Monday, October 26, 2009

DR MANSOR OTHMAN DILANTIK PENGERUSI PIMPINAN NEGERI P.PINANG YANG BARU

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang tadi telah membuat beberapa rombakan kepada Pengerusi Pimpinan Negeri bagi memantapkan lagi pentadbiran parti.

YB Mansor Othman. Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang yang baru.

Manakala YB Dato' Seri Mohamad Zahrain Hashim telah dilantik di dalam Biro Politik Pusat untuk memaklumkan perkembangan KEADILAN Negeri Pulau Pinang.

Selain Pulau Pinang antara Negeri-Negeri yang dibuat perlantikkan baru adalah Melaka, Kelantan, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, Pengerusi Pimpinan Negeri yang baru adalah Thamrin Zaini bagi menggantikan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Pelantikan mereka yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak, diharapkan dapat menjadikan PKR lebih mantap dan diterima oleh masyarakat di sana.

Mustaffa Kamil Ayub pula dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikan Hj Osman.

Manakala Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar pula dilantik menja
di Pengerusi Pimpinan Negeri Melaka yang baru. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada AMK.

Menurut Presiden KEADILAN Dato' Seri Dr. Wan Azizah pertukaran yang dilakukan adalah bagi memantapkan pentadbiran Parti di Negeri-Negeri tersebut.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Harap Dr Mansor dapat selesaikan isu keluarga Melayu Abdu Najib Darus yang tinggal di atas tanah kerajaan negeri di Kebun Bunga . Keluarganya akan dihalau oleh kerajaan negeri dan notis pengosongan sudah tamat.

    Ini isu besar , kita tak mahu isu kg buah pala berulang kepada keluarga Melayu yangh miskin ini. Kubu manusia akan dibuat oleh mereka dan persatuan silat bagi menghalang kerja-kerja perobohan rumah beliau ..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.