Wednesday, January 06, 2010

Setujukah anda "Jesus" ditukar nama "Allah"

Saya rasa amat sedih sangat bila isu kalimah "Allah" ini timbul, berbagai pihak tampil memberikan kenyataan termasuk golongan Ustaz dan Ulama'.

Lebih menyedihkan bila kenyataan mereka terutamanya golongan Ustaz dan Ulama' ini tidak senada.


Ini membuatkan orang Islam dan bukan Islam pun pening bila tengok kenyataan yang bercanggah ini.Percanggahan pendapat terutama golongan Ustaz dan Ulama' hanya merugikan Islam.

Tidak kurang juga yang berpendapat ini adalah mainan politik UMNO untuk alih isu gula naik, 2 enjin hilang dan Isu Anwar dan Saiful.

Akhirnya UMNO akan dilihat juara mempertahankan "Allah" walaupun mereka sendiri pernah mahu gugurkan perkataan Islam dalam pertubuhan dan mempersendakan Hukum Hudud.


Ia tidak ubah seperti seorang kaki arak yang mengamok bila Masjid dibakar. Masjid tidak mahu diimarahkan dan sekolah Agama mahu ditutup.

Saya menyokong penuh pandangan Ustaz Haron Din dalam isu kalimah "Allah" ini.

Pada 12 Jan 2010, ada satu lagi tuntutan yang sama oleh Kristian Sidang Injil BORNEO (SIB) Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk guna nama Allah.

Adakah anda semua umat Islam bersetuju pada suatu hari nanti gambar di atas ditukar dari nama "JESUS" kepada "ALLAH".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Do you know who is Jesus? Jesus is son of the God. Our God same is bahasa Malay "Allah" ! R u understand??? Dont simply throw question without knowing !!!

    ReplyDelete
  2. Ya..saya tahu Jesus mengikut ajaran dan kefahaman anda adalah anak Allah...

    Bagi saya Allah "bahawa ALLAH itu Satu, Ia tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dan sekufu dengan sesiapa pun". Dan serulah mereka kepada mentauhidkan ALLAH dengan lafaz syahadah "Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH".

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum bro...
    senang je cerita benda ni....UMNO punya hal ledak isu ni, kenapa dia tak selesai dari awal (harap dah baca komen hanipa maidin - pandangan law).

    UMNO jahil kita pun dah terikut.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.