Friday, October 30, 2009

Anwar punca krisis PAS?

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan krisis dalaman PAS yang semakin celaru ini telah memberi ruang kepada Anwar untuk menguasai sesetengah barisan kepemimpinan parti ini.

“Di peringkat awal, ada kemungkinan barisan kepimpinan PAS mahu mengguna dan meyakini Anwar sebagai batu loncatan dan alat bagi mendapatkan kuasa tetapi keadaan berlaku sebaliknya,” katanya ketika diminta mengulas krisis dalaman PAS yang disifatkan semakin serius sekarang.

Beliau yang ditemui di pejabatnya memberitahu, Anwar telah berjaya masuk dan kuasai barisan kepemimpinan PAS hanya untuk matlamat utama beliau mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia sahaja.

“Akhirnya PAS yang sudah bermasalah sebelum ini menjadi semakin serius sehingga idealisme mahu memperjuangkan negara Islam sudah terkeluar dari landasannya,” katanya. berita lanjut disini.

Saya amat yakin krisis yang melanda PAS dan masalah wakil rakyat PKR istihar bebas ada hikmahnya.

Isu ini sebenarnya sengaja diperbesar-besarkan untuk memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Saya tidak menafikan memang ada sesetengah pimpinan PAS , PKR serta DAP yang bermasalah harus ditukar.

Inilah masa dan saatnya Pakatan Rakyat harus berani berubah. Rakyat sedang melihat adakah Pakatan Rakyat mampu tangani isu pemimpin bermasalah ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Din,

    Hang tak rasa PAKATAN especially PKR dan DAP duk haru biru ka lani??Apa yg pemimpin wat nak perbetui semua ni..kut kalu umno serang aku faham la jugak..tapi semua masalah ni punca dari parti sendiri..sat sabah sat sarawak..pastu semalam dah keluaq katak sorang...jangan bagi org kata PKR parti karut!!tak dak direction dan penakut nak buang pemimpin yg bermasalah..kat UMNO hangpa berani duk jerkah dia ni tak betui dia tu tak betui!!tapi hangpa tengok dak diri hangpa sendiri!!!PAS ada Hassan Ali,, PKR ada Zulkifli Nordin,, DAP ada Jeff Oi..memang elok sangat tu..boleh jadi 3 stooges!!!
    Yg lagi satu awat Anwar time2 ni duk pi merata satu duniaa apa hal???
    Parti ada masalah PAKATAN ada masalah..duk biaq melarat..lagi satu daripada dia puk merayau kat luaq negara..aku rasa lebih baik dia pi melawat org kampung kat baling ka..kat jeniang ka..kat pendang ka..kat balik pulau ka..kat samarahan ka..kat sibu ka..
    awat ingat Obama jadi Presiden kerja kempen dia start 1 bulan sebelum election US ka?kalu hangpa nak tau kerja kempen dia start at least busuk2 pun 2 tahun sebelum election..yg PR awat nak tunngu Najib umum bubar parlimen baru nak wat keja ka?berapa ramai hangpa pi cari orang2 muda yg boleh daftar tapi tak daftar undi lagi??berapa cawangan baru yg buka di negeri2 BN??
    Comeonla...tak kan nak bagi PR ikut jejak BA kut???2004 habis semua hancuq??kalau duk qarlit macam ni..aku konfident 2013..PR pun akan hancuqqq!!!

    ReplyDelete
  2. sorryy bukan DAP tapi PAS!!!

    ReplyDelete
  3. setelah gagal menarik PAS menyertai BN,umno kini beralih kepada PKR untuk bergabung atas alasan perpaduan melayu
    persoalannya,PKR termakan atau tak alasan sebengap ini.kita sama-sama tunggu dan lihat.
    khabarnya agen umno sedang bergerak ke serata malaysia untuk menarik tokoh-tokoh PKR.
    Kepada PKR,mulakanlah kerja-kerja pembersihan dalam parti

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.