Friday, February 19, 2010

Misteri

Saya mahu berkongsi pengalaman menyiasat dan menguruskan mayat ngeri seorang warga Indonesia yang dijumpai mati dalam Dun Bukit Tengah.

Mayat ini dijumpai pada 11 Disember 2009 di Taman Asas Murni jam 10 malam. Biarlah saya rahsiakan nama dan no passportnya.

Beliau dipercayai mati sudah dua hari sebelum polis menemuinya setelah menerima aduan dari penduduk berdekatan.

Beginilah keadaan mayat ini dijumpai mati dalam keadaan hamil 7 bulan.


Mayatnya terpaksa disimpan di Hospital selama sebulan lebih kerana tidak berjaya mengesan warisnya.

Beginilah wajah mayat tersebut.

Mayat bayi dalam kandungannya.


Saya menemui Sarjan Rahman yang jalankan siasatan kes ini. Beliau maklumkan kematian ini bukan satu pembunuhan. Saya tanya lagi..."habis tu mati sebab apa"...jawabnya mati sebab ajal dah sampai....Adakah anda boleh terima jawapan dari polis seperti ini.

Saya bertemu pula dengan pihak forensik hospital. Laporan dari doktor mengesahkan bahawa mereka tidak menemui sebarang tanda ia mati dibunuh.

Setelah lebih sebulan barulah keluarganya dapat dikesan. Mereka minta mayatnya dihantar pulang. Barulah diketahui mayatnya adalah seorang penganut agama Kristian.

Selepas itu saya uruskan penghantaran mayatnya secara "Imbalming Services" dari Penang ke Kuala Lumpur, selepas itu ke Surabaya, selepas itu ke Denpasar Bali, selepas itu ke Maumere, Florest. Memang jauh perjalanan hari Jumaat berlepas dari Airport Penang hari Isnin baru sampai ke pangkuan keluarganya.

Mayat sebelum di masukkan ke dalam keranda.




Ini pula adalah mayat wanita seorang warga Indonesia beragama Islam yang mati ditempat kerja. Jenazah ini mahu dihantar pulang ke Surabaya.

Kedua-dua mayat tersebut sudah siap dikapan dan dimasukkan ke dalam keranda dan terus dihantar ke airport Bayan Lepas.

Begitulah sebahagian dari tugas saya sebagai wali hukum yang tugasannya menguruskan sebarang kes yang melibatkan warga Indonesia yang masuk bekerja di Malaysia secara sah sahaja. Saya wakil bagi Kawasan Utara untuk negeri Perak, P.Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. SUBHANAALAH...ALLAH jua lah yg MAHA MENGETAHUI..agar menjadi pedoman bagi yg hidup...satu tugas yg murni dan pasti mendapat balasan yg setimpalnya disisi NYA...taniah BRO..kalau ada pengalaman yg menarik sudilah2 berkongsi bersama agar mnjadi tauladan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Tahniah saya ucapkan diatas usaha murni saudara menguruskan jenazah dan mayat mereka yang meninggal dunia di sini.

    Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan ganjaran setimpal pada tuan dan memelihara tuan dari segala mala petaka dunia dan akhirat.

    Amin Ya Rabbal Alamin.

    Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete
  3. Fardu Kifayah...

    Mahaguru58 dan penulis@kaiban...Terimakasih atas keprihatinan serta doa anda..amin..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.