Sunday, October 11, 2009

Isa menang besar

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang apabila calonnya bagi pilihan raya kecil kawasan itu, Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Sementara itu, jumlah undi rosak adalah 223 undi.

Perkara itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, sebentar tadi.

Pilihan raya kecil ini merupakan yang kesembilan sejak pilihan raya umum 8 Mac.

Kemenangan ini merupakan yang kedua bagi BN memenangi pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada April lalu.

Dalam reaksi awalnya, Mohd Isa ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan perkembangan setakat ini yang memihak kepada BN.

"Memang kita yakin akan mendapat sokongan yang baik. Tambahan pula, Perdana Menteri telah jelaskan kenapa saya dipilih untuk mewakili BN dan Umno dan ia disokong oleh Timbalan Perdana Menteri yang berkempen siang dan malam di sini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan ini. Bagi saya, faktor kemenangan setakat ini adalah orang dah yakin semula kepada BN.

"Ini petanda baik bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Ini menunjukkan rakyat dah kembali yakin bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan negara walaupun kita akui ada sedikit masalah tapi ia mampu diselesaikan," katanya.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) sedang mendahului kiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan majoriti 4,747 undi.

Sehingga pukul 7.20 petang tadi, BN yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad memperolehi 6,761 undi manakala PAS yang diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar dengan 2,014 undi.

Jumlah undi itu adalah berdasarkan 15 daripada keseluruhan 19 peti undi yang telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, di sini.

Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil tersebut bagaimanapun dihentikan seketika buat masa ini untuk memberi laluan kepada umat Islam untuk menunaikan fardhu Maghrib dan akan disambung semula pada pukul 8 malam nanti.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. kita x minta isa menang tp ia berlaku tepat pd masanya. kerajaan negeri di bawah pakatan jangan sekali2 pinggirkan rakyat marhaen yg da bagi undi pd mrk dlm pemilu lalu. jangan ingat u ada majoriti adun cina dlm kerajaan negeri, u blh buat sesuka hati pd masyarakat indian & melayu. dlm kes kg buah pala, diorang melalui adun disana hebat buat janji konon nak pertahan kg tu sampai ke tahap pijak mayat dia seblm roboh kg tu. x kisah la isu tu siapa betul siapa salah, yg dia dok janji tp janji tinggal janji tu yg buat orang marah. pasal apa hang buat janji x blh tunai?

    dlm kes perniaga melayu, kalu diorang nk cari makan ape salahnya? bukan setiap hari, 1 thn hy sebulan. tu pon x blh? ni kes blm selesai, ingat da jadi ahli majlis atau adun, tu dah besar sangat sampai mengadu kat polis minta polis ambik tindakan. apa halnya, besar sangat ke sampai nk minta polis camportangan. gitu juga dengan kes kg buah pala, kerajaan negeri minta orang kg tu minta maaf kat pc yg dibuat. apa pasal kena buat gitu, diorang anak maharaja cina ke? x blh ditegor?

    kalu diorang x ubah jangan harap nk menang lagi. apa erti reformasi, kalu yg dibuat lebih teruk?

    ReplyDelete
  2. ckcounterpunch........

    kemenangan besar isa ini harus menjadi pengajaran kepada kita semua...

    baik pas, dap dan pkr selepas dah jdi pemerintah kepada 5 negeri kemudian tinggal 4 negeri, banyak juga perkara yg adakala pas, dap atau pkr buat salah.

    pkr dilihat sebagai sebuah parti baru yg ada masalah tentang kualiti yb2 yg menang. isu yb keluar parti juga banyak melanda pkr. kepercayaan rakyat semakin hilang dengan yb pkr, mungkin esok lusa ada lagi yb pkr yang akan keluar parti.

    dap pula dilihat sebagai parti perkauman cina terlampau, banyak kenyataannya yg mengguris hati orang islam.jeff ooi hingga hari ini tidak pernah meminta maaf kepada umat islam terutamanya kepada JIM. pimpinan dap pula dilihat suka menggunakan media arus perdana menghentam pimpinan pas atau pkr.

    pas pula dilihat oleh kaum cina dan india sebagai parti yg tidak consisten ttg perjuangannya. Isu kerajaan perpaduan mengguris banyak pihak termasuk ahli pas sendiri. tindak tanduk hassan ali di selangor memang banyak pihak terutamanya kaum cina dan india marah, isu hassan ali harus dipandang serius oleh pimpinan pas.

    sesetengah yb2 samada pas, dap atau pkr pula, jarang turun padang meninjau masalah rakyat, hanya hantar pa sahaja untuk turun padang. mana sama pa dengan yb sendiri. rakyat nak jumpa yb bukan pa.

    kesimpulannya sudah sampai masanya pakatan rakyat didaftarkan. dalam pru 13 akan datang, pakatan rakyat akan hilang banyak kerusi jika masih tidak gunakan satu lambang.

    ReplyDelete
  3. tu dia la namanya orang politik...serba serbi dipandang secara menyeluruh...sampai tahap tu noo...bagus,bagus... Lawan jangan Tak Lawan...

    ReplyDelete
  4. ape yg Din ckp mmg betol, kalu x diselesaikan masalah dr sekarang, payah datang pru 13. di penang, kita perlu kalah 9 kerusi aje - 3 dr batu kawan, 2 dr nibong tebal, 2 dr bm, 1 dr jelutong & 1 dr bayan baru.


    ya yb kena turun padang, jangan sombong & ketua kerajan negri jangan buat penang macam rumah bapa dia kat melaka, maki orang kena tengok tempat & hayatila perkataan magnanimous. kalu dlm english maksudnya:

    1. generous in forgiving an insult or injury; free from petty resentfulness or vindictiveness: to be magnanimous toward one's enemies.
    2. high-minded; noble: a just and magnanimous ruler.
    3. proceeding from or revealing generosity or nobility of mind, character, etc.: a magnanimous gesture of forgiveness.

    sikap ni, di langsung x da. macamana orang nk hormat ketua menteri kalu dilaku macam orang x berpelajaran?

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.