYAN tu. Cina tu yang bagi info kat hang bila PEJABAT DAERAH minta dia bayar 100% pajakan tak macam kerajaan lama dulu yang kenakan kat dia 50% sahaja. Jadi nak berlaku adil dia bagi la info ni kat semua orang tahu. Bukan hang yang selamatkan duit kerajaan negeri Din oooiii... Fairus dan Exco kerajaan negeri dah tahu benda ni pasal Pejabat Daerah dah dedahkan untuk reniew lesen pajakan kuari tu.
    Hang jangan dok temberang la Din oooiiii...
    Aku heran pulak.. macam mana hang boleh keluar berita yang Joe dipertahankan oleh PKR kalau tidak hang sakan hentam dia? Awat dah takut sangat dah dipecat?
    TARA TUUUUUU saja laaaa hang punya gempag. Sapa tak kenai Din Binjaiiiii Gila jawatan dan Gila kosaaaaa kah kah kah
    Aku malu laaaa kalau nak bersembang dengan hang Din oooiii
    Malu ooo kalau orang tanya Din Binjai tu orang kampung hang ka? Tobat aku kata hang tu menumpang saja kat Binjai niii mana berani Hang Balik mai binjai dahhhh... Kalau hang bagueh.. awat orang semua meluat kant hang??? Ada otak pakai.. Tok sah dok buat rumah tepi pantai laaa... Hang kena buat rumah dalam hutan nuuuu kah kah kah

    ReplyDelete
  5. din ,hang jgn dok layan aloha34,dia nak bela org yg salah mungkin ada masukkkkk satu lagi bagi tau kt ahli parlimen bayan baru tu suruh dia jengok tanah kubur yg runtuh kt bukit gedung,kawasan dia tak tengok langsung ,tak salap sy dia tak tau kot dah setahun pun.bila tanya ,kita tak ada kuasa pakatan tak memerintah malaysia lagi/ ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  6. ekekeke Ada jugak yang dok pertahan. Ni tak lain dan tak bukan niiii... Ini geng dok bawa bini orang la ni...kah kah kah
    Dapat bini orang yang baru kottt... bagi tau la sama kita boleh sebar sebar kan.. bukankah Geng Din Binjai PEJUANG TULENNNN
    Tak kan nak sorok kot hobi hampa.. hehehe

    ReplyDelete
  7. aloha 34 tu anuar ismail

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.