Friday, October 09, 2009

SMS pesong Aqidah Umat Islam

Baca dan teliti :
"ALLAH AKU CINTAI KAU & AKU PERLUKAN KAU...
DATANGLAH KE HATI KU...
" Kirim kepada 10 orang & lihat kejaiban malam ini...
tolong jangan delete.. Ia benar2 terjadi...
Ini SMS dari ibu ALI SAID - juru kunci sayyida Makkah yang bermimpi bertemu Rasullullah SAW.... Beliau berpesan : "Kuatkan aqidah dalam ibadah kerana dunia ini sudah goyah & tua"... Sebar SMS ini ke 10 muslim, Insya Allah dalam waktu 10 hari akan dapat rezeki besar & jika tidak disebar tunggulah kesulitan yang tiada henti...

Inilah sms yang baru saya terima dan ada lagi sms yang pernah saya terima lebih kurang seperti di atas.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat pengunjung blog sharpshooter, janganlah kita gadaikan aqidah kita dengan perkara-perkara khurafat seperti ini yang boleh memesongkan aqidah kita.

Dulu surat berantai sekarang sms pula. Jagalah aqidah kita.

Sabda rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/


3 comments:

  1. Salam sdr.

    Itu semua mengarut dan meraban. Rasanya itu kerja Yahudi

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr,
    kat men silapnya x tau ler. sya dah terima surat berantai dlm thun90an, kemudian dizaman internet, dpt pulak email,sya telah mendapatkan pandangan org yg berkenaan ttg hal ini dan memang jelas satu khurafat malah boleh membawa kpd syirik dan akhir2 ni sms pula, yg saya heran , kalangan yg smskan kpd saya tu pun ada yg dah pegi hj?Di mana silapnya?

    ReplyDelete
  3. silapnya kerana tidak mahu timba ilmu...

    Hingga tidak mampu menilai yg mana satu khurafat hingga boleh membawa syirik...

    Semoa Allah pelihara kita semua..Amin..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.