Monday, December 14, 2009

AMK Penang desak Anwar dibicara di Mahkamah Syariah

Selepas solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya, Amk P.Pinang adakan demo untuk mendesak kes Anwar supaya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ketua Amk Malaysia, Shamsul Iskandar turut hadir. YB Amerudin Adun Batu Cave terpaksa bergegas ke Alor Setar Kedah untuk menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Kedah 'Menggilap Harapan Rakyat".

Shamsul membidas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam, Datuk Jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.

Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut - ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat - adalah menghina Mahkamah Syariah.

Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.







Saya berbincang dan memohon agar polis memberi semula risalah yang mereka rampas. Polis (Hamzah) berkata mereka tidak akan pulangkan semula. Saya kata kepadanya kalau mahu ambil satu sudahlah, kenapa nak ambil semua? Saya kata polis jangan jadi penyamun, mengambil hak orang tanpa izin, mencuri namanya, adakah polis memang suka mencuri?

Yang kata polis ni....hang kata pi lah apapun dekat dia, dia akan kata ini arahan pihak atasan.

Akhirnya saya pergi ke kereta polis dan membohongi mereka dengan berkata Tuan Hamzah setuju untuk serahkan kembali, padahal memang dia tak nak bagi pun. Polis yang tunggu di kereta polis pun bagi sebab saya kata tuan Hamzah dah setuju nak bagi balik...Seronok rasanya sebab berjaya bohong polis...ha..ha.ha..

Selepas demo saya menghantar Shamsul ke Alor Setar untuk mendengar amanat Anwar dalam Konvensyen Kedah "Menggilap Harapan Rakyat ".



Dalam amanat tersebut Anwar menyentuh tentang sikap sesetengah Yang Berhormat dan isu petani. berita lanjut di sini.

Selepas itu saya terus bergegas ke Hospital Alor Setar untuk menziarah Pak Ngah yang koma, akhirnya pada malam tersebut juga Pak Ngah di bawa pulang ke Kuala Sungai dan akhirnya Pak Ngah menghembuskan nafas yang terakhir jam 11.45 malam.

Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang beriman....amin...Al - Fatihah


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. BIASA LA, NAMA PUN PARTI KELENTONG RAKYAT, PENIPU, BERBOHONG MEMANG KERJA HAMPA, HAPRAK PUNYA ORANG.KENA BATANG HIDUNG SENDIRI MENYUMPAH TAK SUDAH2, ORANG KENAI HANG DIN,

    ReplyDelete
  2. Hai...Tampa Nama,...awat tak bubuh nama,selalunya hang suka menyamar!
    Pemuda Bayan Baru macam mana?
    Puteri Bayan Baru macam mana?

    dengar cerita lebih hebat dari MCA,Gerakan dan PPP...betul ka?

    suka tengok cermin...aaaaaaaaarr!

    ReplyDelete
  3. saya mengaku memang saya bohong polis...sebelum demo pun sb tel..saya bohong juga kata demo tak jadi...

    dengan polis dan sb memang saya selalu bohong mereka sebab mereka adalah pencacai angkat najis umno..

    ReplyDelete
  4. kepada pasukan polis, ingat apa yang din binjai cakapkan ni, hari ni dia tak perlu polis, tiba satu hari dia ditimpa musibah, baru dia dia terhegeh-hegeh denga polis. langit tak selalu cerah.

    ReplyDelete
  5. wei Tanpa Nama...

    dah la hang takdak nama, kesiannn...hang sakit tang mana kalau din binjai ka sapa2 ka dok pemohohng polis? hang balaci polis? barua anak haram polis? memang patot polis ni kena bohong...bukan ada pekdah punnn...

    al-kisah pernah berlaku sekali kat kawan aku di satu ketika dulu..pernah sangkut road-block polis trafik kat U turn Robert Bosch Seagate, polis trafik tanya nak saman ka settle? kawan ni pikiaq kalau saman kompom ratusan ringgit, mau tak mau setuju la nak 'huloq' kat trafik anak haram ni, dia bleh tanya pulak berapa nak bagi? kawan aku kata 50 adalaa..si tafik kata, OK..p tauk kot tingkap kereta peronda trafik tu..teroih kawan aku seluk poket, tauk sekeping note...

    dalam hati menyumpah takdak dahh...balik umah chek poket seluaq, ropanya dia pi tauk tadi tu cuma duit seringgit saja..kah kah kah..padan muka nak makan rasuah sangattt,,hambek kau labuuu....

    ReplyDelete
  6. jangan kerana kalangan polis yang macam tu hampa nak kata semua polis macam tu, bengong betui...
    sentuh pasai anwar aljuburi ni kalau berani dan ikhlas bersumpahlah dimana-mana masjid dan buat siaran langsung. berani ka dia? lepas tu baru bicara di mahkamah. dok coner sana sini buat apa.hang pun sama hijat.. tak da akai punya orang...
    parti kelentong rakyat. buat buruk nama pas saja.

    ReplyDelete
  7. wei Tanpa Nama...bagitau la nama hang kalau ada teloq..!!! Takdak TELOQ kott..??? Cek tengok dalam seluaq tu, ilang dah koottt...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.