Tuesday, November 17, 2009

P.Pinang - Rumah akan diroboh...Najib akan diusir...

P.Pinang - Kelmarin saya bersama Rizal Hamid begegas ke Water Fall atau Kebun Bunga untuk meninjau sendiri keadaan Najib yang akan diusir serta rumahnya yang akan dirobohkan.

Rumah ini telah didudukinya sejak tahun 1958 di mana rumah ini dibina untuk menjaga tapak kawasan Perkhemahan Pengakap.

Beliau adalah pesara bomba yang kini seorang nelayan yang tidak tentu hasil pendapatannya. Lebih memilukan apabila beliau juga mempunyai seorang anak OKU berusia 9 tahun.

“Saya dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak untuk menduduki rumah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ditawarkan,” katanya.

Abdul Najib berkata, dalam surat tawaran penyewaan rumah oleh MPPP bertarikh 27 Oktober 2009, keluarga Najib hanya layak menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Hitam selama tiga tahun sahaja dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan.

“Untuk memasuki rumah itu, saya terpaksa membayar deposit sewa rumah tiga bulan berjumlah RM720, deposit air dan elektrik (RM150), deposit kunci (RM100) dan deposit penyelenggaraan (RM50). Ini amat membebankan sedangkan Kerajaan Negeri sedia maklum pendapatan isi rumah saya tidak sampai RM800 sebulan termasuk pendapatan anak saya.

“Diskaun 50 peratus pembayaran sewa rumah baru yang kononnya akan diberikan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya juga tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu. Bagaimana saya hendak percaya tawaran Kerajaan Negeri sekiranya hanya memberikan janji secara lisan semata-mata?,”katanya


Rumah ini bukan pampasan tetapi hanyalah sebuah rumah sewa yang perlu Najib bayar sewa bulanan dan hanya boleh tinggal di situ selama tiga tahun sahaja.

Najib bukanlah menuntut permintaan yang melampau seperti Kg Buah Pala, beliau sedia berpindah jika pampasan yang diberi munasabah.

Beliau terpaksa pindah bila projek ini telah diluluskan zaman BN lagi. Projek ini bukan projek Pakatan Rakyat tetapi kerajaan baru Pakatan Rakyat haruslah bijak menangani isu ini.

Adakah Melayu P.Pinang yang dulu di bawah kerajaan BN terpinggir dan kini akan tersingkir pula di bawah Pakatan Rakyat? Inilah persoalan serta kerisauan orang Melayu di P.Pinang.

Saya terus menelefon YB Jason Ong selaku adun PKR Kebun Bunga untuk mendapat penjelasan. Beliau berkata wang ehsan sejumlah RM 10 ribu akan diberi kepada Najib. RM10 ribu sahaja?

Saya terus ke KOMTAR untuk mendapat penjelasan YB Mansor Othman tentang isu tersebut.

YB Mansor Othman memandang serius isu ini dan beliau berjanji akan menyelesaikannya dalam tempoh sebulan.

Menurut En Anuar Hamid (Setiausaha Sulit TKM 1 P.Pinang), dalam mesyuarat bersama Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah, YB Dr Mansor Othman mengamuk dan memarahi mereka kerana tidak peka dan beliau mahu isi ini diselesaikan segera.




Sementara itu, kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga.

Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .






Saya yakin isu ini akan dapat ditangani dengan baik oleh YB Dr Mansor Othman. YB Dr Mujahid Yusof Rawa juga telah turun padang bertemu dengan Pak Najib.

InsyaAllah saya akan siarkan video temuramah Rizal Hamid bersama Pak Najib. Saya mohon maaf kerana masih berada di Hospital Sg Petani menjaga ayah saya. Jadi video cam tak bawa untuk upload video, cuma bawa laptop sahaja.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. Saya telah mendengar suara-suara sejak kebelakangan ini yang mengatakan kerajaan Pakatan tidak prihatin dengan masalah rakyat. Sewajarnya pihak yang terlibat selesaikkan segera masalah yang dihadapi oleh rakyat. Bukan membiarkan masalah ini dimanipulasi oleh golongan BN, walaupun merekalah puncanya.

    Saya sendiri pernah membuat rayuan untuk membaiki kemudahan jalan di kawasan perumahan Taman Tun Sardon khususnya di tapak pasar malam kepada ADUNnya tetapi aduan hampir setahun yang lalu masih tidak mendapat sebarang jawapan hingga saat ini. Masyarakat di sekitar ini melihat perbezaan pemerintahan dahulu dan sekarang. Pada masa dahulu tidak pernah berlaku keadaan jalan yang berlopak teruk tetapi sekarang berlaku.

    Kepimpinan yang ada sekarang perlu sedar masyarakat sedang menilai. Jangan ada yang mengatakan 'yang sekarang' lebih teruk daripada 'yang dahulu'.

    ReplyDelete
  2. depa pandai,ada digree,siapalah kita menegur pun tak disapa.
    kata tu mmg dah berkemandang .
    tapi macam tu lah...pesan pun buat buta perut je

    ReplyDelete
  3. din , isu ini sudah lama masuk suratkhabar dan blog-blog .. org Melayu pun sudah meluat dengan tindakan Lim Guan Eng dan juga pemimpin Melayu dlm kerajaan negeri yang tidak boleh buat apa ... ibarat lembu dicucuk hidung !!

    Ini salah kerajaan PR !! isu kg buah pala kerajaan negeri boleh runding bagi rumah mewah kpd penduduk ,tetapi rumah keluarga Melayu dihalau sebgitu rupa dan dipaksa pulak tinggal rumah sewa yang perlu dibayar setiap bulan .

    Mansor tak perlu mengamuk kpd pegawai pejabat tanah , sepatutunya dia pi mengamuk kat Adun situ dan Ng Wei .mereka ini lah buat bodoh dalam hal ini ..

    ReplyDelete
  4. kenapa org melayu di piggirkan.Pdahal tanah ni adalah kepunyaan nenek moyang kami.akhirnya,bansa asing yang dtg sehelai pinggang ini yg kaya dan nak halau pulak orang2 melayu seperti keluarga En Najib ni.Wahai bangsa melayu,bangunlah dr tidur anda.bangkitlah untuk berjuang demi maruah org islam.

    ReplyDelete
  5. marilah kita beramai ramai memberi sokongan moral kepada keluarga En Najib.Semoga kemenangan berpihak kpdnya.amin.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.