Saturday, November 21, 2009

Mukhriz terhegeh-hegeh nak jadi calon Kota Siputeh

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedia bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sekiranya itu yang dimahukan penduduk Jerlun dan Kota Siputeh.

Katanya, beliau hanya akan menerima pencalonan itu sekiranya mendapat persetujuan penduduk di situ dan bukannya menawarkan diri sebagai calon sekiranya pilihan raya kecil diadakan kelak.

“Kalau nama saya dicalonkan, saya terima. Itu pun sekiranya mendapat persetujuan dari semua penduduk di situ,” katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, buat masa ini, tumpuannya ialah kepada tanggungjawab peringkat nasional, selain peranannya sebagai Ahli Parlimen Jerlun dan tidak terfikir untuk memikul tugas baru.

Mukhriz antara calon yang disebut-sebut layak bertanding di kawasan tersebut.

Pelik tapi benar...ada umno yang merayu di mahkamah supaya tiada prk tapi ada umno yang sibuk dok melobi untuk nak jadi calon pula....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Dah kerja depa lagu tu..nak kata apa....bab cari duit ,rembat duit,kapur duit...memang dah kenalah tu

    ReplyDelete
  2. Salam Din,
    Amboi Tim Menteri du dok dansa...dengan artis ,mana Din dapat photo tu...?
    Tu baru tim Menteri....kalau yang Menteri cam mana pula gambarnya ye?

    .....aaaaaaaaarrr

    ReplyDelete
  3. kenapa muhriz tidak menari dengan noryn aziz? hehehe..

    yg sebelah dia macam janda ja..hahhaa

    taste dia kot.

    ReplyDelete
  4. Puak UMNO di Kota Siputeh ni dok harap ada PRK. Banyak peluang nak buat duit.
    TPM pasti bawak duit dgn heli.
    Jantan2 UMNO dok pasang angan2 nak angkut Puteri Umno masuk Danok. (meriah waktu PRK Anak Bukit dulu)

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.